(Bab24)
Sudah lima hari Jungkook sedar dari tidur yang panjang. Lelaki itu sedar satu jam yang lepas. Apabila Jungkook membuka mata, dia melihat Seokjin, Jimin, Hoseok dan Namjoon sahaja yang ada.
Ommanya, Yoongi dan Taehyung tidak kelihatan.
"Jungkook, kau nak makan tak? Aku ada masakkan bubur ayam untuk kau. Kalau kau tak nak makan, aku mintak izin nak sumbat aje." Seokjin berkata sambil tangannya membuka penutup bekas makanan.
"Nak. Aku lapar gila kut."
Jungkook mencapai bekas itu dan mula makan. Dalam beberapa suapan dia berhenti.
"Yoongi dan Taehyung mana?" Jungkook menyoal
"Yoongi kat rumah. Tak mahu ikut. Taehyung pulak ada tugas nak kena selesaikan." Jimin menjawab.
"Oh. Diorang ada melawat aku tak?" Tanya Jungkook lagi lalu menyuap satu sudu bubur.
"Ada. Hari pertama kau kena masuk hospital tu ajelah."
Jungkook mengangguk. Dalam beberapa minit, bekas itu licin dikerjakan. Jungkook tersengih.
"Kau memang lapar ni. Nah air." Hoseok menghulurkan sebotol air mineral ke arah Jungkook.
"Kauorang ada nampak omma aku tak?"
"Omma kau balik kampung pagi tadi. Hoseok yang hantar. Katanya nak ambik barang barang kau." Seokjin menjawab membuatkan Jungkook terangguk angguk.
"Kau nak tahu tak Jungkook, omma kau ada peluk Yoongi nangis nangis cakap Yoongi tu anak dia. Kau memang ada abang ke?" Namjoon bertanya setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Hah? Biar betul?" Mata Jungkook membulat.
"Betullah. Semua terkejut ingatkan Yoongi tu abang kau."
"Aku memang ada abang. Tapi dia dah kena bawak lari sejak aku lahir lagi. Masa tu umur abang aku dalam lingkungan 3 tahun rasanya. Aku just boleh tengok dia dalam gambar. Gambar zaman dia kecik. Sampai sekarang aku tak dapat cari." Jungkook meluahkan.
"Aku rasa Yoongi ada iras iras abang kau kut. Tu yang omma kau ingat tu anak dia." Jimin berpendapat.
"Hmm mungkinlah. Tapi Yoongi tu pelik je. Kau orang perasan tak?" Hoseok sudah mula mahu membuka topik baru.
"Wae?"
"Entahlah. Hari tu aku ada masuk bilik Yoongi nak cari dia. Bilik dia tu macam tak berpenghuni je. Normal macam dulu sebelum dia duduk. Pastu aku ternampak gambar baby atas katil dia. Aku agaklah tu gambar dia masa kecik. Aku nak ambik tapi.."
Hoseok terhenti. Bayangan peristiwa itu terkenang semula. Semasa dia mahu mencapai gambar itu, pintu bilik Yoongi ditutup rapat. Hoseok terkejut lalu berdiri tegak sambil mata memandang sekeliling.
Paling mengejutkan, kaki Hoseok tiba tiba ditarik dan dia termasuk ke bawah katil. Mulut Hoseok terkumat kamit. Dia tak tahu apa yang jadi.
Akhirnya dia ternampak sepasang kaki sedang berjalan melintasi katil yang di ada dibawahnya. Kaki itu memakai kasut kulit yang sudah terkoyak tapaknya. Berseluar putih yang comot.
Tidak semena mena, dia terlihat objek seperti kepala jatuh dan bergolek masuk ke bawah katil tempat dia berada. Hoseok terjerit ketakutan lalu meluru keluar dari katil dan berlari selaju mungkin keluar bilik.
Memandangkan saat itu dia berseorangan di rumah, dia tidak masuk ke biliknya malah berlari ke luar rumah dan terus memandu kereta.
"Kau nak ambik pastu? Kau boleh mengelamun pulak!" Jeritan Jimin itu mengembalikan Hoseok ke alam realiti.
"Aku nak ambik tapi tak jadi. Takut dia marah pulak sentuh barang dia." Sambung Hoseok menyembunyikan perkara sebenar.
"Oh. Aku pun kadang kadang pelik jugak. Dia tu macam ada dunia dia sendiri. Ish entahlah aku nak cakap macam mana."
"Hello uolls."
Semua mata memandang ke arah pintu. Taehyung masuk sambil tangannya melonggarkan ikatan tali leher.
"Wei, dah selesai kerja?" Namjoon mengengsot ke tepi sikit bagi Taehyung duduk.
"Belum. Satu mayat dah jumpa, elok elok duk siasat mayat tu, dapat laporan pulak yang ada jumpa mayat lagi satu kat tepi laut. Baru timbul." Taehyung bercerita.
"Kes bunuh ke?" Jungkook menyoal. Dia teringatkan kerjanya. Rasa rindu nak jalankan tugas.
"Entahlah. Tak dapat nak disahkan. Pihak polis pun pening. Mayat lelaki tu nampak macam kena hempap. Mayat perempuan mati lemas." Sambung Taehyung lagi.
"Identiti pun tak dikesan?"
"Tak. Eh apesal kebelakangan ni banyak kes hah kat situ. Kat laut yang pernah dapat kes jumpa bangkai kapal terbang tu." Taehyung membetulkan duduk.
Jungkook yang mendengar tiba tiba menghantui sesuatu. Laut itulah dia memdapati dirinya berada di situ secara tiba tiba. Dia rasa ada yang tak kena.
"Jungkook."
Sekali lagi semua mata memandang ke pintu. Omma Jungkook datang sambil tangannya menghulurkan telefonnya ke arah Jungkook.
Jungkook hairan namun huluran gajet itu dicapai.
"Wae omma?"
"Ada orang telefon omma masa omma dalam perjalanan ke sini. Dia kata kawan kamu. Dia nak cakap dengan kamu tu."
Habis sahaja bercakap, omma Jungkook keluar.
Jungkook mengambil pandang skrin telefon. Tiada nombor mahupun nama tetapi masa berjalan.
"Yeoboseyo?"
"Mi..mian--hae."
Talian putus. Suara itu sekali lagi Jungkook dapat merasakan di belakangnya bukan pada telefon itu juga. Jungkook pasti panggilan misteri itu lagi.
Share this novel