Bab 34

Fanfiction Completed 14096

(Bab34)

Yoongi tersenyum sendiri. Sekarang dia sudah bergelar juruterbang yang handal. Dia gembira dan seronok setiap kali ditugaskan untuk membawa kapal terbang.

Tetapi, kerjanya kadangkala terganggu kerana adanya makhluk makhluk yang membencinya. Walaupun Yoongi tersenyum di luar. Tiada siapa yang tahu hatinya di dalam.

Chanyeol dan Kai yang ditugaskan sepasukan dengannya sering membuat masalah. Kadang kadang Yoongi seorang yang terpaksa mengendalikan sistem kapal terbang.

Chanyeol dan Kai langsung tidak membantu. Kalau nak tolong pun apabila keadaan memaksa.

Yoongi sudah terbiasa. Jadi dia tidak ambil kira sangat.

Selimut yang berlipat dibuka dan terus menutup tubuhnya yang mula sejuk. Cuaca sekarang tidak menentu sebab asyik hujan dan ribut kebelakangan ini.

Sedang Yoongi mahu menutup mata, dia merasakan ada seseorang membuka pintu biliknya.

Yoongi mengamati empunya tubuh yang memasuki biliknya dalam kesamaran.

"Chanyeol ah?"

Tubuh itu terus duduk di birai katil Yoongi. Yoongi terpisat pisat bangun dan segera membuka lampu meja. Muka Chanyeol yang agak muram dipandang.

"Chanyeol ah? Waeyo?" Yoongi bertanya lagi. Takut kalau Chanyeol tidak sihat. Mungkin Chanyeol mahu seseorang mengurut kepalanya memandangkan ommanya sudah tiada. Nak minta bibik, wanita itu sudah balik kampung untuk beberapa hari.

"Aku.. erm. Yoongi ah! Aku nak mintak maaf. Aku salah selama ni! Aku banyak seksa hati kau! Tolonglah. Tolong maafkan aku." Chanyeol tiba tiba memeluk erat Yoongi.

Yoongi terpana. Dia tak percaya semua ini akan berlaku. Dia dengan perlahan membalas pelukan Chanyeol yang sudah teresak di bahunya.

"Awak ni. Saya selalu maafkan awak setiap kali awak buat salah. Awak tak payah risau. Saya akan selalu maafkan awak." Ucap Yoongi lembut.

"Betulkah? Aku banyak buat kau derita. Kau pulak senang je maafkan aku. Aku kagum dengan kau Yoongi. Gomawo.. chinguya." Chanyeol sekali lagi memeluk Yoongi.

Yoongi terkejut. Chanyeol kata.. chingu. Adakah ini bermaksud dia bakal ada kawan setelah sekian lama berseorangan? Betul ke Chanyeol akan menjadi kawannya?

Yoongi tersenyum lebar. Akhirnya..

"Apa kata kau pindah kat bilik atas? Ada bilik kosong sebelah bilik aku. Senang kalau aku nak mintak kau apa apa. Kau pulak senang nak mintak aku apa apa. Nak tak?" Cadang Chanyeol tiba tiba.

"Biar betul? Saya dah selesa dengan bilik ni. Tapi kalau awak nak saya pindah bilik atas tu boleh jugak."

"Yes! Okay. Mari aku tolong kau angkat barang. Malam malam ni kita bawa barang tidur jelah. Esok kita bawak yang lain pulak." Chanyeol sudah membawa selimut Yoongi ke pintu.

Yoongi bingkas bangun dan menjinjing dua biji bantal. Langkah Chanyeol diikut hingga ke bilik atas yang dimaksudkan.

Bilik itu lebih besar dan selesa. Berbanding bilik belakang yang kecil dan padat dengan kotak kosong. Yoongi segera duduk di birai katil.

"Okay. Lebih selesa kan? Aku nak masuk tidur dulu. Kau tidur elok elok tau. Jaljayo." Chanyeol menghulurkan tangannya.

Yoongi yang agak terpana segera menyambut huluran tangan Chanyeol. Yoongi tersenyum bahagia.

Chanyeol memusingkan badannya ingin keluar.

Yoongi percaya yang Chanyeol sudah berubah dan boleh menerima dirinya di rumah itu. Dia yakin yang dia akan bahagia selepas ini.

Chanyeol menutup pintu Yoongi dengan perlahan berserta senyuman sinis yang sukar ditafsirkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience