[BAB4]
Seokjin termenung memikirkan menu apa yang perlu dimasak sebab Namjoon yang menjalankan tugas sebagai seorang askar akan balik hari ini.
Memandangkan Namjoon yang paling jarang balik, so Seokjin mahu masak yang special sikit.
"Uit Seokjin, kau kenapa macam bini hilang je." Taehyung yang tiba tiba muncul menegur.
"Tak. Aku tengah nak pikir masak apa untuk Namjoon ni." Seokjin mengadu. Kepalanya yang tidak gatal digaru kasar. Kusut.
"Kau buat je lah chicken chop ke, jjajangmyun ke ape ke. Namjoon tu perut dia terima semua jenis makanan." Cadang Taehyung.
Seokjin mengangguk perlahan. Dia terus mengeluarkan semua bahan yang perlu dan mula membuat chicken chop.
"Yang lain mana?" Seokjin menyoal Taehyung yang sedang menyapu roti dengan Jam.
"Kilang tak tutup lagi."
Spontan Seokjin menarik muka pelik. Apa yang dimaksudkan Taehyung?
"Alah macam biasalah. Dalam bilik duk proses tahi mata tak abih lagi." Taehyung menyambung dan Seokjin terangguk angguk.
"Hoseok tak balik semalam?" Seokjin menyoal lagi. Maklumlah dia boleh dikira matang sikit daripada yang lain.
"Tak. Dua hari ni tak balik kut. Ada perlawanan." Taehyung menyapu lagi roti dengan jem untuk yang kesekian kalinya.
"Jimin?"
"Tak jugak. Banyak kerja kat office."
"Selamat Pagi Dunia!" Jungkook datang dengan tidak berbaju. Menjerit tak tahu hala dan join Taehyung tanpa membasuh muka.
"Pagi apanya. Tengahari dah." Seokjin berkata sambil tangannya laju memotong ayam.
"Oh yeke? Wei, siapa dalam bilik hujung kat atas tu? Kau bawak balik kawan kau ke Seokjin?" Soalan yang kedengaran agak pelik itu menyapa pendengaran Seokjin dan Taehyung.
"Kau mengigau ke apa?"
"Mana ada orang dalam bilik tu. Memang kosong macam dulu lah." Seokjin mengambil duduk sebelah Jungkook. Bulu romanya tiba tiba meremang.
"Eleh. Nak tipu apa. Aku dengar ada orang mandi masa aku nak turun tadi." Jelas Jungkook.
"Ish kau ni. Otak kau tak centre lagi ni. Kau terbawak bawak mimpi lah ni." Taehyung membebel. Badan dia pun dah rasa tak sedap lepas peristiwa semalam.
"Err.. betullah." Mata Jungkook membulat.
Diam.
"Dah lah. Nanti aku lambat nak pergi kerja." Jungkook terus bangun dari duduk dan menuju ke biliknya semula untuk mandi dan bersiap.
Meninggalkan dua makhluk yang dikenali sebagai Seokjin dan Taehyung terpinga pinga di dapur
Share this novel