(Bab25)
Telefon yang digenggam direnung dengan perasaan bercampur baur. Seokjin tidak dapat mencari sebab kenapa Jia tidak mengangkat panggilannya.
Sudah banyak kali dia cuba menghubungi gadis pujaanya itu. Namun hampa. Akhirnya, dia terus pergi ke rumah gadis itu.
Seokjin memandu menuju ke bus stop tempat dia pernah menghantar Jia. Menurut Jia, rumahnya berada di belakang bus stop itu.
Seokjin memberhentikan kereta. Dia keluar dan berjalan perlahan lalu duduk di kerusi yang disediakan. Anak matanya mengawasi sekeliling.
Nombor Jia didail lagi. Hanya bunyi tanda telefon itu dimatikan. Seokjin menoleh ke arah rumah Jia. Gelap.
"Dah tidur ke?"
Seokjin mengomel sendiri. Jam di pergelangan tangan dikerling. Baru menunjukkan pukul 9:30 malam. Masih awal.
"Entah entah dia merajuk aku tak telefon dia sehari masa aku kena jaga Jungkook?"
Seokjin rasa itulah penyebabnya. Dia tidak tahu pula yang Jia akan termakan hati dengan perbuatannya itu.
Seokjin dikejutkan dengan satu bunyi menandakan ada mesej masuk. Pada mulanya dia sudah tersenyum kerana berfikir yang semestinya Jia menghantar mesej namun senyumannya tidak kekal. Mesej yang dihantar tidak bernombor itu direnung sebelum menekan buka.
'Tak perlu kau fikirkan orang yang masih boleh membelakangi kau sedangkan dia sudah tahu perasaannya pada kau.'
Dahi Seokjin berkerut. Orang apa yang dimaksudkan. Dia cuba membalas mesej itu tetapi tidak boleh. Nombor itu tidak wujud.
Seokjim cuba pula untuk menelefon. Masih gagal. Nombor itu memang tidak ada dalam perkhidmatan.
Hujan sudah mula turun dengan lebatnya. Pemandangan mata semakin kabur akibat hujan yang lebat.
Seokjin masih mahu menunggu. Namun tiba tiba matanya menyapa sekujur tubuh yang sedang berjalan terhencut hencut kearahnya. Bayang itu masih jauh.
Dari susuk badan, Seokjin mengagak itu adalah perempuan.
"Siapa tu? Dengan kepala senget, rambut tak terurus."
Seokjin sudah mula berfikir negatif. Dia teringatkan cerita hantu itik yang diceritakan Hoseok. Kemungkinankah makhluk yang berjalan itu mat rockers yang lehernya sudag ditokak hantu itik?
Makhluk itu semakin dekat dan sekali gus membuatkan Seokjin tergamam. Makhluk itu berambut panjang dan lehernya bengkak. Kulit muka dan tangannya terkoyak terus seperti digeser atas tar.
Anak mata hitamnya sudah terkebelakang dan menampakkan anak mata putih sahaja. Seokjin terus berlari dan masuk ke dalam kereta. Dia mengunci diri.
Seokjin memandang sekeliling sebelum mahu menghidupkan enjin. Tidak semena mena, makhluk tadi tiba tiba melekat pada cermin hadapannya.
"Ahh!" Seokjin menjerit ketakutan. Dia sempat melihat mulut makhluk itu terkumat kamit.
"Maaf maaf maaf maaf maaf~"
Itulah yang Seokjin dengar di sebelah telinganya. Dia yakin makhluk itu yang bercakap.
Seokjin terus menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak selaju mungkin. Sudah tidak menghiraukan bahawa perbuatannya itu boleh mengundang maut.
Dia tiba di rumah akhirnya. Seokjin masih tercungap cungap. Raut wajah dan keadaan makhluk tadi terbayang semula. Spontan matanya membulat.
"Jia?!"
~
Share this novel