Bab 28

Fanfiction Completed 14096

[bab28)

Malam itu mereka berkumpul bersama sehati sejiwa menonton filem Fantastic 4 yang baru dibeli tadi. Punyalah best sampaikan kalau pencuri masuk pun tak akan sedar.

Dalam beberapa jam, filem itu tamat. Semua bersorak seperti wayar putus. Hanya Yoongi yang masih melekat pada kaca televisyen. Tak, tak maksudnya mata dia yang melekat. Atau lebih tepat lagi, pandangan.

"Woah daebak. Gila daebak." Hoseok memuji muji.

"Yoongi, cerita dah habislah."

Yoongi terus terkulat kulat. Dia berdehem beberapa kali sebelum mengangguk perlahan. Seperti Yoongi yang biasa, dia agak susah mahu mengeluarkan suaranya.

"Yoongi." Jungkook memanggil.

"Kau ada keluarga?" Jungkook terus menyoal sebaik sahaja Yoongi memandangnya.

"Haah kau tak ada family ke?" Taehyung juga menyoal tema yang sama.

"Aku.."

"Aku ada keluarga."

Semua terangguk kalau boleh nak luruh kepala ke bawah.

"Kau tak reti nak cakap banyak ke? Kau tak sekolah ke dulu? Ke kau simpan emas dalam mulut?" Namjoon juga bersuara.

"Aku.. aku ada sebab."

"Sebab?"

"Korang akan tahu malam ni."

Yoongi terus berlalu ke bilik meninggalkan mereka terpinga pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience