Bab 3

Fanfiction Completed 14096

[BAB3]

Aksi Mari Menerjah Pintu dilaksanakan sekali lagi oleh Jungkook. Terjahan pintu rumah yang tiba tiba membuatkan Taehyung yang sedang melayan drama melompat.

"Kau ni Jungkook! Aku gigit kau karang!" Taehyung merungut lalu membetulkan duduk.

"Wei wei. Aku mintak maaf. Ingat tak ada orang." Jungkook mengambil tempat di sebelah Taehyung. Matanya ke arah televisyen namun pemikirannya tiba tiba menganggu lagi.

Tadi dia cakap dia tak balik malam ni, tapi dia balik jugak sebab rasa tak sedap badan. Entah kenapa dia rasa diperhatikan.

"Wei, tak ada kes hari ni?" Taehyung bersuara memulakan perbualan.

"Ada. Tapi aku suruh Mark handle." Jawab Jungkook antara dengar atau tidak.

"Oh selalunya kau semangat betul kalau dapat kes. Ni kau bagi orang pulak." Taehyung menyuapkan beberapa biji popcorn ke dalam mulut.

"Uhm Tae, aku rasa tak sedap badan lah. Entah lah nak cakap macam mana. Aku rasa macam ada orang ikut aku--" Kata kata Jungkook berhenti apabila elektrik rumah terpadam.

"Woi ish. Kita kan dah bayar bulan ni." Taehyung merungut. Dia mencapai telefon bimbit mahu mencari sumber cahaya.

"Ish. Tulah. Weh aku pergi kedai beli lilin kejap. Kejap je." Jungkook terus bangun.

Taehyung hanya mengangguk. Lalu menyandarkan badan di sofa.

Keadaan agak gelap membuatkan Taehyung kecut perut. Dia menyuluh sekeliling dengan cahaya dari telefonnya.

Tiba tiba dalam kesamaran, Taehyung seperti terlihat seseorang berjalan memasuki dapur. Dia mengerutkan dahi. Pelik.

"Jungkook! Cepatlah pergi kedai beli lilin. Yang kau pergi merata tu kenapa? Lilin tak ada kat dapur!" Laung Taehyung dan sambung menyandar di sofa.

Dan saat itu, elektrik kembali pulih. Lampu terpasang semula mencerahkan rumah. Taehyung tersenyum sendiri.

"Wei Jungkook! Elektrik dah ada lah! Keluar lah!" Taehyung melaung lagi lalu memandang dapur menunggu Jungkook keluar.

Namun tiba tiba..

"Wei, elektrik dah ada? Buat penat aku lari pergi kedai." Suara Jungkook merungut membuatkan Taehyung menoleh ke pintu utama rumah.

Ya Jungkook baru masuk dari pintu itu. Dia pelik dan meremang tiba tiba. Tadi dapur..

Taehyung menarik nafas dalam dalam. Jungkook pun naik heran tengok Taehyung yang pucat tanpa dia tahu puncanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience