Bab 40

Fanfiction Completed 14096

(Bab40)

Jungkook terbangun kerana kehausan. Dia meraba raba meja kecil di sebelahnya. Botol air dicapai namun hampa apabila mendapati botol itu kosong.

"Aish jinjja.."

Jungkook merungut lalu perlahan turun dari katil. Namun Jungkook diserang bingung apabila melihat katilnya. Omma. Omma Jungkook tiada.

"Mana pulak omma pergi malam malam ni? Turun dapur tak?" Jungkook berjalan sambil membawa botol kosong tadi.

Fikirannya bertambah buntu. Keadaan di bawah gelap. Lampu dapur juga tidak terpasang. Ini bermakna omma tidak ke bawah.

"Ke mana pulak omma ni?" Jungkook merungut lagi lalu membuka suis lampu dapur.

Botol diisi dengan air. Diminumnya seteguk sebelum menutup kembali botol tersebut. Langkahnya dihayunkan ke arah bilik tidur semula.

"Ish mana boleh aku nak tidur padahal omma tak ada ni? Mana pulak ni.. omma~" Bilik air diintai. Tiada.

Jungkook melangkah keluar semula. Ommanya dipanggil panggil.

"Omma~..."

"Kau kenapa ni ui?" Jimin yang mahu meminum air menegur. Entah kenapa semua rasa haus malam itu.

"Omma aku tak ada. Aku nak bangun minum air tengok sebelah omma tak ada. Kau nampak omma aku tak?"

"Tak lah pulak." Jimin menggaru kepalanya.

"Korang kenapa ni?" Nah, semua orang turun. Seokjin, Taehyung, Namjoon dan Hoseok.

"Omma Jungkook hilang. Yang korang boleh terbangun serentak ni kenapa?" Jimin bertanya dengan keadaan mata separuh tutup.

"Entah. Aku rasa tiba tiba kena bangun. Macam ada benda nak jadi." Seokjin meluah.

"Eh aku pun!" Taehyung, Namjoon dan Hoseok menjerit serentak.

Semua mata tiba tiba segar bugar bagaikan bunga disimbah sebaldi air di pagi hari.

"Lekas, cari omma." Seokjin mengarah.

And then, kelihatan enam orang lelaki yang rambut berserabai sedang kelam kabut mencari seorang wanita.

"Oh. Mana pulak. Omma Jungkook~" Taehyung menyeru lalu dia membuka pintu bilik hujung.

"Oh?"

Mata Taehyung membulat.

"Gais.. omma Jungkook.." Mendengarkan sahaja ayat itu mampu membuat yang lain berlari merebut naik menuju ke arah Taehyung.

"Oh omma! Merata kami cari omma! Kenapa omma kat sini?" Jungkook menerpa ke arah ommanya.

"Jungkook ah.." Omma Jungkook memanggil. Ada air di tubir mata ommanya.

"Omma.. waeyo?" Jungkook mula gelisah melihat kelakuan ommanya. Bertambah pula keadaan omma yang sedang duduk di lantai dan bersandarkan katil.

"Omma rindu hyung kamu.."

Kedengaran esakan halus dari omma Jungkook. Air mata Jungkook turut mengalir. Begitu juga yang lain. Teringat akan omma dikampung barangkali.

"Omma.. janganlah macam ni ya. Biarlah hyung pergi dengan aman." Jungkook memeluk bahu ommanya.

Kedaan bertukar sayu. Semua diam dan hanya kedengaran makhluk yang sedang menyedut hingus dalam hidung.

"Om..omma."

Semua mata menghala ke arah pintu. Terkejut beruk apabila mata mereka sedang menyapa sekujur tubuh beruniform melangkah masuk ke dalam bilik dengan perlahan.

"Yoongi ah!"

"Hyung!"

"Sunbae! Hyungnim!" Semua panggilan keluar.

Omma Jungkook berlari ke dalam pelukan Yoongi. Yoongi memeluk ommanya erat erat..dia menangis.

"Betulkah ni kamu? Omma rindu kamu nak! Omma putus asa cari kamu mianhae! Maafkan omma! Maafkan omma sebab tak terus cari kamu! Omma jahat biar kamu pergi. Pukullah omma ni!" Omma Jungkook mengambil tangan Yoongi dan memukul kepalanya sendiri.

"Omma.. omma tak salah omma. Takkan Yoongi sanggup nak pukul omma. Yoongi yang nampak omma kejar kereta tu sampai omma jatuh tengah jalan. Sedih omma. Yoongi tahu dan Yoongi dapat rasa yang omma cari Yoongi. Gomawo omma. Sebab masih ingat akan Yoongi dan besarkan Kookie dengan baik. Kookie pun dah makin comel macam hyung dia." Yoongi tersengih. Mukanya bertambah seri tidak seperti biasa.

"Aish mwoya.." Jungkook merungut dan dengan kasar dia mengesat air mata yang mengalir laju.

'Hy..hyung.. Hyung!" Jungkook menerpa laju ke arah Yoongi dan tubuh itu dipeluk. Dia berasa selesa apabila kepalanya diusap lembut oleh Yoongi.

"Kookie ah. Mianhae oh? Hyung tinggal kamu sorang sorang masa kecil. Tak sempat nak main dengan Kookie. Hyung bangga tengok kookie dah berjaya dan selalu tolong orang. Gomawo Kookie ah." Jungkook mengangguk.

"Hyung. Hyung nak pergi mana lepas ni? Kita boleh jumpa lagi tak?" Tangan Yoongi digenggam kejap. Bagaikan tidak mahu Hyungnya pergi.

"Jauh, Kookie. Mungkin. Mungkin kita boleh jumpa lagi. Hyung janji akan selalu tengok Kookie, omma dan.. yang lain." Mata Yoongi menghala ke setiap wajah rakan Jungkook yang sudah basah dengan air mata.

"Hyungnim.. maafkan kami kalau kami selalu singgungkan perasaan hyungnim. Mianhaeyo jeongmal." Seokjin bersuara mewakili yang lain.

"Gwenchana. Kerja elok elok ya?" Yoongi tersenyum.

"Ne hyungnim."

Lalu mereka membuat pelukan berkumpulan kecuali omma dan Jungkook.

Pelukan dileraikan. Yoongi mencium kedua belah pipi dan dahi ommanya. Dahinya juga dicium omma. Jungkook juga dibuat sedemikian.

Yoongi perlahan lahan berundur. Dia tunduk hormat sambil tersenyum.

"Annyeonghi Kaseyo." Yoongi melambai lambai dan bagaikan kabus Yoongi hilang dari pandangan.

"Hyung.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience