Bab 23

Fanfiction Completed 14096

(Bab23)

Jia menunggu panggilan Seokjin malam itu. Namun penantiaanya hanya sia sia. Dia tidak tahu sibuk sangatkah lelaki itu. Padahal dia ada pergi ke klinik Seokjin tapi tutup.

Jia naik bosan lalu bersiap siap untuk keluar. Sebelum itu dia sudah menelefon seseorang untuk diajak berbual dan berenjoy enjoyan.

Nak harapkan Seokjin? Em entah. Jia akui yang dia sudah mula jatuh suka pada Seokjin. Dia nak jadi pemaisuri hati lelaki itu. Namun dia rasa Seokjin tidak menyedari cintanya.

Beberapa hari lepas sejak peristiwa Seokjin menghantarnya pulang, mereka tak lepas dari berhubung. Bergayut sampai 4 hingga 5 jam.
Bergayut disini bermaksud berhubung di telefon ya.

Tapi sejak dua hari ini, Seokjin jarang menelefonnya. Semalam lelaki itu ada menghantar text mengatakan dia agak sibuk. Hari ni lelaki itu tak telefon dia langsung.

Jia menunggu kawannya datang menjemput. Sambil itu rambutnya yang panjang diikat satu.

Tidak semena mena, ikatan rambutnya direntap dan kembali terurai. Sekali gus tubuh Jia terus terduduk.

"Siapa.."

Jia tidak sedap hati. Tak mungkin ada orang mahu main main dengannya. Jam sudah menunjukkan jam 11 malam dan dia yakin tidak ada orang nak mengganggunya waktu sebegini.

Jia bangun. Lampu kereta menyapa pandangan. Seorang lelaki keluar apabila kereta sudah dihentikan.

"Hai sweetheart. You nampak cantik." Ujar kawan baik Jia, makhluk bernama Chanyeol.

"Yeollie. I dah cakap jangan panggil i macam tu. Gediklah." Jia merungut lalu terus masuk ke dalam kereta.

"Apa salahnya i nak panggil orang yang i suka macam tu? Alah i tahu you suka i panggil sweetheart kan?" Chanyeol menjongket kening.

"You jangan nak buat i jatuh cinta balik dekat you. I nak suka orang lain ni." JIa menghadiahkan senyuman. Fikirannya teringatkan Seokjin.

"Siapa namja yang bertuah tu?" Chanyeol sudah memulakan pemanduan. Dia berasa seronok apabila menerima panggilan dari Jia tadi.

Jia adalah bekas teman wanitanya. Jia juga tahu Chanyeol seorang kaki perempuan dan Chanyeol telah menamatkan hubungan mereka setelah 2 bulan bersama.

Akibat rasa sayang masih ada, mereka mengambil keputusan untuk berkawan tapi berkawan pun macam berkawin.

"Yeollie, you nak bawak i pergi mana ni? You bawak i pergi pantai malam malam buta ni dah kenapa?" Jia memandang sekeliling.

"Eh? I tak sedar yang i dah pandu sampai pantai. Ni mesti leka borak dengan you tadi." Chanyeol juga bingung tapi fikirannya tak pula berfikir mahu patah balik.

"Selalunya you tak macam ni."

Kereta diberhentikan berdekatan laut. Mereka berdua keluar dari perut kereta lalu berduaan duduk diatas bahagian depan kereta.

"Tak apalah. Janji kita private malam ni." Chanyeol tersengih. Wajah Jia direnung dalam kesamaran.

"Yeollie.." Jia memanggil.

"Ya? Ahh!"

Tiba tiba Chanyeol menjerit kuat. Jia turut terjerit jerit apabila tubuh Chanyeol dengan lajunya masuk ke dalam kawasan pokok bakau.

"Chanyeol! Chanyeol!"

Jia menjerit. Dari jauh dia kedengaran suara Chanyeol mengerang diselang selikan seakan batu dihentak hentak.

Suara Chanyeol ghaib. Jia terus menangis. Dipandangnya sekeliling mahu mencari pertolongan. Namun hampa.

Dalam kesamaran, Jia ternampak satu tubuh yang sedang merangkak lemah dan terpaksa dengan kepala berlumuran darah.

Jia menjerit apabila melihat Chanyeol yang sudah berkeadaan begitu. Jia berundur dua tapak sambil menekup mulut.

Jeritan Jia bertambah kuat apabila satu batu besar seperti dilambung dari kawasan pokok bakau tepat mengenai kepala Chanyeol.

Serentak itu, Chanyeol kaku.

Esakan Jia menjadi jadi. Dia sendiri bingung apa yang sedang berlaku.

"Argh!"

Tiba tiba Jia terlihat seseorang meluru laju kearahnya dari hadapan dan dia tersembam ke pasir.

Kakinya diheret laju. Tangan Jia terkapai kapai di pasir mahu menahan tubuh yang diheret.

Heretan yang laju itu membuatkan kulit Jia terkoyak akibat bergeser sama dengan batu tajam yang kecil.

Jia tidak merasa seseorang memegang kakinya, tetapi dia takut apabila tubuhnya diheret menghala ke laut.

Kulitnya pedih apabila lukanya terkena air. Dia cuba meloloskan diri namun ada sesuatu yang menariknya ke dasar laut.

Nafasnya sudah tersekat sekat. Dia perasan akan sesuatu. Dia yakin dia sudah ke tengah laut. Seorang lelaki berambut putih sedang mencekik lehernya.

Gerakan Jia semakin perlahan. Akhirnya dia juga kaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience