Bab 20

Drama Series 7817

"Durra..... Aku minta maaf sebab kurung kau..... Aku nak pinjam kau sehari je,.... Ok? Aku teringin nak kau ada dengan aku.... Harini, aku bebaskan kau, jadi....."

"Okey. Thanks." balas Durra. Ikutkan hati ingin dikatanya 'I love you' kepada lelaki itu. Tetapi tengok keadaan macam tidak berapa sesuai. Sah! Durra telah jatuh cinta kepada Haizi.

"Lagi satu, aku minta maaf sebab pernah banyak buat salah dekat kau... Aku takut dosa aku tak diampunkan.... Aku minta maaf sangat......." pinta Haizi.

Durra mengangguk lalu keluar dari bilik sempit itu. Rasa sesak nafas dibuatnya duduk di dalam bilik sempit itu. Oh, beginikah rasanya dikurung? Selama ini Durra selalu mengurung Luqman, apa cerita?

"Dan aku..... Syad......" Nama panggilan lamanya disebut. Durra langsung tidak memandangnya.

Tak pernah ku sesali....
Hadirmu di hatiku.....
Walau hariku....
Aku jalani...
Tanpa dirimu....

Biar...
Beratku mengahdapi...
Tidak kan ku ulangi....

Durra mengeluh panjang. Jalan yang dipilihnya ternyata salah. Benar kata Haizi, Luqman bukan solusi. Berkahwin dengan Luqman bukan syarat wajib untuk berubah! Yang perlu mengubahnya adalah diri sendiri!

*

Sudah lima tahun lebih rumah ini tidak meriah. Akhir sekali pun masa perkahwinan kami dulu. Aku masih ingat semua kenangan itu. Aku masih ingat lagi dahulu Laura yang menjadi 'mak andam percuma' kepadaku, aku masih ingat lagi aku berjalan di ruang tamu ke pelamin sambil ada tiara yang menghiasi kepalaku. Hari itu aku rasa bagai seorang puteri.

Hari itu aku dapat mendengar dengan jelasnya Luqman menyebut namaku dalam sesi akad nikah. Selapas sahaja saksi-saksi menyebut perkataan 'sah', aku gembira dan sebak. Bermula hari itu, aku sudah bergelar isteri kepadanya. Sehingga hari ini.

Aku masih ingat, Luqman pergi kepadaku di atas pelamin lalu mencium pipiku. Aku juga mencium tangannya. Pertama kali aku disentuh lelaki yang bukan muhrimku secara sengaja. Seterusnya Luqman meletakkan tangannya di atas kepalaku lalu membacakan doa.

Aku sebak sekali lagi. Akhirnya aku temui jodohku. Aku akan berusaha menjadi isteri yang terbaik buatnya. Detik berharaga yang akan aku ingati selamanya.

Dan hari ini, Laura bakal mengulangi apa yang aku lalui dahulu. Dengan lelaki pilihannya. Bukan paksaan. Bukan demi menutup malu.

Tetapi jika ada yang sanggup mengkhianati cinta ini.......

Tiba-tiba aku dapat merasakan ada titisan-titisan jernih membasahi pipiku. Air mataku mengalir!

"Kenapa sayang menangis........" soal Luqman sambil memelukku dari belakang. Aku memandang Luqman sambil berharap sesuatu.

"Abang....... Tolong..... Jujur...... Dengan.... Sayang......"

"Maksud sayang? Jujur yang bagaimana?"

Aku diam. Memang aku perlukan penjelasan tentang apa yang aku lihat beberapa hari lalu. Benar mahupun tudak itu cerita lain pula. Yang pasti, aku mahukan penjelasan darinya.

"Sayang.... Sayang jangan pernah fikir yang buruk tentang abang... Abang sebenarnya sayang sangat dekat sayang dan Myza. Sampai bila abang ke tempat kerja, abang selalu teringatkan sayang dan Myza. Makan ke tidak, selamat atau tidak... Abang selalu risaukan semua itu. Abang takut abang akan kehilangan sayang dan Myza... Bagi abang, sayang dan Myza adalah permata paling berharaga yang tak dapat diganti....."

Aku dengar kesemuanya kata-kata suamiku. Entah aku mahu sebak atau marah. Yang pasti, aku langsung tiada perasaan sekarang. Susah sangatkah mahu jujur?

Menipu itu mudah, jujur itu susah.

*

Album yang berisi gambar-gambar kenangannya dengan Durra disimpan kemas di dalam laci. Begitu juga diari setebal setengah inci itu yang mengandungi jutaan ayat berbaur surat cintanya kepada Durra yang ditulis hampir lebih enam tahun.

Hari ini, segalanya telah musnah, Haizi..... Terimalah.....

Haizi melangkah ke katilnya. Setapak demi setapak dilangkahnya. Lalu Haizi membaringkan dirinya di atas tilam yang sungguh empuk.

Tidurlah.

Bukankah 3 perkara ini telah Allah tentukan sejak azali? Rezeki, jodoh dan ajal. Kalau tidak dapat di dunia di akhirat sana pasti ada.

Dunia ini sekadar tempat untuk berjuang, bukan tempat bergembira...... Kebahagiaan ysng sebenar adalah di akhirat sana.....

*

Selepas semua ahli rewang telahpun pulang, akhirnya kami dapat tidur juga setelah penat memasak dan membuat kerja-kerja kahwin.

Cenderahati tetamu yang juga dipanggil 'doorgift' telah bersusun di dalam bilik lagi satu begitu juga dengan barang-barang hantaran. Malam esok Laura bakal dinikahkan. Setelah siap segala urusanku, aku pun masuk tidur.

"Sayang.... Jomlah tidur... Dah lewat ni... Tak elok tidur lewat.... Esok kita nak bangun awal...." Luqman menggenggam tanganku lalu menarik tanganku hingga aku terbaring ke atas katil.

Aku tersenyum. Indahnya sama seperti dulu. Dalam bilik ini hanya ada kami berdua. Myza bersama sepupunya Fatimah. Fatimah dan Myza mana boleh lekang berdua. Asal jumpa sahaja pasti ingin bersama. Sepupu dunia akhirat katanya... Sama seperti Luqman dan Imran.

Myza tidur dengan Fatimah di rumah kak Jannah. Itu pun setelah dipujuknya berkali-kali. Mulanya aku risau juga, tetapi setelah kak Jannah meyakinkan aku, aku setuju.

Beberapa minit kemudian, kami pun lena dibuai mimpi....

*

Jam 5 pagi. Di luar lampu kalimantang sudah menerangi seluruh rumah. Kelihatan mama dan abah sudah bangun. Aku pun segera membersihkan diri lalu membantu apa yang patut. Subuh pun belum masuk waktu lagi. Kata mama mama ingin memasak nasi lemak untuk menjamu orang kampung yang datang merewang.

Aku rasa mungkin terlalu awal untuk mengejutkan suamiku. Hari ini pula Aulia akan tiba untuk melihat sendiri kakak kandungnya dinikahkan. Eh, langkah bendul ni. Aulia sendiri masih membujang. Tidak apa, biarlah Aulia menikmati zaman bujangnya dahulu.

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat subuh. Aku melihat jam dinding. Pukul 5.50 pagi. Pantas betul masa berlalu meninggalkan kita. Jika di Kuala Kangsar ini subuh masuk Jam 5.50 pagi, pasti di Kuala Lumpur lebih cepat.

Tiba-tiba suamiku tersedar dengan sendirinya. Terkejut aku dibuatnya.

"Abang dah bangun?"

Luqman tersenyum kepadaku. Aku segera menghulurkan tuala kepadanya.

"Kita subuh jemaah ye.... Abang mandi sepuluh minit je..." ujar suamiku sambil tersenyum lagi.

"Bukan berdua, tapi satu rumah ni." balasku sambil membalas senyumannya.

Setelah beberapa minit, kami semua berkumpul di ruang tamu dengan segala kain sembahyang. Penghuni rumah ini sahaja sudah enam orang termasuk aku, mama, abah, Luqman, Laura dan Aiman Izzhan. Cukup enam orang.

Tiba-tiba....

"Assalamualaikum....." Suara ramai memberi salam kedengaran dari luar rumah. Mama segera membuka pintu menjemput mereka masuk. Rupanya Imran, kak Jannah, pakcik Husin, makcik Asmah, Fahmi, Fatimah dan Myza pun ada sekali lengkap dengan telekung, kain pelekat serta kopiah.

"Siapa yang jemput diorang?" soalku terkejut.

"Mama yang jemput.... Diorang kan keluarga kita juga...." jawab mama. Aku gembira. Tujuh tambah enam orang jadinya tiga belas orang yang akan solat berjemaah bersama. Walaupun Myza, Fatimah dan Fahmi masih belum pandai soalt dengan betul, tidak apalah.

Dan yang bakal menjadi imamnya adalah......

Adalah.....

Luqman keluar dari bilik kami dengan baju melayu serta kain pelekat yang lengkap demi menghadap yang Maha Esa. Semua mata memandang suamiku. Dalam hatiku ketawa kecil. Teringat ketika zaman sekolah dahulu. Semua mata memandang Imran ketika mendapat tahu Imran bakal menjadi imam solat hajat SPM lapan tahun lepas.

Dan kali ini yang bakal mengimami soalt kami ialah....

Bukan Imran tetapi suamiku.

"Asal pandang-pandang ni?" soal Luqman seperti tidak tahu.

"Cepatlah ke depan. Kau yang jadi imam kan....." jawab Imran sambil menepuk bahu Luqman. Aduhai, ada-ada sajalah sepupu dunia akhirat ni!

Takbir diangkat menandakan kami sudah mula menunaikan perintah Allah itu. Saat surah Al-Fatihah dibaca, aku teringat lagi. Teringat lagi kenangan zaman sekolah dahulu.

*Flashback*

Lapan tahun lalu.....

Tirai berwarna mustard yang memisahkan jemaah lelaki dan perempuan diselak. Dapat juga kami melihat bahagian hadapan.

Allahu Akbar.. Allahu Akbar...

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat maghrib. Habis sahaja azan, kami perlu solat berjemaah.

"Rapatkan saf!" Suara itu datangnya dari hadapan. Tidak tahu milik siapa kerana dilindungi oleh pelajar lelaki. Namun, suara itu seperti aku kenali. Tapi siapa ya...

Usai solat, kami perlu mendengar takzirah ringkas pula. Semua pelajar dibenarkan duduk jadi kami yang di belakang ini dapatlah melihat siapa yang di hadapan. Ternyata orang itu ialah Ustaz Imran!

Dilla yang berada di sebelahku sempat lagi berbisik padaku. "Suka ke, future husband kau yang imamkan solat..." bisik Dilla sambil ketawa nakal.

"Siapa future husband aku? Setahu aku, aku ni bukan ada boyfriend pun." soalku. Siapa? Firdaus? Firdaus dah lama hilang dari mataku. Setahu aku Dilla tidak pernah tahu pun tentang Firdaus.

"Eleh, kau buat-buat lupa pula... Ustaz Imran lah." Ustaz Imran? What? Siapa kata dia future husband aku pulak ni... Tiber...

Tapi patutlah bacaannya sedap. Macam imam di mekah. Muka hensem, baca Alquran sedap, boleh imamkan solat. Fuyoh, siapa dapat jadi isteri ustaz ni mesti untung. Memang perfect lah. Memang layak jadi future husband aku.

*End flashback*

Suaranya merdu. Sama seperti Imran. Itulah apa yang aku dapat simpulkannya.

Bersambung.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience