Bab 10

Drama Series 7817

"Puas hati kau? Ini ke yang kau mahukan sejak dulu?..." bisik hati Luqman. Luqman melangkah keluar daripada bangunan pejabat tempat mereka bernikah tadi dengan serba salah. Kalau Zureen tahu ini, entah apalah perasaannya. Pasti kecewa dan remuk hatinya.

Tetapi apakan daya, ini saja satu-satunya cara....

Kini Nur Syadurra binti Hisham telah selamat menjadi isteri keduanya. Tetapi bukan semudah itu. Tiada cara mudah untuk berkahwin.........

"Aku harap kau janganlah minta lebih.... Ini yang kau nak kan...." ujar Luqman.

Durra tidak mengendahkan kata-kata suami barunya. Bak kata orang, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia sudah tidak kisah dengan semua itu. Yang penting, apa yang dirinya mahu sudah dapat.

*

Aku gembira betul melihat Myza dan Fatimah yang asyik bermain bersama tadi. Terlupa seketika masalah yang melanda. Benar kata orang, hadirnya insan-insan kecil ini mampu untuk mengubah dunia.

Terkadang pernah juga aku terfikir, aku mahu kembali ke masa lalu menjadi kanak-kanak semula. Saat itu kehidupan sangat indah, tidak perlu memikirkan banyak masalah. Hidup hanya untuk bermain, belajar dan meneroka dunia.

Aku rindukan semua itu.... Dahulu semasa kecil akulah yang paling gembira apabila usia semakin meningkat, tidak sabar mahu menjadi dewasa. Tetapi apabila hari ini, aku berasa ingin kembali ke masa lalu.

"Zureen..."

Kak Jannah memanggilku. Aku membalas; "Ye akak...."

Kak Jannah tidak berkata apa-apa melainkan tersenyum kepàdaku dan memegang bahuku.

Aku merenung kakak iparku ini dengan perutnya yang semakin membesar. Tidak lama lagi tu.

"Harap Zureen sabar tau.... Mungkin Luqman ada kerja ke... Manalah tahu kan... Ataupun outstation..." ujarnya sambil tersenyum. Aku hanya membalasnya dengan senyuman kelat. Andai ada yang tahu naluri hatiku pada saat ini, pasti mereka tidak percaya. Naluri ialah naluri. Kadang boleh jadi tepat ataupun tidak. Biarlah semua itu.

"Kak... Cuma yang Zureen perasan, perangai Luqman berubah dua tiga hari ni... Luqman pernah cakap dia 'mungkin' akan tinggalkan kami... Seolah-olah semua ini dirancang.. Zureen tak sedap hati.... Akak sebagai isteri tentu faham kan...." aku meluahkan segalanya kepada kak Jannah. Sengaja aku menekan perkataan 'mungkin' itu supaya kak Jannah faham.

"Perangai manusia ni semua boleh berubah-ubah.... Sabar ye Zureen..... Akak faham..." balas kak Jannah yang lebih 'senior' dalam alam rumahtangga.

Kak Jannah sudah tujuh tahun berkahwin dengan abang Im. Aku pula baru sahaja lima tahun. Beza dua tahun. Kak Jannah, abang Im dan Luqman pula sebaya. Aku pula muda lima tahun daripada mereka semua.

Adakah kerana usiaku yang muda membuatkan aku berfikir yang bukan-bukan.... Entahlah....

*

Kereta yang dipandu Luqman berhenti di hadapan sebuah rumah banglo berkembar atau semi-d yang sederhana besarnya. Durra turun dari kereta itu lalu masuk ke dalamnya.

"Ini rumah saya." kata Durra.

"Okey.... Cukup... Besar....." balas Luqman sambil memandang sekeliling rumah itu. Pertama kali dia masuk ke kawasan rumah yang agak mewah sebegitu. Sebenarnya itu bukan rumahnya pun, hanya rumah 'sewa' Durra.

Tiba-tiba sesuatu masuk ke dalam fikirannya. Tentang anak dan isterinya. Kasihan mereka. Sudah ditinggalkan tanpa sebarang berita hampir dua hari. Telefon pintarnya pun entah ke mana. Dompet, kad bank semua lagilah...

"Durra."

"Why mylovey baby...."

"Masa kau culik aku, kau letak mana dompet aku...."

"Abang tak perlukan semua itu... Duit, Durra akan selalu bagi."

"No. Aku taknak duit kau. Aku nak dompet aku balik."

"Okey, fine. Kalau itu yang abang nak...." Durra menunjukkan sebuah dompet kulit kepada Luqman.

"Give me back."

"Dengan satu syarat.........." Durra mengeluarkan sesuatu daripada dompet itu. Sesuatu yang.....

Luqman merampas 'benda' yang berada di tangan Durra. Durra merampasnya semula lalu mengeluarkan pemetik api dari poket bajunya. Dinyalakan api di atas 'benda' itu lalu dicampak ke halaman rumah.

"DURRA! Kau ni dah melampau!" Luqman tidak sempat menghalang sepupunya. Gambar itu musnah. Musnah menjadi abu. Gambar pernikahannya dengan Zureen. Musnah.

Durra ketawa sinis. "Kenapa abang masih perlukan perempuan tu sedangkan Durra ada?"

"Sebab dia istimewa. Kau ada apa? Cantik? Tak sangat... Muda... Lagi tua dari aku adalah... Baik hati?.. Hmm... Jujur? Lagilah tak...." jujur Luqman. Marah. "One more, stop calling me 'abang'. I don't like it."

"Siapa kisah? Okey, you tak suka Durra panggil abang, aap kata panggil sweetie baby pulak... Manalah tahu suka kan....." balas Durra sambil ketawa sinis.

"No no no. Aku tak nak semua tu... Aku cuma nak jumpa Myza dan Zureen... Tolonglah jangan kacau aku... Kau nak minta cerai malam ni pun boleh. Aku rela."

"Kalau itu yang baby mahukan.... Oh ya, cakap pasal malam... Hmmm...."

"Kenapa? Malam ni aku nak balik. Tolonglah. Jangan fikir yang bukan-bukan." ujar Luqman tegas.

"Kalau boleh....." Durra ketawa sinis.

*

Senja. Rumah kami.

Waktu sebegini sepatutnya aku dan Luqman solat berjemaah bersama. Namun dia tiada. Aku cuba call berkali-kali namun tak dapat. Kecewa. Itu perasaanku.

Aku sunyi. Namun Myza sebagai penemanku.

Luqman... Ke mana kau pergi...

Ke mana kau pergi....
Ku masih mencarimu....
Ke mana kau hilang....
.....

*

Luqman diikat pada sebuah kerusi. Tidak tidak tidak. Silapnya juga. Mengapa cakap terang-terangan dirinya hendak pulang ke rumah Zureen. Kan sudah jadi lagi teruk. Tetapi ini tidaklah seteruk mana. Sekadar atas kerusi, mungkin tidak mengapa.

Tiba-tiba dadanya sesak dengan bau asap. Bau asap sesuatu terbakar. Rasa panik mula memenuhi diri. Orang fobia api memang macam itu. Bau asap pun sudah takut dan panik. Tetapi bau asap ini kuat.

"DURRA!!" Luqman memanggil nama itu. Cuba mengejutkan sepupunya daripada tidur lena. Nyenyak sungguh dia tidur. Sampai bau asap yang kuat ini pun tidak dihidunya.

Durra masih di alam mimpinya. Siap pakej berdengkur lagi.

"DURRA!!" Kali ini dipekik sekuat hatinya. Tidak mampu lagi ditahan bau asap yang menyesakkan dada.

Masih tidak bangun. Aduhh... Tidur mati pula....

"DURRA! TOLONG BANGUN!" Luqman menjengketkan kerusinya untuk melihat tingkap. Bau asap itu semakin kuat. Menyesakkan dada.

Tiba-tiba....

Buk!

Jatuh tergolek lagi.....

Kini Luqman tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Hendak memanggil nama sepupunya itu tidak berdaya lagi. Hendak mengesot seperti ulat, lagilah.

Pening kepala. Bau asap itu semakin kuat dan kuat. Bau hangit.

Sakit kepala. Itulah yang dirasakannya. Pening. Terasa nyawa benar-benar di hujung tanduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience