"Haizi!!" Durra melaung nama itu. Berkali-kali namun tiada sahutan. Durra dikurung di dalam sebuah bilik yang dikunci dari luar. Walaupun tangan dan kakinya tidaklah berikat namun kerana bilik yang sempit itu membuatkan dirinya rasa dikongkong dan tidak mudah untuk bergerak.
"Haizi!!!"
"Haizi!!! Haizi!!!"
"Haizi!! Jangan kurung aku dalam bilik ni!!"
Durra termenung sendiri. Tiba-tiba air mata wanita itu mengalir perlahan....
*
Aku mengemas bilik kami seperti biasa. Pasal malam tadi, biarlah. Aku harus lupakan prasangka buruk aku. Aku juga tidak boleh menuduh sembarangan tanpa sebarang bukti.
Sedang aku mengelap habuk di meja solek, aku perasan sebuah kotak kecil berwarna biru tua. Aku merenung setiap tulisan yang ada di kotak itu. Tidak perlu sebutkannya pun aku sudah tahu.
Allah........
Mengapa......
Mengapa dikau sanggup mengkhianati cinta ini.........
........
Tanpa aku sedari air mata aku mengalir laju. Apa yang perlu aku lakukan sekarang?... Adakah aku perlu tanya Luqman sendiri tentang semua ini? Atau menunggu sahaja semua perkara ini dijelaskan sendiri oleh Luqman?....
Entahlah. Aku isteri dia. Kenapa dia sanggup melakukan dosa besar itu sedangkan yang halal berada di depan mata?....
Aku mencapai semula kotak kecil itu lalu menyorokkannya. Biarlah ini menjadi satu bukti jika benar semua ini adalah satu persembunyian dariku.
*
Pukul 12 tengahari. Waktu rehat yang biasa bagi kebanyakan pekerja pejabat.
Luqman langsung tidak dapat menumpukan kepada tugasannya sebentar tadi. Kepalanya masih pening. Dirinya masih mengingat kembali apa yang telah berlaku semalam. Masih tidak dapat mengigati apa yang berlaku.
"Apa yang si Durra dah buat ye semalam sampai aku pening macam ni..." Fikir Luqman sendiri.
Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej baharu masuk. Tanpa membuang masa, Luqman terus membaca mesej itu. Mesej itu daripada Durra, sepupunya yang menjengkelkan atau dalam bahasa inggerisnya disebut 'annoying' itu.
"Ya Allah.... Gambar apa ni!" Luqman mula beristighfar panjang. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Terus dipadam mesej yang tidak sopan itu. Seketika Luqman teringat kembali apa yang berlaku malam tadi.
Luqman merenung tapak tangannya. Tangan inilah yang telah bersalam dengan tok kadi sendiri untuk menerima dua orang wanita dalam hidupnya. Yang lagi satu bukna pilihannya namun untuk menolong mengubah kehidupan wanita itu.
Yang bernama Durra.
Mungkin orang luar tidak faham dengan trauma ysng masih ada dalam diri ini. Walaupun sudah 20 tahun berlalu, semuanya masih segar di kepala. Paling tidak akan dilupakannya, kemlangan itu telah meragut tiga nyawa adiknya.
Durra pula kehilangan kedua ibu bapanya. Pasti peritnya dirasa sehingga kini. Tiada lagi tempat bergantung, tempat meluahkan perasaan dan tempat berkasih sayang.
Kerana tragedi itu yang menyaksikan segalanya.......
"Encik Luqman." Luqman menoleh kerana namanya dipanggil. Wanita yang memakai baju kurung kapas itu tersenyum sambil menghulurkan beberapa helai kertas. Luqman mengangguk faham dengan tugasannya yang perlu dilakukannya. Terus mati lamunannya sebenatar tadi.
"Ok." Balas Luqman. Simple, ringkas.
"Errr.... Encik Luqman.... Start minggu depan kita akan buat paperless iaitu tak lagi menggunakan kertas. Jadi, lepas ni dah tak adalah kertas kerja ni ye...." uajr wanita berusia 30-an itu.
"Baiklah." jawab Luqman dalam nada yang professional sebagai seorang pekerja.
"Bro....." Giliran Nizam pula menyapa Luqman. Nizam dan Luqman sebaya dan belajar di universiti yang sama dan akhirnya bekerja di tempat yang sama. Tetapi tugas mereka sedikit berbeza iaitu Luqman bekerja di bahagian pejabat dan Nizam bekerja di bahagian receptionist.
"Ye.... Kenapa?" soal Luqman.
"Ada orang bagi kad kat kau tadi.... Dia datang. Perempuan tu macam tua sikitlah mungkin dalam 30-an ke atas. Dengan bunga ni sekali dia kasi kau." ujar Nizam.
Luqman memegang sebentar kad ucapan dan bunga segar yang dihantar kepadanya itu. Memang tidak salah lagi, ada tertulis namanya di kad itu. Namun tidak ditulis pengirimnya.
"Agak-agak kan, siapa yang kasi bunga ni?...." soal Luqman bingung. Kalau Zureen, tidak mungkin kelihatan seperti 30-an kerana usianya baru 25 tahub dan kelihatan lebih muda dari usianya seperti seorang budak sekolah walaupun sudah bergelar isteri orang dan ibu orang.
"Entah. Aku tak rasa ni isteri kau. Perempuan tu tak pakai tudung tapi takdelah seksi terdedah sana sini tak cukup kain.... Lagipun, bini kau tu muda pakai tudung sopan..... Eh kejap, kau ada skandal ke?"
Baris terakhir ayat Nizam membuatkan Luqman tersentak. Skandal?......
"T-Tak..... Aku rasa aku kenal perempuan tu..........."
"S-Siapa?..... Tak mungkin orang biasa kalau dia kasi bunga pastu ada ayat cinta-cinta ni.... Dia tak tahu ke kau dah kahwin?....
"Sepupu aku." jawab Luqman mendatar. Sehingga kini Luqman tidak pernah mengaku atau menyebut Durra sebagai isteri keduanya. Luqman hanya menganggap Durra sebagai seorang sepupu biasa.
"Sepupu?.... Lain macam sepupu kau......."
*
Seperti biasalah, kami bertemu di kafe pada waktu yang sama. Hanya kami bertiga. Zureen-Aulia-Dilla. Sama seperti semasa kami masih bersekolah dahulu. Kalau ada empat pun mungkin Myza. Itu tidak mengapalah lagipun Aulia dan Dilla pun memang mesra dengan Myza.
"Zureen. Apa cerita dengan Imran? Dah lama aku tak jumpa dia.... Tahulah dia tu sepupu aku tapi kami jarang sangat jumpa. Tak macam kau, tiap bulan tiap minggu jumpa. Yelah, abang sendiri apa salahnya kan......"
Aku tersenyum lalu membalas; "Imran ok.... Ni si Myza ni yang suka sangat main dengan Fatimah....."
"Hmm.... Engkau ingat lagi masa kita sekolah dulu kau pernah suka Imran.... Aku tak percaya bila ingat balik....." ujar Dilla sambil ketawa kecil.
Aku senyum tetapi tidak membalas. Mustahil untuk aku melupakannya. Entah apalah zaman kejahilan aku semasa itu sampai sanggup stalk hidup orang ye.... Biarlah. Semua itu hanya tinggal kenangan. Sudah lapan tahun berlalu dah pun.
"Eh, janganlah cakap macam tu.... Zureen kan ada Luqman pujaan hati..... Jealous nanti Luqman....." ujar Aulia pula dalam nada bergurau.
Apabila Aulia menyebut nama Luqman, aku terus merenung meja kafe sambil jari telunjukku berpusing-pusing seolah-olah melakar sesuatu.
Kenapa aku harus hadapi semua ini!!!!!
Ingin saja aku lepaskan segala luahan aku di sini. Namun, aku masih belum mahu. Tetapi aku percaya, satu hari nanti semua ini akan meletus juga. Ibarat lava gunung berapi yang meletus dengan banyaknya.
"Zureen..... Kenapa? Ada masalah jangan malu untuk kongsi.... Kitorang ni kawan baik kau, Zureen....." kata Aulia sambil memegang bahuku. Dilla juga turut melakukan perkara yang sama.
Aku diam tanpa sebarang jawapan. Tidak mungkin aku akan membuka pekungku sendiri lagipunaku tidak pastu semua itu sama ada benar atau tidak.
"Zureen..... Kau gaduh dengan Luqman?" soal Dilla. Aku merenung anak mata Dilla. Ya, mungkin..... Mungkin juga itu jawapannya. Hakikatnya aku sendiri pun tidak pasti.....
Share this novel