Bab 5

Drama Series 7817

"Hish.... Dia ni.... Tak habis-habis! Apalah yang special sangat aku ni sampai kena buat cara macam tu...." rungut Luqman sambil bermundar-mandir di rumahnya. "Sabar-sabar. Dia lelaki ke, aku lelaki... Aku lelaki kan... Jadi, buat apa aku perlu takut... Aku perlu protect family aku...."

"Abang cakap apa sorang-sorang tu...." soal Zureen melihat suaminya yang seperti tidak tenteram itu.

"Eh, tak ada apa-apalah...." Luqman cuba menyembunyikan rahsia itu. Tidak mahu fikiran isterinya terganggu.

"Abang ada sembunyikan sesuatu ke?..."

"Eh, tak lah....."

*

Aku pelik dengan perubahan perangai suamiku ini. Kejap bermundar-mandir, kejap bercakap seorang diri, kejap badmood... Apa sebenarnya yang berlaku ini... Seperti ada sesuatu....

Sesuatu yang aku kurang pasti. Tetapi aku amat yakin ada sesuatu yang tidak kena. Entahlah. Aku baru sahaja hendak beritahu tentang kehamilanku tetapi bunyi telefon itu menganggu perbualan kami.

Tidak mengapalah, mungkin urusan kerja agaknya....

"Sayang...." Luqman memanggilku.

"Kenapa abang?" soalku.

Tanpa ada jawapan, Luqman terus memelukku erat. Aku terkejut dengan tindaknnya yang spontan.

"Sayang.... Abang minta maaf kalau abang ada buat salah....." ucapnya. Aku tidak faham. Kenapa tiba-tiba?

"Kenapa abang minta maaf?"

"Sebab kita ni tak tahulah hidup sampai bila, sayang... Bila-bila je Allah boleh tarik kenikmatan kita....." ucapnya lagi.

"Kenapa abang cakap macam tu?" Aku... Hmm... Entahlah. Dua tiga hari ini Luqman banyak berkata tentang perkara yang sensitif. Perasaan aku? Aku takut. Aku takut kita akan terpisah, Luqman Radzi...

Kita berdua sudah berjanji untuk melayari pahit manis kehidupan bersama, berdua sama ada susah dan senang. Segalanya telah dimeterai semasa hari kita diijabkabulkan, abang.... Aku tidak mahu kau hilang.... Tetapi jika itulah suratan takdir, siapalah aku untuk menghalangnya?...

Aku cuma manusia kerdil lagi lemah yang tak punya apa-apa......

"Abang takut, abang akan tinggalkan sayang satu hari nanti... Tinggalkan yang macam mana tu... Wallahua'lam...." ujar suamiku.

"Abang... Janganlah cakap macam ni... Kita doa yang baik-baik je... Abang doakan rumahtangga kita kekal hingga ke akhir hayat dan hingga ke jannatul firdaus..." balasku.

"Ameen... Abang harap begitulah...."

Aku tersenyum. Anak mata suamiku kutenung lama. Terasa sejuk mataku memandang. Teringat kembali saat kali pertama kami bertemu di sebuah restoran makanan segera lebih kurang lima tahun setengah lalu. Aku masih ingat segalanya kenangan manis kami.

Saat kami berdua bertentang mata buat kali pertama, saat kami berdua duduk bersama di satu meja, dan yang paling indah ialah ketika aku tertinggal dompetku di restoran itu dan Luqman membaca segala isi di dalamnya. Aku tidak sangka dia seorang yang jujur...

Kadang apabila aku mengingati semula memori-memori lama itu, aku terasa diriku hanyut dengan masa lalu. Tetapi biarlah kisah itu tetap tersimpan di hatiku. Mungkin suatu hari nanti aku akan menceritakannya kepada anakku. Tentang kami. Tetapi tunggulah Myza besar sedikit.

*

"I dah bank in duit tu. Korang kena jalankan tugas. Kalau tak.... Aku nak balik duit tu!" ujar Syad tegas kepada tiga lelaki yang berbadan agak sasa yang menjadi 'orang suruhannya' itu.

"Cik Syad... Cik Syad rasa tindakan Cik Syad ni betul ke... Poligami memang tak salah tapi kenapa tak ikut cara yang betul... Kalau betullah cik Syad suka pada suami orang, kenapa tak berterus terang dan jujur?" soal lelaki itu takut-takut.

"Kau diam gemuk! Aku ambil balik duit kau baru tahu! Kau fikir aku tak pernah buat semua tu! Kau salah! Aku dah berkali-kali gagal. Dan aku rasa ini jalan yang terakhir......." ujar Syad lemah. Setiap manusia punya perasaan tidak kiralah baik atau buruk sifatnya. "Cinta aku bertepuk sebelah tangan... Dari kecil lagi... Sebab dia lebih sayangkan perempuan tak guna tu! Apa tah nama dia. Urin? Urine test?"

"Itu hak dan pilihan dia, Cik Syad... Kita sebagai manusia tak boleh memaksa... Kalau ikutkan, cik Syad rasa akan bahagia ke kalau kena kahwin paksa ni? Kalau orang tua cik Syad sendiri pun kalau disuruh kahwin dengan orang tak kenal pun pasti kita akan melenting, inikan pula seorang lelaki yang dipaksa kahwin dengan seorang perempuan yang tidak dikenali... Cik Syad tentu faham rasanya..." nasihat lelaki berusia pertengahan 30-an itu.

"Aku takde mak ayah. Diorang dah meninggal masa aku 12 tahun. Yang aku ada cuma adik. Tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi. Pernah aku upah orang cari, tapi tak berjaya... Entah dia hidup lagi atau tak pun tak tahu... Aku cuma nak ada seorang lelaki yang baik hati yang sanggup membantu aku dan sanggup mendengar segala kisah pahit manis hidup aku..... Cuma cukup sekadar itu yang aku nak...." Syad meluahkan segala isi hatinya yang terpendam lama kepada orang suruhannya. Asal bolehlah. Daripada dipendam sekian lama dan menyebabkan masalah mental....

"Ok... Saya simpati Cik Syad... Tetapi itu bukanlah satu lesen untuk melakukan kerja ini.... Saya ni,.. Serba salah. Rasa berdosa bila terlibat dalam kerja-kerja macam ni... Saya tak sanggup lakukan semua ini kepada kaum saya sendiri...." jujur lelaki itu.

Kaum Adam yang ditakdirkan buat kaum Hawa. Dijodohkan untuk saling lengkap-melengkapi sesama sendiri. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan bahtera kehidupan mereka bahagia dan dipenuhi kasih sayang dan cinta tanpa ada orang ketiga. Tak pernah ada wanita mahupun lelaki yang mengimpikan untuk berpisah di tengah jalan. Namun jika itulah qada' dan qadar oleh yang maha esa....

"Tapi dia kenal aku..... Kami berdua dah lama kenal...."

Lelaki bertubuh agak gempal itu mengeluh panjang. Susah betul hendak melembutkan hati wanita ini. Rasa bersalah pula apabila melibatkan diri dengan kegiatan seperti ini. Semuanya kerana wang.

Wang, wang, wang. Wang bukan segalanya namun jika ketiadaan wang, hendak berjalan di atas muka bumi ini pun susah.

Bukan sengaja dirinya memasuki kegiatan ini, semuanya kerana tertarik melihat tawaran yang diberikan oleh Syad. RM 15 ribu cukup banyak dari nilainya. Walaupun akan dibahagi tiga, nilainya cukup banyak bagi seorang yang miskin sepertinya. Dengan ayahnya yang sedang tenat, dan adiknya yang sedang sambung belajar di universiti tempatan, RM5000 itu sudah cukup banyak.

*

Aku tidak pasti sekarang sudah pukul berapa namun aku tak dapat melelapkan mataku. Rasanya sudah hampir lewat malam. Tubuhku masih di dalam pelukan suamiku. Aku tidak boleh tidur kerana asyik terfikirkan tentang tadi.

Aku merenung pula wajah suamiku. Tiba-tiba ada beberapa titisan jernih membasahi pipiku. Aku menangis tanpa aku sedari. Melihat wajah suamiku yang penat pulang dari kerja membuatkan air mataku gugur.

Inilah dia. Dia yang berkerja keras demi mencari nafkah buat kami sekeluarga, demi melihat kami bahagia dan tidak kebuluran. Hanya Allah yang dapat balas jasanya. Saat aku hanya duduk di rumah yang hanya melayan cerita korea atau skrol laman media sosial, dia pula sedang mencari nafkah buat kami.

Walaupun hanya di pejabat yang sejuk dengan penghawa dingin, stres tetap stres dan penat tetap penat. Aku pernahlah juga merasai pengalaman kerja di pejabat. Penat. Stres. Lagi-lagi apabila 'budak baru' yang asyik dihentam oleh pekerja senior. Ini salah, itu pun salah. Huh, susah.

*

"Patutkah aku teruskan... Atau batalkan... Hmm... Entahlah...." fikir Syad seorang diri. Tiba-tiba dirinya terpandang sebuah bingkai gambar yang diletakkan di atas rak televisyen.

Ditenung lama gambar itu. Gambar mereka berempat. Mak, ayah, Durra, Dilla. Walaupun kelihatan biasa-biasa, jauh di dalam hati penuh makna baginya. Kini mereka tiada lagi. Tiada lagi di dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience