Luqman termenung di pejabatnya. Hari ini dia perlu menunaikan janjinya terhadap Durra. Satu malam di sini, satu malam di sana. Itulah janjinya untuk berlaku adil kepada Durra dan Zureen.
"Huh..."
Fail-fail yang bertimbun dibiarkan seketika. Bukan "takut bini", tetapi tidak mahu melukai wanita yang sedia berkorban untuknya. Jujur? Ya, mungkin jujur itu adalah pilihan yang sepatutnya, tetapi cara itu mungkin akan melukai hati Zureen, cinta pertamanya.
Haizi.
Secara tiba-tiba nama itu terlintas di kepala. Seorang yang pernah menjadi kawannya telah pergi meniggalkan dunia. Benarlah mati itu pasti, sesiapa sahaja boleh dijemput ilahi tidak kira usia. Mudahnya Haizi diambil nyawanya. Di dalam tidur. Tiada siapa sangka itu tidurnya yang terakhir.
Khairiah.
Ibu mentuanya atau ibu saudaranya. Mempunyai empat orang anak. Dua anaknya dengan Ramli dan dua anaknya dengan Alias. Banyak dugaan wanita kuat itu. Sehinggalah hari ini dia mneeruskan sisa hidupnya dengan keluarga di kampung setelah penat berjuang mencari bahagianya sendiri. Dua orang lelaki tang pernah bertakhta di hati, bukan mudah untuk dilupakan.
Begitu juga Durra. Bukanlah mudak untuk melupakan kisah lama yang pahit. Luqman tidak berada di tempatnya, mungkin dia tidak tahu. Kehilangan kedua orang tua sekaligus, adik pula hilang entah ke mana. Bukan Luqman tudak tahu di mana adik Durra tetapi sengaja dirahsiakan.
*
"Assalamualaikum."
Pintu dibuka dari luar. Kelihatan suamiku sedang melangkah ke dlama rumah. Segera aku menyambutnya. Awal pula Luqman pulang hari ini. Selalunya lewat.
"Waalaikumussalam." Tangan yang penat mencari rezeki untukku itu aku cium. Begitulah rutinku apabila suamiku pulang dari pejabat.
Tiba-tiba anak gadisku segera memeluk abinya. Dengan wajah yang riang dan rambut tocang kelapa yang baru aku ikat sebenatar tadi kelihatan anakku sungguh comel.
"Sayang abi ni nak apa?" soal Luqman. Aku memandang anak-beranak ini sambil tersenyum.
"Myza rindu abi.............. Kenapa abi selalu balik lewat... Kesian dekat umi, takde kawan..." luah anakku dengan penuh perasaan.
Aku tersentak. Kami berdua saling berpandangan. Aku dan Luqman.
Baiklah, hari ini aku takkan batalkan niatku lagi. Aku perlu tahu ke mana Luqman pergi. Aku isteri dia, kan? Aku berhak untuk tahu.
"Abang sebenarnya pergi mana malam-malam?.."
Tiada jawapan. Kenapalah Luqman takut untuk jawab. Mesti ada sesuatu yang aku tidak tahu...... Aku berasa curiga. Semakin curiga.
"Shhh... Myza is here.... Jangan gaduh kat sini...." Luqman berbisik ke telingaku. Aku tidak berniat untuk bergaduh pun. Aku cuma TANYA.
Myza yang masih memeluk abinya aku renung. Ya, aku tahu topik ini mungkin akan meletuskan pergaduhan antara kami. Tidak sampai hati pula bila tengok wajah suci ini. Tetapi aku cuma tanya Luqman, bukan ajak bergaduh.
"Kenapa abi dan umi selalu bergaduh? Myza tak suka tengok abi dan umi bergaduh!" Myza pergi meninggalkan kami. Aku dan Luqman terpinga-pinga. Kami saling berpandangan sekali lagi.
Aku terkesan. Kenapa aku perlu libatkan anak kecil ini dalam maslaah rumahtangga kami?... Mengapa?...
Luqman memandang aku. Aku tahu di dalam fikirannya mungkin terfikir apa yang aku sedang fikirkan. Aku sayang Luqman, aku sayangkan Myza. Aku sayangkan keluarga kecil kami. Aku soal kerana aku sayang. Kerana aku tidak mahu ada sesuatu yang akan memusnahkannya.
"Dahlah, saya pergi pujuk Myza. Abang pergilah masuk bilik dulu." Dengan keadaan yang sedikit tegang ini tidak mungkin aku akan bahasakan diri aku sebagai 'sayang'. Aku meninggalkan Luqman dan terus menuju ke bilik Myza.
"Myza anak umi... Jangan la macam ni.... Umi dan abi sayang sangat Myza tau...." pujukku. Myza langsung tidak memandang wajahku. Aku semakin serba salah.
Kenapa semua ni berlaku?
Tiba tiba aku dapat rasakan seseorang mengusap belakang badanku. Aku tahu dia Luqman. Aku membiarkan sahaja. Tidak kuasa aku mahu memandangnya. Aku perlukan jawapan, Luqman.... Aku sentiasa menunggu.
"Abi dan umi ok... Myza jangan risau... Abi dan umi sentiasa sayangkan Myza, takkan pernah lupa...." Kali ini giliran Luqman pula berkata-kata. Ya, hubungan kami memanglah masih baik tetapi kebelakangan ini aku dan Luqman asyik bergaduh sahaja.
Maaf suamiku, aku hanya perlu tahu kemana kau pergi di malam hari... Kerna aku merasakan sesuatu yang pelik yang mungkin akan memusnahkan keluarga kita... Adakah semua itu hanya naluri atau permainan? Aku tidak tahu. Aku tidak mahu percaya dan buian juga aku langsung tidak percaya.
*
"Luqman, mengapa mudahnya kau melupakan janjimu......."
Jam 8 malam. Kelihatan batang hidung Luqman masih belum ditemui. Durra setia menanti di sofa. Sepqtutnya hari ini hari gilirannya namun.......
"Aku tahu, berkongsi itu pahit dan tidak mudah... Namun tiadakah secebis kasihan kepada aku yang penat lelah berusaha mencari cintamu? Mengapa kau khianati? Adakah kerana aku ini bukan pilihanmu? Atau bukan yang kau cintai?...."
Durra termenung sendiri. Televisyen yang terpasang ditenungnya. Jam lapan malam sebegini, sudah pastilah kebanyakan saluran media menyiarkan berita. Ada yang sedih, ada yang gembira dan sebaliknya. Ada yang kemalangan kehilangan ahli keluarga, ada yang dirompak, diragut dan sebagainya. Tidak kurang juga berita gembira yang ada.
Cerita tentang kemalangan, teringat kembali kenangan lama yang hampir meragut nyawanya. Paling tragis, kedua orang tuanya telah meninggalkannya tanpa sempat dipohon maaf. Adiknya pula dijaga orang hingga sekarang masih tidak tahu hilangnya ke mana.
"Assalamualaikum."
Durra melihat ke arah muka pintu sambil tersenyum sendiri. Ingat tidak mahu tepati janji tadi....
"Waalaikumussalam abang... Masuklah." Durra cuba melayan Suaminya dengan lembut sekali. Biar hati lelaki itu cair perlahan-lahan. Hendak tawan hati seseorang, mestilah berusaha melayannya dengan lembut. Mungkin Durra silap selama ini melayan Luqman dengan cara yang kasar. Sepatutnya dari awwl lagi digunakan dengan cara 'memujuk'.
"Kenapa abang balik lambat?" soal Durra berani.
"Saya.... Banyak kerja. Maaflah....." jawab Luqman.
Durra merenung anak mata Luqman yang tajam. Sama zeperti Imran sepupunya juga, mereka berdua ini punyai renungan yang amat tajam hingga membuatkan orang tergugat imannya. Pastilah orang yang dapat menawan hati dua lelaki ini seorang yang amat bertuah.
Dan hendak menawan hatinya bukanlah mudah. Luqman tidak dingin, tetapi dia sayangkan keluarganya lebih dari segalanya. Keluarga adalah segalanya.
Kalau diikutkan hati pasti Durra mahu bertanya tentang isteri pertama Luqman. Adakah Luqman pulang lewat kerana menyinggah di sana dahulu? Kalau begitu, ini sidah tidak adil.
Semalam giliran isteri pertamanya tidak pun Luqmam bersinggah ke rumahnya. Seperti wanita-wanita yang lain, adalah fitrah untuknya merasakan cemburu. Bukankah kasih ini perlu dikongsi?...
Atau sebenarnya dirinya tidak layak untuk dikasihi? Atau isteri kedua ini hanya dipandang di mata masyarakat sebagai seorang perampas?
Tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.........
*
Makan malam yang aku masak telah siap aku hidangkan di atas meja makan. Hari ini Luqman kelusr lagi. LAGI. Berikan alasan mahu makan di luar. Aku sebagai isteri yang memasak untuknya hari-hari pastilah agak berkecil hati. Sudah tidak sedapkah aku masak? Sampai tidak mahu balik rumah. Kalau iya pun, ajakalah kami juga.
Aku masuk ke dalam bilik sebentar. Tiba-tiba aku terjumpa sesuatu. Sesuatu yang..........
Ianya telefon pintar milik Luqman.
Aku tahu aku tak sepatutnya tengok isi kandungannya namun hatiku tergerak lagi. Aku buntu. Mahu tengok atau tidak? Mungkin ianya salah, namun aku perlu tahu segala rahsia yang tersimpan.
Untuk kali kedua aku berjaya membuka telefon pintar itu. Tiada kata laluan untuk dinyahkodkan. Sangat mudah.
Aplikasi pertama yang aku buka, pastilah WhatsApp. Bukan aku mahu baca perbualan mereka, cuma aku mahu tahu.... Apa sebenarnya rahsia yang disimpan suamiku.
Sebuah nama membuatkan aku terkejut. S-Siapa Durra?
Aku tahu, hatiku perlu kental untuk membaca perbualan mereka. Berabang-abang? Ya Allah. Luqman curang dengan aku? K-Kenapa?........
Dan banyak lagi perbualan mereka yang aku sudah baca. Baby, Honey, sweetie, lovey, semua ada. Siapa perempuan bernama Durra ini? Memanglah Luqman tidak melayan sangat namun caranya sudah melampau. Dia tidak tahukah aku isterinya?
Aku menyalin semua perbualan mereka. Aku perlu bertanya kepada Luqman. Apa sebenarnya semua ini? Apa?
Wanita itu 'online'. Kalau ikut hati memang sudah aku bertanya dengannya. Tentu sekarang dia sedang berada dengan suamiku. Apa semua ini? Sanggup Luqman memperdaya aku?
Tetapi.... Kenapa?.... Apa salahku....
Bersambung.....
Share this novel