Bab 36

Drama Series 7817

"Sayang... Buka pintu ni sayang...." Suara Luqman kedengaran daripada luar. Aku buntu. Mahu buka pintu, atau tidak. Kalau aku tidak mahu buka sekalipun, aku perlu keluar juga untuk ambil wuduk dan solat.

Bagaimana... Mahu buka... Atau tidak....

Aku mengambil keputusan untuk buka. Nafas sedalamnya aku tarik untuk menghadap Luqman.

"Sayang isteri abang..... Izinkan abang masuk....." Kata Luqman dengan penuh lembut sekali. Aku membalas hanya dengan sekali anggukan memandangkan Myza masih tidur.

Pintu ditutup semula. Tinggal kami bertiga di dalam bilik ini. Aku duduk di birai katil. Luqman pun sama. Tanganku digapai lalu diusap lembut.

"Sayang abang, marahkan abang lagi?"

Aku diam. Aku tidak marah, cuma aku tidak selesa isteri dan isteri berada di dalam rumah yang sama. Pasti akan ada yang iri hati. Dan aku penat untuk bertengkar, tolonglah faham Luqman. Lagipun rumah ini bukan hanya ada kita berdua. Ada ramai..

"I'm so sorry... Abang tahu, isteri mana yang tak kecewa dimadukan... Sedangkan A'isyah isteri rasulullah juga punyai rasa cemburu..."

Sentap pula aku mendengarnya apabila Luqman memetik nama isteri rasulullah. Ya, poligami memang sunnah nabi. Tetapi, berdosakah jika aku menolaknya?..

Aku buntu. Aku dalam dilema yang besar.

"Abang akan cuba perbaiki keadaan.... It's gonna be okay... Abang pun rindukan keluarga kita yang dulu... Cuma, buat sementara waktu ini, memang sayang abang tiada pilihanlah, lawanlah segala perasaan itu. Nanti, selepas Durra betul-betul dah dapat lari daripada trauma dia, nanti family kita akan jadi seperti dahulu..."

Maksud Luqman, family kita akan kembali seperti dahulu, itu maksudnya Luqman akan ceraikan Durra? Mengapa? Aku tidak mahu jadi sekejam itu. Ya, sungguh aku terluka. Tetapi aku tidak mahu ada wanita lain terluka disebabkan aku. Walaupun ini pertama kali aku bersemuka dengannya, dengan air mukanya juga aku tahu dia sangat mengharapkan Luqman menjadi suami normal, berkasih dan bersayang, bukan 'suami doktor' yang memulihkan fikirannya.

Hakikat ini memang pedih. Sekali sudah terjebak, memang sukar untuk kembali seperti dahulu. Bermakna, memang tiada peluang lagi untuk aku kembalikan keindahan yang lama. Atau,....

Aku yang mesti pergi untuk mereka.

*

Jam 10 malam.

Seluruh ahli keluarga masih belum tidur. Sudah alang-alang ramai orang, pastilah kami menghabiskan masa untuk bersama. 'Family bonding time' namanya...

Sudah lama aku tidak menghabiskan masa dengan mama. Dahulu semasa aku kecil, mamalah yang paling sayangi aku. Tahun ini umur mama 55 tahun. Mama semakin tua dan tua. Aku takut mama akan tinggalkan aku satu hari nanti. Aku mahu luangkan masa dengan mama sebaiknya. Andai jika Allah menarik nyawa mama, aku dalam keadaan yang ada kenangan bersama mama. Mama mengandungkan aku, melahirkan aku dan menyusukan aku semasa kecil. Besarnya pengorbanan si ibu.

Aku tahu apa harapan mama. Harapan mama ialah mahu bertemu kembali dengan kak Zehra, sekejap pun tidak mengapa. Aku masih dalam proses mencari dia. Tetapi aku tidak tahu mahu mencari di mana. Aku pun tidak tahu ke mana kak Zehra pergi tujuh tahun lalu.

Patutkah aku tanya Laura? Laura kenal kak Zehra.... Tetapi aku tidak rasa Laura tahu di mana kak Zehra sekarang....

Tolonglah....

Luqman masuk ke dalam bilik. Memang aku sengaja tidak mahu mengunci pintu. Aku mahu biarkan sahaja siapa yang akan Luqman pilih untuk malam ini.

"Sayang abang tak tidur lagi?" Soal Luqman dalam suara lembut memandangkan Myza sedang tidur. Tadi setelah aku kejutkan semasa maghrib, akhirnya terlentang kembali pada pukul 9 malam.

"Tak...." Jawabku.

"Harini, abang nak tidur dengan sayang...."

"Kenapa tak tidur dengan Durra je?" Soal aku sinis. Sengaja mahu lihat reaksi Luqman.

"Sebab... Kat sini ramai orang... Mama belum tahu yang abang dan Durra dah kahwin... Lagipun, memang malam ini giliran sayang pun..."

"Bagitahu jelah, puas hati." Kataku tidak sengaja. Alamak, kalau Luqman betul-betul bagitahu, agaknya apa perasaan mama ye...

"Abang tak nak mama risau... Mama dah tua, sayang...."

Jadi, aku yang muda ini, senang-senang sahaja mahu menyakitkan? Huh.

"Abang hanya menjaga hati mama? Abang sedar ke tak rancangan abang ni lagi menghuru-harakan?"

"Rancangan? Maksud sayang?" Luqman membuat muka terkejut.

"It's your plan, I know... Abang rancangkan saya jumpa dengan Durra dekat sini kan?"

"Wallahi, itu bukan rancangan abang... Durra sendiri yang mahu datang ke sini tanpa tahu sayang pun nak balik. Pada awalnya memang abang nak halang tapi..."

Tapi apa?!

"Durra dah bertolak dulu.... I'm so sorry.. Ini semua salah abang.... Abang naif dalam menguruskan rumahtangga.... Abang sebenarnya bukan mahu sangat beristeri dua, tetapi abang TERPAKSA..." Perkataan 'terpaksa' itu ditekankan. Sampai kini aku masih tidak mengerti apakah maksud 'terpaksa' yang selalu disebut oleh Luqman.

Luqman keluar dari bilik. Aku berasa sangat bersalah. Adakah aku ini isteri nusyuz?....

Air mata aku mengalir tumpah. Aku ingin meminta ampun dengan Luqman. Aku tidak sepatutnya meletuskan pergaduhan....

Maafkan aku, insan yang tidak sempurna ini......

Lampu utama dipadam. Hanya lampu tidur kecil yang dinyalakan supaya bilik tidak terlalu gelap. Aku merenung setiap sudut bilik. Akhirnya aku tertidur dengan kepalaku terlentok di dinding.

*

Luqman baring di atas toto di ruang tamu sambil merenung atap zink. Di luar masih hujan renyai-renyai. Bunyi air hujan terkena zink masih kedengaran.

Ada tali yang tergantung di situ.

Luqman tahu apa kegunaan tali itu. Untuk menggangtung buaian bayi. Zaman dahulu tiada buaian besi seperti sekarang. Zaman dahulu hanya ada buaian yang digantung dengan tali. Tali jerami atau apa-apa tali yang kuat dan tahan diikat pada kayu bumbung, kain buaian pula diikat dengan tali itu.

Luqman tahu, ahli rumah ini tidak mencabutnya kerana ada kenangan yang tersimpan di situ. Begitu juga Luqman.

*Flashback*

"Jangan bising, adik tengah tidur tu...." Pesan Zuraida kepada Hanna dan Hajar yang sedang berkejar-kejaran di sekeliling ruang tamu.

"Jomlah kita main dekat atas, nak?" Syifa mengajak pasangan kembar itu supaya tidak mengganggu adik mereka yang sedang tidur di dalam buaian.

Manakala Luqman dan Imran sedang menonton televisyen cerita kegemaran mereka.

"Man, Im... Selurkan tv tu...."

"Okey ibu... Tak apa, lagipun dah habis dah cerita ni..." Televisyen dimatikan lalu mereka berdua pergi ke arah buaian untuk melihat Sarah yang sedang tidur.

"Comelnya adik kau... Rasa nak cubit-cubit je pipi mulus dia ni.. Putih kemerahan pula tu..." Imran mula menyentuh pipi Sarah yang masih di dalam buai.

"Comel kan, suruh la mama kau mengandung lagi..."

Imran memberi pandangan tajam kepada Luqman. Buat-buat tidak tahu pula si Luqman ini.

"Okey-okey.... Jangan la marah... Gurau je... Maaflah kalau sensitif.."

"Aku... Taknak adik kandung seibu atau sebapa... Aku nak adik kandung, seibu dan sebapa macam kak Syifa.... Tapi, mama dan abah dah kahwin lain, nak buat macam mana...." Rintih Imran.

Kata-kata Imran begitu menusuk kalbu Luqman. Sekurang-kurangnya, Luqman masih ada ibu dan bapa. Kasih sayang diberi sepenuhnya.

Kata-kata itu akan diingati selamanya oleh Luqman!

*End flashback*

"Aku... Taknak adik kandung seibu atau sebapa... Aku nak adik kandung, seibu dan sebapa macam kak Syifa.... Tapi, mama dan abah dah KAHWIN LAIN, nak buat macam mana...."

Kata-kata itu berlegar di benak fikiran Luqman. Tiba-tiba Luqman diselubungi rasa bersalah. Adakah Myza akan merasai seperti Imran jika tahu kemelut umi dan abinya? Atau, adakah Myza akan mengulagi nasib yang sama seperti Imran andai keadaan ini tidak dapat dibaiki?..

*

Allahu Akbar.... Allahu Akbar.....

Suara azan berkumandang mengejutkan seluruh ahli rumah ini kecuali Myza dan Durra. Abah dan Luqman sudah siap berpakaian baju melayu dan kain pelikat untuk ke masjid.

Zureen dan mama pula sudah siap berpakaian telekung serba putih untuk solat di rumah sahaja. Aku lihat mama bersalam dengan suaminya abah, terus aku gapai tangan Luqman lalu mengikuti perbuatan mama.

Tangan Luqman aku cium lama. Aku ingin memohon keampunan Luqman tentang semalam. Aku tidak mahu aku dalam keadaan masih dimarahi oleh suami sendiri. Tentang Durra, aku rasa dia masih belum bangun lagi.

"Abang.... Saya minta maaf sangat pasal semalam......" Pohon aku.

"Tak apa, abang maafkan.... Dah, janganlah sedih-sedih... Abang nak cepat ni, abang nak pergi masjid sekejap lagi iqamat."

Semudah itu sahaja Luqman memaafkan?! Biar betul!

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience