Bab 14

Drama Series 7817

Setelah mengambil anakku pulang dari kami tidak terus pulang ke rumah. Kami berdua berkunjung ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Rasanya sudah I and kami tidak makan di kedai. Kali terakhir pun semasa hari ulangtahun perkahwinan kami awal tahun lalu.

"Myza nak makan apa? Harini, umi yang belanja tau. Pilih lah apa-apa je..." pelawaku.

"Myza nak chicken chop.... Dengan air kelapa."

"Ok....." Segera aku memanggil pelayan untuk mengambil pesanan makanan kami. Tidak lama kemudian makanan yang kami pesan pun tiba dan kami terus menjamu selera.....

"Zureen........" Kedengaran suara beberapa orang perempuan memanggilku dari belakang.

"Eh, korang....." La, Aulia dan Dilla rupanya..... Patutlah suaranya seperti aku kenali....

"Seronok eh makan tak ajak... Chicken chop pulak tu...... Sedapnya...." ujar Aulia sambil melihat hidangan sepinggan chicken chop Myza. Ish, bukan setakat Aulia terliur tau, uminya pun terliur juga.... Al-maklumlah aku memesan nasi ayam sahaja.... Tidak biasa makan makanan barat ni... Myza pun abi dia tu lah yang biasakan....

Bau kesedapan dia... Boleh tahan lah juga... Aku pun pernahlah makan dua kali sahaja... Itu pun Luqman yang paksa... Sedap tu sedaplah tetapi lidah melayu seperti aku ni susah sikit hendak telan....

"Manalah tahu korang berdua free.... Kalau tahu dah ajak dah tadi...." balasku lalu mengajak mereka duduk.

"Zureen.... Kenapa muka kau pucat semacam? Alahan teruk ke?" soal Dilla kepadaku. Pucat? Sejak bila muka aku pucat pula ni... Setahu aku alahanku masih belum teruk lagi....

"Pucat? Kenapa pulak?"

"Entah... Aku rasa kau ni macam ada sesuatu yang tak kena je.... Takpelah... Mungkin perasaan aku agaknya....."

*

Telefon pintar itu berbunyi lagi untuk kali ke-13. Butang merah ditekan bermakna tidak mahu diangkat panggilan telefon itu. Walaupun tiada nama yang tertera namun melihat nombor telefon sahaja sudah tahu siapa pemanggilnya. Tentulah si Durra pengacau sahaja!

Luqman kembali melakukan kerjanya tanpa melihat sedikit pun telefon pintarnya. Sudah hampir naik meluat dibuatnya.

Telefon pintar itu menyanyi lagi. Untuk kali ke-14.

"Huh....." Luqman terpaksa mengangkatnya. Ulang sekali lagi, TERPAKSA!

"Kau nak apa?" soal Luqman kepada wanita yang berada di dalam talian itu.

"Durra nak baby lovey..... Bila baby lovey nak balik....."

"Kenapa kau nak suruh aku balik?" soal Luqman kepada Durra.

"Because.... I love you......."

"Aku dah cakap kan aku tak pernah sayangkan kau... Berapa kali nak cakap.... Please........." Luqman mengehembuskan nafas berat. Kesian itu ada, tetapi perlu jiga difikirkan perasaan pihak sebelah sana. Dirinya dan Durra hanya sepupu, sepatutnya tidak perlulah lebih daripada itu... Lagipun tidak pernah difikirkan dirinya akan disatukan dengan kakak saudaranya itu.

*

Durra meletakkan telefon geram. Sakit kepalanya datang lagi. Benci benci benci! Asal semua rancangannya tidak berjaya!

"Luqman.... Kenapa....."

"Kenapa kau sanggup pilih dia...."

"Apa yang aku tiada....."

"Ahh.........."

Durra membaringkan semula badannya di atas tilam yang empuk itu sambil memikirkan sesuatu. Tentang rancangan terakhirnya untuk memastikan Luqman terpikat kepadanya. Ia bukanlah dengan cara kekerasan atau paksaan, namun lebih kepada cara yang hampir semua lelaki akan menyukainya.

Yelah, lelaki mana yang tak suka.....

*

Malam menjelma.

Makan malam telah terhidang di atas meja. Menunggu sahaja dijamah oleh kami. Selalunya pastilah kami akan makan bertiga tetapi hari ini kami hanya berdua. Luqman sudah memberitahu kami dia tidak dapat makan malam bersama kerana sibuk dengan kerja. Tidak apa, sekurang-kurangnya bagitahulah juga... Tidaklah aku kerisauan....

"Myza... Jom makan sayang...." Panggilku.

"Okay umi... Kejap... Nak siapkan homework ni...." balas Myza. Homework apa pula ni... Takkan baru sekolah tadika sudah ada kerja sekolah...

Aku terus menghampiri anakku yang sedang menyiapakan kerja sekolahnya. Oh, 'kerja sekolah' yang dimaksudkan ialah mewarna rupanya... Huh, buat saspens si umi je....

"Jom la makan dulu.... Kejap lagi sambung tau...." ajakku.

"Okey umi...." Kami berdua bergerak ke meja makan lalu menikmati hidangan makan malam kami. Myza seperti biasalah, aku ambilkan sedikit dahulu. Kalau mahu lagi, baru tambah. Tiadalah membazir nanti...

"Harini umi masak sup ayam..... Harini simple-simple je...." kataku sambil mencedok nasi dan lauk ke pinggan Myza. Sebenarnya hari ini aku tiada mood untuk memasak oleh kerana mual dan mabuk yang semakin teruk. Cakap tentang mual dan mabuk, aku lupa aku belum ke klinik untuk membuat buku merah jambu untuk ibu mengandung....

Sup pun suplah, janji sedap. Janji tidak kebulur je.....

"Umi...."

"Ye... Kenapa?"

"Mana abi?"

"Abi.... Work sayang....." jawabku sambil tersenyum.

"Alah abi ni... Asyik work work work! Penting sangat ke!" Myza mula memberontak. Aku terpinga-pinga. Kali pertama anakku berkelakuan begini. Sebelum ini tidak pernah pun.... Pelik juga ye...

"Kalau abi tak work.... Kita nak makan apa? Abi pergi work sebab dia nak cari nafkah untuk kita sekeluarga tau... Jadi, Myza jangan marahkan abi.... Kalau abi tak work, nanti kita jadi macam orang orang kat Syria tu... Tak makan... Kurus... Myza nak?" pujukku lembut.

"Tak nak tak nak.. Nafkah tu apa umi?" jawab Myza sambil menggeleng.

"Oh... Nafkah tu, abi kena tanggung umi dan Myza... Takpelah, mungkin satu hari nanti Myza akan faham... Kau macam tu... Makan eh.... Dah jangan marah-marah tau...." Aku menyuapkan nasi ke dalam mulut Myza.

Myza mengangguk. Aku tersenyum. Berdua pun sudah cukup indah. Apatah lagi jika bertiga. Tetapi tidak mengapalah, kerana kerja.

*

"Kau nak apa?...." soal Luqman dengan suara mendatar. Mungkin dengan pujukan boleh melembutkan hati wanita ini.

"Durra nak... Baby lovey la...." jawab Durra tanpa sedikitpun rasa bersalah.

"Durra.... Saya ni... Dah berkeluarga.... Saya ni tak adalah sangat keistimewaan pun... Saya cuma nak tanya, kenapa awak obses dengan saya sejak kecil?" soal Luqman lembut.

"Sebab......." Air mata wanita itu tiba-tiba mengalir perlahan. Wajah ibu bapa tersayang tiba-tiba muncul di fikirannya.

"Ke... Kenapa kau nangis?" soal Luqman serba salah. Adakah cinta Durra padanya begitu dalam hingga mengalirkan air mata atau sekadar dipaksa oleh orang lain?

"Mak dan ayah......"

Mendengar sahaja perkataan 'mak dan ayah', terus Luqman terbayang wajah bapanya. Sudah agak lama dirimya tidak bertemu bapanya. Semasa hari perkahwinannya dengan Zureen pun dia tidak hadir. Rasanya hampir sudah tujuh tahun tidak bersua muka. Bukan sudah meninggal dunia, tetapi tidak tahulah.

"Okey.... Saya faham.... Bukan awak seorang je yang terlibat dalam kemalangan tu... Saya pun ada.... Hanna, Hajar dan Sarah terkorban. Ketiga-tiga adik saya terkorban. Kau rasa? Sedih jugak kan? Macam tu lah ibu saya...." jujur Luqman.

"Boleh tak... Durra nak jumpa maksu...."

"Untuk?"

"Untuk tanya pasal adik Durra dan beritahu pasal perkahwinan kita....."

"Beritahu?... Untuk apa?...."

Bersambung.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience