Bab 6

Drama Series 7817

Aku menyiapkan anakku seperti biasa sebelum pergi ke tadika. Aku menyarungkan tudung kepada anakku. Ha, comel pun.

"Comel lah anak umi ni... Sayang dia...." kataku kepada Myza sambil mencubit lembut pipinya. Tembam sangat...

"Dah siap ke umi? Myza dah tak sabar nak pergi sekolah ni... Tak sabar nak buat muffin coklat... Sedapnya...." Ya benar, memang Myza ada menceritakan kepadaku hari ini mereka semua akan belajar membuat kek cawan coklat. Dan aku pula telah menyediakan segala bahan yang perlu dibawa.

"Dah... Nah, ambil plastik ni.. Jangan lupa... Kalau tak, tengok jelah kawan-kawan tu buat muffin...." kataku lembut.

"Yelah-yelah... Myza tak lupa... Umi dengan abah yang selalu lupa.... Hihi...."

Aku tersenyum manis sambil melihat wajah anakku yang seiras si bapanya itu. Setiap kali aku melihat wajahnya, pasti aku teringatkan suamiku. Memanglah sama, sudah nama pun Myzadatul Syahirah binti Muhammad Luqman, mana tidak samanya.

*

"Today is the day. Kita semua dah rancang dan tak nak semua ini gagal. So, jalankan tugas masing-masing dengan amanah. Jangan gagal." arah Syad. Dirinya sendiri sedang berbelah bahagi. Entah mengapa fikirannya kacau.

Apakah penerimaan lelaki itu jika tahu tentang semua rancangan jahatnya ini?.. Sudah pastilah lelaki itu benci padanya.

Syad menggenggam tangannya lalu membisikkan sesuatu kepada dirinya sendiri. 'Aku boleh! Aku boleh jadi isteri terbaik lagi baik daripada perempuan perampas tu!'

"So, apa lagi... Pergilah. Ingat nak buat kerja ni satu jam je ke? Nak pergi Ipoh pun jauh! Inikan pula nak culik orang pastu nak bawa ke Songkhla! Ingat dekat macam kedai mamak ke?"

"Err... Okey okey cik Syad..." Ketiga-tiga lelaki itu mengagguk laju mematuhi arahan yang diberikan. Hari ini mereka akan melakukan misi 'culik, paksa dan lafaz' atas arahan Syad. Bunyinya kedengaran pelik, namun itulah realiti kehidupan zaman kini yang sangat memerlukan wang. Tugas seperti ini bukan sekadar bahaya, tetapi salah di sisi undang-undang juga. Silap haribulan, boleh masuk penjara nanti.

*

Haizi menarik tangan sahabat lamanya dengan pantas. Tiada masa untuk berbicara.

"Asal kau ni?" soal Luqman.

"Shh... Diam... Kau nampak tiga orang lelaki gemuk tu?" kata Haizi berbisik.

Luqman hanya mengganguk walaupun tidak faham maksud Haizi.

"Diorang bertiga tu, nak culik kau.... Diorang bertiga tu ekori kau daripada tadi.... Tunggu masa je..."

Luqman mengintai tiga lelaki itu disebalik dinding. Dari sudut perawatakan dan pemakaian pun sudah nampak mencurigakan. Berpakaian serba hitam, hoodie hitam serta topeng hitam yang menutupi separuh wajah mereka dengan kaca mata hitam yang menutup mata. Hanya dahi yang kelihatan itupun tidak jelas kerana dilindungi hoodie hitam yang menutupi kepala. Entah apalah yang mereka rancangkan. Memandang ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang seperti sedang mencari sesuatu.

"Luqman... Kau dengar tak ni..." Haizi cuba memanggil Luqman dalam bisikan.

"Dengar... Kenapa diorang bertiga nak culik aku? Selalunya kan orang nak culik budak-budak.... Aku yang dah besar gajah ni nak buat apa?" soal Luqman seperti orang bodoh. Bukan tidak tahu, tetapi cuba untuk tidak memikirkan temtang 'itu'.

"Hish kau ni pun... Berapa kali aku nak cakap... Ni Syad punya kerja lah... Macam kau tak tahu dia kan nak....,.." tidak sempat Haizi mengahbiskan ayatnya, Luqman terlebih dahulu meletakkan jari telunjuknya di mulut Haizi tanda tidak mahu mendengar perkataan yang seterusnya.

"Senyap." Luqman mengarahkan Haizi supaya senyap apabila melihat tiga lelaki itu mengahmpiri kawasan mereka bersembunyi.

"Lari!" Haizi menjerit sekuat hatinya sambil menarik tangan sahabatnya itu apabila menyedari mereka bertiga telahpun menjumpai mereka berdua. Luqman pun apa lagi, tidak tahu hendak buat apa jadi dia pun turut larilah.

*

Pukul 7 malam.

Aku kerisauan. Suamiku masih tidak pulang dari kerja. Entah mengapa naluri hatiku berkata seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Aku harap bukan begitulah. Selalunya Luqman akan tiba di rumah tepat atau lewat sedikit pukul 6 petang. Ini sudah lewat satu jam ni...

Aku sudah menghantar mesej, namun tidak dibaca mahupun dibalas. Mungkin sedang dalam perjalanan agaknya. Tidak mahulah aku menelefonnya pula. Entah-entah tengah memandu kereta macam mana.

"Luqman.... Di mana abang.... Pulanglah... Aku merinduimu, sayang...." Lagu Pulanglah versi tunggang terbalik ayatnya bermain di mindaku. Aku ketawa kecil. Aduhai....

Beberapa minit kemudian, aku dapat mendengar azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat maghrib. Aku melihat suasana senja melalui tingkap. Hatiku mula gelisah. Walaupun ini bukan kali pertama Luqman pupang lewat, tetapi sebelum ini dia akan memberitahuku dahulu.

Tiba-tiba, aku teringat sesuatu. Bedtime talk kami pada beberapa hari lalu.

*flashback*

"Sayang......" Luqman memanggilku.

"Kenapa abang?" soalku.

"Kalau ada antara kita yang pergi dulu satu hari nanti, apa yang sayang akan buat ya..." soalnya padaku.

"Maksud abang, meninggal dunia ke?" soalku kembali. Tolonglah, jangan cakap perkara begini.... Aku tak mampu untuk membayangkannnya.... Namun semua itu hanya kusimpan di dalam hati...

"Tak..... Pergi untuk sementara....." jawabnya. Pergi untuk sementara? Maksudnya bukan meninggal dunialah. Apa sebenarnya maksud awak Luqman....

*end flashback*

Pergi untuk sementara yang bagaimana tu??... Tak, tak boleh. Aku tak boleh membayangkannya. Lagi-lagi bila waktu seperti sekarang ini. Aku takut dia akan pergi....

Aku cuba memejamkan mataku seketika sambil terkumat kamit membaca ayat-ayat zikir tapi bukanlah tidur ya... Cuma untuk menenangkan jiwaku yang resah.

Perasaan ini, hanya tuhan sekalian alam yang tahu.... Naluri. Walaupun naluri itu tak semestinya benar, namun hati ini.......

Namun hati ini berkata sesuatu.... Sesuatu yang... Aku tidak pasti bagaimana rasanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience