"Assalamualaikum...." Kami berdua memberi salam kepada ahli rumah. Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Nasib baik kami sudah solat jamak qasar tadi. Perjalanan makan angin membuatkan aku bahagia. Satu kamoung sudah kami terokai. Berduaan dengan suami sendiri. Siapa yang tak suka?
"Waalaikumussalam...." jawab mama dan beberapa orang lagi. Kelihatan mereka semua berkumpul di sini termasuklah kak Jannah, abang Im dan anak-anaknya. Sudah tentulah Myza bersama Fatimah kesayangannya. Dua gadis cilik ini mana boleh berenggang....
"Mama.... Buat ketupat ke?" Soalku apabila melihat mama memasukkan pulut ke dalam sarung daun palas yang sudah siap dibentuk.
"Haah..... Makcik Midah yang minta.... Jadi mama buat jelah...." balas mama sambil melakukan kerjanya. Papa dan mama memasukkan pulut ke dalam daun palas, sementara Imran dan kak Jannah menggunting daun yang berlebihan.
"Siapa makcik Midah?" soalku kehairanan. Dan, mengapa pula dimintanya ketupat palas. Sedangkan bukannya hari raya pun.
"Kan abang dah kata tadi... Lupa ke?" jawab Luqman. Aku soal mama, encik laki ni pula yang tolong jawabkan. Baru aku teringat, memang semasa kami bersiar-siar makan angin tadi, Luqman ada menunjukkan sebuah rumah kayu yang saiznya sederhana besar. Kata Luqman, itulah rumah makcik Midah.
"Oh, haahla...." balasku. Aku segera mencuci tangan lalu membantu mama dan papa. Ketupat yang sudah siap dimasukkan ke dalam besen besar itu.
"Hmm... Mama... Kenapa makcik Midah order ketupat ni?" soalku. Pelik juga. Hendak kata musim perayaan, macam tidak.
"Mama pun tak tahu, tetapi orang sudah pesan, kita buat sahajalah." jawab mama. Aku sambung menolong mama dan lain-lain.
*
"No!!!!!"
"Ini tidak boleh berlaku!!"
Durra menjerit sepuas hatinya. Dia perlu menerima sebuah hakikat dirinya sudah berbadan dua. Bayi yang dikandungnya ialah, anak Luqman!
Kesemua pil yang berada di atas meja solek itu dilempar sehingga berteraburan. Kerana terlupa dan terleka, hah tanggunglah akibatnya.
Terimalah sebuah hakikat yang hakiki, Durra. Perkahwinan ini tidak diiktiraf. Tidak dirancang. Tidak dikehendaki.
Durra mengutip semula pil yang dilemparnya tadi. Bermacam warna ada. Ada yang merah, ada yang biru, merah jambu, kuning dan hijau juga ada. Durra mencapai sebotol kecil pil yang berwarna hijau. Entah dari mana Durra mendapatinya pun tidak tahu. Durra membaca kegunaan ubat tersebut. Tanpa membaca kandungan dan kesan sampingannya, Durra terus menelan dua biji pil itu.
"Maaf Luqman dan baby..... Durra tak sanggup.... Durra bukan manusia yang baik...."
Air mineral di dalam botol diteguknya. Pahitnya ubat tersebut jangan disoallah. Pahit pun pahitlah, janji dia hilang.
Durra mencapai beg tangannya lalu keluar dari rumah banglo berkembar setinggi dua tingkat itu. Duduk di dalam rumah besar ini membuatkannya semakin serabut kepala!
Segera Durra memandu keretanya. Tiada arah tuju. Ke mana ia berhenti, di situlah Durra bakal pergi. Ke kiri ke kanan, Durra pergi ke mana sahaja. Di mana ada simpang, di situ akan dibeloknya. Hendak takut apa? Zaman sudah canggih. Jika tersesat ada waze. Jika terlencong sikit ada google map. Apa yang perlu dirisaukan?
Tiba-tiba Durra menyedari dirinya memandu di kawasan yang agak sunyi. Kelilingnya dipenuhi semak samun yang tidak terjaga. Ada juga beberapa rumah tinggalan yang pokok-pokok sudah mula menjalar. Durra tiba-tiba tidak sedap hati. Jalan itu sunyi.
Bukan takutkan makhluk halus, tetapi....
Bulu romanya meremang. Semakin jauh dilaluinya, semakin tebal semak samun. Sudah seperti hutan pula. Durra ingin berpatah balik namun jalan terlalu sempit untuk membuat pusingan u.
"Ni tak boleh jadi. Tempat ni macam tiada orang. Takut pula." Durra mengundur keretanya perlahan-lahan.
Tiba-tiba.....
Pup!
Bunyi letupan kecil kedengaran. Oh sudah, tayar meletup pula... Aduhai, malangnya nasib si Durra yang sedang mencari bahagia.... Durra keluar daripada perut kereta untuk melihat tayar keretanya yang pecah.
Terlanggar batu rupanya.....
Memang tidak hairanlah, kawasan itu berbatu-batu tajam. Sudah nama pun kawasan bersemak, mana ada dijaga.
"Diam! Serahkan duit!"
Sebilah pisau pula diacukan ke lehernya. Tiga orang lelaki bertopeng hitam menghampirinya dan meminta wang. Durra pasrah. Tidak berdaya ingin melakukan apa-apa lagi.
Durra terpaksa menyerahkan segala wang kertasnya kepada peragut tersebut. Dirayu juga agar tidak mengambil telefon pintarnya tetapi siapalah yang hendak menghiraukan wanita malang sepertinya....
Setelah melihat peragut itu pergi, Durra terduduk di atas rumput kepenatan. Tidak tahu lagi hendak buat apa. Menunggu bantuan tiba? Bagaimana?
"Luqman, Dilla.... I lost you... Maafkan kakak kerana tak dapat cari adik... Andai ini nafas terakhir kakak, ampunkan segala dosa kakak......," Durra menangis semahunya.
Namun malang sekali, tiada siapa yang mahu mendengar dendangan tangisan si Durra.... Sebentar lagi jam akan menunjukkan pukul 7.15 malam. Suasana yang sebentar tadi masih cerah bertukar suram-suram senja.
"Tolong aku!!!!!"
*
Luqman menghidupkan enjin motosikal milik abah sambil aku menjinjit plastik yang berisi ketupat palas yang sudah dipesan makcik Midah. Tugas menghantar pastilah kami berdua yang masih muda remaja. Myza pun mahu ikut sekali. Apa salahnya budak ni nak ikut meneroka kampung kan...
Kami bertiga menunggang motosikal bersama lalu meluncur di atas jalan raya. Suasana di kampung ini agak berlainan kerana ada beberapa rumah yang memasang lampu hiasan ditambah lagi dengan lampu jalan yang sentiasa terang. Mudah kata, langsung tidak kelihatan suram.
"Itu pokok kelapa condong yang abi selalu panjat masa kecil-kecil... Tepi dia tu ada sungai kami selalu mandi kat situ masa kecil-kecil..." cerita Luqman kepada Myza dan aku. Aku tersenyum membayangkan suamiku ketika zaman kanak-kanaknya bermandi-manda di sungai tersebut. Pasti seronok, kan? Aku pula, hidup di bandar yang tiada apa keseronokan.
Tetapi cukuplah aku punyai sahabat sejati yang cukup bermakna bagiku, Durra dan Aulia. Walaupun Aulia tidak dapat lama disini kerana ada hal, aku terap gembira sahabat sejatiku datang juga untuk menyaksikan adik kandungnya itu dinikahkan.
Setiap orang ada kisah masing-masing, bukan?....
Luqman berhenti di sebuah rumah kayu yang sederhana besarnya. Ada seorang wanita yang usianya agak tua beberapa tahun daripadaku sudah menunggu di beranda rumah.
Sebentar.
Aku seperti pernah lihat wanita itu.
Husna kan? Dia... Husna?...
Semakin hampir aku mendekatinya, semakin aku dapat mengecam wajahnya. Tidak lain dan tidak bukan lagi, dia Husna yang aku bertemu semasa melawat kawan Luqman yang bernama Haizi itu. Dia memang Husna, perempuan arwah.
Aku menyerahkan plastik berisi ketupat palas kepada Husna. Husna menyerahkan bayaran kepadaku tetapi aku menolak. Kata mama, niat sedekah sahaja kepada makcik Midah.
"Zureen....." Husna memanggilku. "Terima kasih....." ucapnya.
"Sama-sama.... Una bertabah tau...." kataku sambil menepuk bahu Husna. Memang aku tidak berada di tempatnya, jadi aku tidak merasai peritnya apabila seseorang yang disayangi dijemput ilahi.
"Zureen... Jomlah makan dulu.... Una dah masak... Una pun tak sangka terjumpa Zureen kat sini... Ajaklah suami dan anak tu sekali..." pelawa Husna. Kami bertiga masuk ke dalam rumah kayu itu. Sudah dipelawa, takkan mahu menolak pula. Kata orang tua-tua, rezeki jangan ditolak....
"Mana makcik Midah?" soal aku kepada Husna. Luqman membuat isyarat kepadaku. Aku mengetahui maksudnya. Maksudnya 'kenapa tanya macam tu'.
"Makcik Midah ada kat dalam bilik tu..." jawab Husna sambil menghidang makanan. "Makcik Midah uzur... Jadi dia tak boleh join.... Sebenarnya Una yang call mak Zureen suruh buatkan ketupat palas..... Una teringin sangat nak makan ketupat palas makcik Khairiah... Selalu makan masa raya je.... Una pun kerja dengan anak makcik Midah je.... Dia orang tu duduk di bandar kadang-kadang susah nak jenguk ibu dia orang... Jadi dia orang upah Una jagakan... Sebulan 350... Ok lah tu.... Cukup duit belanja Una... Lebih bagi ibu, Hanim atau adik Hakim."
Aku terharu mendengar kata-kata Husna. Ingatkan makcik Midah ini ahli keluarga Husna rupanya tidak. Husna bekerja. Kerja menjaga makcik Midah yang uzur. Bukan semua orang mahu menerima kerja seperti ini.
"Sudah lama ke Husna kerja dekat sini?" Aku mencedokkan nasi ke dalam pinggan kaca yang disediakan tuan rumah lalu mencedokkan juga ke pinggan suamiku.
"Sudah tiga tahun...." Persoalanku dijawab. Satu tempoh yang cukup lama. "Arwah abang Haizi pun tak tahu Una kerja dekat sini...."
Aku dapat merasai getirnya kehidupan mereka. Mereka cuba sedaya upaya demi 'survive' hidup di dunia yang fana ini. Aku tidak pernah merasai semua itu. Saat aku membuka mata, segalanya sudah ada. Selepas bersekolah, aku terus berkahwin dan tidak melanjutkan pelajaran.
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada.......
Share this novel