"Zehra, ni kau ke?" soal wanita itu lagi. Dari sudut wajahnya boleh aku teka usianya. Mungkin dalam baya-baya aku jugalah.
"Saya bukan Zehra." jawabku.
Wanita itu melepaskan pelukannya lalu memandangku sekilas. Dahinya berkerut. Aku dapat lihat batanya sedikit berair dan sembap. Aku agak ini mungkin salah seorang dari keluarga arwah.
"M-Maaf... Saya tersilap orang... Muka awak salin tak tumpah seperti Zehra." ujarnya lalu berlalu pergi. Aku berasa serba salah lalu memanggilnya semula.
"Akak....." Aku memanggilnya. Aku tidak pasti mahu menggelarnya akak atau adik. Hentam sahajalah.
Wanita itu menoleh memandangku semula.
"Akak cari siapa?" soalku takut-takut. "Dan..... Siapa Zehra yang dimaksudkan?...." Tanganku menggeletar. Jangan-jangan.... Insan yang dimaksudkan ialah kak Zehra?...
"Tak... Akak fikir adik ni Zehra.... Kawan sekolah akak... Muka sama lah... Maaf ye...." pintanya lagi. Aku mengangguk.
"Siapa nama penuh dia?" soalku lagi.
"Zehra Munirah."
Aku terbeliak. Ya, aku pasti. Tidak lain tidak bukan lagi.
Zehra Munirah. Kakakku yang aku tidak pernah berjumpa dengannya sejak kejadian tujuh tahun lalu. Tipu kalau aku tidak rindu.
"A-Akak dulu sekolah kat mana?" soalku bagi mendapat kepastian yang sebenarnya.
"Kat..........." Okey, nama sekolah menengah kami disebut. Kamilah kiranya. Aku, kak Zehra dan dia.
"Akak kenal kak Zehra?........"
*
Tanah perkuburan. Tempat yang pasti setiap manusia kaan kunjungi setelah tibanya ajal maut.
Keadaan di sini sedikit sebanyak memberi cakna keinsafan kepada tetamu yang hadir. Di dalam tanah ini sahajalah yang menjadi 'rumah' terakhir kita. Keranda inilah yang menjadi kenderaan terakhir kita. Kita akan bersendiri. Sendiri di dalam kegelapan.
Melihat hampir semua tetamu memakai hijab yang lengkap menutupi kepala mereka, Durra berasa sedikit segan lalu menutup kepalanya.
Tiba-tiba Durra terlihat sepasang pasangan suami isteri yang berjalan berdua. Seperti kenal pasangan itu....
Luqman?.....
Dan.... Isterinya?.......
Dan lagi seorang itu pula, siapa? Tidak seperti paksu pun.
Durra menggosok-gosok matanya sekali lagi umtuk mengenal pasti adakah benar pasangan suami isteri di hadapan matanya. Ah, ini tidak boleh jadi! Cemburunya!! Habis, dia ini siapa? Hanya isteri di atas kertas? Atau isteri yang tidak didaftarkan?
Ya, terimalah hakikat itu Durra. Cemburu itu memang pahit.
"No way.... Ini tidak boleh jadi....." bisik Durra sendirian. Lelaki yang sepatutnya menjadi idaman hatinya sejak kecil telah berkahwin dengan yang lain. Mana tidak cemburunya....
"Kenapa cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan? Aku cuma nak dia sebagai peneman hidup aku.... Kenapa dia pilih yang lain? Apa kurangnya aku berbanding dia?..."
*
Setelah jenazah selamat dikebumikan, kami bertiga perlu bertolak ke kampung semula untuk menyaksikan adik tiriku dinikahkan. Aku juga telah mendengar sendiri cerita daripada Husna yang memelukku tadi. Umur Husna 26 tahun, hanya tua setahun daripadaku. Baru aku tahu Husna rupanya satu sekolah denganku dulu. Husna fikir aku ialah Zehra memandangkan wajah kami seiras.
Aku juga telah menceritakan kisah pahit tujuh tahun lalu dimana berpisahnya kami adik beradik. Entah bila akan berjumpa aku belum pasti. Tujuh tahun cukup lama bagiku, papa dan mama. Tetapi aku tidaklah membuka aib keluarga kami dengan menceritakan apa yang berlaku menyebabkan kak Zehra 'lari'. Cukup sekadar aku memberitahunya kak Zehra lari rumah. Itu sahaja.
Aku cukup bersimpati kepada Husna dan adik-adiknya. Hari ini abang mereka telah dijemput ilahi. Tiada lagi tempat bergantung bagi mereka tiga beradik ditambah lagi dengan ibu mereka yang sakit. Adik bongsu mereka Hakimi pula sedang mengaji di universiti tempatan. Sebelum ini segala perbelanjaan ditanggung oleh Haizi sebagai pengganti ketua keluarga.
Haizi meninggalkan tiga adiknya, ibunya serta anak perempuannya yang bernama Safiyyah. Ya, mungkin ramai yang tidak tahu Haizi pernah juga berkahwin dahulu namun isterinya telah dijemput ilahi semasa usia perkahwinan mereka tiga tahun, semasa umur Safiyyah lebih kurang setahun. Kini Safiyyah sudah berusia 11 tahun dan pada hari ini kanak-kanak itu sudah menjadi yatim piatu.
Aku sangkakan selama ini ujian yang Allah beri kepadaku adalah berat namun ianya salah. Ramai lagi manusia yang ujiannya jauh lebih sukar daripadaku. Kerana setiap orang adalah berbeza, bukan?
Baru aku kenali mereka sebenarnya ada empat orang adik beradik. Haizi, Husna, Hanim dan Hakimi. Hanim berkahwin muda semasa usianya 21 tahun dan menetap di Sabah bersama suami dan anak-anaknya. Tinggallah Husna bersama ibunya sahaja yang menetap disini.
Mereka hilang tempat bergantung. Mereka hilang permata berharga yamg mereka sayang. Aku tidak berada di tempat mereka jadi aku tidak faham perasaan mereka. Sidah tentulah sedih. Tetapi sedih yang bagaimana, Wallahua'lam....
*
Durra memandu pulang selepas tamatnya acara pengebumian tadi. Tiba-tiba air matanya tumpah. Mesej lama dari telefon pintarnya dibaca semula. Membangkitkan memori hidupnya bersama Haizi. Lelaki yang pernah menawarnya untuk menjadi suri hatinya namun ditolak begitu sahaja.
"Assalamualaikum..."
"Hai awak..."
"Awak ok?"
"Awak sihat?"
"Gud morning..."
"Iloveu...."
Selepas ini tiada lagi semua itu. Tiada lagi sokongan berharga daripada Haizi. Mengapa segalanya berlalu begitu pantas.... Tidak sempat untuk menikmatinya.....
Ingatlah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Masalahnya ini bukan lagi terlajak perahu atau kata... Ini terlajak perbuatan namanya. Padahnya? Huh, tidak usah ceritalah. Benarlah kata orang, alam perkahwinan bukanlah satu permainan.
"Maafkan aku... Aku hanya cuba untuk mencari bahagia.........." rintih Durra sendirian. Air matanya mengalir laju. Semua orang telah meninggalkannya. Bermula dari mak, ayah, Dilla dan Haizi.
Durra mengeluarkan sekeping gambar salinan dari beg tangannya. Ditenung lama setiap wajah yang ada di dalam gambar itu.
"Adik..... Durra akan cari adik tak kira dimana adik berada................." Itulah azam Durra. Bermula hari ini......
*
Setelah beberapa jam kami berada di atas jalan raya, akhirnya kami tiba juga ke Kuala Kangsar. Penat. Memang penat. Hari ini yang sepatutnya kami membantu Laura, tetapi terpaksa pula berulang alik ke Kuala Lumpur. Aulia juga sudah berada di sini menanti adiknya dinikahkan.
Laura pula sudah hampir siap diandam oleh juru andam. Laura kelihatan berbeza setelah dipadankan dengan gaya yang berbeza. Kebaya peplum mermaid dengan perincian manik, labuci dan lace menaikkan lagi seri bakal pengantin itu ditambah lagi dengan usianya yang masih muda remaja.
Aiman Izzhan pula memakai satu set baju melayu berwarna putih lengkap bersampin berwarna putih serta bersongkok. Eh, macam dia pula yang mahu kahwin!
Tetapi iyalah, Aiman pula tidak pernah merasa kasih sayang seorang bapa sejak lahir. Tentulah Aiman gembira mendapat tahu dirinya bakal mendapat seorang ayah walaupun ayah tiri.
Aku tahu, bukan mudah untuk melupakan kisah pahit yang lalu, begitu juga aku. Bagi Laura mungkin Aiman belum cukup umurnya untuk mengetahui kisah silamnya dengan Afiq. Biarlah semua itu kekal menjadi satu rahsia walaupun satu hari nanti Aiman akan tahu juga.
Aku mendengar sepatah demi sepatah perkataan yang dilafaz untuk menerima Laura sebagai isterinya. Apabila beberapa orang saksi berkata 'sah' maka telah sahlah ikatan suci yang mereka bina.
Laura. Dan Fawwaz. Tidak lupa juga Aiman. Bakal membina keluarga bahagia.
Aku dapat melihat sendiri Laura yang sebak di atas pelamin. Aku pun dulu macam itu juga... Yelah, kalau boleh kahwin ini biar sekali....
Dikala duka, ada sinar bahagia.... Cantik kan takdir tuhan?.... Ia sempurna....
Bersambung.....
.
Share this novel