"Amin...." Selesai juga doa yang dibaca Luqman. Luqman menoleh ke belakang. Terkejut benar ada seorang wanita bertelekung yang sedang menggantikan rakaat yang tertinggal tadi. Pandai pula dia ni masbu' kan.....
Luqman tiada perasaan. Hendak marah pun, tidak boleh.... Tetapi macam manalah dia boleh tidak perasan ada 'makmum' yang sedang mengikuti solatnya....
"Durra....." bisiknya di dalam hati.
*
Aku tidak pasti hendak buat apa. Sudah hampir satu setengah hari kehilangan suamiku. Mungkin inikah maksudnya tempoh hari?... Tidak, aku tidak boleh membayangkan semua itu...
Hatiku masih melarang untuk membuat laporan polis. Tidak tahulah aku perlu ikut hati atau perasaan. Aku berbelah bahagi.
Aku hanya melakukan kerja rumah semasa bersendirian. Kejap di sini, kejap di sana, kejap di situ... Apabila memasuki bilik Myza, aku duduk di birai katilnya. Bilik ini pernah menjadi bilik kakakku Zehra. Dia pergi tidak kembali. Sehingga kini aku dan mama masih tidak menemuinya. Rindu jangan cakaplah..
Mama sanggup menunggu lama kepulangan anaknya. Satu tahun, dua tahun, tiga tahun, lima tahun... Hinggalah tahun ini sudah masuk tujuh tahun. Entah bila aku akan bertemu lagi dengan kakak kandungku. Mungkin.... Satu tahun lagi.... Dua tahun lagi... Atau, sepuluh tahun lagi?...
Aku tak sanggup menunggu suamiku pulang selama itu apatah lagi jika tanpa sebarang berita. Aku sunyi. Namun aku masih ada Myza untuk menceriakan hidupku.
"Kak Zehra.... Adik rindu kakak......"
Kalau satu hari nanti aku akan bertemu dengannya, aku pasti akan memeluknya erat. Kerana aku rindukan dia. Satu sahaja yang aku harapkan,... Agar keluarga kita....
Bersatu kembali. Bertemu kembali..........
*
"Kau tolonglah.... Jangan kacau hidup aku.... Please.... Kau pergilah kahwin dengan sesiapa je... Bukan main bersepah lagi lelaki bujang kat luar sana.... Tak dan yang bujang, ambillah yang duda... Kenapa kau pilih aku Durra? Apa yang special sangat dengan aku ni?" soal Luqman jujur.
"Sebab kau ni.... Lain daripada yang lain...." jawab Durra.
"Kau ni sebenarnya baik Durra.... Aku tahu.... Tapi.... Kau tahu kan, aku ni dah berkeluarga.... Aku dah berkahwin dan aku adalah bapa kepada seorang anak..... Jadi.... Tolonglah faham...." ujar Luqman.
"Jadi, kenapa saya tak boleh jadi isteri kedua awak?"
"Ya... Saya tahu poligami itu dibenarkan dalam islam tapi biarlah dengan cara yang betul... Tapi tengok cara ni pun dah salah... Kau pun selalu cakap kau benci isteri aku... Kalau kau nikah dengan aku sekalipun, kau tetap kena hormat dia sebagai kakak madu kau.... Kalau kau benci dia... Ingat benda boleh selesai ke?"
"Boleh. Awak kena ceraikan dia."
"Astaghfirullahalazim... Mana letaknya hati perut kau Durra.... Kau pun dah merasa sengsaranya hidup tanpa ibu dan ayah dan kau mahu anak aku mengulangi benda yang sama?"
"Anak awak adalah anak awak. Saya tak kisah pun. Lagipun dia kat anak perempuan jijik tu... Jadi, apa kaitannya dengan saya.... Kita boleh hidup bahagia berdua tanpa anak..."
Luqman menggelengkan kepalanya lagi sambil beristinghfar. Sah, sepupunya ini sudah gila!
*
Aku sudah bertekad. Aku hendak mencari suamiku di kampung. Manalah tahu dia balik kampung ke... Mungkin ada emergency ke.... Selepas mengambil Myza pulang dari tadika, aku terus memandu keretaku ke destinasi pertama. Rumah mentuaku.
Tidaklah jauh sangat dari kampungku. Lebih kurang 20 minit perjalanan sahaja. Sementara itu bolehlah singgah berjumpa mama dan abang Im di kampung.
"Assalamualaikum...." Aku memberi salam kepada penghuni rumah itu. Hanya ibu yang menghuni rumah itu. Ibu ialah panggilan kepada ibu Luqman. Dulunya aku memanggil aunty Aida tetapi selepas berkahwin aunty Aida suruh memanggilnya ibu sahaja.
"Waalaikumussalam.... Eh, Zureen dengan Myza.... Masuklah... Kenapa berdua je ni... Cik abangnya mana?" soal ibu kepadaku.
"Ibu.... Ibu pun tak tahu di mana abang man berada?" soalku serba salah.
"Apa maksud kamu ni Zureen?" soal ibu kepadaku lagi.
"Abang Man dah dua hari tak balik.... Zureen datang sini ingatkan abang Man ada dekat sini......" jujur aku. Aku tidak pasti hendak beritahu bagaimana lagi-lagi apabila melihat wajah ibu yang sudah berubah.
"Zureen dah cuba call abang Man? Dah cuba text dia? Sebelum ni abang man ada beritahu tak dia hendak kemana?" soal ibu kepadaku. Ibu atau aunty Aida yang sudah kuanggap sebagai ibu keduaku ini turut risau melihatku.
"Dah ibu.... Tapi langsung tak dibaca....." jujur aku. Aku tidak mahu menyatakan perasaanku yang sebenar kepada ibu. Aku tidak mahu ibu semakin resah melihatku.
Ibu terus memelukku erat. Aku yakin ibu faham akan perasaanku. Myza yang tidak faham dengan perbualan kami hanya melukis di dalam buku lukisannya yang dibawa di dalam rumah. Aku tidak mahu anakku mendengar perbualan kami.
"Ibu.... Zureen nak cari abang Man dekat kampung... Ibu nak ikut?" ajakku. Cuba sahajalah.
"Boleh je Zureen......" Aku membawa ibu masuk ke dalam kereta. Myza pula aku biarkan dia duduk di kerusi belakang. Perjalanan kami bermula.
*
"Nikah dengan saya!" Rayu Durra kasar. Entah kali ke berapa pun tidak pasti. Perangai jahatnya muncul kembali.
Luqman hanya diam tanpa sebarang jawapan. Hendak melawan pun susah. Perempuan ini ada konco-konconya. Hendak lari? Dia sendiri pun tidak pasti dirinya berada di mana.
Luqman pasrah. Asalkan dia boleh kembali kepada Myza, Zureen dan kandungannya yang bakal pahor nanti.
"Okey.... Aku akan nikah dengan kau.... Tapi.... Aku harap.... Kau jangan sakiti Zureen...." pinta Luqman. Jalan terakhir. Demi mempertahankan keluarganya dari rancangan jahat lain sepupunya itu. Biarlah dirnya yang menanggung sengsara daripada nyawa mereka yang menjadi gadaian. Kini tangan dan kakinya terikat semula di sebuah kerusi sama seperti mula-mula dia tersedar. Cuma mulut sahaja yang tidak berikat agar memudahkannya bertutur.
"Yes.... Itulah yang saya nak dengar.... Terima kasih...." balas Durra sinis sambil membelai pipi Luqman. Ah, inilah yang paling dibencinya. Belaian pipi yang sangat menjengkelkan. Itu pantangnya. Sedangkan Zureen pun tidak pernah membelai dengan cara itu.
"Tapi, dengan satu syarat.... Aku takkan sentuh kau dan kita takkan ada anak. Aku tak buat apa-apa perjanjian kontrak tetapi kalau kau dah rasa bosan dengan aku... Aku rela ceraikan kau. Faham?" ujar Luqman.
Durra mengagguk laju walaupun tidak mendengar sepenuhnya syarat-syarat tersebut. Apa dirinya perlu kisah? Janji Luqman bakal jadi miliknya. Pasal isteri sedia ada sepupunya, itu hari esok baru rancang caranya.
Janji dirinya dapat si lelaki yang disanjungi sejak kecil. Tidak kiralah sama ada cara ini melawan agama atau sebaliknya, itu bukanlah suatu masalah.
Walaupun dengan cara yang salah.......
*
Setelah bertanya mama, abang Im, kak Jannah, abah dan beberapa orang kampung, tiada seorang pun yang mengatakan mereka ada nampak Luqman. Tetapi yang peliknya, abang Im juga ada mesej Luqman tetapi tidak dibaca juga. Pelik kan?
Ini membuatkan hatiku semakin gelisah. Ke mana sebenarnya awak pergi, Luqman?... Sekurang-kurangnya beritahulah ibu.... Sayang tak sanggup melihat ibu sedih.....
Alang-alang sudah ada di sini, aku lepak dululah menikmati suasana kampung yang nyaman ini. Sidah lama rasanya kami tidak ke mari. Sungguh aku rindu kepada kampung ini. Pohon yang subur menghijau, langit yang membiru dan beberapa pokok bunga yang ditanam membuatku tenang. Alam semulajadi ciptaan tuhan yang indah sekali.
Myza anakku sudah pastilah bersama sepupunya Fatimah. Mereka ini memang tidak boleh dipisahkan. Asal berjumpa sahaja mesti hendak bersama. Sepupu sejati kan katanya....
Laura pula sedang menyiapkan barangan perkahwinannya yang akan berlangsung dua minggu lagi. Disebabkan usia Laura masih muda remaja, wajah pun masih cantik menawan, tidak hairanlah laku. Lagipun biarlah Laura berkahwin. Laura perlukan seorang suami untuk membimbingnya. Aku turut menumpang gembira apabila mengetahui Laura akan bertunang tiga bulan lalu.
Yang lain pula, pastilah sibuk dengan urusan bisnes kami. Alhamdulillah, semakin lama semakin maju bisnes kami. Walaupun aku tidak dapat turut serta, aku turut menumpang gembira.
Dua rumah ini sudah tidak sepi lagi seperti dulu. Masing-masing sudah punyai anak sendiri. Keluarga ini semakin besar dan bertambah jumlahnya dari semasa ke semasa. Rumah yang dulunya hanya sunyi sepi sudah riuh dengan suara kanak-kanak.
Aku pula, sedang hamil anak kedua dan menanti bertambahnya lagi ahli keluarga besar ini. Tidak sabar rasanya melihat bakal puteri atau puteraku ini lahir ke dunia.
Tetapi abinya pula.... Hilang entah ke mana...
Share this novel