Aku mendapat panggilan telefon daripada pihak tadika. Myza demam. Silapku juga, sudah tahu Myza demam hendak hantar juga ke tadika. Tidak apalah. Aku memandu keretaku ke tadika anakku.
Sesampai sahaja, aku terus pergi ke pintu masuk premis itu. Cikgu yang bertugas terus memanggil Myza. Myza perlahan-lahan berjalan ke arahku. Aku menyentuh dahinya. Panas. Lebih panas daripada tadi.
"Myza..... Kenapa demam ni sayang......." soalku kepada anakku tanpa mengharapkan jawapan. Yelah, siapalah yamg tahu 'mengapa' sebab demam. Sedangkan orang dewasa pun tidak tahu apatah lagi kanak-kanak seperti Myza.
Tanpa membuang masa, aku terus membawa anakku pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan Myza hanya tertidur di dalam kereta walaupun perjalanan hanya sebentar sahaja.
Setelah sampai di rumah kami, aku mendukung anakku hingga ke bilik tidurnya lalu meletakkan kain basah di atas dahinya agar boleh reda sedikit panasnya.
Aku mengusap ubun-ubun kepala anakku lembut seperti yang abinya selalu buat. Aku tersenyum pahit. Mengapa aku terlalu ikutkan hati? Aku sepatutnya membuat sahaja laporan polis... Tetapi naluri hatiku masih berkata lain.... Bagaimana?....
*
"I'm so sorry.... Tolonglah.... Durra sanggup buat apa je untuk tebus kesilapan Durra.... Please.... Mintalah apa sahaja..... Durra pasti akan bagi....."
"Okey..... Kalau macam tu.... Aku nak..... Kau bagi aku balik jumpa isteri dan anak aku." kata Luqman sambil tersenyum sinis. Mungkin inilah peluangnya.
"Kecuali yang tu."
"Tadi kau kata apa-apa je? Ni dah mungkir janji ni.... Sebab tu aku tak percaya kau langsung... Kau tahu menipu je.... Menipu-menipu-menipu...." bebel Luqman. Sengaja mahu menguji sepupunya.
"Ok ok ok.... Yelah.... Sekali je...." Durra beralah terpaksa. "Tapi ingat, sekali je......."
"Sekali pun okey......" balas Luqman.
"Tapi ada syarat lainnya....." Durra tersenyum sinis.
"Apa syaratnya?" soal Luqman ingin tahu.
"Lepas ni.... You kena ceraikan dia.........."
*
Aku cuma menemani Myza tidur. Demamnya masih tidak surut. Sepatutnya aku bawa sahaja ke klinik. Tetapi sedang tidurlah pula dia....
"Assalamualaikum....."
Ada suara memberi salam daripada luar. Suara itu.... Seperti aku kenali. Aku segera mencapai tudung sarung lalu membuka pintu. Terkejut aku dibuatnya melihat figura lelaki yang berdiri di hadapanku.
Allah.....
"Abang?...."
Luqman. Dia pulang. Kalimah kesyukuran kepada yang maha esa tidak henti-henti aku lafazkan.
"Abang? Kenapa abang tak balik tiga hari? Kenapa sayang mesej tak jawab, call tak angkat... Kenapa abang? Kenapa abang tak cakap abang........" Belum sempat aku menghabiskan baris-baris ayat soalanku, Luqman meletakkan jari telunjuknya ke bibirku tnada menyuruhku senyap. Aku pasrah.
"Shhh......" Itu sahaja yang dilafazkannya. Pelik. Luqman memelukku. Erat. Pelukan kasih sayang. Pelukan yang aku rindui.
"Ke... Kenapa abang pergi tiga hari tak bagitahu........." soalku tergagap-gagap. Kalau ikutkan aku hendak menitiskan air mata sekarang juga.
Sepi. Tiada jawapan yang aku tunggu. Aku masih di dalam pelukan.
"Abang..... Myza demam tu.... Dia rindu sangat abi dia....." ujarku.
"Demam?" Barulah aku dapat mendengar suaranya. Walaupun hanya sepatah perkataan, aku tetap gembira. Jadi selama ini, naluri aku salahlah? Ya, mungkin juga.... Naluri bukan semestinya betul kan.....
"Ye abang..... Myza asyik tidur dari tadi. Badan dia panas......"
Luqman terus pergi ke bilik anak kami lalu melihat keadaan Myza yang sedang tidur. Aku hairan juga dengan perangai Luqman. Selalu dialah yang paling banyak bercakap, tetapi hari ini..... Lain..... Lain yang bagaimana itu tidak tahulah untuk dinyatakan.
Luqman menyentuh dahi Myza. Aku sudah agak. Pasti masih panas lagi. Tetapi aku lega abinya sudah pulang. Harap demamnya akan surutlah.
"Sayang dah bawa Myza pergi klinik?" soal Luqman kepadaku.
"Belum..... Sayang tunggu abang......." jawabku.
"Kenapa tunggu abang? Kalau berhari-hari abang tak balik, nak tunggu demam dah teruk baru nak bawa.... Kalau berhari-hari abang tak balik, macam mana? Ini pun abang kena merayu nak balik tahu!"
"M-Maksud abang? Abang kerja?...." Peliknya. Kenapa tiba-tiba hendak marah ni. Apakah maksud sebenar "kalau abang berhari-hari tak balik"? Adakah itu maksud sebenar atau ada maksud tersirat di sebaliknya?...
"Itu tak perlulah ayang tahu....." jawab Luqman mendatar. Tak perlu tahu? Mengapa?
Sungguh aku rasakan layanan Luqman terhadapku ini lain daripada selalu. Naluri dan prasangka burukku datang kembali. Apa sebenarnya yang abang simpan?.... Susah sangat ke hendak beritahu isteri abang sendiri?... Bukankah kita sudah berjanji untuk berkongsi rahsia sesama sendiri?....
Okey, aku mengalah. Malaslah hendak bertekak kerana perkara yang remeh temeh. Jangan dilupa kami berdua di dalam bilik Myza. Nanti dia dengar pula abi dan uminya bergaduh. Lagipun nanti tidak pasal-pasal mendapat dosa percuma.
"Jom lah kita bawa Myza pergi klinik, sayang......." ujarnya dengan nada mendatar. Itulah yang paling aku suka. Walaupun nada suara mendatar itu tidak ada apa-apa keistimewaan, aku sangat menyukainya. Sejak daripada detik pertemuan pertama kami. Kata-katanyalah yang membuatkan hatiku cair dan mencair.....
Semua itu terlalu indah untuk dikenang semula. Kadang aku hanyut dibawa arus masa lalu. Kerana aku terlalu merindukan segala saat indah itu. Andai masa dapat diputarkan semula, pasti aku sudah kembali ke saat-saat indah yang telah aku lalui dahulu. Tetapi apakan daya, masa tidak akan diputarkan semula.... Yang lalu tetap akan menjadi kenangan.... Jadi, biarlah aku simpan semuanya...
Kami berdua masuk ke bilik kami lalu bersiap. Macam biasalah.
"Sayang....." Luqman memanggilku. Aku sedang bersiap melilit sehelai tudung bawal di kepalaku. Tiba-tiba Luqman datang memelukku dari belakang. Seperti yang biasa dilakukan selama ini. Namun pelukan ini aku rasa lain. Ianya lain dari yang lain.
Kalau boleh, ingin sahaja aku minta agar jangan dilepaskan lagi pelukan erat tersebut. Biarlah agak lama sedikit.
"Maafkan abang.... Sayang merajuk?" soal Luqman kepadaku. Aku tidak merajuk tetapi cuma merasa lain.
"Sayang tak merajuk pun...." jawabku.
"Maafkan abang sebab tinggalkan sayang......" ucapnya kepadaku. 'Tinggalkan?' Bermakna semua ini telah dirancang?....
Ya, mungkin pasal kerja... Tetapi salahkah jika beritahu dahulu? Payah sangatkah?
"Abang tak merancang pun semua ni..... Jadi abang minta maaf......" ucap Luqman lagi.
"Ye.... Sayang tak pernah marah pun.... Tapi kenapa abang tak beritahu.... Kenapa ayang call tak angkat, mesej tak jawab.... Abang Im mesej pun tak jawab. Kalau abang tak nak beritahu ayang sekalipun, sekurang-kurangnya beritahulah ibu. Abang tahu, ibu risau sangat....." balasku.
Luqman tertunduk. Mungkin dia tidak mahu memberikan jawapan.
"Tolonglah jawab......"
"Abang tak merancang semua ni, sayang.... Abang tak pernah tahu bagaimana suratan takdir.... Abang tak pernah pun berniat melakukan semua ini tapi itulah takdir. Abang dah cuba lari tiga hari lalu. Tetapi entah bagaimana mereka boleh tangkap abang.... Haizi pun sudah hilang.... Inipun nasib baik abang ada peluang lagi untuk jumpa sayang dan Myza... Kalau tidak........."
Kata-kata Luqman terhenti di situ. Sejujurnya aku tak faham. Kena tangkap? Tangkap sebab apa? Kena tangkap polis ke? Kalau kena tangkap polis, sebab apa? Tolonglah cerita biar habis......
"T-Tangkap apa?..." Jangan-jangan, benar sekali naluriku......
Entahlah..... Fikiranku kacau. Tidak tenang....
***from Deena***
Sorry ye kalau banyak typo.... Tak sempat nak proofreading ni.....
Share this novel