"Imran, merdunya suara kau....."
Luqman memandang sejadah karpet sambil mendengar alunan suara Imran sepupunya sendiri berzikir. Syahdu. Merdu sekali. Sememangnya Imran dikurniakan dengan suara yang merdu hingga hampir semua pelajar sekolah yang telah dihantarnya untuk menjadi guru praktikal tergoda. Bukan sahaja di sekolah, malahan di kawasan perumahannya juga. Tak juga ada yang mengaku sendiri mahu menjadi isterinya.
Namun semua itu hanya dibalas dengan sekeping senyuman. Bagi Imran, menangani perempuan-perempuan gedik seperti itu bukan lagi sesuatu yang luar biasa baginya. Zaman kini guru yang muda, tampan dan mempunyai suara bacaan alquran yang merdu sangat selalu diganggu pelajar gedik. Bukan satu perkara yang pelik lagi.
Tetapi itulah, Jannahlah yang paling bertuah. Jannahlah yang telah dipilih sendiri oleh Imran untuk dijadikan teman sehidup semati dan menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Mungkin Jannah patut bersyukur, lihatlah masih ramai perempuan yang tergila-gilakan suaminya sehingga sekarang.
Akhirnya, sesi zikir ditamatkan dengan bacaan doa dan bersalaman sesama jemaah setelah doa selesai dibaca.
Imran bersalaman dengan bapa kandungnya Ramli. Tangan bapa tua itu dikucup. Luqman yang melihat sepupunya dari jauh tersenyum. Luqman juga ada bapa, tetapi sudah tidak tinggal di sini lagi. Datang ke sini pun hanya untuk menyaksikan anaknya dinikahkan, itu pun lima tahun lalu. Langsung tidak menjenguk si isteri. Hakikatnya mereka masih belum berpisah, tetapi cuma tidak selalu berjumpa.
"Abah.... Man rindukan abah..... Abah tak sayang ibu ke?.." Gumam Luqman.
"Luqman... Termenung apa tu?.." Imran menepuk bahu Luqman secara tiba-tiba.
"Tak ada apalah.... Im, aku nak tanya...."
"Tanya apa?"
"Im, mama dan abah kau bercerai, macam mana kau rasa bila diorang kahwin lain?"
"K-Kenapa kau tanya?" Imran terkejut juga diajukan solan sebegitu.
"Sebab... Tak ada apalah.... Saja je tanya..."
"Sedih la, siapa je yang tak impikan keluarga bahagia... Tapi tak apalah, benda dah berlalu dah pun...." Jawab Imran sambil tersenyum menampakkan baris giginya yang cantik.
"Sebab.... Kami tak tahulah sampai bila boleh bertahan...."
"Apa maksud kau Luqman? Bertahan?"
"Macam ni...." Luqman menceritakan segalanya kepada Imran. Terkejut juga didengari cerita Luqman. Tidak sangka sepupunya ini sanggup melukakan hati adiknya. Sayu sekali.
"Aku tahu, kau dah tujuh tahun kahwin.... Apa yang patut kami buat?"
"Luqman....." Imran menunduk seketika. "Kau sayangkan isteri kau? Kau sayangkan anak kau?"
"M-Mestilah sayang...."
"Aku... Taknak apa yang jadi kat kita semua berulang kembali kepada anak dan bakal anak kau...." Kata Imran perlahan.
*
"Adik, pergi kejutkan kak Durra tu. Lamanya tidur, subuh pun terlajak. Penat sangat tu..." Mama memberi arahan kepadaku.
Kejutkan kak Durra?
Aku melangkah perlahan ke bilik Durra. Pintu ditolak perlahan. Aku menarik nafas sedalamnya untuk mencari keberanian untuk menghadap maduku sendiri.
"Kak Durra.... Bangunlah...." Kataku dengan suara paling lembut sekali sambil menggoyangkan badannya perlahan.
Durra membuka matanya betul-betul menghadap aku.
"Kenapa?"
"Dah subuh.... Bangunlah...."
*
Luqman masuk ke dalam bilik aku. Aku memandang wajah Luqman. Aku tidak mahu marah lagi. Benda sudah terjadi, bagaimana hendak berpatah balik.
Tetapi tidak bermakna mudah untuk aku melupakan. Aku masih belum dapat terima semua ini. Aku perlukan jalan penyelasaian!
"Abang...." Ada sesuatu yang perlu aku katakan.
"Ye sayang...."
"Minggu depan majlis tunang Aulia..." Kataku.
"Aulia mahu bertunang? Wah, dah nak kahwin ye kawan-kawan sayang..."
"Kita pergi tau..."
"Mestilah kita akan pergi..... Dulu kita bertunang Aulia datang kan..."
Tiba-tiba aku merenung wajah Luqman sedalam-dalamnya. Entahlah mengapa aku melakukan sedemikian. Aku bertentangan mata dengan Luqman, suamiku. Lima tahun ini sangat sukar untuk melupakan semua kenangan manis antara kita, Luqman....
Harap abang fahami perasaan aku......
*
Ketiga-tiga begnya telah siap dibungkus dan dibawa keluar. Durra mahu pulang sekarang juga. Tidak mampu ditahan lagi perasaannya untuk melihat Luqman bersama perempuan lain. Tangan ibu saudaranya disalami. Mungkinkah ini kali terakhir untuk bertemu wanita itu, dia tidak tahu. Yang pasti, memang Durra tidak mahu ke sini lagi walaupun tiada isteri pertama Luqman.
Enjin kereta dihidupkan lalu Durra terus meninggalkan kampung itu.
"Selamat tinggal Kampung Chuar.... Selamat tinggal Kuala Kangsar... Selamat tinggal rumah lamaku.... Mungkin aku takkan kembali lagi...." Durra tersenyum nipis. Tidak sampai 10 minit, Durra sudah memasuki ke kawasan pekan dan tidak jumpa kampung-kampung lagi.
Sebenarnya bilik yang Durra tidur semalam ialah bilik lama arwah ibu dan ayahnya semasa mereka masih hidup. Mungkin makngah dan pakngah sengaja memberi bilik itu supaya Durra dapat melepaskan rindunya pada kedua insan yang telah tiada itu.
Durra memang tidak sangka, makngah dan pakngah yang tinggal di situ langaung tidak mahu mengubahsuai dalamannya mahupun luarannya. Rumah itu masih sama seperti dahulu. Bahagian depannya diperbuat daripada kayu papan manakala bahagian dapur pula diperbuat daripada simen.
Segalanya masih sama. Cuma orangnya yang tidak sama lagi.
*
Istikharah Cinta.
Mukasurat 30 aku tandakan dengan penanda buku. Penanda buku ini juga istimewa, aku buat lebih kurang sepuluh tahun lalu. Masih kekal sehingga kini. Tidak reput sedikit pun.
"Adik nak ke buku tu? Ambil bawa balik jelah, tu kan buku lama mama.... Mama dah tak baca dah sekarang... Kalau nak ambil semua buku kat rak buku tu pun tak apa..."
"Terima kasih mama, buku ni pun adik dah pernah baca rasanya, tapi masa zaman sekolah dululah. Sekarang ni dah kahwin baru faham sikit kandungannya..." Balasku.
Aku seorang hamba.
Yang mencari cinta yang paling sejati.
Iaitu CINTA-NYA.
Cinta Allah yang paling sejati.
Aku sedikit terkesan membaca kandungannya. Benar-benar memberi motivasi kepadaku. Siapakah aku di muka bumi ini? Bukankah aku hanya seorang hamba yang kerdil?
Siapalah aku untuk menolak takdir Allah? Siapalah aku untuk menidakkan takdir dia dan suamiku? Tiba-tiba aku rasakan air mataku mengalir.
Mungkin ini bukan kali pertama aku membacanya, tetapi ini kali pertama aku menghayati setiap baris ayat yang dicetak. Sangat istimewa.
Buku itu aku tutup semula. Lalu aku melihat mukasurat pertama selepas kulit. Ada tulisan di situ.
Happy 17th annieversary my loved Nur Khairiah... Abang harap ikatan yang kita bina membawa ke jannatul firdaus. Mungkin abang bukan yang pertama di hati sayang, tetapi yang terakhir.... InShaaAllah...
Abang sentiasa doakan sayang dapat melupakan kisah pahit sepuluh tahun lalu itu. Sekarang anak-anak kita sudah belasan tahun, masa yang tinggal untuk kita jaga mereka hanya berbaki beberapa tahun sahaja lagi.
Nanti mereka akan berkahwin dan hidup dengan suami mereka dan akan jarang bertemu kita. Abang pun belum tahu apa nasib kita selepas ini, jadi kalau sesuatu berlaku, abang amanahkan sayang jaga anak-anak kita dengan sebaiknya. Abang takkan pernah terlupa dalam setiap doa abang, agar kita sehidup semati bersama.
Kalam ini, abang hadiahkan khas buat sayang. Bacalah dan hayatilah setiap makna yang tersurat mahupun tersirat. Abang berharap sayang dapat mencari cinta Allah sebagai cinta yang utama.....
YOUR LOVED HUBBY,
-Alias.
Surat itu aku lipat kembali. Sungguh, aku mengalirkan air mata saat membacanya. Sebelum ini aku tidak pernah tahu tentang kewujudan surat rahsia ini.
Kuatnya cinta papa dan mama. Namun, mengapa mama berkahwin dengan abah?... Walaupun abah melayanku dengan baik sekali, namun aku tetap mahukan papa. Papa yang aku sayang. Bapa kandungku.
Mungkin sudah lama aku merasa kasih ibu bapa dan aku tidak pernah mensyukurinya, jadi Allah tarik semua itu sebentar. Mungkin juga kerana ini giliran Imran untuk melihat ibu bapa kandungnya rujuk kembali setelah lima belas tahun menunggunya.
Aku tidak mahukan semua ini terjadi kepada Myza. Aku sanggup kehilangan Luqman daripada kehilangan Myza. Namun, andai aku kehilangan Luqman, Myza akan kehilangan seorang abi yang amat disayanginya.
Ketiga-tiga kami saling bergantung antara satu sama lain. Aku tahu, Luqman masih sayangkan aku. Aku perlu baiki keadaan. Yang pasti, penceraian bukan jalan terbaik untuk aku dan Luqman, dan juga untuk Myza. Aku harus fikirkan jalan lain. Tetapi, bagaimana? Bagaimana untuk aku kembalikan keindahan yang dahulu? Dan, di mana harus aku mulakan?...
Bersambung....
D E E N A ' S N O T E :
------------------++-----------------
Keep writing comments ye awak... Deena sentiasa baca komen² awak... Kadang² lucu juga ehh... Tapi takpe, thakns sebab beri Deena semangat untuk teruskan menulis :)
Your U w U,
~ardeenasafiyya~
Share this novel