Bab 39

Drama Series 7817

"Zureen, kenapa kau nak jumpa aku?" Soal Dilla di sebuah kafe berdekatan rumahnya. Memang aku yang suruh kami berjumpa. Hanya kami berdua. Tiada Aulia. Aulia sibuk dengan majlis pertunagannya yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

"Kau dah jumpa kakak kau?"

"T-Tak..." Dilla memandang tepat ke mataku seolah-olah dapat membaca fikiranku. "Kau... Dah jumpa kak Durra?.."

"Lebih kurang."

"Seriously? Kat mana dia sekarang? Aku rindu nak jumpa kakak aku...." Dilla menyoalku dengan soalan bertubi-tubi.

Aku hanya membalas dengan segaris senyuman.

*

Kakak.

Adik.

Kedua-duanya berpelukan melepaskan rindu yang sudah lama dipendam. Masing-masing rindu sesama sendiri. Pelukan itu erat, bagai tidak mahu dilepaskan lagi.

Itulah adik beradik. Air dicincang tidak akan putus.

Durra tersedar daripada mimpinya. Jam dinding sudah menunjukkan jam 9 pagi. Kejap, berapa lama dia tidur? Hari tanpa Luqman, memang beginilah jadinya. Bangun lewat setiap hari, terlupa untuk solat subuh dan terlupa hendak ke pejabat.

Seketika Durra terfikir sendiri, bilakah dirinya akan dapat bertemu adiknya yang satu itu... Kalau mimpi tadi menjadi kenyataan, kan lebih baik.

Tetapi, mimpi hanyalah sebuah mimpi. Mainan tidur. Ada kalanya indah ada kalanya buruk.

"Adik...." Durra termenung sendiri.

*

Aku tahu hari ini bukan giliran Luqman bermalam dengan aku. Terpaksalah aku bersama Myza hari ini. Mahu tidak mahu aku terpaksa menahan perasaanku. Iyalah, isteri mana yang tidak cemburu melihat suaminya bersama dengan perempuan lain...

Namun aku sudah tanya Luqman, di mana Durra. Esok kami berdua akan membawa Dilla berjumpa dengan Durra, dengan syarat Durra merahsiakan perkahwinannya dengan suamiku. Bimbang Dilla akan bertambah kecewa dan semua rindu itu hilang begitu sahaja. Aku tahu, lambat laun Dilla akan tahu juga namun buat masa sekarang, biarlah ia rahsia.

Mangga muda yang Luqman hantar tadi langaung tidak aku usik. Aku tidak ada selera untuk makan jika tiada Luqman. Tetapi banyaklah pula mangga muda tersebut, pasti Luqman menyuruhku membuat jeruk mangga asam boi kegemarannya.

Malam ini aku cuba untuk melelapkan mata. Pagi esok aku akan bangun awal untuk qiyamulllail. Aku akan minta petunjuk daripada Allah apakah jalan seterusnya. Haram untuk aku mendoakan yang tidak baik kepada Durra kerana dia juga isteri suamiku. Pahit untuk aku terima.

Isteri suamiku.

Isteri suamiku.

Dia isteri suamiku. Yang dimaksudkan bukanlah aku.

Aku menghembuskan nafas berat. Bermadu. Sesuatu yang hampir semua wanita tidak mahu. Ada yang berjaya, ada yang terputus di tengah jalan. Tetapi aku, bukanlah ustazah. Aku manusia biasa yang hina. Aku tidak sekuat mereka.

Mereka mengejar cinta Allah. Bukan manusia. Adakah mereka berjaya kerana itu? Adakah cintaku kepada Allah masih belum kuat?

Aku perlu cari jawapannya.

Dan, aku mahu lari daripada semua ini. Luqman boleh berlaku adil, tetapi aku tidak pasti aku boleh terima atau tidak. Perasaan aku sakit dan kecewa.

Kalau suatu hari aku tinggalkan semua ini, maafkan aku..........

....

*

Aku sudah berjanji dengan Dilla untuk menemukan kakaknya. Luqman sudah bersiap dengan pakaiannya yang kemas dan wangian minyak attar yang menyengat. Wangi! Tetapi pakaiannya, sudah seperti mahu mengahdiri majlis formal pula. Itu pun nasib baik tidak dikenakan dengan tali leher.

"Abang dah siap?"

"Dah sayang. Jom. Anak kita dah siap?"

"Dah.." Myza memegang tanganku lalu kami semua keluar daripada rumah.

Luqman menghidupkan enjin kereta lalu kami bertiga bertolak ke rumah banglo berkembar Durra. Sebenarnya Dilla yang meminta mahu berjumpa dengan kakaknya di rumah itu.

Aku kelihatan tenang di luar namun dalam hati resahnya hanya Allah yang tahu. Aku tidak tahu bagaimana aku harus berdepan dengan maduku lagi. Aku ada Luqman, tetapi aku tidak pasti sama ada Luqman akan menyebelahi pihak aku atau dia. Kedua-duanya isteri Luqman.

Dalam hati aku masih berdoa agar perjalanan ini lambat sampai. Sebolehnya biarlah Durra dan Dilla sahaja yang berurusan, bukan aku, Myza dan Luqman. Urusan adik beradik katanya...

Setelah beberapa minit, kami tiba di sebuah lokasi rumah banglo berkembar milik Durra. Besar. Cantik kelihatan jika dipandang daripada luar. Beginikah rumah orang kaya? Aku tidak pernah memasuki rumah sebegini.

Atau... Luqman berkahwin dengan Durra kerana dia kaya?...

Sudah. Sudah. Sudah. Straight to the point, Zureen.

Kereta Dilla sudahpun berada di perkarangan luar rumah itu. Dilla sampai dahulu daripada kami.

"Dilla, kenapa tak masuk?" Soal aku melihat Dilla dari tadi menunggu kami.

"B-Betul ke ini rumah kak Durra? Manalah tahu tersilap orang ke..." Dilla masih ragu-ragu. Mana tidak ragu-ragu, 20 tahun tidak berjumpa, pasti tidak tahu apa yang sudah terjadi. Malu pun pastu ada sekali.

"Betul... Marilah masuk." Jawab Luqman. Loceng ditekan. Hampir dua minit juga kami menunggu penghuninya membuka pintu.

"Ramainya orang...."

"Durra." Luqman menegur maduku.

"Kakak......" Dilla menghulurkan tangan untuk disalami kakak kandungnya. Suara lembutnya masih tergagap-gagap kerana masih belum mempercayai wanita di hadapan matanya ini ialah kakak kandungnya.

"Syadilla?" Durra merenung wanita itu. Kelihatan lebih muda daripadanya.

"Ya, saya Syadilla. Kak Syadurra?"

Durra mengangguk. Mereka tidak berjabat tangan tetapi terus berpelukan. Pelukan paling erat. Ada terselit air mata kegembiraan di situ.

Air mata kerana terharu, bukan air mata kerana kesedihan.

Aku pula yang sebak.

Dilla sudah menemukan kakaknya, aku pula bila?...

*

"Durra...." Rambut panjang Durra dibelai oleh Luqman.

"Boleh tak kita tangguhkan semua ni!" Durra tiba-tiba sahaja memberontak.

"Tangguhkan apa?"

"Maafkan I. I yang janji akan pergi bila dah jumpa adik I. Tapi I, tak sanggup Luqman! I tak sanggup!!"

Luqman tersenyum kelat memandang Durra.

"Durra tak rasa, kat luar sana ramai lelaki yang boleh buat Durra bahagia?" Soal Luqman dengan nada paling lembut sekali.

Durra tidak membalas. Pertanyaan itu dibiarkan tidak berjawab.

"Maafkan I kalau I jujur. I sebenarnya....."

Durra sebolehnya tidak mahu mendengar perkataan itu. Kalau boleh dicabut telinga mahu dicabut sekarang juga. Seolah-olah boleh menghidu apa yang akan disebut oleh Luqman.

"I tak cintakan you. Wallahi."

"Luqman." Nada suara Durra seperti memberi amaran.

"I minta maaf sangat-sangat...."

"Luqman!" Kali ini Durra tidak dapat menahan amarahnya. Berkali-kali dia bersabar dan hari ini ia meletus jua.

"Durra. Kenapa ni?"

"Kalau you rasa I ni beban untuk you, ceraikanlah I! Memang I tak layak untuk bahagia!!" Bentak Durra. Dia sudah penat untuk bertarung dengan perasaannya sendiri. Mengapa dia perlu pendam?

"Calm down Durra, calm down... Fikir balik apa yang you cakap ni..."

"You rasa I ni bukan penting dalam hidup you kan, kalau macam tu, CERAIKANLAH I!"

Luqman menarik nafas sedalamnya. Dia masih tidak bersedia untuk melepaskan Durra. Bukan kerana dia cintakan Durra, tetapi risau Durra akan membalas dendam jika dia melakukannya hari ini.

"I takkan lepaskan you hari ini...."

"LUQMAN!"

*

Hari ini aku khatam kali kedua buku berjudul Istikharah Cinta yang aku pinjam dari mama. Banyak yang aku terkesan daripada nukilan indah ini terutamanya dalam hal menguruskan rumahtangga. Banyak kekurangan aku di situ sehingga suamiku sanggup mencari yang lain.

Namun, segala yang telah berlaku tidak dapat diputar kembali. Aku terpaksa. Biarpun perasaanku sakit, aku hadapi jua.

Sekarang ini aku lebih menyibukkan diri hadir ke kelas agama dan masjid. Aku perlukan pembimbing untuk aku menghadapi alam bermadu ini. Sukar. Perit. Itu yang aku rasakan.

Hari ini aku ingin pergi ke sebuah rumah ustazah lama aku semasa sekolah dahulu. Aku ingin memohon tunjuk ajar daripadanya. Dia juga pernah bermadu dan akhirnya madunya meninggal dunia kerana penyakit kanser payudara. Aku? Aku tidak tahu pengakhiran hidup aku, maduku dan suamiku bagaimana. Mungkin baik, mungkin tidak.

Aku keluar dari kereta lalu memberi salam kepada penghuni rumah tersebut. Pintu dibuka dan salam yang aku berikan dijawab dengan mesra sekali.

Ustazah Rosmalia.

Siapa tidak kenal? Ustazah paling garang di sekolah kami dahulu. Sehingga kini beliau masih mengajar di sekolah itu.

Ustazah Rosmalia di luar bukanlah garang seperti di sekolah, malahan lebih mesra. Bukan setakat menghidang air, siap masakkan makanan lagi untukku.

"Ustazah......"

*

Tok tok tok.

Pintu rumahku diketuk daripada luar. Aku menjenguk daripada tingkap, kelihatan Durra yang datang. Aku mencapai sepasang tudung dan pintu aku buka.

PANG!

Pipiku ditampar oleh Durra secara tiba-tiba. Sudah kenapa pula ni? Tiada angin, tiada ribut. Aku tidak kacau hidup kau, pun Durra....

"Disebabkan perempuan macam kau, Luqman tak sukakan aku! Dasar perempuan tak guna!" Pekik Durra.

"Eh, sedar diri sikit, kau yang rampas suami aku! Kau yang paksa suami aku kahwin dengan kau, kan!" Balas aku kasar. Aku juga tidak mahu kalah.

PANG!!

Giliran pipi Durra pula ditampar oleh aku. Biar dia tahu bagaimana sakitnya hatiku kerana engkau, Durra...

"Dasar perempuan tak guna!!"

"Stop it!!"

Kedua-dua kami memandang ke arah di mana munculnya suara itu. Aku kenal sangat.

Eh, Luqman!?

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience