Kompang dipalu, pengantin baru....
Duduk bersanding, tersimpul malu.....
Laura, Fawwaz dan Aiman berjalan bertiga ditemani dengan beberapa orang kawan mereka sebagai pengapit. Aku dan lain-lain hanya mengikut di belakang mereka. Dapatlah aku berjalan belakang pengantin, ya....
Kami terus berjalan. Di atas karpet merah yang sudah terbentang. Ala-ala VIP lah kononnya... Hakikatnya tak ada maknalah nak vip vip....
Aku gembira melihat Laura dan Fawwaz bahagia. Setelah tujuh tahun yang kelam menghantui Laura, kini sudah masanya untuk selangkah ke hadapan. Bukan selamanya perlu bersedih kan?... Barang yang lepas, usah dikenang lagi. Aku berharap Laura dapat melupakan kisah pahit itu dan memulakan hidup baharu dengan Fawwaz dan Aiman.
*
"Siapa yang call time-tiem macam ni....." rungut Luqman di dalam hati. Segera telefon pintar itu dikeluarkan dari poketnya lalu dilihat nama yang tertera di kaca skrin tersebut.
Durra.
Dia lagi.
Butang berwarna merah ditekan menandakan Luqman tidak mahu menjawab panggilan itu. Lagipun Zureen berada di sebelah.
Ia berbunyi lagi. Lagi dan lagi. Seperti tidak mahu berhenti.
"Apa kau nak, Durra....."
Luqman segera keluar daripada majlis sebentar untuk menjawab panggilan itu. Bengang agaknya.
"Abang nak pergi mana?" soal Zureen kepada suaminya Luqman.
"Five minutes." balas Luqman ringkas. Takut disoal pelbagai soalan lagi.
Luqman berjalan di tempat yang agak jauh sedikit daripada majlis. Setrlah sampai di tpat yang agak terpencil, Luqman menjawab panggilan itu.
"Luqman....." suara lemah itu memanggilnya sayu.
"W-Why Durra?" Luqman cemas. Suara Durra kedengaran sayu seperti dia ada masalah.
"A-Aku..... Aku tak apa-apa... Jangan risau....." balas Durra di dalam panggilan itu.
"Are you okay? Aku risaukan kau tahu tak....." tegas Luqman. Sebenci-bencinya pada wanita itu, masih ada perasaan ambil berat teehadapnya.
"It's okay.... Tak perlu datang.... Pergilah dengan your first wife...." balas Durra. Tiba-tiba muncul rasa bersalah pula di hati Luqman. Dia tetap wanita. Wanita yang perlu disantuni, dihormati, disayangi. Siapa pun dia. Dia punyai perasaan sebagaimana wanita lain juga.
Tetapi, bagaiamana dengan Zureen? Adakah dua akan disakiti dan disakiti? Luqman buntu. Ada dua hati yang perlu dijaga. Sejujurnya Luqman lebih mahukan Zureen dan Myza berbanding Durra. Zureen adalah cinta pertamanya. Durra adalah sepupunya. Siapa yang patut dipilih? Zureen atau Durra?
Kalau dipilih Zureen, pastinya Durra akan melakukan sesuatu yang tidak waras demi mendapatkan Luqman. Kalau dipilih Durra, pasti Zureen dan Myza akan membencinya nanti. Kedua-duanya sekali? Pastilah tidak. Kedua-duanya kan terluka.
Entahlah. Poligami sembunyi-sembunyi ini sangat menyusahkan!
*
Durra terbaring di atas katilnya. Misi yang sepatutnya dilaksanakan tadi ditangguhkan lagi. Hari ini Durra berasa lemah semacam. Kepalanya pening.
"Aku tak sampai hati untuk suruh Luqman datang sebab dia bukan ada di Kuala Lumpur pun.... Entahlah di di mana cuma memang aku yakin dia tak boleh datang....." Durra berkata kepada dirinya sendiri.
Memang itu tabiat Durra sejak dahulu lagi, gemar bercakap dengan sesuatu yang tidak bernyawa seperti dinding, kipas dan pelbagai lagi barangan di rumahnya. Baginya, berbual dengan barangan lebih menyenangkan hatinya berbanding berbual dengan manusia yang sentiasa mengehntamnya.
"Dinding..... Kau rasa kan.... Salahkah aku nak berkahwin dengan Luqman?" soal Durra. Memang sudah pasti tidak mungkin ada jawapan namun sengaja soalan itu disoal.
Durra tertunduk. Kebahagiaan yang dicari musnah jua. Cinta yang diharapkan, lain pula yang dapat.
*
Kehadiran tetamu tidak putus-putus ke rumah kami walaupun sepatutnya majlis sudah tamat. Biasalah, ramai sahabat handai dan ahli keluarga jauh yang tidak dapat hadir tepat pada waktunya.
Aku pula, sangat sibuk menyiapkan airlah, makananlah, macam-macam! Tetapi hati puas dapat melihat Laura membina semula keluarga yang sudah hancur bertahun lamanya itu.
Luqman pastilah sentiasa berada di sisiku semasa aku melayna tetamu. Yelah, tidak manis sekiranya aku melayan tetamu terutamanya lelaki tanpa kehadiran suami tersayang di sisi. Nanti apa pula orang kata.
Selepas beberapa jam, tetamu mula beransur pulang. Tinggallah hanya kami sekeluarga di rumah. Hari ini sungguh penat. Aku rasa bagaikan mahu tidur awal sahaja hari ini.
Aku duduk di kerusi sebentar. Tiba-tiba Luqman menarik tanganku agar aku keluar daripada rumah. Aku pun dengan tidak menolak aku biarkan sahaja 'drama' ini berlaku. Luqman membawaku ke tempat dimana ada pokok manggis dan buaian yang diperbuat daripada tali. Luqman menyuruhku duduk di atas buaian itu. Aku akur.
Tiba-tiba aku rasa dihayunkan, sama seperti perasaanku yang sedang dibuai oleh kemanisan ini. Hanya kami berdua. Tanpa Myza.
"Macam mana?" soal suamiku sambil menghayun buaian itu. Sederhana lajunya.
"Abang, jangan laju sangat.... Nanti baby dalam perut ni marah...." pintaku. Luqman segera memperlahankan hayunan. Cuaca yamg redup membuatkan suasana lebih indah. Kampung ini langsung tidak sunyi. Ada kanak-kanak yang bermain bola sepak di padang mini, sentiasa ada motosikal yang lalu lalang. Semuanya menikmati keindahan alam yang diciptakan tuhan.
"Dah lama kita tak berdua..... Dah lama kita tak bermanja-manja selain di bilik kan..... Harini, Myza busy dengan Fatimah, bolehlah abang berdua dengan sayang..... Kita pun tahu, pasangan itu hanya pinjaman, semuanya adalah pinjaman. Entah bila Allah akan tarik semua ni.... Abang nak menikmati kehidupan ni sebelum salah seorang daripada kita mengundurkan diri....." ujarnya sambil mengahayun buaian lembut. Ke depan dan ke belakang. Selipar yang aku pakai diseret ke pasir yang aku sedang pijak. Tetapi tidaklah selembut pasir pantai....
Okey, ayat yang sama diulang berkali-kali. Memang aku tidak permah bosan tetapi.... Apakah sebenarnya maksud yang ingin disampaikan Luqman?... Ya, aku tahu ajal itu rahsia Allah tetapi mengapa dia perlu mengulangnya berkali-kali?... For what?
Lagi satu, Luqman tidak berkata 'pergi' sebaliknya 'mengundurkan diri'. Itulah yang jadi misteri kepadaku. Dia hendak mengundurkan diri dari ikatan yang sudah terbina lama ini?
Sudah, jangan bersangka buruk dengan suami sendiri, Zureen.... Kalau dia mahu undurkan diri, tak mungkin dia melayanku sebegini.
Tetapi, apa cerita dengan gambar-gambar dan barang bukti yang aku temui tempoh hari? Setelah beberapa hari aku melupakannya, aku teringat kembali sesuatu yang tidak aku duga itu.
Luqman.
Tolonglah jangan khianati cinta ini......
"Sayang termenung jauh apa tu...." soal suamiku tiba-tiba. Segala lamunanku terhenti.
"Tak ada apa-apalah...." balasku. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup ke arah kami membuatkan khimar yang dipakaiku sedikit terbang ditiup angin.
"Abang.... Rindu masa mula-mula kita kahwin... Kita saling malu-malu, mengambil masa untuk mengenali sesama sendiri, sehinggalah hari ini kita punyai cahaya mata yang comel ni...." ujar Luqman sambil menikmati angin petang.
"Sayang pun rindu semua tu, kalau ada mesin masa, mesti sayang dah pergi balik ke masa lalu untuk menikmati semula segala keindahan itu....." luahku jujur.
"Abang ingat lagi, abang sendiri yang melafaz nikah dengan menyebut nama sayang di hadapan tok kadi dan papa. Dan masa tu, of course la abang nervous. Bila saksi-saksi menyebut perkataan 'sah', abang lega. Sayang selamat menjadi isteri abang. Sehinggalah hari ini."
"Bukan hari ini..... Tapi.... Selamanya..... Sayang harap cinta kita bertaut hingga ke jannatul Firdaus......" balasku. Memang itu harapanku yang sebenar-benarnya. Berkahwin, mendapat zuriat yang soleh dan solehah yang akan memimpin ke syurga.
"InShaaAllah...." Luqman menggenggam kedua belah tanganku. Aku senyum memandangnya. Luqman membalasnya juga.
"Sayang..... Kan best kalau kita naik motor macam tu...." ujar suamiku sambil melihat pasangan anak muda yang menunggang dan membonceng motosikal bersama menikmati angin petang.
Aku mengangguk. Sudah lama aku tidak mengikut Luqman menaiki motosikal. Aku masih ingat ketika kami mula berkahwin saat itu kami memulakan hidup baru di rumah lamaku. Tiada bermacam perabot seeprti kini, hanya ada beberapa barangan elektrik itupun hadiah perkahwinan kami.
Kami kumpul duit untuk membeli satu persatu perabot. Bermula dengan peti sejuk, beberapa kabinet dapur dan bermacamlah lagi barangan perabot lain.
Hinggalah hari ini.
Rumah kami sudah kelihatan cantik dan selesa. Mungkinlebih cantik dari semasa aku tinggal di situ dahulu. Semuanya hasil tangan Luqman. Aku tidak menyangka Luqman pandai bab deko-deko ni... Selalu wanita yang lebih menggemari dekorasi rumah. Sudah terbalik pula jawabnya.
*
Durra merenung sekali lagi 'benda' yang sedang dipegangnya. Rasa ingin menangis, benci, marah, geram segalanya ada. Ingin saja dirinya menyumpah seranah. Durra tidak boleh terima kenyataan!
Seketika teringat kembali apa yang terjadi pada malam itu. Selepas sahaja kes 'white coffee' itu Durra terus terleka dengan permainan Luqman sehingga terlupa sesuatu benda.
Sesuatu yang.....
Sekarang benda sudah jadi, mana mungkin dapat diundurkan kembali.....
Share this novel