Bab 2

Drama Series 7817

"Syad...... Please.... Jangan buat benda bodoh Syad........ Jangan buat rancangan tak baik Syad..... I tak kisah kalau you tak nak kahwin dengan I.... Tapi tolong jangan buat macam tu...." rayu Haizi.

"No no no. I dah rancang benda tu dan I dah korbankan RM15,000 untuk misi tu.... You pulak, boleh blah. Lepas aku kahwin, you tak perlu nak tanggung I dah." balas Syad sinis.

"Syad... You tahu kan benda tu salah? Dia ada isteri dan anak kot? Sampai hati you buat orang macam tu...." ujar Haizi kecewa.

Kata-kata Haizi hanya dibalas dengan bunyi ketawa. Tanpa ada kata.

"Syad.... Please.... I'm begging with you... I sanggup tanggung you seumur hidup tapi jangan buat kerja ni...." rayu Haizi lagi.

"I tak nak you. Duit memang menyeronokkan, tetapi cinta itu lebih dari segalanya.... Luqman, you tunggu I datang............"

Haizi menggelengkan kepalanya. Dia juga punyai misi. Kawan baiknya itu harus diselamatkan daripada rancangan jahat Syad.

*

"Assalamualaikum....." suara ramai orang memberi salam kedengaran. Tak perlu buka pintu pun sudah tahu siapa yang hadir. Ramai.

Imran, Jannah, Fahmi, Fatimah, Laura dan Aiman. Mereka sudah berjanji untuk datang sejak sebulan lalu. Aku terus membuka pintu untuk menyambut mereka. Air oren sejuk dan hidangan tengahari yang dimasak olehku sudahpun tersedia di atas meja makan dan tunggu untuk dijamah sahaja.

"Hai Fatimah..... Lama tak jumpa...." Anakku Myza terus berlari ke sepupunya yang baru sahaja tiba. Biasalah, anak tunggal kan... Di rumah mana ada kawan.... Sudah tentulah bosan....

"Kak Myza........ Jom kita main sama-sama...." Aku membiarkan sahaja dua orang budak kecil itu. Seronok benar nampaknya. Umur mereka hanya beza setahun, Myza berusia lima tahun dan Fatimah berusia empat tahun. Mana tidak rapat kan......

"Ha, makanlah.... Ni aunty Zureen yang masak tau....." Aku mempelawa mereka makan dahulu.

"Ha, jomlah. Aunty Zureen dah masak sedap tu... Nasi beriyani.... Rugi kalau tak makan...." Jannah mengajak anak-anaknya pula sambil menarik tangan Fahmi yang asyik bermain dengan Aiman.

"Wah, nasi beriyani? Nak nak!!" Aku suka melihat telatah budak-budak ini. Biasalah, dulu pun aku macam tu....

"Kalau macam tu, jom lah kita makan...."

"Eh kejap, mana Luqman ni... Suruh beli kudap-kudap je untuk budak-budak ni... Kenapa tak balik lagi.... Sudah dua jam ni...." gumamku dalam hati. Aku mula risau. Hari ini hari Sabtu, tak mungkin ada kerja kot.... Selalunya jika ada kerja pasti akan beritahu aku dulu....

"Zureen... Kenapa ni?" soal Jannah yang melihat aku seperti kerisauan.

"Errr.... Tak ada apalah...." jawabku. Kejap lagi mungkin dia balik lah tu....

Aku bersabar menanti.

*

*Flashback*

Satu jam sebelum itu.....

Luqman sudah membeli segala pesanan isterinya dan mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba, tangannya ditarik oleh seseorang.

"Luqman! Ada benda penting aku kena bagitahu kau!" ujar Haizi tegas.

"Haizi? Kau kenapa tarik tiba-tiba ni? Dah 30 tahun pun nak tarik macam budak-budak... Sudahlah datang secara tiba-tiba pula tu..." rungut Luqman.

"Ada benda penting yang kau perlu tahu!" tegas Haizi. Kelihatan serius.

"Apa dia? Penting sangat ke?" soal Luqman.

"Penting lah! Kau, anak bini kau dalam bahaya!"

"Apa yang bahaya?" Jantung Luqman berdegup kencang.

Haizi menarik nafas panjang sebelum menceritakn segalanya. Berat. Ianya berat.

"Syad..........."

"Kenapa dengan dia.... Aku tak mahu dengar namanya lagi...."

"She is planning something.... Something bad........" balas Haizi lemah.

"Kenapa? Apa yang dia rancang?......."

*End flashback*

Luqman runsing memikirkan apa yang berlaku tadi. Jikalau benar, pasti dirinya dalam bahaya.

"Apa yang perlu aku buat ya..........." fikir Luqman buntu.

Luqman melihat jam tangan di lengannya. Alamak, sudah dua jam dirinya berada di luar. Hari ini pula sepupunya Imran sudah berjanji untuk datang bertandang ke rumahnya bersama anak-anaknya.

Lantas Luqman memandu pulang. Terlupa seketika tentang masalah sebentar tadi.

*

"Assalamualaikum... Abang dah balik.... Maaf lambat....." ucap suamiku Luqman sambil membawa sebungkus plastik yang berisi kerepek pisang dan beberapa biskut lagi yang aku pesan.

Semua pasang mata tertumpu ke arah Luqman. Terkejut melihat suamiku baru sahaja pulang. Aku? Jangan ditanyalah perasaanku. Geram tetapi tidaklah marah.

"Waalaikumussalam..." jawabku serta tetamu-tetamu yang hadir.

"Sayang...... Sorry....." ucap Luqman lagi sambil mengenyitkan matanya sambil membuat wajah paling comel. Itulah kelemahanku. Pantang melihat senyuman manisnya. Terus segala perasaan geram ini hilang dalam sekelip mata.

Aku merenung anak mata suamiku. Lain. Lain. Lain. Seperti yang orang kata, mata tak pernah menipu. Kini aku merasakannya sendiri. Aku rasa seperti Luqman ada sebab lain mengapa dia balik lewat.

Entahlah. Aku rasa tidak sedap hati.

Tak mengapalah. Malas aku hendak bertanya sekarang di hadapan tetamu yang datang ini.

Tapi jujur, aku memang rasa tidak sedap hati. Tidak pasti mengapa.

"Umi, umi!" panggil anakku sambil menarik bajuku yang labuh.

"Iya kenapa sayang....." jawabku.

"Dua kali dah Myza panggil umi tapi umi tak dengar pun....." katanya sambil memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

"Oh ya ke.... Maaflah umi tak dengar sayang...... Apa yang Myza nak cakap?" soalku. Aku langsung tidak segan untuk meminta maaf dengan anakku sendiri kerana antara sebab anak jadi degil kerana ego ibu bapa sendiri yang merasa rendahnya 'martabat' sebagai seorang ibu.

Minta maaf kerana salah. Kerana semua manusia punya kesalahan. Ibu tetap ibu dan anak tetap anak. Tidak akan berubah.

"Ni ha, Myza lukis... Cantik tak?" katanya sambil menghulurkan kertas bersaiz A4 yang telah diconteng kepadaku.

Gambar keluarga kita tajuknya. Walaupun tulisannya agak seperti cakar ayam namun tidak mengapalah. Dengan b yang terbalik seperti huruf d lah, tak apalah janji aku boleh baca. Hanya ada lukisan tiga orang lidi yang tidak sama tingginya. Satu yang yang paling tinggi dan rambutnya seperti jarum, satu yang sedikit rendah daripada yang tadi yang memakai tudung dan satu lagi yang paling rendah berambut panjang. abi, umi, Myza.

"Umi, cantik tak........"

"Cantik..... Ha, tunjuk dekat Fatimah."

"Hmm, umi bagi berapa bintang?"

"Lima bintang!" kataku sambil tersenyum.

"Ala, kenapa lima bintang?"

"Habistu, Myza nak berapa bintang?" soalku.

"Sepuluh bintang lah!" jawabnya ceria.

"Okeylah, umi bagi sepuluh bintang."

"Yaaaaaaay!!!" jerit anakku teruja. Bahagia sungguh. Aku gembira melihat anakku tersenyum gembira.

Tapi Luqman....

Macam langsung tidak gembira. Entahlah. Dia nampak runsing. Tidak mengapalah, mungkin pasal kerja agaknya. Husnuzon lah sikit....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience