Malam yang sepi tanpa kepulangan suamiku. Hanya ada diriku dan Myza. Kalau ikutkan sudah boleh buat laporan polis kerana sudah 24 jam tempoh kehilangan suamiku. Tetapi entah mengapalah hatiku berkata lain. Naluriku berkata Luqman tidak hilang tetapi sebenarnya 'lari'.
Sebab itulah aku masih teragak-agak untuk membuat laporan polis. Tapi aku kasihan juga kepada anakku Myza. Tidak sabar mahu pulang dari sekolah untuk bertemu bapa tersayang namun harapannya bertukar hampa. Aku ini, lagilah. Mesej tak jawab. Telefon tak angkat.... Aku selalu terfikir yang bukan-bukan sejak aku berbadan dua ini.
Minit demi minit, jam demi jam pun berlalu dengan pantas. Aku masih setia di sini menantimu pulang, sayang...
Tiba-tiba aku dapat rasakan air mataku mengalir perlahan. Aku menangis? Menangis untuk apa? Ini baru sehari... Belum dua atau tiga.... Sabar... Aku menyeka air mataku. Ada isteri yang sanggup menunggu suaminya pulang hingga bertahun-tahun lamanya. Ada. Memang ada. Ini baru sehari....
"Umi.... Bila abi nak balik....." soal anakku. Sememangnya aku tahu, anak gadisku ini memang rapat dengan abinya sejak kecil lagi. Aku rasa serba salah sangat.
Aku terus memeluk anakku erat. Melihat wajahnya pun sudah cukup membuatku bahagia. Wajahnya yang ada iras-iras Luqman menjadi tatapanku. Dia puteriku. Aku dan Luqman diamaanhkan oleh Allah untuk menjaga dan mendidiknya menjadi orang yang berguna, orang yang patuh perintah tuhannya dan orang yang berakhlak mulia. Itu semua amanah.
Itu semua amanah. Itu semua amanah. Amanah yang diberikan buat kami berdua..... Cuma... Mungkin aku belum mampu untuk melakukannya sendiri....
*
Luqman tersedar dari tidurnya. Matanya melihat jam dinding yang tergantung betul-betul di hadapannya. Sudah pukul 6.10 pagi. Luqman bangun lalu menuju ke tingkap yang terletak bersebelahan katilnya.
Tiba-tiba Luqman berasa risau pula dengan anak isterinya. Entah ke mana mereka. Mungkin sudah diculik oleh si Durra tidak guna atau lebih teruk daripada itu... Oh, tidak dapat dibayangkannya.
Eh kejap, tangan dan kakinya sudah bebas! Cuma mulut sahaja yang masih terikat. Itu bukan masalah. Luqman boleh membuka sendiri menggunakan tangannya.
Luqman cuba membuka ikatan yang menutupi mulut dan hidungnya. Ah, berjaya juga. Perlahan-lahan pintu bilik dibuka. Setelah dipastikan tiada orang, Luqman perlahan-lahan keluar untuk meninggalkan 'bilik pengantin' itu.
Terus berjalan dan berjalan. Itu sahaja yang dilakukan Luqman. Tempat ini agak asing namun inilah satu-satunya cara untuk lari. Tiba-tiba, Luqman terlihat sebuah bilik air yang agak besar. Ada tandas, tab mandi dan air pancut.
"Alang-alang dah pukul 6 ni... Solat subuh dululah... Kejap lagi baru lari." Luqman terus mengambil wuduk lalu kembali ke bilik yang ditidurnya tadi. Ada sehelai sejadah yang dijumpai di dalam laci bilik itu. Tanpa membuang masa, Luqman terus mengangkat takbir untuk mengerjakan perintah yang maha esa.
Syad membuka pintu bilik itu perlahan untuk mengejutkan sepupunya itu. Namun terkejut sekali apabila melihat Luqman sudahpun bangun dan sedang solat. Terasa diri ini amat hina sekali. Dalam keadaan yang begini pun dia masih berusaha untuk melakukan kewajipan itu.... Siapa dirinya untuk lelaki itu... Layakkah dia?
Terus memori lama memenuhi fikirannya. 21 tahun yang lalu....
*Flashback*
"Tengok Luqman tu... Walaupun kecil lagi dah rajin solat tau... Durra dah 11 tahun takkan taknak solat lagi... Kalau Durra suka dekat Luqman... Durra kenalah contohi dia...." pesan Rokiah kepada anaknya.
"Okey mak, Durra nak solatlah! Nak ikut Luqman!" Durra terus mengambil air sembahyang lalu menyarungkan telekungnya. Selepas itu Durra membentang sejadahnya betul-betul di belakang Luqman yang sedang mengimamkan solat sepupunya Imran.
Durra terus menyentuh bahu dan leher Luqman untuk memberitahu dirinya mahu menjadi makmum sepupunya itu. Tiba-tiba.....
"Oi, kau buat apa hah?" Luqman tiba-tiba berpusing membatalkan solatnya. Eh, memang sudah terbatal pun. Semuanya angkara perempuan gedik lagi menjengkelkan ini.
"Nak jadi makmum awaklah...." Balas Durra tanpa ada rasa bersalah langsung.
"Kalau kau nak jadi makmum aku sekalipun, janganlah main sentuh-sentuh... Kan dah batal!" Luqman memarahi Durra.
"Apa bising-bising tu...." soal Rokiah apabila melihat anaknya dan anak saudaranya bertengkar lagi. Mereka ni memang, perangai jauh beza bagai langit dengan bumi. Seorang baik yang seorang lagi.... Tahu mengorat sahaja kerjanya.
"Makngah.... Durra ni hah yang kacau... Man tengah solat pastu dia main sentuh-sentuh pulak... Batal solat...."
"Durra... Dah la tu... Pergi solat dekat bilik lah.... Kalau tak bergaduh je kitorang berdua ni..." kata Rokiah sambil memegang tangan anaknya yang lagi seorang bernama Dilla yang berusia 4 tahun.
"Tak nak... Durra nak solat dengan Luqman......" bantah Durra.
"Tak bolehlah macam tu... Durra kalau nak solat kena ikhlas... Solat kerana Allah bukan kerana manusia...." nasihat Rokiah kepada anaknya.
"Kenapa ni Durra, makngah?" soal Syifa, Hanna, Hajar dan Sarah yang tiba-tiba sahaja muncul.
"Tak ada apalah... Ni kamu berempat ni dah solat ke belum...." tanya Rokiah.
"Belum makngah... Nak solat lah ni.... Kami berempat nak solat berjemaah... Tengah tunggu Im dengan Man habis solatlah..." jawab Syifa yang paling ramah. Kakak sulung kepada Imran.
"Ha Durra... Solatlah dengan depa tu... Sama-sama perempuan... Tak ada masalah...."
*end flashback*
"Mak....." Syad cuba menyeru nama itu lagi. Seseorang yang sangat dirinduinya. Yang terlalu banyak memberikan sinar hidup kepadanya. Yang sanggup melahirkannya. Yang sanggup mengandungkannya di dalam rahimnya selama sembilan bulan.
Itulah ibu. Syurga bagi setiap wanita yang belum berkahwin dan setiap lelaki.
Kini, dia sudah tiada lagi di dunia ini... Meninggalkan dirinya semasa di usia muda. Hanya doa yang mampu dititipkan untukmu wahai ibu.
Tanpa disedari air mata Syad mengalir perlahan. Dia terlalu rindu. Rindu yang teramat sangat. Rasam menyesal bersalah semuanya muncul.
Syad mengambil air sembahyang dan telekung lalu menyarungkannya lalu membentangkan sejadahnya betul-betul di belakang bakal suaminya lalu mengangkat takbiratul ihram.............
"Abang.... Izinkan Durra jadi makmum abang..........." katanya di dalam hati....
*
"Kan kunantimu di pintu syurga ya sayang........." Akhirnya tamat juga drama sedih bersiri yang aku tontoni setiap hari. Pengakhiran yang agak sedih sehingga menitis air mataku. Betapa besarnya pengorbanan si isteri hanya kerana taat pada suaminya. Akhirmya so isteri meninggalkan dahulu suaminya di dunia ini.........
Sedih. Walaupun drama cliche, aku tetap merasakan kesedihannya nak nak pula masa-masa sekarang ni.... Aku tetap akan menanti...
Kerana aku sayang dia. Aku tidak percaya dengan segala naluriku yang mendatang. Aku percaya dia tidak akan meninggalkanku... Aku pasti...
Aku harap apa yang aku katakan tadi menjadi kenyataan lah........
***From Deena***
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua readers tersayang... Hihi... Mommies malam-malam baru ada masa ya untuk baca... Terima kasih jugak :) Sementara weekend ni boleh la update 2 bab sehari... Kalau Isnin-Jumaat memang busy memanjang jer huhu... Takde masa nak menulis...
Share this novel