"Aku pernah cakap, nyawa kau akan menjadi taruhan kan, kalau Imran jumpa mak kau!"
Kata-kata itu memang dikhaskan buat aku. Aku tahu kerana aku pernah membaca diari mamaku. Nama Azizul? Sudah muak aku mendengarnya. Terlalu banyak.
Aku tidak berani untuk melawan. Kami bertiga berdiri kaku. Hendak mengundur selangkah pun tidak berani. Entah mengapa kali ini tiada jiran yang keluar menjenguk walaupun suasana bising. Pelik bin ajaib.
Pelik pelik juga tetapi inilah yang perlu aku tanggung sekarang. Tiada pertolongan.
Tiba-tiba Azizul meletakkan sebilah pisau di leherku. Tajam. Hendak menelan air liur pun aku takut. Risau sekiranya benar dia mahu membunuh aku.
Tangan Durra dan Dilla pula diikat oleh beberapa pembantu Azizul yang datang entah dari mana. Benar sangkaan aku, Azizul memang ada plan B.
Luqman, tolonglah aku.....
Andai hari ini hari terakhir aku, tolong ampunkan segala dosaku, Luqman. Tolong halalkan segala makan minum dan nafkah yang diberi, Luqman.
Aku berjuang kerana aku cintakan Luqman sepenuh hatiku walaupun aku ditikam belakang.
Aku yakin dengan kataku.
Masa ini tiada lagi mulutku terkumat kamit untuk membaca zikir untuk mengingati Allah. Semuanya hanya dalam hati. Gerak bibir pun tidak mampu. Aku menunggu ajalku dicabut oleh malakal maut.
Air mataku mengalir membasahi pipi. Aku menangis semahunya. Maafkan umi, baby dan Myza...
"Dah sedia?"
Aku menutup mata dan takkan membayangkan apa yang bakal aku lalui. Aku bakal mati di tangan Azizul.
Kalimah syahadah sudah aku ucapkan. Aku menanti detik terakhir hidupku. Durra dan Dilla tidak mampu untuk berbuat apa.
"Dah?"
Hirisan pisau mula membuatkan aku berasa sakit di bahagian leher. Beginikah aku menemui ajalku. Ianya sakit. Sakit teramat sakit.
Titisan darah mula jatuh ke lantai. Tiada lagi dayaku untuk menjerit meminta tolong. Aku lemah. Durra dan Dilla hanya menutup mata tidak mahu menyaksikan aku.
Sakit....
Para jiran mula mengerumuni kami tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Hendak telefon polis pun tidak berani. Aku semakin lemah.
Kepalaku terasa berat. Berat yang sangat. Sakit.
Perlahan-lahan aku sudah tidak dapat melihat dunia lagi. Suasana menjadi gelap. Aku pun tidak tahu aku masih hidup ataupun tidak.
Harap-harap, aku masih hiduplah.
*
"Zureen pengsan! Tolong!" Dilla cemas melihat sahabatnya yang sudah kaku penuh dengan darah di atas lantai. Sama ada dia masih hidup atau tidak, dia tidak tahu. Matanya mula berkaca melihat kawannya sendiri dilakukan sebegitu. Mengapa?... Mengapa begini?...
Tangan Dilla dan Durra diikat dari belakang membuatkan mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Durra pula diam sejak tadi. Entah mengapa.
Tiba-tiba....
"Kau memang laki tak berguna!!" Seorang wanita baya-baya 50-an membawa sebilah pisau lalu menikam belakang badan Azizul.
Durra dan Dilla menutup matanya. Tidak mampu dilihat kejadian berdarah ini. Siapa yang mati, siapa yang hidup itu belum pasti.
Pembantu Azizul yang memakai topeng hitam penuh itu terus berlari apabila menyedari taiko mereka sudah tidak sedar. Orang ramai membantu Durra dan Dilla membuka ikatan tangannya. Ada juga yang membantu menelefon polis dan ambulans agar membantu mereka.
Zaina melihat jasad suaminya yang terbaring tidak bernyawa. Terkilan. Namun tiada air mata buatnya.
"A... Abang..."
*
Luqman bergegas ke hospital setelah menjemput Myza pulang dari tadika setelah mendapat tahu tentang kejadian yang hampir meragut nyawa isterinya itu. Terasa kesal di hati Luqman melihat isterinya yang kaku tidak menyedarkan diri, lagi-lagi apabila mengetahui sebabnya.
Dia berjuang untuk mempertahankan cintanya sehingga sanggup bergadai nyawa. Cinta seorang ibu kepada anaknya.
"Sayang."
"Jangan tinggalkan abang.... Abang minta maaf sangat......." Entah mengapa kali ini Luqman benar-benar berasa kesal. Takut membayangkan andai isterinya tidak diberikan peluang lagi untuk bertemu dengan dirinya.
"Maafkan abang kerana mengkhianati cinta kita.... Abang sebenarnya memang tak tahu pun perasaan sayang..."
Manusia.
Sudah terlewat barulah hendak menyesal.
Perlahan-lahan Luqman keluar daripada wad itu lalu berjumpa dengan Myza dan beberapa ahli keluarga yang lain yang menunggu di luar. Paling sayu melihat Khairiah yang sudah tua sanggup datang untuk melihat anakanda tercinta.
Sebenarnya Luqman sudahpun menceritakan segalanya kepada ibu mentuanya dan Imran. Tipu andai mama tidak kecewa. Tetapi sekarang tiada masa untuk bergaduh. Masing-masing kelam kabut mendoakan yang terbaik untuk Zureen dan bayi.
Luqman duduk di kerusi sambil melihat siapa yang datang dari pintu ditemani Myza di sebelahnya. Semakin dia lihat anak itu, semakin rasa bersalah dibuatnya.
"Abi, kenapa abi buat umi menangis setiap hari?" Soal Myza spontan.
"Umi menangis setiap hari?"
"Ya abi... Abi pergi mana, kesian umi tidur seorang-seorang... Nanti ada hantu kacau umi..." Jawab Myza.
Luqman tersenyum kelat di hadapan Myza. Tidak sangka hati perempuan ini sangatlah lembut. Setiap hari dia menangis? Maksudnya, sudah berapa kali dia melukai hati wanita itu?..
Dia inginkan rumahtangganya kembali seperti dahulu, bukan wang, bukan harta.
Namun itulah yang tidak mampu ditunaikan Luqman kerana masih ada kasihannya terhadap Durra. Kerana kasihani tidak bertempat, orang tersayang menjadi mangsa.
*
"Durra. Dengar sini baik-baik."
Durra merenung wajah suaminya itu. Melihat air mukanya pun sudah tahu Luqman sedang sedih.
"I akan lepaskan you dengan cara baik. You boleh cari lelaki yang lebih baik untuk jaga you... I ni naif, tidak arif dalam menguruskan rumahtangga. I harap dengan cara ni, dapat membahagiakan you. I sentiasa doakan yang terbaik untuk you."
Durra merenung lantai pula. Saat inilah yang dia tidak mahu. Namun dia tiada pilihan. Dia sendiri menyaksikan kejadian tadi.
Luqman menarik nafas sedalamnya, mencari daya untuk melakukan semua ini. Mungkin perit buat Durra, tetapi ini sahaja satu-satunya cara untuk membiarkan Zureen bahagia bersama Myza, bakal anaknya dan dirinya.
"Nur Syadurra binti Hisham, aku ceraikan kau dengan talak satu."
Air mata Durra menitik satu persatu. Akhirnya saat yang paling mahu dielakkan hadir jua. Kini dia bukan lagi isteri Luqman. Bukan.
Namun mengapa Durra perlu sedih, dia sudah bebas, sudah tidak ada suami. Ramai lagi yang mahu menjadi ganti.
Tetapi apabila emosi menguasai, Durra tidak dapat mengawal dirinya sendiri.
"Kalau kau rasa aku ni menyusahkan kau, baik aku mati je!" Durra memandu keretanya laju seakan mahu membunuh diri. Bunuh diri tidak apa, masalahnya takut orang lain pula terbunuh.
Luqman memandu keretanya dari belakang mengikut Durra. Dia sendiri tidak tahu Durra akan melakukan apa selepas ini. Luqman tahu, Durra berada dalam dunia depresi, sukar untuk mengawal dirinya sendiri. Kadang-kadang boleh jadi agresif secara tiba-tiba.
Pangsapuri Sri Mutiara.
Bangunan setinggi 15 tingkat itu dipanjat oleh Durra dengan sekelip mata sahaja menggunakan lif. Luqman lambat, hendak menunggu lif seterusnya mungkin mengambil masa yang agak lama.
Mahu tidak mahu, Luqman terpaksa mendaki setiap anak tangga untuk mengejar Durra.
Namun Luqman terlambat.
Semuanya sudah terlambat.
*
Aku baru sahaja sedar sebentar tadi. Tengok-tengok sudah ada mama di sebelah. Aku asyik terbayangkan kejadian pembunuhan yang berlaku di hadapan mataku tadi. Nyawa aku pun hampir diragutnya. Namun aku pelik, Luqman tidak hadir untuk melawat aku. Tidak apalah, aku bersangka baik mungkin sibuk dengan isteri barunya.
"Mama...." Mama menggenggam erat tanganku.
"Adik jangan pernah salah faham, Luqman sebenarnya sangat sayangkan adik."
Aku tidak faham dengan pesan mama yang tiba-tiba sahaja.
"Mama dah tahu segalanya. Mama dah tahu kenapa adik berkurung dalam bilik masa balik kampung haritu."
"Mama..."
Sejujurnya aku tidak mahu meresahkan hati mama ditambah lagi dengan isteri kedua suamiku adalah sepupunya sendiri.
Mama kenal Durra itu orang macam mana.
"Mama.... Adik rasa, nak mengundurkan diri...."
"M-Maksud adik?.."
"Mungkin dalam dunia ini tak semuanya yang datang adalah milik kita...."
Untuk melihat mereka bahagia, aku sanggup dipisahkan. Aku sanggup memberi peluang untuk mereka. Paling sayu, aku sanggup untuk mengucapkan selamat tinggal.
Jika ini yang terbaik untuk kami.
Bersambung...
Nak tahu Durra buat apa? Sabar ye awak...
Share this novel