Setelah menghantar puteri manis kami ke sekolah tadikanya, Luqman memandu kereta pulang ke rumah. Cuti lagi katanya. Sebentar, berapa hari suamiku mahu cuti? Nanti tidak pasal-pasal dibuang kerja.
"Sayang, abang nak tanya...."
"Tanya apa?" Aku menoleh memandang wajah suamiku.
"Hmmm.... Sayang betul-betul sayangkan abang?"
"K-Kenapa abang soal macam tu?" Aku mula kehairanan. Aku rasa 'something' daripada ayat ni.
"Abang............" Luqman menghentikan kata-katanya setakat di situ sahaja.
"Kenapa abang?...." Aku mula tidak sedap hati. Jantungku berdegup kencang secara tiba-tiba. Desahan nafas semakin laju.
*
Durra termenung sendiri di rumahnya. Kata-kata Luqman oagi tadi membuatkannya masih tidak tenang. Tidak dapat dibayangkan lelaki itu bersama isteri pertamanya. Lumrah wanita, kuat cemburu.
Satu malam di sini, satu malam di sana. Cukup membuatkannya tidak tenang. Seperti wanita lain, Durra juga mahukan perhatian seorang lelaki untuk bermanja, meluahkan perasaan yang terpendam lama dan berkasih sayang sepanjang masa. Tetapi itulah, mungkin takdir jodohnya begini. Terpaksa berkongsi kasih.
Yang seorang terpaksa berkongsi kasih,
Yang seorang lagi terpaksa berlaku adil,
Yang seorang lagi satu terpaksa menahan perasaan sendiri.
Hidup ini sukar. Terlalu sukar. Kenapalah cinta tiga serangkai ini wujud dalam hidupnya?...
Durra mula berfikir semula mengapa harus dia mendapatkan Luqman. Bukankah bersepah lagi lelaki bujang di luar sana. Tak dan yang bujang, ambillah yang duda. Atau,... Jadi seorang andartu sepertinya sukar mencari pasangan?
Durra menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya. Lauk ibu berpantang yang dipesan tadi langsung tidak menarik perhatiannya. Kali ini Durra benar-benar tiada selera. Duit yang diberi Luqman satu sen pun tidak digunakan lagi. Semuanya disimpan di atas meja hiasan.
Wang RM50 yang diberi oleh Luqman itu diambil lalu disimpan ke dalam sebuah balang bertutup merah yang biasa digunakan untuk biskut raya itu. Ada juga beberapa patah perkataan yang ditulis pada bahagian balang itu.
'Duit untuk baby'.
Untuk bayi. Selepas mendapat tamparan hebat daripada Lili, Durra bercadang untuk mengandung lagi sekali dan mendapatkan zuriat dengan Luqman.
Dalam itu sudah ada lebih tiga ratus ringgit, semuanya hasil duit yang diberi Luqman. Satu sen pun tidak digunakan untuk kegunaan sendiri. Semuanya untuk bakal si anak.
Selepas memasukkan wang ringgit ke dalamnya, Durra menyimpannya di bawah katil. Tidak mahu beri Luqman tahu. Biarlah ia tersimpan menjadi sebuah rahsia...
*
Jika hari ini dia masih ada,
Biarlah hari ini menjadi detik terindah untuk aku masih menikmati indahnya dunia...
Kerna hidup ini hanya sementara..
Pabila masa sahaja malaikat maut datang menjemput nyawa...
Dunia ini hanya tempat berpenat,
Di syurga menanti tempat berehat yang terindah buat hamba-hamba yang berpenat lelah di dunia ini.
Buku motivasi itu sudah aku khatam dua tahun lepas. Namun sengaja aku membacanya semula untuk menghilangkan rasa bosan. Banyak pengajaran yang aku dapat ambil. Bagiku, buku setebal setengah inci ini begitu bermakna buatku. Buku ini juga merupakan hadiah daripada Luqman semasa ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga.
Aku meletakkan buku itu kembali ke raknya lalu mengambil buku yang lain pula. Bilik ketiga yang dulunya menjadi bilik aku semasa kecil ini sudah kami tukarkan menjadi perpustakaan mini. Luqman suka membaca dan aku juga adam minat yang sama. Jadi tidak hairanlah rumah kami dipenuhi dengan buku yang berlambak.
Buku berwarna merah jambu itu aku tarik. Nampak lusuh. Aku membelek buku itu. Ini kan....
Ini kan diari aku?...
Aku membaca semula apa yang aku tuliskan kira-kira lapan hingga sembilan tahun lalu ini. Ada luahan hati, luahan rasa cinta dan banyak lagi. Ada luahan rasa cinta dengan Firdaus, ada yang lagi teruk luahan rasa cinta dengan Imran. Huh. Macam kurang asam. Malu pula aku membacanya.
"25 Julai: Hari ini Ustaz Imran masuk ke kelas 5 Firdaus. Aku rasa gembira sangat! Sudah lama aku impikan semua ini. Akhir dapat juga. Tetapi yang peliknya, Aulia dan Dilla kata muka kami ni sama macam adik beradik. Pelik betullah...."
Aku menyimpan semula diari tersebut ke rak. Kemudian satu persatu buku yang berada di rak itu aku belek. Dan sehinggalah aku terjumpa sesuatu khazanah yang amat berharga. Gambar keluargaku. Lengkap. Ada papa, mama, aku dan kak Zehra. Semasa itu aku baru masuk tingkatan satu rasanya. Kakak Zehra pula tingkatan dua.
Semasa ini tiada lagi Myza, tiada lagi Luqman. Aku hidup sebagai seorang remaja dengan ibu bapa. Sehinggalah hari ini aku telah berjumpa dengan jodohku.
Satu lagi album.
Penuh dengan gambar perkahwinan kami. Daripada tunang, nikah dan sanding. Aku melihat semula diriku dan Luqman yang berpakaian serba putih semasa hari pernikahan. Aku tersengih membayangkan aku akan berkahwin lagi sekali. Amboi....
Dan ada satu gambar yang paling menarik perhatianku. Luqman meletakkan tangannya di atas dahiku dan menadah tangan berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke jannah. Dan pada saat itu kali pertama aku disentuh oleh seorang lelaki dengan sengaja. Baru aku faham nikmatnya sebuah perkahwinan. Perhubungan yang haram akan menjadi halal.
"Assalamualaikum."
Aku membuka pintu dan menjawab salam.
"Waalaikumussalam... Abang...."
Luqman melangkah masuk ke dalam rumah dengan sebuah beg plastik yang penuh terisi dengan barangan dapur yang aku suruh beli tadi. Lauk di rumah memang sudah habis langsung, kalau suamiku tidak pulang makan nasi lauk telur sahajalah kami.... Sudah dua hari berturut-turut kami makan lauk telur.
"Harini, biar abang yang masakkan."
Aku memandang suamiku. Masakkan?..
*
Malam ini sepi. Tanpa ditemani sang suami. Durra tidak dapat melelapkan matanya. Namun inilah hakikat yang harus diterima. Adil itu wajib.
Luqman....
Nama itu diseru berulang kali. Hanya mampu berharap agar bertemu di alam mimpi. Durra tersenyum pahit. Mungkin inilah caranya untuk bahagia. Sharing is caring, kan? Biarpun dengan cara yang rahsia...
Pernah juga ada terdetik rasa menyesal memilih untuk berkahwin secara rahsia di Songkhla, Selatan Thailand. Perkahwinan lewat didaftar, maka hubungan ini sekadar 'halal' tanpa diiktiraf. Mengapa yang dipilihnya untuk kahwin lari? Kenapa tidak dilakukan di Malaysia? Adakah kerana prosedur pasangan poligami lebih sukar daripada prosedur pasangan biasa.
Atau.... Takut.
Ya, takut. Mungkin Durra telah temui jawapannya. Sekejam-kejamnya sekalipun, pasti ada setitik perasaan gerun. Jikalau benarpun usianya lebih tua daripada isteri pertama Luqman, namun usia dan pengalaman berumahtangganya masih lagi cetek.
Durra tahu, bukan mudah untuk mengambil alih tempat isteri pertama Luqman tambah pula dia adalah cinta pertamanya. Bukanlah mudah untuk melupakan seseorang yang telah berbakti sekian lamanya melainkan lelaki itu memang dasar buaya!
Jangan pernah berharap atau meletak harapan, nanti dikau yang kecewa.....
*
Aku menyuapkan lauk ayam paprik yang dimasak suamiku. Sedap! Memang bukan kali pertama Luqman memasak untuk kami tetapi aku pelik, tiba-tiba sahaja.
Myza dan abinya pula makan dengan berselera. Aku gembira melihat mereka yang sangat akrab. Sedangkan aku dengan mama dan papa dulu pun tidaklah serapat ini. Mungkin atas faktor adanya adik beradik agaknya.... Myza pula setakat ini masih anak tunggal, memang tidak hairanlah semua kasih sayang tertumpu kepadanya. Tidak mengapa, nanti Myza akan dapat adik juga.... Baby umi dalam perut ni, tunggu umi tau....
Inilah realiti keluarga kecil kami. Hanya tiga orang tetapi cukup bermakna. Keluarga adalah segalanya. Kalau kisah gaduh-gaduh sekalipun, aku dan Luqman takkan membiarkan Myza terlibat.
Dan ahli keluarga kami bakal bertambah lagi seorang. Bakal anak kami yang akan lahir ini bakal menjadi penyeri lagi rumahtangga kami. Myza pun tidaklah keseorangan. Ada seorang adik untuk bermain bersama.
Tetapi itulah, aku dengan Luqman ini macam 'on-off' sahaja... Sekejap ok, sekejap tak ok... Dan aku rasa ada sesuatu yang pelik yang tidak dapat aku tafsirkan....
Apakah semua itu?...
Atau hanya sebuah naluri hati yang sentiasa membohongi minda?....
Atau... Sebaliknya....
B E R S A M B U N G : )
Share this novel