"Durra, balik!" Arah Luqman tegas. Seperti seorang guru disiplin yang sedang marah.
"You.."
"Durra, balik sekarang!"
Kerana dimarahi Luqman Durra melangkah kakinya pulang. Aku masih tidak puas hati dengan kejadian tadi. Dia yang kacau hidup kami, kenapa aku pula yang dipersalahkan. Takkanlah Durra ini ex-girlfriend suami aku kot?
"A-Abang....." Aku memanggil suamiku lembut dengan suara yang tergagap-gagap.
"Awak pun sama. Beralah lah sedikit, dah lima tahun kahwin tetapi tak matang lagi!" Luqman meninggalkan aku. Tiada lagi perkataan sayang buatku.
Dia marah aku.
Aku tertunduk kecewa. Sampai bila harus aku begini? Sampai bila?
Hari semakin gelap menandakan sudah hampir malam. Aku yang sudah siap mandi seperti biasalah, pakai telekung dan ingin solat maghrib berjemaah bersama biarpun hubungan kami agak tidak baik.
"Allahu Akbar."
Takbiratul ihram diangkat dan Luqman membaca doa iftitah dan seterusnya surah Al-Fatihah. Entah mengapa aku hampir ingin rasa menangis mendengarnya.
Tidak dinafikan, suara Luqman merdu. Sama seperti sepupunya Imran.
Kenapa aku sebak?....
*
Durra menghempas semua peralatannya ke lantai. Kali ini Durra benar-benar tidak dapat menahan sabar lagi. Kasih yang dipohon, lain yang didapati.
"Luqman milik aku! Aku akan buat macam-macam cara sekalipun asal aku dapat Luqman...." Fikiran jahatnya mula merasuk minda sekali lagi. Durra ketawa jahat.
Kalau dirnya tidak boleh dapat Luqman, tiada siapa yang boleh memiliki hati lelaki itu.......
"Kakak? Apa kakak cakap ni? Luqman?" Dilla yang turun daripada tingkat dua terkejut mendengar apa yang dibicarakan oleh Durra.
"Tak ada apalah..." Durra terlupa pula, adiknya Dilla ada datang ke sini. Nasib baik Dilla ini mudah percaya.
"Kakak,... Biar betul?"
"Kenapa?"
"Tak ada apalah..." Dilla mendaki tangga lalu menuju ke tingkat atas semula.
Durra duduk di sofa kepenatan. Setakat ini dia masih belum ada rancangan jahat untuk dijalankan.
Huh!
*
Aku menghulurkan tanganku untuk disalam Luqman. Aku mencium tangannya. Aku masih berasa sebak. Tanpa aku sedari setitis air mataku jatuh ke tangan suamiku.
"Sayang menangis?"
Aku menggeleng. Aku tidak mahu tampak lemah di hadapan Luqman.
"Jangan tipu abang. Abang tahu." Belakang badanku diusap Luqman. Aku mengesat air mataku yang jatuh. Memang aku menangis. Aku menangis kerana terluka dengan perangaimu, Luqman.
"Kalau satu hari nanti saya dah tak mampu bertahan dalam semua ni, izinkan saya pergi..." Bisik aku kepada Luqman. Sayu suaraku.
"Janganlah cakap macam tu, abang minta maaf sangat-sangat...." Aku dipeluk Luqman erat. Kenapa tiada lagi aku rasakan keindahan dan kehangatan cinta ini? Semuanya telah pudar kerana perbuatanmu, Luqman.
Maafkan aku.
"Abang... Ada pilihan lain... Saya nak beri peluang untuk abang bahagia dengan dia...." Kataku tergagap-gagap.
"Abang tak pernah bahagia dengan Durra."
"Tak. Its okay. Abang jangan tipu saya. Saya akan pergi kalau abang pilih dia. Saya tak mahu masuk campur dalam urusan rumahtangga abang dan Durra...."
"Selama lima tahun ini, ampunkan dosa saya dengan abang, halalkan makan minum saya, saya minta maaf sangat...." Tangan Luqman aku kucup dan kali ini aku benar-benar menangis.
Menangis kerana perpisahan yang bakal aku lalui.
Selama ini, aku bertahan pun kerana Myza, bukan kerana cinta ini. Bukan.
Aku tak sekuat mama yang sanggup menempuh dugaan yang dahsyat sekali. Aku tidak sekuat Imran yang diuji dengan kehilangan kasih sayang seorang ibu. Aku bukan sekuat kamu, Luqman yang sanggup kehilangan tiga adik sekaligus kerana perbuatan orang lain...
Aku hamba. Yang lemah, yang terlalu banyak kekurangan.
Jika perpisahan adalah yang terbaik, aku sanggup. Aku sanggup untuk mengucapkan selamat tinggal.
*
"Nah kunci rumah. Datanglah bila-bila adik nak datang tau." Durra menyerahkan beberapa batang anak kunci kepada adiknya Dilla.
"Terima kasih kakak...." Dilla menghidupkan enjin keretanya lalu memandu ke tempat kerjanya. Hari ini hari Jumaat, hari terakhir untuk bekerja dalam minggu ini.
Sementara Durra pula bersiap untuk ke pejabatnya. Hari jumaat wanita dibenarkan memakai baju kurung. Durra memilih sepasang baju kurung berwarna perang dan selendang hitam untuk menutup sebahagian rambutnya.
"Cantik juga aku bila pakai baju kurung ni, nampak ayu je..." Durra memuji dirinya sendiri.
Tanpa membuang masa, Durra melangkah keluar daripada rumah dan terus memandu ke pejabatnya.
*
"Durra. Boleh I cakap sesuatu?" Kali ini bunyinya tegas. Di dalam sebuah bilik yang pintunya tertutup rapat. Walaupun tiada orang lain di rumah itu, Luqman sengaja mahu menutup pintu itu.
Tiada jawapan daripada wanita itu.
"I layan you dengan baik, tetapi kenapa you buat macam ni? You sedar ke tak sedar apa you buat selama ni?" Luqman memandang tepat ke mata Durra. Takut Durra dibuatnya.
"I memang tak layak untuk bahagia! I memang tak layak!"
"Nur Syadurra."
Tok tok tok.
Masing-masing terperanjat mendengar ketukan pintu itu. Siapa yang datang?...
Makhluk ghaib mahu mengganggu mereka?
"Kakak..." Pintu yang tidak berkunci itu dibuka daripada luar. Terperanjat kedua-dua orang yang sedang berada dalam bilik itu.
"Astaghfirullahalà zim! Apa kakak dan abang Luqman buat kat sini?!" Dilla terkejut melihat dua sepupunya berada dalam sebuah bilik yang pintunya dibiarkan bertutup. "Luqman, tak ingat bini ke?"
"Dilla. Let me explain." Akhirnya Luqman mahu menjelaskan perkara sebenar kepada Durra.
*
"Kakak.... Dan abang Luqman dah kahwin?.." Terketar-ketar suara Dilla. Terkejut. "Zureen tahu tak Luqman?"
"Tahu..." Luqman memandang wajah dua beradik itu. Kedua-dua itu adalah sepupunya.
"Kakak...... Luqman.... Fikir balik apa yang kamu berdua buat ni!" Dilla menutup pintu kuat. Kecewa dengan dua orang itu.
Dia tahu perasaan sahabatnya. Mungkin kerana itulah sahabat sejatinya itu nampak sedih dan kecewa setiap kali berjumpa. Mungkin kerana itu.
Siapa tidak kecewa jika diperilaku sebegitu?..
"You buat apa ni Luqman! Adik I!"
*
Dilla mendaki tangga terus menuju ke tingkat dua. Macam biasalah, ingin ke rumah sahabatnya Zureen. Setelah Dilla bertemu dengan kakaknya, Zureen langsung tidak bertemu dengannya. Patutlah Zureen dan Durra itu semacam sahaja, rupanya mereka bermadu.
"Assalamualaikum."
*
"Waalaikumussalam, Dilla... Kenapa datang?"
Tanpa menjawab soalan aku Dilla terus memeluk aku. Aku terkejut. Mengapa semua orang jadi macam tiba-tiba hari ini.
"Aku minta maaf bagi pihak kakak aku...." Suara Dilla lemah.
"Kenapa Dilla. Cakaplah."
"Aku minta maaf... Aku tak sangka kakak aku buat rancangan yang tak baik kepada Luqman... Aku pun tak tahu kenapa dengan kakak aku... Setahu aku, memang masa kecil dahulu kak Durra sukakan Luqman, tetapi tak sangka sampai macam ni jadinya..." Dilla pula yang menangis.
Begitu hebatnya sahabat yang sejati. Menangis kerana risaukan sahabatnya. Sudah seperti kekuarga sendiri.
"Tak apalah Dilla. Benda sudah terjadi. Tak boleh buat apa-apa. Benda yang dah berlaku tak boleh dipatah balik..." Aku tersenyum pahit.
"Aku faham perasaan kau... Aku kecewa dengan kakak aku sendiri... Aku pun tak rela dimadukan..."
Kami sama-sama menangis. Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang paling baik hadir ketika aku susah dan senang. Zureen-Aulia-Dilla. Sejati selamanya.
"Dilla... Aku tak pernah berdoa untuk runtuhkan masjid orang lain, cuma aku....."
"Teruskan.... Zureen.."
"Aku... Nak hidup kami kembali seperti dulu."
Itu sahaja yang aku harapkan. Percayalah.
Dum dum dum!!
Pintu rumahku diketuk kuat. Seperti ada gempa bumi. Aku dan Dilla segera membuka pintu.
"Perempuan tak guna!"
Durra yang hampir ingin menampar aku sekali lagi terus dihalang oleh Dilla.
"Kakak! Apa kakak dah buat!"
"Kau diam Dilla! Kau tak tahu penderitaan aku!"
Sungguh, aku tak sanggup melihat adik beradik ini bergaduh. Kenapa Durra? Kenapa Dilla?...
"Kakak! Kita adik beradik kakak! Kita sama-sama anak yatim piatu! Kita sama-sama hilang mak ayah! Jangan jadikan itu semua alasan untuk merosakkan rumah tangga orang! Kakak tahu, kakak fikir boleh bahagia ke kalau buat dengan cara macam ni! Tiada siapa yang rela dipaksa! Luqman pun tak rela kalau kakak paksa macam ni, faham?"
Aku terdiam mendengar penjelasan Dilla. Pedas. Pedih. Perit.
"HAHAHAHAHAHA!!!"
Kami semua menoleh mencari di mana datangnya suara ketawa terbahak-bahak itu. Sudah macam hantu pun ada. Tidak elok ketawa sebegitu. Sudahlah di sini suara agak bergema menjadikannya lebih kuat.
"Seronoknya, aku tengok semut merah dan hitam bergaduh... Memang ini yang aku mahukan... Dah 5 tahun lebih aku tinggalkan korang... Ingat nak bagi rasa dulu bahagia sementara... Tahu kan, derita ditinggalkan lagi perit daripada derita kecewa kerana tidak dapat?..."
"Azizul?!"
Wajah lelaki jahat itu kami bertiga pandang. Tiada siapa berani lawan walaupun dia tidak membawa konco-konconya. Mana tahu berada di bawah, di atas bumbung atau di mana-mana sahaja. Orang jahat sentiasa ada plan B.
Aku takut. Tiada Luqman di sini. Myza juga tiada di sini. Aku takut apa-apa terjadi kepada Myza. Aku berharap anakku selamat di tadika.
'Luqman, datanglah selamatkan kami...' Rintih aku.
"Imran dah jumpa mama kesayangan dia, Ramli dan Khairiah sudah rujuk, aku tahu!"
"Imran dah bahagia dengan anak bini dia, aku tahu!"
"Dilla dan jumpa kakak kandung dia, aku tahu!"
"Aku biarkan semua itu, cuma dua benda lagi yang aku takkan biarkan ianya selesai..."
Kami bertiga saling memegang tangan sesama sendiri. Tidak kira madu tidak madu, kami semua saling takut. Dalam hati tidak henti-henti berdoa agar kami diselamatkan. Dia lelaki. Kami bertiga perempuan. Jeritannya sahaja sudah boleh membuatkan gempa bumi, huh!
"Pertama, tentang Durra, Zureen dan Luqman. Kedua, Zehra."
Aku terkejut mendengar nama kakakku dipetik. Maksudnya, Azizul tahu di mana kak Zehra?..
Bersambung....
Share this novel