Bab 19

Drama Series 7817

Makanan malam telah siap terhidang di atas meja makan. Dan aku ni pastilah masih takut untuk memberitahu apa yang aku lihat.

"Abang..... Myza.... Jom makan...." ajakku lembut sambil mencedokkan nasi ke pinggan mereka.

Luqman dan anakku Myza terus datang ke meja makan lalu menikmati hidangan mereka. Semasa makan adalah Myza dan abinya tu bermain-main sikit. Aku tersenyum kelat.

Tapi aku pelik juga, jika benar Luqman curang dan ada yang lain, mengapa tiada langsung perubahan personalitinya yang kami lihat. Seolah-olah semuanya seperti biasa. Itu yang membuatkan aku lebih berbelah bahagi.

"Sayang........"

Aku memandang suamiku.

"Terima kasih sayang masak sedap-sedap untuk kami....... Kami ni tahu makan je....."

Ayatnya membuatkan aku cair. Mengapa ya........

Memang tidak dinafikan, sejak dari awal kami berkahwin memang aku mudah jatuh kepada ayat yang kedengaran seperti ringkas namun efeknya sangat dalam.

Tapi Zureen......

Percayalah, itu semua hanyalah JANJI MANIS SEORANG LELAKI!

Hmmmm.......

*

"Nah." Sebungkus nasi diberi kepada Durra. Haizi memandang Durra.

"Kenapa kau kurung aku kat sini?" soal Durra lemah. Sudah sehari dia tidak makan. Bukan tidak diberi makan, cuma dia yang tidak berselera untuk menjamah hidangan semalam. Hari ini, mahu tak mahu terpaksalah dijamah jua.

"Sebab...... Aku taknak kau buat hal dengan orang..... Memang aku tahu niat kau betul untuk mengubah nasib kau selepas kau jadi anak yatim tapi....."

"Tapi apa?"

"Niat tak pernah menghalalkan cara, Durra..... Walaupun apa yang terjadi, Luqman tetap ada isteri dan anaknya yang perlu diberi kasih sayang. Durra tahu kan, hidup berkongsi ini tidak mudah, ia memerlukan kesabaran yang tinggi......" nasihat Haizi.

"I know it.... Tapi Luqman lelaki yang aku cinta dan sayang sejak kecil.... Durra benar-benar fikir Durra boleh dapatkan Luqman....." luah Durra.

Haizi mengeluh berat. Bukan tidak faham tentang masalah sahabatnya namun perbuatan itu telah melampau. Cinta tidak bisa dipaksa kan?

"Dah la tu... Aku bawa kau kesini sekejap je.... Aku cuma nak kau tahu, banyak orang yang sayangkan kau. Aku sayangkan kau lebih dari seorang kawan, Durra. Aku teringin untuk memperisterikan kau dan menebus segala kesilapan lama aku.... Aku tahu aku insan yang berdosa dulu.... Kerana kejahilan aku membuatkan kau lebih menderita... Aku tak sepatutnya terlalu mengikut nafsu..... Aku sayangkan kau sepenuh hati aku...." jujur Haizi tentang perasaan sebenarnya.

"Kenapa kau sayangkan aku?.... Aku cuma sayang seorang sahaja dalam dunia ni. Luqman, sepupu dan suami aku." balas Durra.

"Dah lah tu, makan ye...." Haizi menyuapkan nasi menggunakan sudu plastik ke dalam mulut Durra. Sebenarnya Haizi teringin sangat untuk melakukannya namun impiannya terus mati selepas mendapat tahu Durra telah merancang sesuatu.

Durra perlahan-lahan mengunyah nasi yang disuap Haizi. Durra juga menolak daripada disuap lagi namun Haizi langsung tidak berhenti melakukannya.

"Kenapa kau sanggup habiskan semua duit kau demi Luqman? Takdelah, aku cuma tanya... Kenapa kau sanggup buat macam tu.... Banyak lagi kegunaannya duit itu..... Dengan 15 ribu kita boleh buat majlis kahwin sederhana besar yang meriah. Walaupun satu hari bagi akulah at least ada kenangan tak adalah membazir duit tu.... Aku cuma.... Sedikit kecewa dengan kau, Durra......."

"Majlis kahwin kita?" Durra ketawa sambil tersenyum sinis kepada Haizi.

"I know today you are Luqman's 2nd wife, tapi.... Aku ni bukanlah nak meruntuhkan masjid orang tapi...." Haizi menarik nafas panjang.

Keadaan sepi sebentar.

"Tapi aku tak sanggup tengok sahabat aku sendiri runtuhkan masjid orang lain."

Deep.

*

Bedtime talk 10.30 p.m.

Kehangatan tubuh kami yang di dalam selimut membuatkan aku lebih selesa untuk berbual 10 minit sebelum masuk tidur. Ya, seperti biasa aku masih mengharapkan kejujuran dalam luahan hati masing-masing. Tapi aku ni tak tahulah kalau ada orang sanggup menipu ye....

"Sayang, are you okay? Cerita je kalau ada apa-apa yang tak kena... Kita suami isteri.... No secrets between us." ujar Luqman.

No secret between us? Boleh percaya ke ayat itu?....

Aku menggeleng untuk menyorokkan rasa sebenar hatiku biar Luqman tidak dapat menghidunya.

"Sayang.... Kalau abang pergi suatu hari nanti, sayang sedih tak?" soalnya kepadaku.

Aku masih tak faham. Adakah ini salah satu tanda-tandanya...... Aku tidak berpengalaman jadi aku tidak tahu.....

"Kenapa abang soal sayang macam tu?" soal aku sengaja membangkitkan kemarahannya walaupun aku tahu dia tak mungkin akan marah.

"Kenapa sayang macam marah dengan abang?..." soal suamiku lembut. Ya Allah, bantulah aku.... Mengapa aku terlalu mudah cair dengan suara lembutnya ini......

"Abang.... Betul ke tak ada simpan apa-apa rahsia daripada sayang......" soalku takut-takut. Hanya untuk 'test'.

"Maksud sayang.... Simpan yang bagaimana?" soalnya kembali dengan wajah yang lain. Aku dapat melihat perubahan wajahnya. Namun ini bukan masa untuk aku mengesahkannya kerana belum pasti.

"Abang ada orang lain?......" Kali ini aku memberanikan diri. Terpaksa. Sampai bila aku dapat menahan perasaan ingin tahu aku. Kan mudah jika aku jujur sahaja!

Luqman diam. 'Jawapan' yang sudah aku agak. Diam tandanya benar lah kan..... Mungkin jadi....

"Dan.... Apa ni?" Aku mengeluarkan item kecil yang berada di dalam kotak kecilnya. Kotak itu kecil, nipis, berwarna biru dan isi kandungannya......

Ahh....

Luqman tersentak. Aku yakin dia tersentak.

"K-Kat mana sayang jumpa?.."

Aku tidak membalas sebaliknya tersenyum sinis.

"Selama ini, abang bermain kayu tiga?....."

Diam. Tiada jawapan.

*

"Durra, kau ok tak ni.... Nak mandi nah. Ada towel, sabun, berus gigi.... Jangan termenung macam tu je.... Risau aku dibuatnya.... Aku tahulah aku ni tak sepatutnya kacau isteri orang.... Tapi aku tak tidur serumah dengan kau pun... Harini kau baliklah..... Aku cuma nak sedikit masa dengan kau..... Ok?"

Durra mencapai towel dan set peralatan mandi tersebut lalu bergerak ke bilik mandi meninggalkan Haizi yang berada di hadapannya. Sambil berjalan air mata Durra mengalir perlahan.....

"Adakah aku telah tersalah jalan?.... Haizi sayangkan aku..... Aku dapat merasainya.... Tapi kenapa aku pilih juga laki orang tu.... Kenapa aku sanggup bazirkan duit yang aku kumpul selama itu demi bernikah dengannya?...." bisik Durra dalam hatinya. Terasa menyesal pula dengan apa yang telah berlaku. Namun sayang seribu kali sayang, masa tidak dapat diundurkan....

*

Hari ini kami akan bertolak pulang ke kampung bersempena dengan majlis kenduri kahwin Laura. Dan sudah tentu kakaknya Aulia sudah sampai lebih awal sebelum kami.

Kami menikmati perjalanan yang mengambil masa lebih kurang tiga jam lebih kalau tidak jem ini. Myza pastilah tidur sahaja. Mungkin kerana kepenatan. Aku yang di hadapan ini segan hendak tidur memandangkan suamiku yang penat-penat memandu kereta.

Akhirnya kami tiba di destinasi. Sudah banyak kereta yang memenuhi walaupun majlis nikah bakal berlangsung lusa. Kami seperti biasalah, tidur di rumah lama Luqman dulu tu yang sekarang Laura, mama dan abah duduk.

Rumah itu ada tujuh bilik yang boleh memuatkan kami semua termasulah bilik pengantin. Memanglah besar, rumah inipun dulunya dihuni oleh empat keluarga, mana tidak besarnya.

Bilik yang kami tidur sekarang ini, adalah bilik Luqman dan Imran semasa kecil dahulu. Luqman yang memilihnya. Katanya, bilik ini mempunyai terlalu banyak kenangan zaman kecilnya.

Aku sebagai perempuan, pastilah kena tolong packing doorgift ke, masak ke... Inilah namanya 'rewang'. Tolong-menolong bersama penduduk kampung. Saban tahun aku semakin mengenali orang-orang di sini dengan bantuan kak Jannah.

Bersambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience