Bab 38

Drama Series 7817

"Buku yang adik nak tadi, dah masukkan dalam beg?" Soal mama kepadaku. Begitu prihatin tentang aku.

"Dah, mama..." Hari sudah malam. Esok Myza akan bersekolah, Luqman juga bekerja. Hari ini pun sebenarnya bukan hari cuti tetapi mereka berdua yang 'cutikan' hari ini. Tidak apalah, sehari sahaja.

Setelah bersalaman, kami memandu kereta masing-masing untuk pulang ke rumah. Macam mana hendak satu kereta jika pergi pun dengan kereta sendiri-sendiri.

Myza sebenarnya ingin mengikut abinya namun aku memaksa agar mengikuti aku. Aku tidak tahu ke mana Luqman akan pergi. Mungkin melelong ke tempat lain, atau pergi ke rumah isteri lagi satu. Jadi, biarlah Myza selamat dengan aku.

Luqman memang ikut rapat aku dari belakang. Katanya untuk memastikan aku dan Myza selamat. Tidak apalah, lagipun memang kami hendak pergi ke tempat yang sama pun.

*

"Assalamualaikum.."

Tombol pintu dipulas lalu kami masuk ke dalam rumah. Ya, aku bernasib baik kali ini kerana Luqman benar-benar 'ikut' aku. Kakiku melangkah ke dalam rumah.

Tiba-tiba...

"Abang!" Aku terjerit melatah. Aku hampir jatuh tiba-tiba dihalang Luqman. Aduhai, malunya....

"Sayang kenapa? Sayang terlanggar apa ni?" Soal Luqman kepadaku. Aku sendiri tidak nampak aku terlanggar apa kerana di dalam rumah masih gelap gelita.

"Entahlah...." Kataku.

"Yay, abi dukung umi!!" Myza bersorak gembira. Kakiku tidak lagi rasa memijak lantai. Eh Luqman, boleh pula dis dukung aku di hadapan Myza. Malunya....

"Abang... Turunkanlah... Saya bukan budak-budak lagi...." Rayu aku.

"Okey-okey... Janganlah marah...." Luqman menurunkan aku. Aku berasa lega.

Suis lampu utama dipetik lalu seluruh kawasan rumah kami menjadi terang. Aku seperti biasalah, ke bilik dahulu. Luqman mengekori aku.

"Isteri abang buat apa tu?" Luqman datang dari belakang secsra tiba-tiba. Aku terkejut. Jantungku berdegup kencang.

Kenapa?...

"Tak buat apa-apalah, nak buka tudung je..."

"Kalau macam itu, biar abang tanggalkan." Luqman mula mencabut satu persatu jarum peniti yang aku cucuk di tudungku. Hari ini aku memilih tudung shawl berwarna merah hati dipadankan dengan blaus berwarna khaki dan seluar palazo hitam. Simple, but style.

"Aduh!" Luqman menjerit kecil.

"Kenapa abang?" Soalku serius.

"Jarum peniti ni, terkena jari abang.... Berdarah tau!"

Aku lihat jari Luqman yang sedikit luka. "Alahai, darah sikit je ni, ni darah mengada namanya...."

"Memang pun!" Luqman melentokkan kepalanya di bahuku.

"Pergilah basuh, pastu bubuh plaster."

"Tolong boleh?..."

"Yelah-yelah...." Mahu tidak mahu aku terpaksa membawa Luqman ke singki untuk mencuci luka kecilnya.

"Pedih sayang, pedih!" Luqman menjerit seperti budak tadika. Aku ketawa kecil.

"Abang ni nak jadi Myza ni.... Kan.... Dah macam budak kecik." Aku ketawa kecil.

"Bukan Myza, tapi MIZAN. Abang masih normal ye, bukan golongan LGBT."

"Eh eh eh.... Mizan pun bolehlah.... Pergi jadi kembar Myza tu."

Lama jugalah kami berceloteh. Entah kenapalah Luqman hari ini agak 'manja'. Aku sebagai isterinya, melayan 'manja' itu ialah tugas akulah. Aku ingin menggalas tugas itu sebelum dikebas oleh orang lain.

"Ha, dah siap..." Plaster itu sudah aku tampalkan ke jari Luqman. Kan senang...

"Terima kasih...."

"Abang....." Panggil aku lembut. Aku ingin menyuarakan permintaanku.

"Ye nak apa sayang isteri abang?.."

"I'm craving....."

"Isteri abang dah mengidam? Dah besar baby dalam perut tu... Cakap je sayang nak apa abang belikan."

"Nak mangga muda...." Kali ini giliran aku bermanja. Semasa mengandungkan Myza dahulu aku teringinkan nasi beriani, kali ini pula mahu mangga muda.

"Nanti abang belikan ya... Untuk baby dan umi..." Luqman menyentuh perutku. Aku pun turut juga.

"Baby duduk dalam perut umi baik-baik tahu.... Abi tak sabar nak tengok cinta abi lahir...." Pesan Luqman kepada aku dan janin di dalam rahimku. Anak umi, duduk elok-elok tau..

"Abang, Durra macam mana? Dia dah tahu pasal Dilla?" Soal aku seloroh.

"T-Tak... Kenapa sayang tiba-tiba sahaja tanya? Cuba lupakan sekejap semua tu..."

"Taklah, cuma...." Berat untuk aku katakan.

"Abang tahu, tapi lambat laun Dilla akan tahu juga... Abang tak mahu huru-harakan keadaan..."

*

"Durra, siapa lelaki yang selalu datang tu? Suami Durra ke? Kenapa kahwin tak jemput Shasha..." Tiba-tiba sahaja Durra ditegur oleh Shasha, jiran seblahnya.

Serba salah untuk dijawab Durra.

"Y-Ya... Suami saya...." Jawab Durra acuh tidak acuh.

"Amboi, Durra senyap-senyap dah kahwin eh... Ni Shasha ni tak jumpa lagi jodoh tau..." Ujar Shasha dalam nada bergurau. Tahun ini umur Shasha sudah memasuki 28 tahun, tingfal dua tahun sahaja lagi untuk mencapai usia 30-an.

Durra hanya membalas dengan senyuman kelat. Entah kenapa dia berasa semakin bersalah. Sampai bila dia hendak menipu diri sendiri dan orang lain bahawa hakikatnya dia langsung tidak pernah bahagia dengan Luqman?

Sampai bila?

Stop lying yourself, Nur Syadurra.

Tetapi, bagaimana dia hendak keluar daripada jalan yang salah ini? Meminta cerai? Mungkin mudah untuk Luqman melepaskannya, namun tidak mudah untuk Durra terima.

Sejujurnya, Durra masih cintakan Luqman walaupun apa sahaja cara. Luqman lelaki paling baik yang pernah hadir dalam hidupnya, sumpah. Haizi juga baik, tetapi kesilapan lamanya itu yang membuatkan Durra semakin benci kepada lelaki itu. Apabila nafsu tidak dapat diuruskan dengan baik, iman mula menggoyah dan diri terdedah kepada maksiat.

Durra tahu, Haizi orang baik. Berkawan dengan orang baik. Haizi juga pernah menjadi kawan Luqman semasa bersekolah dahulu. Tetapi apakan daya, nafsu menguasai iman dan akhirnya mereka berdua telah jatuh ke dalam lembah dosa.

Setelah bertahun menghadap wajah yang sama, hati yang sama dan insan yang sama Durra mula merasakan dirinya jatuh hati kepada lelaki itu. Haizi namanya.

Tetapi dia pergi dahulu, sebelum Durra sempat menyatakan cintanya. Cinta yang tulus.

Kini hati Durra retak seribu. Kini dia sedar, mengahwini Luqman takkan mengubah semua takdir yang telah ditentukan kepadanya sejak azali. Luqman hanya seorang manusia, tidak mampu untuk menghilangkan segala rasa trauma tentang kemalangan maut yang berlaku kira-kira 20 tahun lalu itu. Yang perlu mengubahnya adalah dirinya sendiri. Tiada siapa yang boleh bantu.

Benarlah kata orang, cinta tidak bisa dipaksa.

Durra termenung sendiri di tepi tingkap. Hujan renyai-renyai mula membasahi bahagian luar tingkap itu. Ia bagaikan air mata yang keguguran, setitis demi setitis.

Begitu juga dirinya. Setitis demi setitis air mata berguguran. Air mata kecewa. Air mata duka. Air mata lara. Mengapa dirinya masih tidak dapat terima?...

Kenyataan ini.

*

"Abang...." Aku memanggil suamiku.

"Ye sayang abang?"

"Abang sayangkan Durra?" Soal aku tiba-tiba.

"Stop talking about her. Sampai bila masalah nak selesai kalau sayang asyik cakap pasal dia..."

Aku tersenyum pahit. Ya, ada benarnya. Tetapi kalau aku mendiamkan diri daripada bertanya, adakah masalah akan selesai?

"Maafkan saya, saya cuma tanya."

Luqman tersenyum kelat. Aku masih tidak boleh baca fikirannya. Yang aku lihat, Luqman ni sebenarnya bukanlah mahu sangat dengan Durra tu, cuma tanggungjawab sahaja. Aku rasalah, Luqman sebenarnya tidak sampai hati untuk menceraikan Durra.

"Abang.... Tak pernah cintakan Durra. Wallahi. Sejak kecil memang Durra tergila-gilakan abang, tapi abang tak pernah jatuh cinta dekat dia. Satu hari, abang kena culik dan kena nikah di Songkhla, Selatan Thailand. Abang pun tak tahu nak buat apa masa tu. Tapi abang merelakan diri untuk nikah dengan Durra...." Jujur Luqman.

"Maksudnya,... Abang bukan kena paksa tapi abang yang rela?"

"Sebab abang fikir, semua ini sementara sahaja... Tak sangka semua ni akan jadi semakin teruk... Abang minta maaf sangat-sangat...."

Aku mengeluh. Sementara? Tiada wanita yang inginkan perkahwinannya hanya sebagai sebuah kontrak atau bahasa lainnya sementara.

Aku tidak kenal Durra. Aku tidak tahu isi hatinya. Aku tidak tahu apa yang sedang bergelora di hatinya. Dan aku tidak tahu, mengapa dia tergila-gilakan suamiku.

Aku sering berharap agar dia akan sendiri pergi dari hidup kami, bukan salah seorang daripada kami yang menghalaunya. Aku ingin kehidupan kami kembali seperti dahulu tanpa ada hati yang terluka. Semua orang layak untuk merasa bahagia.

Sejujurnya, memang aku kecewa dan penat dengan Luqman apabila tahu dia tidak setia. Aku kenal Luqman. Walaupun baru lima tahun kami berkahwin, cukup untuk aku tahu sifat sebenar Luqman yang tidak diketahui oleh orang lain.

Luqman sangat istimewa bagiku. Aku tidak mahu dia dirampas oleh orang lain....

Apa-apapun, aku mesti memberitahu Dilla bahawa kakaknya sudah dijumpai.

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience