"Kenapa umi?"
Soalan anakku tidak aku jawab. Fikiran aku kosong. Yang penting aku mahu Myza selamat.
"Shhhh.... Jangan bising tau sweetie umi....." kataku sambil meletakkan jari telunjukku ke bibir Myza. Tubuh kecil itu aku peluk erat.
Maafkan umi......
Dari tingkap bilik aku lihat apa yang mereka lakukan di luar. Aku sebenarnya terpaksa lihat walaupun aku tak sanggup. Semua orang masih belum tahu. Dan aku juga tidak mahu mereka tahu.
Kelihatan mama memeluk Durra. Tidak mustahil mama mengenalinya kerana Durra itu anak saudara mama. Mereka berpelukan erat. Tetapi Imran seperti memandang Durra semacam sahaja... Kak Jananh pula daripada tadi asyik tersenyum. Sudah kenapa? Tahulah kak Jannah memang tak lekang dengan senyuman sejak hari pertama aku bertemu dengannya, tetapi takkanlah ini pun mahu senyum.
*
"Mama, kenapa Zureen lari?" soal Imran dalam nada berbisik kepada ibunya. Dia tidak sedap hati. Bukan dia seorang sahaja yang berlari, tetapi siap bawa Myza pula tu. Seolah-olah ada sesuatu yang mereka rahsiakan.
"Mama tak tahu Im.... Mama pun pelik juga......"
Suasana yang meriah bertukar dingin. Hampir semua menyedari kehilangan Zureen dan Myza. Mereka lari apabila hadirnya Durra. Adakah mereka ini bermusuhan? Atau ada rahsia yang terkandung di sebaliknya....
"Makcik... Pakcik..... Dah... Rujuk ke?" soal Durra dalam suara yang gagap. Bukannya tidak tahu dahulu mereka berpisah dengan talak tiga dan makcik Khairiah dan pakcik Ramli berkahwin lain. Maksudnya, makcik Khariah bercerai mati atau hidup dengan bekas suaminya.....
Satu misteri kembali berlaku...
"Dah...." Khariah tersenyum. Durra perlu disayangi. 20 tahun hidup tanpa ibu bapa bukanlah mudah. Kes kemalangan maut itu takkan pernah hilang di hati Khairiah.
Beg Durra dicapai dan dibawa masuk ke dalam rumah. Ada satu beg bagasi bersaiz 20 inci, satu beg sandang kecil dan beg tote berwarna hitam. Ikutkan hati Durra mahu tidur di hotel sahaja malam ini memandangkan ramai rupanya yang menetap di sini. Pastilah segan, sudah 20 tahun tidak berjumpa.
Khariah membawa anak saudaranya ke sebuah bilik kosong untuk dijadikan tempat tidur. Tetapi jangan risau, tiada 'makhluk' lain yang menumpang di situ kerana bilik itu selalu dibersihkan setiap minggu. Di dalamnya terdapat sebuah katil bersaiz queen, meja solek dan kipas siling. Cukup selesa untuk dijadikan tempat tidur.
Setelah selesai menunjukkan bilik tidur untuk Durra, Khairiah keluar untuk membiarkan Durra beristirehat sendirian. Pintu bilik anaknya pula diketuk. Dari tadi Zureen menyepikan diri.
Tok tok tok. Pintu bilik diketuk.
"Adik... Mama ni..."
*
Pintu bilik aku yang diketuk sejak tadi aku buka. Ikutkan hati memang aku tidak mahu keluar langsung namun disebabkan mama yang memanggilku, aku terpaksa.
"Kenapa adik lari?"
Aku diam. Apa yang perlu aku jawab. Rasanya tidak perlu kot aku beritahu Luqman telah berkahwin dengan Durra. Aku tidak pasti bagaimana reaksi mama dan ahli keluarga yang lain nanti. Sudah pasti mama mahu membela kedua-duanya sekali memandangkan Durra juga salah seorang dari ahli keluarga kami.
"Adik.... Nak pergi tandas tadi....."
"Dah tu, awat bawak Myza sekali?"
Aku tersenyum kelat kepada mama. Aku sendiri pun sedang bingung. Aku pulang ke kampung untuk menenangkan jiwa bukannya untuk menambah lagi kesesakan jiwa.
Maafkan Zureen, mama. Hidup kami sudah tidak seperti dulu lagi.....
*
Komputernya dimatikan lalu berjalan pantas menuju ke pintu utama. Luqman sudah meminta izin majikannya untk pulang awal. Katanya ada masalah keluarga. Takut jika kedua-dua isterinya mahu pergi ke tempat yang samam dan akan menyebabkan pergaduhan.
Enjin kereta dihidupkan lalu dipecut laju terus ke lebuhraya Utara-Selatan. Nasib baiklah di pejabat ada penghawa dingin, kalau tidak pasti sudah berpeluh dan kena mandi dahulu...
*
Aku melihat dari luar Durra bermesra dengan mama dan papa. Aku pula yang cemburu. Aku anak kandung mama, tetapi mama melayan orang lain pula seperti anak kandung.
Ini bukan cemburu untuk mendapatkan perhatian Luqman. Ini cemburu sebagai seorang anak!
Namun aku tidak mahu keluar dari bilik. Aku tak mahu berhadapan dengan Durra. Biarlah aku bersama Myza di sini.
*
"Assalamualaikum."
Luqman tersenyum memandang ibu mentuanya dengna pintu rumah yang sedang terbuka. Durra yang sedang membawa air di dalam jag terkejut melihat Luqman.
"Waalaikumussalam. Masuklah. Durra, ingat lagi Luqman?" Khairiah sengaja mahu melihat riaksi Durra. Semasa kecil bukannya tidak tahu Durra sering mengejar 'cinta' Luqman. Namun kini tkadir telah menentukan Luqman bukan jodohnya.
"Mama....." Tangan Khairiah dikucup lembut lama. Dicari keikhlasan untuk memohon ampun kepada ibu mentuanya. Jikalau tidak dapat memohon maaf kepada Zureen, mengapa tidak keluarganya?
"Kenapa ni?" Khairiah kehairanan. Mengapa Luqman tiba-tiba sahaja begini... Namun naluri seorang ibu, sudah dpaat menghidu apa sebenarnya yang sedang dilalui oleh pasangna suami isteri ini. Pasti ada kemelut yang melanda sehingga menyebabkan mereka pulang asing-asing.
Yang satu berlari, yang satu lagi mengejar.
"Maafkan Luqman kalau tak dapat jaga Zureen baik-baik...."
"Kenapa Luqman cakap macam ni? Zureen kan sayangkan Luqman...."
Durra yang mendengar perbualan suaminya dan ibu saudaranya rasa bersalah. Adakah dia telah merampas? Atau menumpang kasih daripada Luqman sehingga terabainya isteri pertama. Di mindanya sudah dapat membayangkan perasaan ibu saudaranya jika tahu semua rahsia disebalik semua ini.
Tidak sanggup dibayangkannya. Cukuplah kemelut keluarga ini berlaku sekali sahaja!
*
Aku terdengar namaku disebut dari luar. Aku segera membuka sedikit pintu lalu melihat mereka. Ada Luqman. Dia mengejar aku. Entah-entah bukan aku. Entah-entah mahu mengejar Durra, bukan aku.
Jikalau ikutkan hati sekarang juga aku mahu pulang ke Kuala Lumpur. Aku pulang ke sini untuk menenangkan diri, bukan menambahkan masalah. Tup tup Durra dan Luqman juga ada di sini. Niat aku sebenarnya mahu lari seketika daripada mereka berdua.
Tetapi, aku mahu membatalkan niatku. Perjalanan sahaja sudah mengambil masa sehingga empat jam dan membuatkan aku sangat penat. Ingin sahaja aku tidur sekarang juga. Tetapi lihatlah, sekarang sudah hampir senja tak mungkin aku akan tidur.
*
"Zureen ada dalam bilik tu, tak keluar-keluar pula...." Soalan yang ditanya Luqman tadi dijawab Khairiah. Entah mengapalah anak bongsunya itu asyik berkurung dalam bilik sebentar tadi sehingga suami sendiri pun sudah tidak ingat. Malu agaknya dengna tetamu baharu.
"Tak apalah mama, biar dulu Zureen dalam bilik. Tidur agaknya...."
Luqman juga mahu mengelak antara madu dan madu ini bertembung. Nanti tidak pasal-pasal pula rahsia bocor.
Bersabarlah, dunia poligami ini memang sulit....
"Sayang... Buka pintu ni sayang...." Luqman mengetuk perlahan bilik Zureen. Sementara itu, ada mata yang memerhati seperti burung hantu.
Durra.
Siapa tidak cemburu, dengan isteri pertama dipanggilnya 'sayang' tetapi dengannya hanya 'I' dan 'you' sahaja. Mengapa mereka boleh memanggil dengan panggilan mesra tetapi dirinya tidak. Namun dalam keadaan ini, Durra sendiri tahu dia perlu mengalah. Banyak hati yang perlu dijaga terutamanya ibu saudaranya Khairiah.
Pasti kecewa wanita itu andai tahu anaknya dimadukan. Itulah hati seorang ibu. Lembut dan penyayang. Durra juga teringin menjadi seorang ibu namun belum lagi tiba waktunya.
"Aku tak tahu apa sebenarnya yang aku dah buat... Bukankah aku mahu meruntuhkan masjid mereka?...." gumam Durra. "Mak, ayah, adik....... Kenapa Durra buat macam ni...... Durra nak lari!!!!!"
*
Cincin merisik yang dibawa oleh pihak lelaki dibelek-belek. Aulia tersenyum. Tidak lama lagi dia bakal bergelar tunang orang dan selepas itu isteri orang. Keluarganya masib menggunakan cara lama, iaitu dengan merahsiakan pengantin lelaki daripada pengantin perempuan.
Sebenarnya Ramli, bapa kandung Aulia yang memilih calon suami untuk Aulia memandangkan adiknya Laura juga sudah berkahwin dengan Fawwaz, takkanlah Aulia hendak membujang lagi.
Minggu hadapan pula rombongan pihak lelaki akan datang untuk mejlis pertunangan. Tidak sabar rasanya mahu tahu siapakah lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti. Kacak tidak kacak, dia tidak kisah. Asalkan penyayang dan bertanggungjawab, sudah cukup.
Mesej ditaip lalu butang hantar ditekan. Yang dijemput pastilah dua sahabat dunia akhiratnya Zureen dan Dilla. Sebenarnya Aulia masih belum sedia untuk menghadapi cabaran dalam ikatan pertunangan apatah lagi perkahwinan. Tetapi, dalam pahit pasti ada manisnya, kan?... Zureen juga telah lima tahun berkahwin dan dikurniakan seorang zuriat yang comel. Okey sahaja? Mengapa dia perlu takut?
Mungkin kerana Aulia tidak kenal siapa bakal suaminya, mungkin kerana itulah dia sedang gugup....
Aulia......
Bersambung.....
Assalamualaikum readers.... Maaf lewat update kerana Deena busy dengan homework... Hope you guys enjoy reading my story yea... From heart to heart, ARDEENA SAFIYYA :)
Share this novel