Bab 33

Drama Series 7817

Telekung putih suci aku sarungkan. Masih awal sepuluh minit untuk aku menunaikan solat subuh. Aku tersenyum di atas sejadah seorang diri. Bulunya yang lembut buatkan aku selesa. Kalau tidur pun sedap ini.

Inilah cinta Allah. Cinta yang sejati. Lebih daripada cinta manusia. Disaat aku sedang berduka, Allah sentiasa ada untuk hamba-hambanya. Bulu sejadah itu aku ramas lembut. Zikir diucapkan mengingati yang Maha Esa.

Tipulah kalau aku tidak marah. Tipulah andai aku tidak kecewa. Lelaki yang paling aku sayang telah mengkhianati aku setelah lima tahun pahit getir bersama, kini dikhianati dengan mudah sahaja. Hatiku sedang terluka. Aku hanya mahu mencari petunjuk dari Allah apakah langkah seterusnya.

Aku faham, Luqman perlu adil. Dan fitrah seorang isteri, akan wujudnya rasa cemburu. Cemburu melihat orang tersayang bersama yang lain. Namun aku perlu lawan semua itu. Dan aku tahu, mereka pernah melalui kisah pahit yang menyebabkan pergadaian nyawa. Aku tidak rasa apa yang mereka rasa. Aku tidak faham.

Tetapi, sampai bila aku perlu berkongsi?... Sampai ke akhirat nanti? Aku tidak tahu. Aku masih belum membuat keputusan. Solat istikharah memohon petunjuk telahpun aku tunaikan sebentar tadi. Aku berharap denga itu adalah petunjuk untuk aku.

Wallahi, aku sayangkan Luqman. Aku sayangkan Myza. Aku terlalu sayangkan mereka berdua. Dan bayi yang aku kandungkan. Permata hati abi dan umi. Aku yakin berpisah bukanlah cara yang baik untuk kami dan zuriat kami.

Allahu Akbar Allahu Akbar.....

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat subuh. Jam 5.30 pagi. Aku menunggu azan selesai lalu bangkit untuk menunaikan solat. Takbiratul ikram diangkat dan aku sedang menghadap Ilahi......

Cintaku kepada Allah, akan aku pastikan ianya yang pertama dan terakhir......

Usai solat, kedua-dua tanganku aku tadah. Doa dilafazkan untuk memohon kepada Allah. Tiba-tiba cecair jernih mengalir di pipiku. Tubir mataku dipenuhi air mata. Aku tidak pasti mengapakah aku menangis.

Selesai berdoa, telekung putih bersulam itu aku lipat kembali dan menggantungnya di belakang pintu. Semestinya aku sangat mementingkan kebersihan, yang mana ianya sebahagian daripada iman. Tombol pintu aku tarik dan aku masuk ke dalam kamar beradu puteriku. Mungkin terlalu awal untuk aku kejutkan anakku. Katil bersaiz queen berwarna merah jambu ini menjadi katil buat Myza sejak kami mengasingkannya di bilik sendiri. Sengaja kami beli yang bersaiz queen agar Myza tidak jatuh. Biasalah, anak beranak sama sahaja. Sama seperti aku yang suka tidur lasak semasa kecil.

Aku baring di sebelah anakku. Ini lagi satu penawar duka. Melihat wajah comel lagi 'innocent' si kenit ini membuatkan aku geram. Wajahnya yang merupakan campuran daripada uminya dan abinya membuatkan Myza lebih kelihatan comel. Abinya yang kacak dan uminya pula comel. Eh, perasantan pula.

Seketika aku terfikir. Kalau takdir jodoh kami tertulis hingga di sini sahaja, apakah yang akan berlaku kepada Myza dan bakal adiknya? Tidak dapat aku bayangkan nasib mereka. Aku tidak mahu Myza kekurangan kasih sayang dan akhirnya menjadi attention seeker. Bukalah mata dan lihatlah dunia berapa ramai manusia zaman kini yang mencari perhatian di platform media sosial dan sebagainya. Bukan sekadar di dalam dunia digital, di dunia nyata juga wujud manusia seperti ini. Kebanyakannya berpunca daripada kelalaian ibubapa memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak.

Myzaku sayang.......

Umi yakin, abi sayangkan Myza kan......

*

"Nak makan apa pagi ni?" soal Durra sambil merenung suaminya.

"Apa yang ada dalam peti sejuk tu?" Luqman membuka peti sejuk. Hanya ada telur dan beberapa air kotak di dalam peti sejuk itu. Kantoilah Durra, suka sangat minum manis. Telur itu dicapai Luqman lalu dipecahkannya ke dalam mangkuk kecil.

"You nak telur dadar ke, telur hancur. I tak kisah. I makan je." Luqman menggoyang-goyangkan mangkuk itu. Geram melihat telur kuning yang bulat.

"I tak kisah. Telur ni, kita nak makan dengan apa? Kat rumah ni tak ada beras...."

Luqman membuka pula kabinet yang berada di atas. Harap je cantik tetapi semuanya kosong. Inikah hakikat orang yang tidak pandai masak? Satu apa pun tiada untuk bekalan.

"Ada mi segera, kat dalam rak yang atas sekali tu."

Luqman segera membuka kabinet terakhir seperti yang disuruh Durra. Ada satu kotak mi segera di dalamnya. Mak aih, hari-hari makan meggi ke si Durra ini.

"You hari-hari makan meggi ke?"

"Taklah, seminggu dua kali je... Saja beli banyak-banyak buat stok.... Ada macam-macam perisa tu, ada ayam, kari, tomyam, asam laksa, itik... Macam-macamlah awak pilihlah nak yang mana."

"Ok ok.... I nak ayam... You nak yang mana?"

"I nak ayam jugalah. I ikut you. Apa yang you buat semua I nak." Jawab Durra. Di wajahnya kelihatan ada sinar bahagia. Mungkin bahagia yang sementara inilah yang diidamkan oleh Durra.

Sementara tetapi cukup untuk mengisi kehidupan yang kelam dan kelabu.

Periuk besi tahan jarat diambil. Api dapur gas dinyalakan. Mi segera dimasak dan dua biji telur dipecahkan ke dalamnya. Menu inilah yang dinamakan 'bajet murah' namun enak dinikmati walupun kurang berkhasiat.

Setelah beberapa minit, juadah simple yang dimasak oleh Luqman siap dihidangkan di atas meja makan. Mi segera itu masih berasap kerana baru sahaja keluar daripada api.

"Bismillahirrahmanirrahim...." Dengan nama Allah Luqman menyuapkan suapan pertamanya ke dalam mulut. Cerita tentang mi segera, teringat kembali kisah lamanya lima tahun lalu.

*Flashback*

"Sedap tak?" Zureen tertunggu-tunggu komen daripada suaminya Luqman. Hanya mi segera berperisa ayam dihidangkan. Bukan tidak pandai memasak juadah enak, namun keadaan wang tidak mengizinkan. Duduk di atas lantai, tidur pula hanya beralaskan toto, bukan menjadi satu masalah keoada pasangan muda yang baru berkahwin ini.

"Sedapnya isteri abang masak... Siap ada telur lagi...." Luqman memuji masakan isterinya. Biarpun sekadar mi segera, ianya tetap sedap di mata Luqman. Kerana keberkatannya. Air tangan Zureen sentiasa sedap.

Mereka duduk bertentangan menghadap sesama sendiri sambil menimati mi segera berlaukkan telur. 'Rancangan' yang ditonton hanyalah wajah pasangan. Masih tiada duit untuk membeli televisyen.

Bulan pertama melalui alam perkahwinan adalah masa yang tersangat indah. Pastilah dipenuhi dengan semut cinta semanis gula kerana masing-masing masih dalam fasa kenal-mengenali sesama sendiri.

*Tamat flashback*

"Rindunya semua itu... Kalaulah masa boleh diputarkan kembali....." gumam Luqman di dalam hati.

"Kenapa you tak makan? Asyik termenung jauh je ni... Kesian kat meggi tu tunggu je you makan. Menangis dia nanti."

"Ye ye I makan... Tadi berangan sekejap." balas Luqman acuh tidak acuh. Terus mati kesemua lamunannya bersama Zureen.

Setelah makan, mangkuk dibasuh lalu diletakkan kembali ke rak. Durra menyalami tangan suaminya lalu Luqman keluar dari rumah untuk pergi ke pejabat.

*

"Assalamualaikum..."

Ucapan salam aku terdengar dari luar. Tidak perlu bimbang kerana dari awal lagi aku sudah siap memakai tudung untuk menghantar Myza ke sekolah tadikanya.

Pintu dibuka. Orang yang memberi salam adalah suamiku. Oh, muncul pun. Ingat dah tak mahu balik semalam.

"Isteri abang.... Janganlah merajuk dengan abang...." Aku sedikitpun tidak memandang Luqman. Aku terlalu kecewa.

"Pergilah dengan bini muda abang tu...." Aku pun tidak pasti mengapa aku nyatakan ayat yang berbentuk 'sarcasm' ini. Luqman faham atau tidak, itu lain cerita.

"Tapi sayang lagi muda daripada Durra... Sayang baru 25 tahun, muda remaja lagi. Cantik pun cantik lagi."

Iyalah, kalau dia 'kakak' kepada Dilla, pasti usianya lebih tua kan... Tetapi tua setakat mana? Mungkin beza dalam 2-3 tahun agaknya....

"Kenapa umi dan abi gaduh............" Myza muncul tiba-tiba mengejutkan kami berdua. Aku dan Luqman rasa bersalah.

"Tak ada apa-apalah sayang.... Nanti Myza dah besar, dah kahwin tahulah ye...." Luqman cuba menutup pergaduhan kami. Persoalanku menjadi tergantung lagi.

"Harini, Myza nak umi dan abi yang hantar Myza. Dua-dua kena ikut!"

Aku dan Luqman saling beroandangan. "Hah?!"

Mahu tidak mahu, aku terpaksa tunaikan permintaan Myza. Aku tahu anakku ini minta begini untuk kebaikan kami juga tetapi entahlah. Aku rasa situasi masih tegang.

Sampai di kawasan tadika, kami menurunkan Myza betul-betul di hadapan kawasan tadika. Kedua ibu bapanya disalaminya. Kemudian Myza merapatkan tanganku dan Luqman. Eh, sudah kenapa pula ini?...

"Abi dan umi kena bersalam... Macam bersalam masa nikah dulu...." Masa nikah? Siapa pula yang cerita ni....

"Mana Myza tahu orang nikah kena salam?" soal aku sengaja ingin tahu.

"Myza tengok gambar umi dan abi kat dalam album... Kat tv pun selalu ada orang baru nikah kena salam......"

Nampaknya aku terpaksa bersalaman dengan Luqman. Tangannya aku cium atas permintaan Myza. Aku tahu apa yang aku dan Luqman lakukan bukanlah ikhlas tetapi hanya untuk menunaikan permintaan anak kami.

Aku kucup tangan Luqman lama. Terasa kehangatan cintaku kembali. Tetapi aku tidak tahulah Luqman rasa begitu juga mahupun tidak.

Andai waktu boleh berulang kembali, akan ku pergi menyusuri hidup lamaku yang indah. Bukan seperti hari ini.

Bersambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience