Bab 32

Drama Series 7817

"Let me explain..... Okay?" Luqman memandang aku. Kami saling bertentangan mata. Sebenarnya aku masih mengantuk. Iyalah, sudah pukul 12.30 tengah malam dan kami tidak tidur lagi.

Luqman menarik nafas berat. Aku sebenarnya tidak tahu mahu cakap apa. Cepatlah, aku mahu mendengar penjelasan ini. Apa rahsia yang terkandung di sebalik semua ini....

"Durra is my wife."

Ayat itu cukup pendek namun begitu menusuk kalbu. Aku tercengang. Wife? Sejak bila dia orang ni kahwin. Berbagai soalan muncul di mindaku. Aku berasa tidak tenang. Biar betul....

"A-Abang dah kahwin dengan Durra? B-Biar betul?" Aku jujur apa yang sedang terbuku di hatiku. Mungkin soalan maut bagi Luqman.

"Jangan cakap kuat-kuat... Nanti Myza terjaga... Shhh..." Eh, boleh pula Luqman mahu ubah topik. Tidak tidak tidak. Cerita ini mesti dihabiskan.

"Kita bincang dalam bilik." Aku membuat keputusan muktamad. Kami berdua segera masuk ke dalam bilik untuk sambung 'cerita' tadi.

Luqman duduk di birai katil. Tanganku dikucup lembut. Aku tidak peduli lagi akan kemanisan yang sementara ini.

"Okey, abang.... Dah kahwin dengan Durra dua bulan lepas. See? Tapi bukan niat abang...... Abang terpaksa....."

"Terpaksa kenapa?" soalku. Kenapa pula terpaksa? Kalau setakat mahu bayar hutang ke aku pun ada duit.

"Selama ni, memang abang tak pernah cerita kan tentang sepupu abang lagi seorang yang bernama Durra?" Luqman memegang tanganku. Ya, aku sejuk.

"Tak...... But why? Abang kahwin dengan sepupu abang sendiri ke?" Ok, aku tertanya tanya. Dalam banyak-banyak perempuan di dunia ini, mengapa dipilihnya sepupu sendiri?

"Ye...... Abang..... Mungkin abang tak permah cerita kisah silam ni, tapi sebenarnya abang nak sangat lupakan."

"Ok, ceritalah."

"Syadurra is Syadilla's sister." ujar Luqman dengan nada mendatar.

"Durra tu.... Kakak Dilla? Yang Dilla tercari-cari selama ni?" Aku terkejut. Maduku adalah kakak kepada Dilla sahabatku sendiri? Apa semua ni? Aku tahu Dilla ialah sepupu Luqman tetapi....

Biar betul....

"Dilla tahu tak abang dah jumpa kakak dia?" soalku serius disebalik kemarahan dan kekecewaan. Dilla perlu tahu!

"Tak.... Abang simpan semua ni sebagai satu rahsia..... Kalau boleh abang taknak sesiapa pun tahu terutamanya ibu. Ibu mesti akan kecewa dengan abang... Dan perkahwinan kami bukan atas pilihan abang...."

"M-Maksud abang?" Aku tidak faham. Zaman sekarang ada ke lagi kahwin-kahwin paksa ni..... Kepala otak aku terbelit.

"Abang terpaksa......... Sebab abang taknak Durra terus dalam trauma.... Walaupun kisah silam tu dah 20 tahun berlalu, bukan mudah untuk melupakan semua tu... Dan lagi satu, sayang tahu kan pembunuhan itu dirancang.... Kalau ada orang mahu bunuh mama atau Myza, apa yang sayang rasa? Sedih kan?" jelas Luqman.

Aku terdiam. Aku tiada hak untuk bersuara. Aku tidak berada di tempat mereka. Aku tidak pernah melalui semua itu. Tidak layak untuk aku pertikaikan. Namun, ada satu persoalan di mindaku.

Apa kaitannya trauma dan Luqman? Kalau Luqman menjadi suami Durra, adakah segala trauma itu boleh hilang begitu sahaja?....

"Sejujurnya, abang sayangkan family kita lebih dari segalanya. Tapi ni aturan Allah, sayang.... Maafkan abang...." Luqman pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

Dia tinggalkan aku macam tu je? Macam tu je?

Aku menunuduk kecewa. Memang aku kecewa. Hilang semua rasa megantukku. Aku cuba untuk tidur. Namun tidak boleh. Aku merenung srtiap sudut di bilik ini. Semuanya sda kenangan dengan Luqman. Aku masih terbayang ada Luqman di sebelah. Tiba-tiba air mataku mengalir.

Mengapa mudahnya hatimu mendua.....
Ku lapangkan dada walau aku terluka...
Semoga bahagia, bersama dirinya....
Karena kau telah memilih dia...

Betapa sakitnya, apa yang ku rasa...
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka...
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Kerena ku masih mencintainya....

*

Luqman kembali ke rumah banglo berkembar itu. Kasut ditanggalkan, salam diberikan sebelum masuk. Kini dia tahu, kedua-dua hati sedang remuk. Dia perlu perbetulkan keadaan yang sedang tegang ini.

Anak tangga didaki satu persatu menuju ke bilik utama yang terletak di tingkat dua. Pintu bilik itu terbuka. Luqman menolak daun pintu perlahan. Kelihatan Durra tiada di atas katil. Ke mana pula si Durra ini pergi....

Di tandas, tiada.

Sudah satu rumah diterokai Luqman mencari isteri keduanya namun masih tidak jumpa. Kereta Durra ada di halaman rumah. Tidak mungkin Durra keluar jauh. Enjin kereta dihidupkan lalu Luqman keluar. Pergi mana? Pastilah mencari Durra. Risau sekiranya Durra sedang dalam bahaya atau sedang 'buat bahaya'. Lagipun Durra masih dalam pantangnya. Masih tidak boleh bergerak jauh.

Kereta Luqman dipandu perlahan. Diteroka sekeliling kawasan perumahan itu. Tiada. Wanita itu tiada disitu.

Keluar daripada kawasan perumahan itu, Luqman mula mencari di sekeliling kawasan perumahan itu. Ada kedai makan yang masih buka pada jam 1.30 pagi ini. Perut Luqman terasa lapar.

Namun, waktu ini bukan untuk makan. Bukan.

Pon!

Kereta Luqman yang dipandu 20 kilometer/jam itu dilajukan segera. Itulah, bawa selur sangat sampai orang belakang sudah hon, padam muka. Diwaktu sebegini, jalan raya masih penuh dengan kenderaan. Nampak sangat orang Malaysia ini suka tidur lewat.

Sudah hampir setengah jam Luqman berpusing di kawasan sekitar. Biarlah. Esok pasti Durra akan pulang. Kelihatan pusat membeli belah yang selalu dijejakinya masih buka diwaktu seperti ini. Luqman memarkir kereta lalu menjejakkan kaki ke dalamnya.

Angin daripada penghawa dingin membuatkan Luqman sejuk. Kelihatan tangga bergerak atau eskalator sudah tidak berfungsi lagi. Terpaksalah menggunakan lif.

Ini tempat biasa. Luqman sudah mahir di tempat ini. Sejak zaman sekolah lagi Luqman suka melepak di tempat ini bersama kawan-kawannya. Iyalah, tempat ini dan sekolahnya bukannya jauh. Kalau setakat mahu outing, naik bas pun boleh.

Luqman melabuhkan punggungnya ke atas sebuah bangku berwarna merah yang diperbuat daripada pvc. Tempat inilah yang dijejakkan saat hati sedang berbunga-bunga untuk meminang si gadis lima tahun lalu.

Terasa kenangan lama berulang kembali. Luqman tersenyum pahit. Apa yang sepatutnya dilakukannya untuk perbetulkan situasi yang sedang tegang ini....

Tiba-tiba Luqman terlihat seorang perempuan yang sedang menyendiri. Berbaju blaus merah jambu dengan skrit labuh berwarna coklat gelap, serta selendang putih yang menutup sebahagian rambutnya yang panjang mengurai. Walaupun tidak nampak wajahnya, Luqman boleh meneka itu ialah Durra.

"Durra..." Luqman cuba menegur wanita itu. Ya, tepat sekali sangkaan Luqman. Durra yang dicarinya isdah dijumpai.

"You nak apa....." balas Durra. Sedikit langsung mukanya tidak ditoleh mengahadap suaminya. Memang tidak mahu dilihat langsung wajah si lelaki itu.

"Kenapa you lari?"

Durra senyap. Tiada jawapan.

"You tahu, bahaya sorang-sorang kat luar ni... I suami you tau... I kena bertanggungjawab dengan you. Setelah sah je akad nikah I rasa you ni tanggungjawab I.... Okay?" Luqman duduk di sebelah Durra. Tangan Durra dicapai lalu digenggam erat. Sama seperti perbuatannya terhadap Zureen tadi.

"I faham.... You kena berlaku adil... I tak pernah halang pun..." Suara Durra berbunyi sinis. "You tahu, I datang sini sebab rindukan Haizi... You tahu kan ni port lepak biasa Haizi masa dia ada lagi....."

"Ye, saya tahu.... Ni port lepak kami dulu masa zaman sekolah..."

"Bukan itu sahaja, I dulu selalu minta duit Haizi. Kat sinilah.... Terlalu banyak kenangan dengan dia.... I dah anggap dia abang angkat dah pun...." Durra melepaskan nafas berat. "Tapi dia pergi dulu......"

"Dah lah tu.... Orang yang dah tiada, biarlah tiada.... Kita kena teruskan hidup... Sampai bila kita hendak sedih...." Luqman menarik tangan Dilla keluar dari bangunan itu.

"Lagi satu, you naik apa datang sini?" Soalan ini paling Luqman tertanya-tanya. Kalau naik kenderaan, mungkin kelihatan seperti dekat. Kalau jalan kaki, jauh juga tau.

"I naik grab."

"Ada pula ye, grab tengah-tengah malam macam ni...."

"Ada... Tengok dia orang, masih kerja tau. Syif malam pun dia orang sanggup ambil. Untuk keluarga kan... Semua sanggup dikorbankan termasuk waktu tidur. Tengoklah betapa sayangnya dia orang kepada keluarga lebih dari segalanya. Ada yang bekerja untuk sara anak bini di rumah, ada yang bekerja kerana ibu bapa dan yang paling baik, bekerja kerana Allah." Durra tersenyum memandang wajah kacak suaminya.

"Sejak bila you insaf ni... Dah tak pakai ketat-ketat, selendang ni pun bolehlah jadi tudung...." Luqman membetulkan selendang hitam yang dikenakan di kepala Durra. Daripada tidak menutup keseluruhan rambut dan leher hinggalah tertutup semuanya.

"Terima kasih... I tengah belajar... Doakan I untuk terus istiqomah...." Mereka terus berjalan hingga ke kawasan parkir kereta yang terletak di luar bangunan. Sengaja Luqman memarkir kereta di situ. Lagipun dekat sahaja dengan pintu utama. Kalau pergi di waktu siang untuk letak kereta di sini hanyalah satu mimpi.

Luqman memandu kereta pulang ke rumah banglo berkembar itu. Namun dalam hatinya tidak henti-henti memohon maaf kepada isteri pertamanya Zureen.

"Zureen sayang, abang minta maaf sangat......." Ucap Luqman di dalam hati berkali-kali tanpa henti.

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience