"Bye!!!" kata anakku dengan riang sekali sambil melambaikan tangan kecilnya. Puas sudah seharian bermain bersama sepupu-sepupunya itu.
"Dah la tu... Jom masuk... Kejap lagi dah nak maghrib ni...." Aku memujuk Myza agar segera masuk ke dalam rumah.
"Yelah yelah...."
"Dah, pergi mandi." arahku. Myza terus mengambil tualanya lalu ke bilik mandi. Aku pula perlu mengemas rumah ini yang sudah agak bersepah.
Sedang aku berjalan, aku terasa terpijak sesuatu. Pensel warna rupanya.... Tak mengapalah... Aku terus mengutip semua pensel warna yang bertaburan.
Tiba-tiba, aku terjumpa sehelai kertas. Kertas yang telah diconteng.
Keluarga kita. Abi, umi, Myza. Hasil lukisannya yang ditunjukkkan kepadaku tadi. Aku terus menyimpannya ke dalam fail. Tidak sampai hati mahu buang.
*
Luqman hanya bersendirian di dalam bilik tanpa berbuat apa-apa. Sepupu kesayangannya yang datang tadipun tidak diendahkan. Runsing memikirkan masalah negara.
"Durra.... Apa sebenarnya agenda kau...." gumamnya di dalam hati.
Tiba-tiba, pintu bilik dibuka dari luar oleh isterinya Zureen. Zureen masuk ke dalam bilik lalu duduk di sebelahnya.
"Abang? What's wrong?" soal Zureen kepada Luqman.
"Nothing. Please... Leave me alone...." pinta Luqman. Zureen terkejut mendengar kata suaminya. Apakah silapnya hingga suaminya menjadi dingin dengannya...
Tanpa membuang masa, Zureen terus keluar daripada bilik mereka atas permintaan suaminya sedangkan hatinya masih tertanya-tanya apakah ada masalah yang melanda suaminya.
Luqman pula, merenung setiap sudut rumah itu. Entahlah mengapa. Tiba-tiba terbit rasa bersalah pula di hatinya kerana perbuatannya seperti menghalau isterinya keluar sedangkan ini bilik mereka berdua. Bilik yang menempatkan sejuta memori bahagia antara mereka.
*
"Syad... Please..... Kenapa you boleh jadi macam ni... You tak rasa ke tindakan you salah?" soal Haizi sambil merayu.
"You pernah dengar tak orang jahat adalah orang baik yang disakiti?" soal Syad sambil tersengih.
"Pernah... Tapi...."
"Tapi apa?"
"Tapi orang baik yang sebenar-benarnya takkan menjadi jahat walaupun disakiti!"
Syad ketawa sinis lagi.
"Syad... I harap you tak menyesal... You ingat dengan cara macam tu benda boleh selesai ke? Silap-silap you pulak kena sepak terajang. Kawan I tu bukan calam-calam tau..." nasihat Haizi.
"Sepak terajang? I know him... Dia takkan buat macam tu... Banyak la calam-calam you. I lebih kenal dia dari segalanya tau!" balas Syad kasar.
"Ye ke? You pernah ke tidur sebantal dengan dia?" soal Haizi.
"No. Tapi BAKAL."
Haizi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa lagi caranya mahu memujuk bekas teman wanitanya itu... Nak guna cara kasar, macam tidak sampai hati...
"Bye babe.... Tapi jangan lupa, seminggu je lagi......" kata Syad sambil mengenyitkan matanya lalu berlalu pergi meninggalkan Haizi sendiri.
"Syad.... Ya Allah...... Mengapa kau sanggup memilih jalan ini....." Haizi menghembuskan nafas berat. Dirinya buntu. Entahlah. Bagaimana mahu menyelamatkan Luqman dan anak isterinya....
*
Pukul 10 malam.
Biasanya kami akan melakukan 'bedtime talk' sesama sendiri sebelum tidur. Tetapi hari ini, aku lihat Luqman seperti moodnya kurang baik jadi aku tangguhkan sahajalah semua itu.
"Sayang......" Luqman memanggilku.
"Kenapa abang?" soalku.
"Kalau ada antara kita yang pergi dulu satu hari nanti, apa yang sayang akan buat ya..." soalnya padaku.
"Maksud abang, meninggal dunia ke?" soalku kembali. Tolonglah, jangan cakap perkara begini.... Aku tak mampu untuk membayangkannnya.... Namun semua itu hanya kusimpan di dalam hati...
"Tak..... Pergi untuk sementara....." jawabnya. Pergi untuk sementara? Maksudnya bukan meninggal dunialah. Apa sebenarnya maksud awak Luqman....
"A... Apa maksud abang?" soalku kepada suamiku.
"Andai satu hari nanti Allah akan menguji kita dengan perpisahan yang sementara, apa yang sayang akan buat? Sama ada terus setia menunggu abang pulang ataupun menuntut fasakh?"
"Ke... Kenapa abang tanya macam tu?.... Abang dah tak sayangkan sayang ke?"
"Abang sayang.... Cuma ujian itu boleh datang bila-bila masa sahaja.... Abang nak Zureen bersedia untuk apa sahaja ketentuan dan ujian yang bakal ditakdirkan untuk kita........."
"Kenapa abang cakap macam tu?... Abang nak pergi tinggalkan sayang ke?"
"Tak, bukan macam tu.... Abang cuma nak sayang abang ni bersedia.... Kalau sesuatu berlaku, tolong jagakan Myza ya........"
Maksud awak, sesuatu yang macam mana tu Luqman...... Air mataku menitis. Aku tersentuh. Aku tak mampu untuk bayangkan semua itu. Aku tak mampu. Aku tak mampu dan aku masih belum bersedia untuk membesarkan Myza sendiri....
Luqman menyeka air mataku dengan jari jemarinya. Aku merenung wajah suamiku.
"Maafkan abang jika bedtalk kita kali ini agak menyedihkan.... Cuma... Abang nak sayang bersedia untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku....."
Mengapa dia asyik mengulang ayat itu? Ayat yang sama. Sudah tiga kali. Mengapa?
Mengapa?....
*
"Assalamualaikum...." Aku memberi salam kepada ahli rumah itu. Rumah sahabatku. Aulia dan Dilla. Oleh kerana mereka 'still single', mereka menyewa sebuah rumah dan tinggal berdua.
Hari ini suamiku memberi pelepasan untuk keluar dengan sahabat-sahabat lamaku. Hari ini hari Ahad. Aku membawa Myza bersamaku sedang Luqman moodnya mungkin kurang baik.
"Waalaikumussalam... Eh, Zureen.... Masuklah....." jemput Aulia dan Dilla. Aulia dan Dilla yang dahulu amat berbeza daripada yang sekarang. Aulia yang dulunya si comel montel dan periang, kini menjadi seorang yang matang dan peramah. Dilla pula yang dulunya hanya gadis tinggi lampai dan atlet sekolah, kini seorang wanita berkerjaya.
"Myza, salam aunty Aulia dan aunty Dilla..." Lalu anakku terus menyalami dua orang sahabatku itu. Bukan tidak kenal dengan mereka.
"Alala comelnya budak ni... Dah besar dah dia....." kata Aulia sambil mencubit lembut pipi Myza yang gebu seperti ibunya.
"Lama aku tak jumpa kau Zureen.... Sejak kau jadi isteri orang lima tahun lepas ni, kita jarang pula jumpa...." Kali ini giliran Dilla bersuara.
"Hmm... Yelah... Dia tu kena taat dengan suami dia... Kita ni, forever alone.... Kan Dilla?" Aulia berpura-pura merajuk. Aku geli hati mendengar perbualan mereka.
"Nak ada suami, kahwinlah dulu." balasku sambil ketawa kecil.
"Nak kahwin macam mana, calon pun takde lagi.... Hmm...."
"Kalau takde tu, carilah..." balasku bergurau. Lalu aku menyambung lagi; "Ingat kahwin ni main-main ke? Kalau tak kuat fizikal dan mental, boleh ke laut lah jadinya...."
"Tahulah.... Hmm, kau ni bila nak mengadung second baby? Jangan marah, tanya je....Laki hang dah tak kuasa dah ke...." soal Aulia dan Dilla bergurau.
Aku menjeling mereka berdua tajam. "Korang ni jangan nak fikir yang bukan-bukan. Laki aku okey lagilah. Cuma rezeki je belum ada. Kami dah mencuba, tapi belum ada rezeki, hendak buat macam mana..."
"Ooo.... Maaflah kalau kami ni gurau kasar....."
"Tak apalah...." balasku mesra. Tidak mungkin mahu berdendam hanya kerana beberapa patah perkataan.
"Umi umi, nak makan tu boleh?" rayu anakku sambil menuding jarinya ke sebuah bekas yang berisi gula-gula pelbagai perisa di atas meja makan. Ini yang aku tak mahu ni.... Sekali budak ni makan, satu balang dia habiskan.
"Kena tanya aunty Aulia dengan aunty Zureen dulu... Ini kan rumah diorang....."
"Boleh je.... Makanlah." Aulia dan Dilla memberi kebenaran kepada si cilik ini.
"Boleh, tapi janji dengan umi, jangan makan banyak. Kalau makan banyak nanti umi taknak bagi gula-gula dah."
"Kenapa tak boleh?" soal Myza.
"Nanti gigi rosak. Kalau gigi rongak nanti macam mana nak makan? Kenalah ganti dengan gigi palsu. Myza nak?"
"Tak nak tak nak." Myza menggeleng laju. Mungkin kerana takut membayangkan gigi palsu si nenek tua dari cerita animasi yang baru ditontonnya semalam bersama sepupu-sepupunya.
"Umi, tolong ambilkan... Tak sampai lah... Meja ni hah, tinggi sangat....." pinta anakku.
Aku segera bangkit dari kerusi yang aku duduk lalu membantu mengambil bekas gula-gula yang diminta Myza. Oleh kerana meja makan itu sangat berhampiran dengan dapur, boleh nampaklah segala benda yang ada.
Tiba-tiba,...
Aku terasa mual. Aku segera pergi ke tandas untuk memuntahkan segala isi perutku. Tidak perlu tanyalah tandas di mana kerana sudah selalu datang berkunjung.
Setelah selesai, aku keluar daripada tandas lalu melihat Aulia dan Dilla betul-betul berada di hadapan pintu tandas sambil melihatku. Aku betul-betul rasa hendak pulang sekarang juga.
"Kau tak tahan bau cili ke Zureen? Sorry lah kami tak kemas dapur masa buat sambal belacan tadi...."
Aku diam. Entahlah. Ada sesuatu yang sedang bermain di mindaku sekarang......
***from Deena***
Alhamdulillah baru dapat publish setelah dua hari... Untuk bab ni kita bagi yang happy-happy dulu, next chapter baru konflik ya....
Share this novel