Bab 16

Drama Series 7817

"Im.... Buat apa tu...." Khairiah menegur anak lelakinya yang sedang termenung di gazebo rumah mentuanya.

"Oh mama... Tak buat apa pun.... Tengah terfikir sejenak...." jawab Imran sambil tersenyum kepada mamanya.

"Terfikir apa tu?" soal Khairiah lagi.

"Hmmm..... Kalau lah Im jadi cikgu kan.... Mesti ramai orang terpikat kan......." ujar Imran sambil ketawa kecil.

"Ish, perasannya anak mama ni... Berangan nak jadi cikgu lah sangat...." Khairiah juga turut ketawa kecil.

"Yelah, tengoklah dulu.... Aduhai.... Tapi kelakar juga kan.... Pelik lah, kenapa ramai murid TERsuka seorang guru ye...." Sengaja perkataan "TER" itu ditekankan.

"Kalau gurunya baik, muda, hensem... Apa yang nak dihairankannya... Itu kan perkara biasa bagi seorang guru... Im pun ada pengalaman jadi, Im cuba fikir sendiri....." jelas Khairiah.

"Betul cakap mama..... Memang tu perkara biasa.... Tapi kan,......" Kata-kata Imran terhenti di situ...

"Tapi apa?" soal Khariah kepada anaknya.

"Tapi.... Macam mana seorang guru itu 'handle' muridnya yang sebegitu?" soal Imran lagi.

"Im, setiap manusia ini punyai hati dan perasaan... Dan setiap orang punya cara yang berbeza untuk mencari kebahagiaan sendiri.... Bagi mama, mungkin boleh menggunakan cara 'pujukan' untuk memujuk mereka...."

"Ooo...." Imran mengangguk tanda faham. Walaupun ringkas, begitu besar maknanya. Teknik 'pujukan' itu memang begitu dalam efeknya.

*

Selepas bersalaman dengan anakku dan suamiku, aku pun... Macam biasalah, buat apa yang patut dan boleh berehat.....

Seperti yang aku biasa lakukan, aku segera mengambil wudhu untuk menunaikan solat sunat dhuha. Usai mengambil wudhu, aku terdengar seperti bunyi sesuatu. Segera aku masuk ke bilikku untuk mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.

"Telefon Luqman?"

Ya, telefon Luqman. Siapa pula yang call ni... Aku angkat jelah.

"Sayang?" Suara itu memanggilku. Suara Luqman. Aik, telefon siapa pula yang digunanya?...

"Abang?.."

"Abang tertinggal handphone ni... Takpelah malas nak ambil... Cuma nak bagitahu je..."

"Oooo... Ok lah..." Talian ditamatkan. Tidak sampai satu minit pun.

Tiba-tiba aku tergerak hati untuk melihat isi kandungan telefon itu. Berkali-kali aku berfikir untuk membatalkan hasratku namun...

Aku teruskan jua niatku.

Dengan mudah aku dapat membukanya kerana tiada kata laluan yang perlu aku selesaikan. Hatiku masih berasa serba salah tetapi dalam masa yang sama mahu juga.... Boleh fikir secara logik kan, kalau tiada password ni, pastilah tiada rahsia....

Aplikasi pertama yang aku buka, pastilah boleh diteka sendiri. Pastinya aku ingin melihat dengan siapa suamiku berbalas mesej, nama apakah yang disimpan sebagai contact... Seperti yang para isteri lain hendak tahu...

Tetapi aku?... Entahlah. Rasa serba salah memenuhi dada. Bukankah aku telah melihat sesuatu yang kepunyaan orang lain tanpa kebenaran?...

Aku melihat satu persatu apa yang ada. Tiba-tiba masuk satu mesej daripada seseorang yang bernama Durra. Aku terus membacanya. Dan ada juga beberapa keping gambar yang diselitkan sekali.

Gambar itu.....

"Astaghfirullahalazim!" Aku mencampak telefon pintar itu ke lantai. Retak ke pacah ke, itu cerita lain. Aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat.

Luqman...?
Curang....?
Dengan....?
Aku.........?

Dan yang lebih teruk......

Luqman....?
Melayan....?
Gambar-gambar tidak senonoh itu.....?
Dari perempuan yang.....?
Entah dari mana itu...?

But why? Persoalan itu berkali-kali bermain di mindaku. Mengapa? Mengapa dia sanggup menipu? Setelah apa yang kami hadapi selama lima tahun ini, dia dengan mudahnya bermain kayu tiga belakangku?

Air mataku mengalir laju. Semua mesej sayang sayang daripada wanita yang datang entah dari mana itu aku baca. Walaupun Luqman tidak membalas sangat, namun aku yakin,

Luqman memang ada wanita lain di belakangku!

*

Di dalam kereta setelah mengambil Myza pulang dari tadika, aku memeluk anakku yang berusia 5 tahun itu. Biarpun Myza masih kecil dan tidak faham apa-apa, aku tetap memeluknya. Bagiku, cahaya mataku inilah yang menjadi penawar duka laraku. Kerana kanak-kanak tidak pandai menipu kan?... Bukan seperti orang dewasa, depan baik tetapi di belakang tikam.

Manusia memang talam dua muka!

"Umi, kenapa menangis?" soal Myza apabila menyedari air mataku menitis ke seragam tadikanya.

Aku segera menyeka air mataku. Aku tidak mahu nampak lemah di mata anakku. Biarlah aku yang memendam perasaan ini. Benar atau tidak, aku akan tahu setelah Luqman pulang nanti.

"Tak ada apa-apalah sayang....." balasku sambil mula memandu pulang. Ombak di hatiku semakin bergelora. Sebentar lagi pasti akan menjadi tsunami yang akan memusnahkan segalanya. Aku memerlukan penjelasan!

Setelah sampai, kami berdua memberi salam dan masuk ke dalam rumah. Makanan tengah hari telahpun aku sediakan untuk Myza. Aku pula, memang langsung tiada selera untuk makan. Teringat tentang apa yang aku lihat tadi. Sejujurnya, memang aku langsung tidak percaya. Namun, ia tidak mustahil, Zureen Maisara...

Tiada apa yang mustahil di dunia ini....

Tetapi, mengapa harus menipu?....

*

Imran dari tadi tidak habis-habis mencari maklumat tentang pujukan. Apa yang istimewa sangat tentang pujukan? Mengapa perempuan ini sangat mudah dipujuk? Semua persoalan itu bermain di benaknya.

Jannah pula hanya melihat suaminya yang sedang melayari sesuatu. Kata kunci yang ditulis ialah 'pujukan'. Jannah tersenyum sendiri. Mengenang semula memori manis antara mereka berdua. Tinggal beberapa bulan lagi genaplah lapan tahun usia perkahwinan kita.

18 Januari. Tarikh yang akan diingati selamanya....
Tarikh itu menyimpan sejuta kenangan yang tidak mampu diluahkan. Kerana semuanya terlalu indah. Andai dapat ditonton semula video ijab kabul mereka, pasti kedua-duanya akan menitiskan air mata......

*

Hari ini suamiku pulang seperti biasa. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Namun, aku masih tidak puas hati. Memang aku memerlukan penjelasan tentang apa yang aku lihat tadi. Ini bukan sebarang skandal, tetapi sudah melampau!

Aku merenung ke mana sahaja suamiku pergi. Ya, memang aku tiada hak untuk menuduh tanpa bukti, tetapi aku mahu mencari 'bukti' itu sendiri.

Tetapi, kalau aku silap tengok, bagaimana?....

Entahlah. Perempuan itu bagi gambar yang tidak senonoh kepada Luqman. Untuk apa? Apa motifnya?

Persoalan itu bermain di benakku.....

"Sayang.... Kenapa muram je ni?" soal Luqman kepadaku. Aku malas hendak menjawab.

"...."

"Kenapa? Kalau ada apa-apa beritahu lah... Kita kan pernah janji dulu kita akan saling jujur dan ,berkongsi masalah....."

Aku tersenyum sinis. Jujur? Tidak tidak tidak. Jawapannya tidak. Kalau dia boleh menikam aku dari belakang, mengapa aku tidak boleh?...

"Abang jujur ke dengan sayang?..." soalku sengaja.

"K-Kenapa sayang tanya macam tu?..." Soalan aku dibalas soalan juga.

Aku menghela nafas berat. Kalau ikutkan aku tidak boleh menuduh tanpa sebarang bukti lagi-lagi insan yang sedang berdiri di hadapanku ini adalah suamiku. Nanti tidak pasal-pasal pula dicop isteri derhaka. Aku tidak mahu....

Perlukah aku beritahu sekarang?..... Atau.... Esok.....

.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience