Bab 21

Drama Series 7817

Orang kampung mula memenuhi rumah kami untuk tolong apa yang patut. Kanopi juga dipasang hari ini. Jadi memang meriahlah. Ada yang membawa anak sekali. Semuanya berganding bahu bersama. Inilah hebatnya orang kampung.

Disebabkan aku mengandung dan Luqman melarangku melakukan kerja-kerja berat, aku hanya ditugaskan untuk potong-potong sayur, buah, itu sahajalah. Kalau gubah hantaran tu, jangan tanyalah. Itu kerja Imran aka pakar gubah hantaran Malaysia.

Yelah, memang dia ada bakat pun... Walaupun dibesarkan dengan seorang ayah namun tetap dididik dengan ilmu asas hidup yang biasanya dilakukan oleh perempuan seperti memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan dan banyak lagi. Itu baru lelaki sejati namanya. Pasti isteri sayang!

Pelamin mini bersaiz 10 kaki telahpun siap dipasang semalam. Penuh dengan bunga-bungaan yang menghiasi. Tiba-tiba Luqman menarik tanganku naik ke atas pelamin.

"Dah lama kita tak naik pelamin kan... Abang rindu masa mula-mula kita kahwin dulu...." ujar Luqman.

"Kalau macam tu, kita jadi pengantin lama jelah....." balasku.

Gelak tawa mula menghiasi kesunyian. Ya, memang aku pun rindu hendak naik pelamin dengan Luqman. Seronok rasanya jadi pengantin baharu.

Tiba-tiba telefon pintar yang berada di poket seluar suamiku berbunyi. Luqman menjawab panggilan itu. Wajahnya terus berubah.

Luqman memandang ke arahku sambil membuat isyarat mata. Aku tidak faham.

"Kenapa?" soalku. Luqman tidak menjawab.....

*

Durra yang sedang tidur tengahari dikejutkan dengan bunyi telefon pintarnya. Durra segera mencapai telefon pintar tersebut. Nombor yang tidak dikenali. Tidak mengapalah, jawab sahajalah. Alang-alang masih ada mood.

Sepatah demi sepatah perkataan didengar dengan telitinya. Telefon pintar itu terlepas dari genggaman tangannya.

Durra kelu. Tidak mampu berbuat apa-apa. She is speechless.

*

Kami bertiga masuk ke dalam kereta untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Eh kejap, bertiga? Siapa lagi seorang? Oh, lagi seorang itu ialah papa. Papa pun ikut sekali.

Sebentar tadi kami dikejutkan dengan berita yang agak buruk. Katanya kawan Luqman telah meninggal dunia awal pagi tadi. Sebab apa, aku tidak pasti. Yang pasti Luqman menyuruhku dan papa ikut sekali. Yang pasti papa kenal dia. Tetapi tidak pastilah bagaimana.

Myza aku tinggalkan sahaja bersama Fatimah dan kak Jannah di kampung ini. Lagipun kami pergi sebentar sahaja, malam ini Laura mahu nikah pula.

Beberapa jam kemudian, kami tiba di Kuala Lumpur. Tempat pertama yang kami singgah ialah sebuah rumah yang agak usang di kawasan kampung. Mungkin rumah keluarga arwah agaknya.

Kalau diikutkan, memang agak naif sedikit. Rumahnya dibina menggunakan kayu di bahagian depan dan batu konkrit di bahagian belakang. Warna catnya pun sudah pudar. Ramai jugalah orang yang datang melawat di situ membuatkan suasana agak sesak.

Siapa kawan Luqman dan papa yang meninggal dunia itu aku tidak kenal tetapi kata papa arwah lah yang tolong carikan kami sekeluarga.... Macam itulah papa kenal arwah.

*

Durra melilitkan sehelai selendang berwarna hitam di kepalanya bagi menutup sedikit rambut ikalnya yang selalunya dibiarkan terlepas begitu sahaja. Hari ini bukan hari biasa-biasa lagi. Durra masih tidak dapat terima kenyataan yang benar. Hatinya masih tidak percaya. Durra bergegas pergi ke tempat yang dinyatakan tadi demi melihat sendiri apa yang berlaku.

Durra memandu keretanya ke tempat yang dituju. Di sebuah kampung yang agak terpencil dan jalannya juga sempit. Agak susah untuk memandu kereta kerana tidak biasa dengan jalan kampung yang agak sempit ini.

Sesampai di sebuah lorong, Durra memarkir keretanya apabila melihat ramai orang berkumpul di sebuah rumah. Rumah itu agak usang dan naif, bukan seperti rumanya yang agak mewahlah juga dibandingkan dengan orang lain.

Sebentar lagi jenazah akan dibawa pulang ke rumah sebelum di solatkan dan dikebumikan. Dapatlah ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Sehingga kini Durra masih tidak dapat menerima kenyataan. Jika ikutkan hati mahu melaung kepada semua orang agar menjelaskan perkara yang sebenar. Namun ahli keluarga sedang berduka, mana mungkin akan menambahkan lagi kedukaan mereka dengan soalan yang berbunyi sebegitu.

"H-Haizi..... Kau dah.... Tak ada....?" bisik Durra di dalam hati.

Tiba-tiba Durra terdengar suara seorang wanita dan kanak-kanak perempuan dari dalam rumah. Durra mencuri-curi dengar perbualan mereka.

"Mama.... Betul ke.... Papa.... Dah tak ada?...." soal seorang kanak-kanak kepada seorang wanita yang berusia 20-an. Kalau ikutkan wanita itu langsung tidak terlihat seperti seorang ibu jika dibandingkan dengan wajahnya. Lagipun kanak-kanak itu usianya mungkin dalam lingkungan 10-12 tahun... Tak mungkin wanita itu ibunya....

Tetapi, kenapa kanak-kanak itu memanggil 'papa'?....

Haizi sudah kahwin?

Dengan wanita yang kononnya 'awet muda' itu?

Eh tak... Wajahnya serupa benar dengan Haizi. Tidak mungkin itu isterinya....

Atau.....

Kanak-kanak itu merupakan anaknya?...

....

Pelbagai persoalan muncul secara tiba-tiba di mindanya. Segalanya tentang misteri lelaki itu. Meskipun lelaki itu pernah berbuat silap kepadanya, masih ada rasa sayang sebagai sahabat kepadanya.

Kejadian pahit lama yang cuba untuk dilupakan tiba-tiba menerjah masuk fikirannya. Durra mengomel sendiri. Terasa malu, aib, hina itu sudah pastilah.

"Maafkan aku, aku yang salah......"

*

Setelah tamatnya empat takbir solat jenazah yang kami tunaikan, jenazah akan dibawa pulang ke rumah untuk memberi peluang kepada keluarga demi memberi penghormatan terakhir buat si mati.

Ya, memang aku mendapat banyak pengajaran hari ini walaupun bukan kali pertama aku menyertai aktiviti ini. Memang sukar untuk diulaskan. Secantik manapun pakaian kita di dunia ini kelak dijemput tuhan semuanya sama sahaja dengan kain kafan putih. Sewangi manapun kita di dunia ini kelak ajal menanti hanya kapur barus yang menjadi pewangi.

Aku mencari Luqman dan papa. Tadi aku dipisahkan kerana saf lelaki dan perempuan yang agak jauh. Sekarang solat sudah habis dan kami perlu pulang semula ke rumah Haizi yang kami ziarah sebentar tadi.

"Sayang...."

Aku menoleh ke belakang. Luqman. Sudah aku agak.

"Mana papa?" soalku apabila melihat Luqman berjalan bersendirian.

"Papa dah tunggu dalam kereta...." jawab suamiku. Nampaknya kami tidak boleh sembang lama lagi. Kesian papa yang duduk seorang diri di dalam kereta.

Selama lima tahun ini, inilah kali pertama aku berpisah dengan Myza berbatu jauhnya. Memang aku ragu-ragu tetapi aku perlu yakin dengan kak Jannah. Dia adalah kakak iparku.

Secara tiba-tiba ada seorang wanita yang memelukku tiba-tiba. Aku jadi lemas. Siapa pula dia ini?...

Luqman juga kehairanan melihat wanita yang sedang memelukku. Aku biarkan sahajalah. Mungkin dia tersalah orang agaknya....

"Zehra...." suara itu seakan-akan memanggilku. Tetapi bukan namaku. Nama kakakku.

Sebiji namanya. Membuatkan aku teringat kembali peristiwa pahit yang berlaku hampir tujuh tahun lamanya.

Kakak.... Ke mana kakak pergi...........

*

Durra mundar mandir di kawasan masjid. Hatinya masih tidak tenang. Tidak dapat menerima takdir bahawa sahabatnya yang selalu berkorban untuknya itu sudah tiada. Mudahnya dia dijemput ilahi saat di dalam tidur. Kiranya seperti mati mengejut lah.

Dikatakan sebenarnya Haizi mengalami kemurungan yang teruk sejak tahun lalu yang membuatkannya sering pening kepala dan sakit. Pada mulanya ia tidak diambil serius sangat, tetapi lama-lama badan Haizi pun sudah semakin kurus melidi kerana kurang makan.

Pil-pil yang sepatutnya dimakan setiap hari juga tidak diambil seperti disarankan. Dibiarkan sahaja di tepi katil. Hanya mampu direnung sahaja.

Itulah cerita ahli keluarga Haizi yang melihat sendiri perubahan mendadaknya beberapa bulan sebelum ajalnya tiba. Durra faham mereka masih lagi bersedih jadi Durra pun tidak mahulah memnambah beban mereka dengan soalan lagi.

"Maafkan aku, Haizi........... Dan aku maafkan kekhilafan kau.... Aku tahu semua manusia ada berbuat silap......"

Bersambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience