Aulia sudah siap memakai baju peplum berwarna mint beserta veil yang menghiasi kepalanya. Hari ini statusnya bakal berubah menjadi tunang orang. Tunang kepada siapa, dua mssih belum tahu. Namun kerana tidak mahu menajdi anak derhaka, Aulia turutkan jua.
Terkilan juga apabila mengetahui tentang kejadian yang menimpa dua kawannya semalam. Dilla juga tidak hadir kerana dirinya masih benar-benar belum pulih dengan apa yang berlaku. Apatah lagi apabila dapat mengetahui kakak Dilla telah membunuh diri hanya kerana cintanya yang tidak kesampaian.
"Aulia dah siap sayang?" Ibu angkat Aulia masuk ke dalam bilik itu lalu duduk di birai katil.
"Dah, umi." Aulia duduk bersama ibu angkatnya.
"Umi tahu, Aulia sedang sedih. Tetapi kita tak boleh hendak buat apa. Petang nanti kita melawat Dilla dan Zureen ye."
"Umi, siapa bakal tunang Aulia?" Soal Aulia secara tiba-tiba. Sehingga hari ini Aulia masih tidak dapat teka siapakah bakal tunangnya.
"Aulia kenal dia... Aulia jangan risau, bakal suami Aulia tu bukannya pembunuh pun..." Ibu angkat Aulia tersenyum manis.
Ramai tetamu sudah berkumpul di ruang tamu untuk majlis pertunangan Aulia. Aulia ditemani oleh ibu angkatnya berjalan menuju ke pelamin mini yang berhias cantik namun masih minimalis.
Setelah berbincang, para tetamu menjemput bakal pengantin lelaki masuk ke dalam rumah. Aulia terkejut melihat lelaki itu.
Ini bukan kenal ni, lebih dari kenal adalah!
*
Sebulan kemudian...
Hubungan aku dan Luqman masih belum pulih lagi walaupun Durra sudah tiada. Sehingga kini aku masih diselubungi rasa bersalah. Adakah kerana aku, Durra membunuh diri? Adakah aku yang bersalah?
Dan kerana itulah, sudah hampir sebulan Dilla tidak berjumpa denganku. Persahabatan kami mula renggang, begitu juga rumahtanggaku. Aku sudah tiada sesiapa.
Semakin aku melihat Luqman, semakin aku rasa bersalah dalam diriku. Mengapa?
Ibu saudaraku sebelah papa Puan Zaina telah membunuh suaminya sendiri, Azizul yang durjana. Durra telah membunuh diri. Adakah semua ini salahku? Adakah semua ini berkaitan dengan aku?
Mungkin juga.
Aku yang bersalah.
Hubungan kami sudah tidak rapat lagi. Tiada lagi kemanisan antara kita, Luqman.
Maafkan aku jika aku bersalah.
Ku hanya ikut hati, yang berkata benar,
Gerakkan emosi, buatku tercabar,
Ku tahu ku susah,
Ku mohon kau sabar.
Masalahnya, bukan hanya aku dan Luqman yang bermusuhan bahkan mama dan ibu mentuaku juga. Aku tak sanggup melihat dua ibu yang paling aku sayang ini bergaduh. Aku tahu, ibu mentuaku cuba berpihak kepadaku namun mama ego untuk terus membenci ibu.
Aku hilang sahabat, aku hilang kawan, aku hilang keluarga. Semuanya aku hilang.
Mungkin aku bertahan hanya kerana Myza. Dan kerana permata hatiku yang sedang membesar di dalam rahimku...
Aku masuk ke bilik anakku Myza. Semenjak kejadian ini, Myza menjadi pendiam. Apabila aku bertanya atau mengajak berbual, Myza hanya membalas 'ya', 'hmm' atau 'okey' sahaja.
Aku semakin rasa bersalah. Aku telah libatkan anakku dalam urusan kami sehingga Myza menjadi pendiam dan sudah tidak ceria seperti dahulu lagi. Di tadika juga gurunya berkata Myza asyik menangis seorang diri walaupun tiada siapa mengganggunya. Ada orang kata, anakku diganggu makhluk halus namun ianya bukan. Aku tahu mengapa.
Kerana aku dan Luqman. Anak mana yang sanggup melihat kedua ibu bapanya bergaduh? Aku juga tidak sanggup.
Aku duduk di meja belajar Myza. Ada gambar keluarga kami yang ditampal di papan putih, dan ada sekeping lukisan....
Ya, aku masih ingat lukisan ini..
*Flashback*
"Ni ha, Myza lukis... Cantik tak?" katanya sambil menghulurkan kertas bersaiz A4 yang telah diconteng kepadaku.
Gambar keluarga kita tajuknya. Walaupun tulisannya agak seperti cakar ayam namun tidak mengapalah. Dengan b yang terbalik seperti huruf d lah, tak apalah janji aku boleh baca. Hanya ada lukisan tiga orang lidi yang tidak sama tingginya. Satu yang yang paling tinggi dan rambutnya seperti jarum, satu yang sedikit rendah daripada yang tadi yang memakai tudung dan satu lagi yang paling rendah berambut panjang. abi, umi, Myza.
"Umi, cantik tak........"
"Cantik..... Ha, tunjuk dekat Fatimah."
"Hmm, umi bagi berapa bintang?"
"Lima bintang!" kataku sambil tersenyum.
"Ala, kenapa lima bintang?"
"Habistu, Myza nak berapa bintang?" soalku.
"Sepuluh bintang lah!" jawabnya ceria.
"Okeylah, umi bagi sepuluh bintang."
"Yaaaaaaay!!!" jerit anakku teruja. Bahagia sungguh. Aku gembira melihat anakku tersenyum gembira.
*End flashback*
Tetapi ada yang berbeza daripada apa yang aku lihat dahulu. Ada seorang perempuan di sebelah Luqman dan lukisan Myza dipangkah.
Aku tahu, anakku terkesan dengan apa yang berlaku. Dengan keadaanku sekarang yang belum pulih sepenuhnya, ditambah lagi dengan tekanan yang sedia ada.
Maafkan umi, sayang. Umi gagal menjadi ibu terbaik untuk anak umi...
*
Dilla termenung di ruang tamu rumahnya. Sudah puas dirinya menangis kecewa. Walaupun dia tahu, bukan salah Zureen namun dia masih tidak berani untuk bertemu sahabatnya itu. Dia malu dengan perbuatan kakaknya.
Dia tiada sesiapa. Yang dia ada hanyalah keluarga angkatnya sahaja. Tetapi entah mengapa dia tidak mahu pulang ke rumah keluarga angkatnya. Selama Dilla bekerja, tidak pernah sekali pun dirinya pulang ke rumah itu. Hanya duit yang diberikan melalui perbankan dalam talian untuk membalas jasa mereka. Apatah lagi apabila mengetahui dirinya bukan anak susuan, tetapi sekadar anak angkat. Selama ini dia membiarkan auratnya ditunjuk kepada adik beradik angkat lelakinya, malu rasanya.
Album gambar lama dibuka. Album ini dijumpai di rumah arwah kakaknya Durra. Bermacam kenangan lama tersimpan di dalam album ini. Hanya gambar yang menjadi pengubat rindu seorang Dilla, si anak yatim piatu.
"Kak Durra, kenapa kakak kecewakan mak? Mak nak kita berdua berjaya dan cemerlang dunia akhirat, kenapa kakak pilih jalan yang salah..."
Dilla menghembuskan nafas berat. Rumah banglo ini juga bakal disewakan kepada orang lain bermula bulan hadapan. Berat untuk Dilla lepaskan. Hanya ini satu-satunya kenangan bersama kakaknya.
*
Aku duduk di meja solek mengahadap cermin. Rambut panjangku yang separas pinggang itu aku ikat bagi kelihatan kemas. Tiba-tiba Luqman datang dari belakang lalu memegang bahuku.
"Abang harap sayang lupakan semua yang berlaku, please..." Rayu Luqman sambil bermain dengan rambutku.
Sesungguhnya, tidak mudah untuk aku lupakan. Tambah pula kejadian ini melibatkan nyawa dan perasaan. Bukan aku tidak mahu, tetapi...
Aku memerlukan masa untuk buang kisah itu.
"Forgot it. Esok kita balik kampung boleh?" Pinta aku.
"Boleh sayang... Demi sayang, apa pun boleh." Luqman membalas dengan sekeping senyuman manis. Maaf, aku sudah tawar hati.
*
"Mama..." Tangan mamaku aku kucup lembut. Selepas bersalaman dengan mama, aku terus naik ke bilik bersama Myza tanpa menghiraukan Luqman.
"Mama, ampunkan Luqman... Luqman banyak buat salah kepada Zureen... Ampunkan Luqman mama..." Rayu Luqman kepadaku. Aku ketawa sinis di dalam hati.
Mengapalah mudahnya untuk membuat kesilapan, namun sukar untuk mendapat keampunan?...
Aku akui, memang aku sudah tawar hati dengan Luqman. I'm so sorry, abang...
Minggu depan majlis perkahwinan Aulia pula. Begitu singkat tempoh pertunangan Aulia. Hanya lebih kurang sebulan sahaja. Mungkin kerana mengikut adat orang dulu-dulu, elak bertunang lama-lama nanti timbul fitnah pula.
Kali ini berbeza. Myza sudah tidak lagi bermain dengan Fatimah sebaliknya hanya termenung dan termenung.
*
"Akak..." Aku berjumpa kak Jannah di gazebo rumahnya. Aku benar-benar memerlukan pertolongan kak Jannah untuk membalik pulih rumahtangga kami.
"Akak faham perasaan Zureen walaupun akak tak pernah lalui. Keep strong tau. Allah ada, sayang.." Kak Jannah mencapai tanganku lalu menggenggamnya erat.
"Kadang Zureen pernah rasa give up untuk bertahan, kenapa Zureen diuji macam ni ya?"
"Akak pun tak boleh nak kata lebih, akak sendiri pun mungkin jadi macam Zureen kalau abang Im buat akak macam ni.. Tapi, Allah beri ujian kepada Zureen sebab Allah nak tengok, sejauh mana Zureen dapat bertahan. Ingatlah, lebih ramai orang yang diberi ujian kehidupan yang lebih teruk daripada Zureen... Namun lihatlah, ramai yang boleh 'survive'. Takkan Zureen tak boleh?" Panjang lebar aku diceramah oleh kak Jannah.
"Akak...." Aku memandang lantai.
"Zureen buang segala ego tu. Akak nampak, Luqman mahu memperbaiki keadaan. Buka hati dan maafkan Luqman. Semua orang ada kesilapan, kan? Zureen juga ada kesilapan, akak juga ada kesilapan. Jangan simpan dendam terlalu lama. Kesian dekat Myza."
Apabila kak Jannah menyebut nama Myza, aku sedikit terkesan. Tanpa aku sedari aku telah membuatkan anakku kecewa dan stres.
"InShaaAllah kak, Zureen akan cuba."
*
Grand Flora Ballroom, level 4.
Aku duduk di sebelah Luqman di sebuah meja bulat yang telah dihias mewah. Bukan biasa-biasa majlis perkahwinan Aulia ini, sudah macam artis terkenal. Jangan-jangan, artis agaknya bakal suami Aulia?
Aku amat menyukai hiasan centrepiece dan haruman lilin aromaterapi yang mewangi seluruh dewan. Kaya betul bakal suami Aulia ini.
Majlis nikah akan dimulakan sebentar sahaja lagi, sementara menunggu pengantin perempuan. Majlis hari ini bertemakan salju, semuanya serba putih.
Di kad ini, tertulis nama bakal suami Aulia 'Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman'. Macam pernah aku dengari nama ini namun tidak ingat di mana.
Sedar tidak sedar, majlis telah bermula. Aulia masuk ke dalam dewan sambil memegang bunga tangan segar berwarna putih juga. Aku faham perasaan gementar kamu, Aulia. Sama juga semasa aku berkahwin dengan Luqman dahulu.
Hari ini, Aulia kelihatan berbeza. Aulia memang sudah cantik, namun hari ini lain. Aulia kelihatan lebih manis daripada biasa.
Baju mermaid yang dihiasi dengan batu manik dan lace berwarna putih buatan pereka fesyen terkenal di tanah air itu menjadi tatapan semua tetamu. Baju itu sahaja, sudah menelan wang hampir beribu-ribu. Namun apa salahnya, berkahwin hanya sekali. Biarlah menjadi kenangan terindah seumur hidup.
Suara pengantin lelaki melafazkan akad nikah kedengaran kuat melalui pembesar suara. Dari bawah aku masih tidak nampak wajah si pengantin lelaki memandangkan meja nikah berada di atas pentas tinggi.
Namun, mengapa aku seperti kenal suara ini?...
MASIH BERSAMBUNG : )
Share this novel