Bab 13

Drama Series 7817

Malam. Malam ini aku tidak keseorangan. Ada lelaki yang menemaniku di sebelah. Entah kenapa fikiranku masih kacau sehingga kini. Aku tidak mampu untuk melelapkan mataku. Aku masih terbayang-bayang sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Tiba-tiba sebuah lagu bermain di benakku.

Bersabarlah sayang....
Aku akan pulang...
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku...
Berjanjilah sayang....
Untuk selalu setia...
Meski ku tak selalu di samping mu....

Tak usah menangis....
Meratapi aku....
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku.......

Mana mungkin...
Selimut tetangga.....
Hangati tubuhku.....
Dalam kedinginan....
Malam-malam panjang....
Setiap tidurku....
Selalu kesepian.....
.....

Lagu selimut tetangga. Yang pernah dinyanyikan oleh suamiku ketika ulang tahun pertama perkahwinan kami. Aku masih ingat. Semua itu memori yang tersangat indah untuk dilupakan. Saat itu usia Myza lebih kurang tiga bulan.

Luqman membawa pulang jambangan bunga ros kepadaku. Perasaanku pada waktu itu pastilah gembira. Dan lagu itu yang dimainkan ketika saat itu. Semuanya sungguh indah jika hendak dibandingkan dengan sekarang...

*

Luqman hanya menutup matanya sejak tadi dan berpura-pura tidur. Sengaja hendak melihat reaksi isterinya.

Biarlah malam ini menjadi kenangan terindah andai takdir berkata cukup sehingga di sini. Segala cara sudah dicuba, demi mendapatkan yang terbaik namun apakan daya....

Jangan pernah sekali engkau mengalah, Luqman.... Cubalah sebaik yang boleh... Siapa ketua keluarga?...

*

Pagi.

Seperti biasa, akulah yang bangun dahulu sebelum suamiku. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Aku mencapai tuala lalu segera ke bilik air. Suasana sunyi sepi. Dua lagi penghuni rumah ini masih lena dibuai mimpi.

Langit masih lagi gelap. Lampu-lampu jalan di luar masih terang terpasang. Pagi yang tenang. Bunyi kenderaan pun masih belum kedengaran lagi menandakan masih ramai lagi yang belum sedar dari lena.

Usai mandi, aku kembali ke bilik kami. Perlahan-lahan pintu almari dibuka bagi tidak mengejutkan suamiku. Terlupa pula hendak ambil baju tadi.

"Sayang?"

Aku memusing mencari kelibat yang memanggilku. Macam mana pula dia boleh tersedar.... Aduhai....

"Abang terbangun ke? Maaf tau..... Abang tidurlah balik...." ujarku.

"Eh... Takpe.... Lagipun abang memang dah tak mengantuk pun...." balas Luqman dalam keadaan bilik yang gelap yang hanya diterangi lampu tidur kecil itu.

"Betul ni?"

"Betul....." Luqman meyakinkan aku.

*

"Ahhh!!!" jerit Syadurra sekuat hatinya. Hampir tiga biji pil panadol telah ditelannya. Entah apa kesan buruknya pun tidak diendah lagi. Sakit di kepalanya masih kuat terasa.

"Kenapa kau sanggup pilih dia!!!!! Apa kurangnya aku!!!!!" pekik Durra lagi tidak puas hati.

Cawan berisi air kopi latte diletakkan di tepi. Kertas yang turut berada di atas meja itu turut dicampak ke bawah. Geram sekali. Apalah salah kertas itu....

Terus dicapai sesuatu daripada atas meja itu juga. Sekeping foto keluarga berlatar belakangkan sebuah bas. Gambar kenangan terakhir mereka. Terakhir sebelum ajal datang menjemput nyawa.

"Mak.... Durra minta maaf.... Durra nak tebus kesalahan Durra.... Mak ampunkanlah Durra...." Foto itu dirapatlan ke dadanya lalu didakap erat. Kedengaran sedikit tangisan memecah hening di pagi yang sunyi ini. "Mak.... Durra dah cuba cari adik tapi tak jumpa..... Durra nak tunaikan amanah mak supaya berbaik dengna adik..... Durra fikir Luqman tahu di mana adik..... Tapi.... Entahlah.... Durra takut hendak tanya....."

Itulah luahan seorang yang bernama Syadurra. Berharap ingin kembali ke masa lalu agar dapat menebus kesemua dosa-dosanya.

Tetapi itulah, masa yang telah berlalu mana mungkin akan dapat diulangi kembali....

Jika benarlah wujudnya mesin masa, pasti sudah dibelinya biarpun harganya berjuta. Ingin dipohon ampun kepada ibunda tercinta. Mengapalah masa ini berlalu begitu pantas... 20 tahun sudah berlalu.... Rindu ini hanya tuhan sahaja yang tahu....

*

Tangan suamiku dikucup erat. Dia bakal meninggalkan aku lagi. Haraplah kali ini hanya sementara seperti biasa. Aku tidak mahu perkara yang sama berulang sekali lagi. Cukuplah hanya sekali.

Namun.....

Namun kerana apa suamiku hilang aku belum pasti. Tidak mahulah tahu yang penting dia sudah kembali. Mungkin atas urusan kerja atau kecemasan.

Sekarang giliran Myza menyalami tangan kedua ibu bapanya. Myza mengucup pipiku sebagai tanda sayang kepada ibunya. Semua itu cukup membuatkan aku gembira. Aku selalu berdoa agar bahagia ini kekal hingga ke syurga.

Selepas itu Myza terus masuk ke dalam kereta bersama abinya lalu bergerak ke tadika seperti biasa. Tinggallah aku sendiri di rumah ini.

Inilah 'me time' bagiku. Seperti biasa, waktu ini aku akan mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat dhuha sementara ada waktu lapang ini. Dicapainya sejadah lalu diangkat takbir untuk bertemu dengan tuhan sekalian alam...

*

Mencintaimu....
Tak mampu bagiku....

Lagu-lagu orang 'broken' sengaja dipasang kuat bagi membingitkan suasana. Dirinya masih berbaring di atas katil yang begitu empuk tilamnya. Hari ini Durra tidak ke tempat kerja kerana sakit kepala malam tadi yang masih tidak hilang rasanya.

Rambutnya yang masih kusut masai disanggul malas. Baju tidur masih tersarung di badan. Hendak ke bilik air pun sudah rasa payah apatah lagi menahan kesejukan airnya. Terus dilihat wajahnya sendiri di hadapan cermin besar di tepi kaltilnya. Huh, rupa jangan cakaplah sudah seperti hantu kak limah. Silap-silap hantu kak limah lebih cantik.

"Durra.... Adakah berkahwin dengan Luqman adalah satu solusi untuk menyelesaikan masalah atau sekadar menambah masalah? Sedangkan Durra tahu kan... Luqman adalah suami orang dan bapa orang.... Dan Luqman pun, " kata Durra kepada dirinya sendiri. Air matanya mengalir perlahan. "Aku yakin... Aku tidak silap membuat keputusan.... Apa yang sudah aku buat akulah yang perlu menanggungnya...."

Tetapi, bagaiamana pula untuk memikat hati lelaki itu sedangkan hatinya sudah ketat terikat kepada kakak madunya. Tidak mungkin lagi ada ruang buatnya. Pintu hati itu sudah terkunci. Dan kuncinya pula ada di tangan Zureen. Bukan dirinya.

"Lelaki suka 'tu' kan.... Apa kata aku beri dia..... Mungkin boleh membuka hatinya....." Durra ketawa sinis. Masa untuk merancang sesuatu yang baru. Pen dan kertas dicapai. Segala rancangan yang terlintas di minda dilakarnya di atas kertas. Durra tersenyum jahat....

"Sekarang perempuan.... Kau boleh tengok dekat siapa kunci hati suami kau tu.... Dekat aku ke.... Dekat kau..... Kau fikir kau seorang je yang hebat?"

***from Deena***
Maaf dah hampir seminggu tak update... Sebenarnya bab ni untuk semalam tapi tengok-tengok, wifi dah tutup... Jadi tak dapatlah nak publish.

Kepada yang masih sudi membaca sehingga kini, terima kasih Deena ucapkan. Anda semualah yang memberi semangat kepada Deena untuk teruskan menulis... Kalau tidak memang terbengkalai macam itu sahajalah.....

Dan lagi satu, waktu update terbaharu ialah setiap hari JUMAAT, SABTU dar AHAD...... Kalau ada masa barulah boleh update Isnin-Khamis ye....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience