Bab 26

Drama Series 7817

Durra membuka matanya. Durra menyentuh sekeliling. Ini bukan tempat biasa. Dia berada di atas katil bersama tilam yang empuk.

"Aku kat mana ni?..."

Keadaan sekeliling gelap. Hanya ada cahaya samar-samar yang masuk dari bawah pintu. Durra cuba membuka pintu itu.

Kriuk....

"Eh, akak dah bangun?" Empat orang yang berada di situ kehairanan.

Durra memerhati sekeliling. Mengikut perhatiannya, ini seperti rumah orang. Ruang tamu yang bersepah dengan mainan kerana anak kecil, ada dapur yang menjadi tempat sang isteri menyiapkan juadah makanan dan ada beberapa bilik yang menjadi kamar tidur mereka.

Pasangan suami isteri itu menghampiri Durra. Durra mengundurkan dirinya setapak demi setapak ke belakang. Risau andai mereka ada niat jahat.

Tetapi dari segi rupa mereka, tidak kelihatan seperti orang jahatpun.

"Akak..... Kita orang ni... Cuma nak tolong akak...." Si isteri menghampiri Durra perlahan. Badan Durra menggigil ketakutan. Teringat kembali peristiwa yang berlaku semalam.

"S-Siapa awak semua ni?..."

*

Dua buah beg pakaian yang sederhana besar sudah dimasukkan ke dalam kereta. Hari ini kami akan pulang ke kota semula kerana Luqman akan bekerja dan Myza perlu bersekolah.

Fawwaz dan Laura pula akan bertolak ke Pulau Langkawi sebentar lagi untuk berbulan madu. Biasalah, pasangan baru berkahwin, mana boleh berenggang....

Percutian bulan madu mereka hanya di Pulau Langkawi. Itu pun sudah cukup bagus. Aku dan Luqman dahulu di Semporna, Sabah dan mereka di sana. Pulau Langkawi pun seronok juga, bermacam coklat dan barangan murah ada. Kalau aku pergi ke sana, pasti habis duit suamiku aku 'pau'.

Selepas bersalaman dengan mama, kami bertiga masuk ke kereta. Sudah habis hampir tiga hari dua malam kami di sini.

Beberapa minit kemudian, kereta kami mula meluncur di atas jalan raya.

"Tak sangka semalam Husna tu adik Haizi....." Luqman memandangku sekilas.

"Yelah abang... Tak sangka Husna kerja dekat sini... Sudah tiga tahun pula tu." jawabku. Sekali aku menoleh ke belakang. Si budak cilik ini sudah terlena. Mungkin kerana aktiviti malam tadi bersama Fatimah membuatkannya penat. Aku tersenyum sahaja melihat Myza.

Beberapa jam kemudian, kami tiba ke destinasi yang ingin dituju. Rumahku syurgaku. Aku mengejut anakku yang tidur nyenyak itu. Tetapi malangnya, tidak bangun-bangun juga. Aku segera mendukungnya. Takkan mahu tinggal pula dalam kereta ini. Nanti tidak pasal-pasal anakku pula yang pergi dijemput ilahi.

Luqman yang melihat aku mendukung Myza terus datang kepadaku. "Larat ke sayang dukung Myza tu... Sayang kan mengandung... Biar abang dukunglah..." tawar Luqman. Aku memberi Luqman yang mendukung si manja ini.

Luqman bawa beg besar dan dukung Myza. Aku pula bawa beg kecil sahaja. Terus kami berjalan ke lobi yang menempatkan dua buah tangga dan satu lif. Aku membuntuti sahaja suamiku dari belakang.

Dia bukan pergi ke lif, tetapi tangga.

Aku masih larat untuk memanjat tangga namun Luqman yang membawa beg besar yang berat dan Myza. Nasib baiklah rumah kami hanya di tingkat dua. Kalau tidak, boleh patah pinggang dia.

Luqman menyerahkan kunci rumah kepadaku untuk membuka pintu. Tanpa disuruh lagi, aku terus membuka mangga kunci dan masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum..."

Salam diberikan walaupun tiada penghuni di rumah. Biarlah malaikat yang menjawab ucapan itu. Kasut diletakkan di rak dan Luqman meletakkan beg yang digalasnya di tepi dinding dan terus mendukung Myza sehingga ke biliknya.

Comel pula aku lihat Myza dan abinya bersama. Anak abi kan katanya... Manja sungguh!

Setelah membiarkan Myza sambung tidur di biliknya, Luqman keluar dari bilik Myza menuju ke ruang tamu di mana aku berada. Aku merenung suamiku. Lama. Tiba-tiba aku teringat semula apa yang aku lihat beberapa hari lalu.

Entahlah....

Patutkah aku bertanya?..

Atau aku pendam sahaja kesulitan ini?... Sungguh, aku merasa resah. Ya Allah, bantulah aku.... Aku tidak berhenti-henti berdoa di dalam hati memohon petunjuk daripada yang maha esa. Suami sendiri ada perempuan lain, siapa yang tak cemburu kan?..

"Sayang... Apa pandang-pandang ni... Nak jugak ke macam Myza?" Luqman tersengih kepadaku. Ehh...

"T-Taklah... Takkanlah sayang pula... Ish sayang ni dah besar gajah lah...." balasku. Luqman menghampiriku. Tangannya memeluk pinggangku.

Kakiku tidak lagi berpijak ke tanah. Luqman mendukungku lagi. Tubuh kami saling melekap. Bagai tidak akan terpisah lagi. Indahnya saat ini hanya tuhan yang mengetahui.

"Best tak abang dukung macam ni?" soal Luqman. Aku tidak membalas. Kalau kata suka, nanti dia selalu pula dukung aku. Patah pula sat lagi pinggang dia ni.

*

"Kalau nak solat, tu telekung ada... Pinjamlah dulu..."

Ayat itu masih berlegar-legar di benak fikiran Durra. Solat? Kali terakhir dia solat pun, semasa diimami Luqman tempoh hari. Setelah itu, tidak pernah lagi ditunaikan perintah itu.

Sepasang telekung berwarna putih yang sudah dilipat itu dipeluk. Air mata wanita berusia 32 tahun itu mengalir lagi. Remuknya hati ini.

"Solatlah sebelum anda disolatkan..."

Nasihat terakhir daripada arwah ibunya pula berlegar di benaknya. Tiada siapa menyangka kata-kata itu merupakan yang terakhir daripada sang ibunda yang telah lama pergi.

"Mak.... Kenapa Durra ni liat sangat nak terima... Kenapa Durra susah sangat untuk terima takdir...." Durra termenung sendiri. Tiba-tiba perutnya terasa sakit teramat.

Sakit yang bagaimana, agak susah untuk diterangkan. Yang pastinya ia bukan rasa seperti sakit perut yang biasa. Durra berlari ke tandas. Belum sempat ke tandas, Durra merasakan ada 'sesuatu' yang telah keluar.

Darah memenuhi seluar yang dipakainya. Pasangan suami isteri itu segera datang untuk membantu Durra yang sedang dalam kesakitan.

*

Luqman meletakkan cawan berisi air white coffee itu di atas meja. Ditenungnya cawan kaca itu. Sevenarnya sampai kini Luqman masih trauma dengan 'white coffee'. Semuanya kerana kejadian tempoh hari.

"Abang, kenapa tak minum?" soal Zureen sambil duduk di sebelah suaminya.

"A-Abang........" Luqman terdiam. Ayatnya terhenti begitu saja. Dilemanya kembali muncul di kepala. Perlukah dia jujur? Atau... Simpan?.. Tetapi, sampai bila hendak simpan?...

Telefon pintarnya berbunyi menandakan ada orang membuat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Luqman menjawab panggilan itu. Disangkannya hal kerja sebaliknya....

Panggilan ditamatkan. Luqman bergegas bersiap untuk keluar. Ditinggalkannya Zureen dan Myza di rumah. Tanpa diberitahu sebabnya...

"Abang.... Abang nak pergi mana tu...."

Pertanyaan itu tidak dijawab...

Aku bertambah curiga. Hari ini hari cuti, tak mungkin ada kerja... Atau mungkin, urgent kot... Takpelah kalau hendak mencari rezeki... Aku pun perlu memahami...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience