Setahun kemudian...
"Umi, ada barang sampai la!" Jerit Myza apabila menyedari ada posmen di pintu rumah mereka yang membawa sekotak kecil. Tidak tahu apa isi di dalamnya. Beli barang dalam talian? Rasanya, baru-baru ini tiada pun apa-apa dipesan.
"Myza, masuk bilik kejap. Jagakan baby Faris." Pintaku.
Aku daripada bilik segera menyarungkan hijab lalu menerima barang tersebut. Memang atas namaku, bukan abah, mama atau orang lain. Plastik yang membalut kotak itu aku buka.
Isinya.....
"Harap awak terima parcel ni betul-betul 31 Disember. Jangan lupa tau janji kita esok! Love you, dear!"
Nota ringkas itu aku lipat kembali lalu aku tersenyum sendiri. 'Janji kita'. Sedar tidak sedar, sudah setahun ya...
Kotak itu aku buka pula.
Isinya 10 kali ganda lebih mengejutkan aku berbanding nota tadi.
Air mataku menitis setitik demi setitik.
*
Hari ini sudah seperti konvoi pula. Satu keluarga besar ini mengikut untuk menghantar pulang aku ke rumah aku yang asal setelah setahun tidak aku jejaki.
Ia mendebarkan, menakutkan sama seperti hari yang sama, tahun lalu. Sepertimana aku menunggu untuk tibanya waktu berpisah, seperti itu juga waktu yang aku tunggu untuk bertemu.
Bertemu bukan kali pertama. Bukan kali kedua.
Mungkin lebih indah jika disebut 'Bertemu Kembali'. Aku mahu bertemu kembali dengan orang yang paling aku sayang. Seperti yang telah termaktub di dalam janji kami.
Tahun ini cukup perit untuk aku lalui terutamanya ketika melahirkan cahaya mata keduaku, baby Faris. Aku melahirkannya dengan caesaeran tanpa ditemani seorang suami. Selama setahun, bayang Luqman aku tidak lihat. Yang aku tahu Luqman telah mengazankan bayi itu ketika aku tiada. Buat puteraku, hari ini baby Faris akan bertemu dengan ayahanda sebenarnya.
Kereta yang dipandu abang Im berhenti betul-betul di lobi utama blok C. Aku berjalan ditemani Myza ke rumahku dengan kunci di tangan. Kata mereka, sebentar lagi barulah suamiku akan tiba.
Aku tidak bercerai dengan Luqman, cumanya aku mengambil keputusan untuk berpisah sementara. Perpisahan yang sementara ini pun cukup membuatkan aku sakit apatah lagi perpisahan yang kekal.
Aku membuka kunci satu persatu dengan harapan rumah ini masih sama seperti dahulu. Ya, tepat sekali. Semuanya tidak pernah berubah. Wangian lilin aromaterapi mewangikan seluruh kawasan rumah. Ada sebuah meja yang dialas dengan kain putih serta beberapa kelopak bunga ros yang menjadi tarikan untuk aku.
Untuk siapa semua ini?...
"Assalamualaikum isteri abang..." Aku terpana melihat Luqman yang berbaju kemeja batik berwarna biru. Rambut disikat kemas, menampakkan suamiku lebih kacak. K-Kenapa pakai baju batik tu?...
"W-Waalaikumussalam.." Setahun aku tidak bertemu suamiku, terasa malu pula.
"I wouldn't wear tuxedo or suit because I know, my wife love my look." Anak mata Luqman memandang tepat ke mataku membuatkan aku bertambah seram. Hanya kami berdua di rumah ini. Myza dan baby Faris masih di bawah bersama tok wan, bonda dan abah Im di bawah.
Aku pula memakai baju kurung kapas atas desakan mama. Pada mulanya memang aku tidak mahu tetapi mama memaksaku. Setelah penat dipaksa, aku pakai juga.
"Abang sukakan sayang pakai baju kurung kapas macam ni, nampak ayu je." Kata Luqman sambil membelanja segaris senyuman.
"A-Abang..." Aku merenung wajah suamiku. Aku berasa sangat malu. Setahun aku dipisahkan dengannya untuk membuang segala kenangan pahit yang mengahantui diri. Setahun ini cukup. Cukup untuk membuatkan diri masing-masing melupakan hal lalu. Seperti orang kata, dekat gaduh, jauh rindu.
"Isteri abang kenapa?... Dah tak rindukan abang?" Luqman memandang aku.
Tipu jika aku tidak rindu. Setahun ini sudah puas aku menangis sendiri di bucu katil kerana peritnya menahan rindu. Setahun ini bukan hukuman atau penyesalan, tetapi sebuah janji untuk membaiki semuanya kembali.
"Abang cintakan sayang lagi?... Walaupun sudah setahun?" Soalku pula.
"Mestilah, sayang seorang je isteri abang.." Jawab Luqman sambil menghulurkan sekeping sampul surat yang bersaiz A4.
"Apa ni?"
"Bukalah." Luqman tersenyum lagi menanti reaksi aku.
"Abang...." Tiket percutian ke Semporna, Sabah itu aku peluk. Impian aku. Impian yang sudah tercetus lama. Aulia sudah berbulan madu dengan suaminya dua tahun lepas, Dilla pula pergi bercuti sempena hari keluarga belah suaminya ke sana. Aku pula?
Aku akan pergi dengan Luqman. Cinta halalku. Cinta matiku.
Cukup tiga sahabat akan menjejakkan kaki ke sana bersama pasangan masing-masing.
"Sayang, kita dah tujuh tahun tak pergi honeymoon berdua. Apa salahnya kita pergi?" Luqman menggenggam tanganku erat.
Ya tidak ya juga, sejak lahirnya Myza, memang kami tidak pernah berbulan madu berdua. Apa salahnya untuk kami pergi.
"Abang takkan pernah lupa esok hari apa. Sesaat pun abang tak pernah lupa. Abang lakukan semua ini hanya untuk sayang. You are my wife forever and ever." Bisik Luqman di telingaku.
"Lupa apa?" Aku kehairanan.
Luqman menuding jarinya ke arah televisyen di ruang tamu rumah kami. Tiada apa pun di sana. Segera Luqman mengambil remot televisyen lalu memicit butang buka.
Not sure if you know this
But when we first met
I got so nervous
I couldn't speak
Lagu bertajuk Beautiful In White diapasang bersama beberapa kumpulan gambar kami semasa nikah. Ketika itu aku masih berumur 20 tahun dan aku dinikahkan dengan Luqman.
In that very moment
I found the one and
My life had found this missing piece
So as long as I live I love you
Will have and hold you
You look so beautiful in white
Tanpa aku sedari air mataku mengalir di pipi. Luqman memelukku dari belakang lalu menyeka air mataku. Ya, aku menangis kerana gambar itu.
Tujuh tahun berlalu. Tujuh tahun yang adanya bahagia, derita, indah, duka. Tujuh tahun aku bersama Luqman mengahadapi alam rumahtangga.
Paling membuatkan aku sebak, apabila Luqman melafazkan sebuah akad atau janji untuk memperisterikan aku. Luqman sendiri rela melakukannya. Bukan dipaksa.
Dia menyebut namaku, aku tahu Luqman sangat gugup ketika itu. Dia berpakaian baju melayu serba putih, sepadan denganku yang memakai baju serba putih.
Aku mencium belakang tapak tangan Luqman, Luqman mencium dahiku. Telapak tangannya diletak di atas dahiku lalu dipanjatkan doa agar Allah memberkati perkahwinan kami.
Air mataku masih tidak berhenti. Mengapa aku masih tidak bersyukur, Ya Allah...
And from now till my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
Tonight
What we have is timeless
My love is endless
And with this scream I
Say to the world
You're my every reason
You're all that I believe in
With all my heart I mean every word
So as long as live I love you
Will have and hold you
You look so beautiful in white
And from now till my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
Tonight
"Abang.... S-Saya tak kuat..." Jujur aku pada Luqman. Kepalaku aku sandarkan ke bahu Luqman.
"Boleh kita tutup buku lama, buka buku baru?" Luqman meraih tanganku. Kepalaku diusap lembut.
"Abang, selama abang tak ada, sayang betul-betul rindukan abang. Sayang rasa hilang sesuatu yang berharga..." Aku memandang suamiku Luqman.
"Abang pun sama, abang terasa hilangnya permata berharga abang. Sayang tahu, abang sunyi tanpa sayang. Setahun abang sunyi di rumah ni. Setahun abang tidur seorang tanpa isteri abang. Setahun abang pendam rindu abang terhadap sayang." Pipi mulusku diusap suamiku.
Aku tersenyum sambil mengelipkan mata kepada suamiku.
"Maafkan abang, mungkin semua ini salah abang, mungkin ini hukuman untuk abang..."
Aku meletakkan jari telunjukku ke mulut suamiku menyuruhnya senyap.
"Kata hendak tutup buku lama, buka buku baru. Kenapa perlu ingat semua itu?..." Aku cuba mengelak daripada Luqman membuka bicara tentang apa yang telah berlaku kira-kira setahun setengah lalu.
Ia cukup pedih untuk aku lalui. Biarlah semua itu berakhir dengan baik.
"Sorry. Abang takkan ungkit kenangan lama dah." Luqman memandang aku lagi.
Aku membalas pandangan itu dengan renungan yang tajam. Entah mengapa.
"Sayang jangan la macam ni, abang gurau je..." Luqman cuba untuk memujuk aku.
"Yelah, sayang pun gurau je..." Aku ketawa kecil.
Tiba-tiba, Luqman menyuapkan kek coklat sejuk ke dalam mulutku. Aku terkejut dengna tindakan Luqman.
"Abang ni kenapa?"
"Nak suap jugak!" Luqman menganga mulutnya. Ish, manja betul!
Begitulah indahnya takdir yang tercipta tuhan buatku selama 27 tahun aku meniti di atas muka bumi ini. Ada kalanya suka mahupun duka.
27 tahun ini aku belajar, bagaimana hendak menjadi seorang manusia. Aku yakin, hadirnya Durra dalam rumahtangga kami membawa hikmah. Racun tidak semestinya membunuh, racun juga boleh membantu tumbuhan lain untuk hidup dengan lebih subur.
Hidup takkkan selamanya bahagia. Semua manusia pernah diuji namun semua manusia layak merasa bahagia.
Aku bersyukur dengan setiap apa ujian yang Allah berikan untukku. Aku tahu Allah berikan ujian untuk aku jadi lebih kuat dan matang. Aku merasa menjadi seorang ibu seawal usia 20, disaat aku masih muda. Semua itu nikmat. Belum tentu semua orang dapat merasanya.
Sakit itu nikmat. Perit itu nikmat.
Akhir kata, janjiku ialah untuk mencintai Luqman walau apa sahaja derita melanda dan memberi kasih sepenuhnya kepada Myza dan Baby Faris.
Untuk sahabatku Aulia dan Dilla, awal perkahwinan memang agak sukar, harap dua sahabatku ini teguh dalam menghadapinya.
Kini semuanya telah lengkap. Aku ada keluarga yang setia untuk menyokong aku disaat aku lemah. Aku ada suami yang menjadi 'protector'. Aku juga ada puteri dan putera yang sentiasa ada mendoakan kami sebagai ibu bapa mereka.
Aku terlalu banyak khilaf. Aku sudah maafkan Luqman. Aku telah mengetahui cerita sebenar. Jika diikutkan Luqman tidak bersalah. Luqman dikahwinkan dengan Durra secara paksa.
Mencintai seorang Luqman adalah tanggungjawab buatku....
Itulah janjiku.
~TAMAT~
Share this novel