Bab 44

Drama Series 7817

"Sayang, kemas barang. Kita balik rumah ibu pula." Arah suamiku. Aku segera mengemas barangku dan anakku ke dalam beg. Baru dua malam aku berada di sini. Berbaki satu malam sahaja lagi sebelum cuti Luqman habis. Maknanya malam ini kami akan tidur di rumah ibu atau ibu mentuaku. Elok juga kami tidur di sana, di sini ramai dan sukar untuk aku menjaga aurat 24 jam.

Kami bersalaman dengan ahli keluarga di sini termasuk Laura dan suaminya yang baru tiba malam tadi. Bermakna malam tadi rumah ini penuhlah, ada Laura, Fawwaz, Aiman, aku, Luqman, Myza, Dilla, kak Zehra, Farhan dan Aleesa. Itu belum termasuk mama dan abah yang sedia ada di rumah ini.

Hari ini, rumah ini akan kembali seperti biasa. Laura dan Dilla akan pulang untuk meneruskan kerja masing-masing manakala kami pula akan pergi ke rumah ibu. Tinggallah mama dan abah di rumah lama ini. Tetapi jangan risau, abang Im dan kak Jannah masih ada untuk menemani mereka walaupun di rumah sebelah.

Kami semua bersalaman lalu menuju ke destinasi masing-masing. Perjalanan kami tidak jauh, satu daerah sahaja tetapi kawasan berlainan. Kampung aku memang di kawasan kampunglah, sudah nama pun kampung. Rumah ibu di kawasan bandar sedikit dan lebih moden berbanding rumah kayu lama itu.

Hanya 10 minit perjalanan sahaja kami sudah sampai. Seperti biasalah, kami turun dari kereta dan bersalaman dengan ibu.

Luqman tinggalkan aku, aku tinggalkan Luqman. Kami berdua sudah tidak sama seperti dahulu. Tiada lakonan di hadapan ibu atau sebaliknya. Memang ini apa yang kami hadapi. Ini realiti bukan mimpi.

"Man dengan Zureen kenapa?..."

Hah!?

*

"Man..." Ibu masuk ke dalam bilik kami. Luqman dan ibu duduk di birai katil. Aku yang dari bilik mandi biarkan sahaja mereka mahu bersembang. Ini masa seorang ibu dan seorang anak.

"Kenapa ibu..." Luqman memandang wajah ibu. Aku mencuri-curi dengar dari luar bilik.

"Man,.. Man kena buang segala ego, buang segala dendam. Ibu tak salahkan sesiapa pun dalam hal ni. Zureen ada hak untuk pertahankan diri dia, Man pun sama." Ibu mengusap lembut badan suamiku.

"Tapi ibu..."

"Man, ingat tak dulu siapa yang setia berkorban untuk Man masa awal-awal kahwin dulu? Dia isteri, Man. Ibu tahu sebab ibu juga isteri. Ibu tak mahu Zureen jadi macam ibu, ditinggalkan suami tanpa sebab, digantung tak bertali... Man pun dah lama tak jumpa abah Man kan?" Ucap ibu panjang.

"Cuba perbaiki hubungan tu, Allah tak suka bergaduh lama-lama. Man dan Zureen suami isteri. Yang sepatutnya berkasih sayang, bermanja. Zureen tu cinta halal Man. Man lupa?"

Luqman sekadar mengangguk. Kata-kata ibu itu mungkin sekadar sebuah tamparan hebat buat suamiku. Namun aku belum rasa hatinya berjaya dilembutkan. Bukan bermakna Luqman keras kepala, namun masih belum dapat terima apa yang ditakdirkan.

Aku tersenyum bahagia melihat suamiku bersama ibunya. Keluarga adalah segalanya. Begitu juga bagiku.

"Umi..."

Aku dikejutkan dengan suara Myza yang memanggilku.

"Nak apa sayang?" Tanyaku semula.

"Myza nak umi dan abi berbaik, jangan la gaduh-gaduh...." Myza menyatakan hasratnya dengan muka paling comel. Aku sekadar membalas dengan segaris senyuman. Sebuah pengaharapan yang besar yang aku belum pasti sama ada aku mampu tunaikannya mahupun tidak.

Keluarga adalah segalanya. Aku sanggup bergadai kasih dan cinta untuk puteriku.

*

"Smile!"

Hari ini, genaplah 20 tahun berlalunya peristiwa kemalangan maut itu. Kami semua mengambil gambar berlatar belakangkan rumah kayu yang banyak menyimpan kenangan antara kami. Terlalu banyak hingga tidak terkira.

Yang sudah terjadi, biarlah menjadi saksi. Yang sudah pergi, biarlah kenangan diabadi. Yang penting sekarang, kami yang masih hidup. Yang masih diberikan peluang untuk bernafas sehingga hari ini. Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana kita masih sihat untuk berjalan dan beribadah di muka bumi Allah ini...

Keluarga besar ini, akan aku ingati dan sayangi selamanya. Perjalanan hidup aku selama 8 tahun untuk terus mencari dan meneroka setiap nikmat yang Allah berikan cukup indah. 8 tahun ini aku belajar menyayangi, menghargai dan bersatu. Segalanya bermula dengan abang Im yang menjadi guru praktikal di sekolahku.

Aku terjatuh hati padanya, aku selidik latar belakangnya hinggalah aku dapat tahu dia abang tiriku. Dahulunya aku bencikan kak Jannah, hinggalah sekarang kami menjadi kawan.

Sekarang, keluarga ini sudah berkembang. 20 tahun lalu semuanya masih kecil, hari ini semua sudah punyai anak sendiri.

Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga besar ini. Ia sesuatu nikmat yang paling terindah dalam hidupku. Kecundang bagaimanapun aku, ada keluarga yang menghulur tangan.

Gambar keluarga 20 tahun lalu dan hari ini digantung di dinding kayu rumah lama mereka. Ya, di dalam kedua-dua gambar itu terdapat orang yang sama, terdapat juga orang yang baru hadir dalam keluarga ini.

Terima kasih tuhan kerana anugerahkan semua ini...

Keluarga ini mungkin sudah bertemu kembali, namun aku dan Luqman...

Apa cerita pula?...

*

Beberapa bulan kemudian..

Hari ini aku pulang dari sekolah untuk mendaftarkan Myza ke prasekolah 6 tahun untuk sesi tahun hadapan. Hari ini tanggal 31 Disember, hari terakhir untuk tahun ini. Bermakna juga hari terakhir untuk aku bertemu Luqman.

Kami satu keluarga bersepakat untuk menjalani perpisahan ini buat sementara waktu memandangkan ini sahaja jalan terakhir untuk kami pulih.

Aku takkan tinggal dengan Luqman sebumbung lagi, untuk satu tempoh yang lama. Aku pasti, ia bukan untuk selamanya namun ia tetap lama untuk aku. Aku rela menghitung hari demi hari untuk menjalani apa yang aku putuskan. Sekurang-kurangnya, ia bukan untuk selamanya, kan?

Aku perlu mengawal rindu.

Aku perlu mengawal emosi.

Aku perlu mengawal diri sendiri. Tanpa ada suami di sisi.

Aku perlu bersabar menghadap soalan cepu emas daripada anakku tentang abinya.

Aku perlu melahirkan bayiku tanpa ditemani seorang suami.

Aku yakin, aku kuat untuk mengahadapinya.

Tetapi, aku sentiasa berharap dengan cara ini akan berjaya.

*

Malam menanti. Aku semakin resah melihat jam di dinding. Semakin waktu pergi, semakin aku ingin lari dari apa yang aku putuskan ini. Ikut hati aku ingin batalkan sahaja semua ini di saat akhir.

Kerana aku tidak mampu melakukannya. Aku tidak mampu untuk pertahankan tanpa dia. Aku tidak mampu untuk membesarkan anak ini seorang diri.

Yakin Zureen, yakinlah dengan takdir tuhan sebagaimana kau bahagia dengan keluarga yang kau ada. Mencintai tidak semestinya memiliki.

Aku akan tetap mencintai Luqman biar apapun yang akan terjadi. Itu janjiku sehidup semati.

Inilah nukilan ikhlas daripada hati seorang isteri kepadamu, Luqman. Yang sentiasa menjadi tulang belakang keluarga kita. Yang sentiasa menjadi sang penyokong setia walaupun fitnah melanda. Yang paling gembira melihat suaminya berjaya.

Namun, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Jangan ciptakan pertemuan jika tidak mahukan perpisahan.

Mencintaimu, Zureen Maisara.

8 malam. Waktu yang paling mendebarkan telah tiba. Aku tatapi wajah suamiku selama enam tahun ini dengan penuh kasih. Dia bukan kaca mahupun permata. Dialah berlian mewah yang paling istimewa di hatiku.

Aku kucup tangan suamiku lama. Mungkin ini kali terakhir. Terakhir untuk aku bertemu dirinya buat sementara.

"Kalau perpisahan baik untuk kita, pergilah abang." Ucap aku dalam sebak.

Terima kasih Luqman, terima kasih semua.

"Abang minta maaf sangat atas apa yang berlaku. Abang doakan setiap hari esok sayang lebih indah. Mungkin hari ini hujan, manalah tahu, esok munculnya pelangi..." Luqman menghembuskan nafas berat. Apa boleh dibuat, ini semua pilihan kami.

"Abang... Jangan pergi..." Rayu aku sambil melihat Luqman menuju ke kereta.

"I love you 3000, my dear..." Ucap suamiku dalam nada sebak.

"Abi..." Anak kecil ini memanggil abinya. Lebih menambahkan sebak aku.

"Sweetie abi, jangan sakitkan umi tau. Jaga umi, abi nak umi tahu, abi sangat sayangkan umi." Luqman mengusap lembut rambut Myza.

Kereta itu pergi. Tinggallah aku dan yang lain di rumah kayu ini.

Semuanya sudah berakhir. Aku akan menjalani hidup baru sekarang.

Adakah hatiku kental? Aku masih menunggu jawapan. Sebolehnya aku meronta dalam hati agar semua ini dibatalkan.

Kerana aku tidak kuat....

Ending malam ni tau Deena publish, awal-awal nanti spoil pula xP... Pukul 9 InShaaAllah <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience