Bab 11

Drama Series 7817

Api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba dan penyelamat tepat pukul 11 malam. Durra melihat sahaja suaminya itu disorong oleh pasukan perubatan ke dalam ambulans. Tidak mahu hendak buat apa. Segalanya atas kecuaiannya juga. Lupa hendak memadamkan api yang dinyalakan tadi. Meskipun tidak terkena bahagian rumah, namun sebahagian daripada halaman rumahnya musnah dijilat api.

Semua kerana dirinya yang membakar gambar itu. Api merebak ke rumput-rumput dan semak lalu menyambar kesemuanya. Kini Luqman pula pengsan kerana terhidu asap yang banyak.

Rasa bersalah.

Bukan rumah yang dirisaukan, tetapi lelaki itu.

Durra, apa kau dah buat.... Kalau dia mati, macam mana?...

Serabut. Fikirannya begitu serabut. Penuh dengan prasangka buruk. Itulah, mengapa terlalu ikutkan hati...

"I'm sorry.... Luqman.. Aku tak sengaja....."

*

Malam yang begitu kelam. Tiada insan yang memelukku. Tiada insan yang sanggup menumpangkan bahunya sebagai bantal untukku. Aku sendiri di bilik ini. Kelam dan sepi.

Perginya dia tanpa berita.
Perginya dia tanpa pengetahuan semua.
Perginya dia meninggalkan aku sendiri di sini.

Aku tersenyum kelat. Hanya bantal peluk yang menjadi temanku di kala lewat malam ini. Myza sudah lama dibuai mimpi.

Aku terus keluar dari bilikku untuk mengambil wuduk lalu mencapai sejadahku. Aku menyarungkan persalinan putih yang lengkap menutup auratku untuk bertemu dengan yang maha kuasa. Bunga-bungaan dan sulaman ringkas warna warni itu aku sentuh lembut. Telekung ini, adalah hantaran dari pihak lelaki kepadaku. Masih ada sehingga kini. Luqman yamg memilihnya sendiri untukku.

Pada mulanya aku menolak kerana harganya agak mahal. Tetapi selepas dipujuk aku terima juga. Katanya kerana hendak bertemu Allah biarlah yang mahal dan istimewa... Jika dengan orang lain kita boleh berhias bagai nak rak, mengapa dengan Allah kita kedekut?

Itu kata-katanya. Sebelum kami berkahwin. Sebelum kami membina ikatan suci ini. Akan aku ingati selamanya. Hingga ke syurga.

Kerana dia adalah suamiku. Kerana dia adalah syurgaku.

Gabungannya menjadi, 'suamiku syurgaku'.

Tanpa membuang masa, aku bangkit berdiri untuk menunaikan beberapa solat sunat. Lagipun aku memang tidak boleh tidur. Aku rasakan sesuatu yang buruk berlaku kepada Luqman.

Aku harap semua naluriku ini tidak tepat. Aku tak mahu kehilangan dia pada masa ini......

"Ya Allah... Temukanlah suamiku kembali....." ucapku di dalam doaku. Dalam setiap sujudku aku mendoakannya.

Aku sayang dia...

Hingga ke syurga....

Cintaku padanya....

*

"Sayang?"

"A-Abang?" Aku memandang suamiku. Entah dari mana dia muncul. Itu semua tak penting. Yang penting aku jumpa dia. Aku ingin peluk dia semahunya.

Aku berlari ke arahnya lalu memeluk lelaki kesayanganku ini. Tetapi.... Jasad itu tiada. Hanya bayangan. Semuanya hanya bayangan. Tinggallah aku sendiri terkapai-kapai mencari cahaya di dalam kegelapan.

Sendirian di dalam kegelapan.

"Maafkan abang.............." Luqman melambai lagi ke arahku lalu lesap. Hilang dari pandangan mataku. Ke mana dia akan pergi, aku pun tidak tahu. Aku terduduk dan menangis.

Aku sendirian di sini. Mengapa abang perlu meninggalkanku? Mengapa dan mengapa? Itulah naluri yang aku rasa.

Aku ditinggalkan. Ya, aku ditinggalkan.

"Umi..." Suara seseorang memanggilku dari belakang. Aku tahu ianya siapa. Anakku Myzadatul Syahirah. Aku memeluk tubuh kecil anakku erat. Kita akan jalani hidup berdua ya... Tanpa ada lagi abi.....

*

Aku tersedar dari mimpi. Ini semua mimpi. Tetapi, adakah ianya satu petanda atau sekadar mimpi buruk yang menjadi mainan tidur?

Harap begitulah. Aku tidak mampu membayangkannya.

Myza ada di sebelahku. Sedang tidur nyenyak. Entah bagaimana anakku boleh berada di sini. Biarlah. Jadi penemanku di kala sepi ini. Tidaklah aku tidur sendiri.

"Umi......."

"Eh, Myza tak tidur lagi?" soalku apabila melihat anakku yang masih membuka matanya. Sangkaku sudah lena dibuai mimpi tadi.

"Myza tak boleh tidur.... Myza rindu abi...." jujur anakku yang masih polos.

"Okey takpe... Umi kan ada... Biar umi peluk Myza.... Pasal abi, jangan risau... Esok abi balik lah tu... Tidurlah sayang... Esok kan nak sekolah.... Ok?" Aku cuba memujuk Myza. Namun hakikatnya aku sendiri pun rasa yang sama seperti anakku.....

Aku memeluk Myza dengan erat sambil menepuk-nepuk badannya agar mudah tidur. Kami berkongsi perasaan yang sama. Rindu. Rindu kepada seseorang yang pergi tanpa berita.

*

Pagi.

Seperti biasalah, aku yang akan menyiapkan Myza sebelum ke tadikanya. Ketika sedang memakaikan bedak bayi ke wajahnya, aku dapat merasakan dahinya panas. Oh tidak, janganlah demam sekarang......

"Dahi Myza panas lah..... Myza demam ke ni....." soalku sambil merasa suhu anggota badannya yang lain seperti leher dan tangan. Panas.

"Tak..... Myza tak demam pun...."

"Betul ke ni.... Kalau demam tak perlu pergi sekolah sayang.... Nanti berjangkit kepada kawan-kawan......" ujarku.

"Panas sikit je..... Nanti sejuk lah tu......" balas anakku.

Tidak mengapalah. Aku hantar juga Myza ke sekolah. Lagipun tiada simtpom lain seperti seselma dan batuk. Mungkin peningkatan suhu yang biasa agaknya.....

*

Luqman membuka matanya perlahan-lahan. Tempat yang asing baginya. Tidak tahu dirinya berada di mana. Kepalanya terasa berat. Pening kepala masih tidak hilang lagi.

"Nurse!" Durra memanggil jururawat. Sepupunya sudah sedar. Terasa hendak mengalirkan air mata. Dia masih hidup.

"Durra? Aku kat mana? Macam mana boleh ada dekat sini?" soal Luqman sambil melihat sekeliling.

"Baby dekat hospital. Baby..........."'Durra melepaskan keluhan berat. Perlu atau tidak diberitahu sekarang......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience