"Abang?" Aku memanggil suamiku. Di sebelahku hanya ada Myza. Aku genggam tangan Myza. Aku terus menyeru namanya namun tiada sahutan.
Kawasan ini dikelilingi kabus yang tebal. Aku pun tidak pasti sebenarnya di mana aku berada. Hendak kata di dalam kegelapan, tidaklah gelap sangat.
Rasa gelisah mula bertapak di dalam hati. Hanya kami berdua. Tiada orang lain. Tiada Luqman. Tiada mama, kak Zehra, kak Jannah, papa atau abang Im. Ya, memang kami amat takut.
"Tolonglah pulang...." rayuku sambil terduduk. Aku tidak boleh mengalah mencari mereka biarpun aku dalam kesesatan.
"Umi...." panggil Myza. Aku menoleh memandang Myza yang masih rendah. Kelihatan Myza seperti menunjukkan sesuatu.
Aku melihat apakah yang ditunjukkan anakku. Kabus-kabus yang menutupi segera menghilang. Memang aku lihat dua susuk tubuh. Satu lelaki dan seorang lagi perempuan yang tidak bertudung.
Walaupun aku tidak mengenali mereka, aku mesti meminta tolong untuk lari daripada kesesatan ini. Aku sudah tidak mampu bertahan lagi dengan kandungan yang aku bawa sekarang....
"Encik....... Puan....." Aku cuba memanggil pasangan itu. Kelihatan seperti pasangan suami isteri.
Sebaik sahaja lelaki itu menoleh, aku terkejut melihat wajahnya. Tak... Tak.... Ini bukan....
Ini bukan Luqman!
Tetapi, memang wajahnya seiras benar dengan Luqman. Tak tipu!
"Luqman?"
"Siapa awak?...." soal lelaki yang aku kurang pasti itu kepadaku. Tetapi suaranya, amat aku kenali.
Sah, itu Muhammad Luqman Radzi. Suamiku. Aku pasti.
"Abi?......." Giliran Myza pula berkata-kata. Dipegang tangan abinya kemas.
"Siapa kamu ni?"
*
"Astaghfirullahalazim... Apa yang aku mimpi tadi.... Semua ini tidak benar, Zureen. Mimpi itu hanya mainan tidur....
Tetapi, memang aku tidak dapat lupakan semua mimpi buruk tadi. Entahlah. Sememangnya aku tahu mimpi itu hanya mainan tidur, namun aku ni berfikiran pelik pula.
Aku membuka mataku lalu melihat di sebelahku.
Kosong. Hanya aku yang tidur di atas katil bersaiz queen yang dikhaskan untuk dua orang ini. Seketika aku melihat jam di telefon pintarku. Jam 12.45 pagi. Lampu di luar semuanya telah terpadam.
Eh, ke mana Luqman? Ke mana abang pergi? Tadi bukankah sudah balik ke rumah?....
Satu rumah telah aku mencarinya termasuklah di dalam tandas. Mungkin dia keluar agaknya.... Okeylah, aku sambung tidur. Myza pula okey, masih lena dibuai mimpi.
Aku kembali ke bilikku. Tiba-tiba sehelai kertas nota jatuh ke kakiku. Aku segera mengutipnya. Dibaca dua patah perkataan yang tertulis di situ.
"Abang keluar."
Itu sahaja yang ditulisnya. Baiklah, tidak perlu aku risau lagi. Memang sudah dinyatakan suamiku keluar. Jadi, aku boleh sambung tidur.
Tetapi, ke mana Luqman pergi malam-malam buta ini?.... Sudah hampir pukul 1 pagi. Buat apa pula malam-malam ini?
Tiba-tiba aku teringat semula apa yang aku lihat pagi tadi. Rasa ketakutan dan debaran pastilah ada. Normal bagi seorang isteri yang cemburu jika suaminya punya teman wanita lain, termasuk diriku.
*
2 jam sebelum itu....
"Air white coffee kegemaran lovely baby dah siap....." ujar Durra sambil menghidangkan secawan air kopi kepada Luqman. Luqman yang mengantuk terpaksa menghirup air kopi itu. Sudah berat matanya untuk melayan kerenah si Durra ini. Ikut suka hati dialah. Asalkan si Durra ini gembira dalam satu hari.
Dalam satu hari, okey.....
Tiba-tiba kepalanya terasa berat dan pening. Sakit kepalanya datang lagi.
"Good boy...." Durra mencium bibir Luqman kasar.
*
Aku dikejutkan oleh suara azan subuh yang berkumandang. Kelihatan Luqman berada di sebelahku. Lega. Jam menunjukkan pukul 5.40 pagi. Aku mengejut suamiku dengan lembut sekali seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku agar tidak disedari.
Setelah masing-masing selesai membersihkan diri, kami seperti biasalah, solat subuh berjemaah. Usai memberi salam, beberapa wirid ringkas dan doa. Separuh dibaca dalam bahasa arab dan separuh lagi dibacakan dalam bahasa melayu.
Memang diakui, Luqman lebih mahir dan tahu dalam membaca doa dan surah-surah yang mengiringi bacaan surah Al-Fatihah. Yelah, Luqman bersekolah pondok dan aku, cuma murid sekolah menengah agama biasa yang hanya belajar sampai SPM sahaja.
Tetapi yang membuatkan aku tersentuh hati ialah doanya yang dibaca dalam Bahasa Melayu. Entahlah. Perasaan aku sedang bercampur baur sekarang.
Memang tidak dinafikan, aku amat menyayangi Luqman. Bagiku, dialah cinta pertamaku. Yang lain itu semua, sekadar cinta monyet. Memang cinta monyet zaman sekolah.
Tetapi tidak kurang juga 'cinta monyet' zaman sekolah ini menjadi kenyataan. Ada yang hingga ke jinjang pelamin. Jodoh itu takdir tuhan, kan? Siapalah yang berhak mengetahuinya.....
Kalau aku, memang tidaklah. Ada ke pergi suka dengan abang seibu sendiri? Kalau diingat kembali zaman kejahilan aku lapan tahun lalu itu, boleh jadikan satu novel rasanya.
Usai doa selesai dibaca, Luqman menghulurkan tangannya untuk aku salam. Aku mencium tangannya seperti mana lima tahun lalu. Sungguh aku benar-benar rindukan semua detik-detik indah itu. Andai wujudnya mesin masa, akan aku kembali ke masa silam untuk menikmati semua itu.
Aku merenung cincin emas pemberian Luqman kepadaku yang masih tersemat di jariku. Inilah tanda perkahwinan kami. Di jari manis Luqman juga ada cincin perak berbatu berbentuk bujur berwarna biru tua.
"Terima kasih, abang......" bisikku di dalam hati.....
*
Durra tersedar dari tidurnya. Kelihatan cahaya sang mentari telah masuk le dalam biliknya. Bau haruman lelaki itu malam tadi masih terlekat di badannya.
Ia bukanlah bau minyak wangi biasa, tetapi....
Bau minyak attar!
Haruman itu masih menyengat ke hidungnya hingga tidak mampu untuk membangunkan diri. Mungkin kerana penat.
Namun senyuman tidak lekang dari bibirnya. Jalan terakhirnya.....
Durra ketawa jahat. Rancangannya sudah berjaya. Selepas ini, pasti Luqman akan menyayanginya dan melayaninya seperti seorang isteri.
Dan selepas ini, dirinya tidak perlu bermadu lagi. Tidak perlu lagi untuk selang sehari untuk giliran bermalam. Durra tersenyum bahagia. Mungkin impiannya sejak kecil ini telah tercapai.
Durra merenung gambar ibunya yang diletakkan di meja solek ysng betul-betul berada di hadapan katilnya. Semakin direnung semakin sebak. Rasa bersalah pula.
"Mak, maafkan Durra... Durra terpaksa.... Durra terpaksa pilih untuk bahagia.... Durra tahu Durra salah, tapi ini sahaja cara untuk Durra cari kebahagiaan sendiri....." Air mata wanita itu mengalir jua. Terasa bersalah dengan dosa-dosa yang telah dilakukannya.
Durra cepat-cepat bersiap ke pejabatnya. Dibersihkan diri lalu disarung segala pakaiannya. Setelah siap, Durra keluar dari rumahnya lalu mengunci pintunya.
Selepas beberapa minit, Durra tiba di pejabatnya. Bangunan setinggi lapan tingkat itu menjadi tempat kerjanya sejak tiga tahun lalu.
Sedang Durra berjalan pantas menuju ke pejabatnya di tingkat empat, seseorang telah melanggarnya. Oleh kerana Durra mengenakan kasut bertumit tinggi yang kurang stabilnya, Durra tidak dapat mengimbangkan diri lalu jatuh seperti nangka busuk ke lantai.
"Haizi?..." Durra melihat orang yang melanggarnya tadi.
"Ye, memang saya. Awak ikut saya!" arah Haizi lalu menarik tangan Durra keluar dari bangunan itu.
"Kau nak bawa aku ke mana!" Durra cuba melepaskan dirinya daripada ditarik lelaki itu. Namun apakan daya, daya lelaki itu lebih kuat berbanding dirinya.
"Adalah. Kau ikut saja!" Haizi terus menarik tangan Durra memasuki keretanya lalu dipandu laju.
Share this novel