Bab 4

Drama Series 7817

Alat penguji kehamilan itu aku genggam kuat. Aku sedang menunggu keputusannya. Harap positif lah.

Macam mana aku boleh terfikir untuk beli alat penguji kehamilan (UPT) ni ya... Entahlah. Aulia dan Dilla yang belikan.

Aku membuka mataku semula. Jelas terlihat dua garis merah di alat penguji kehamilan tersebut. Tidak perlu tanyalah apa maksudnya, sudah pasti anda semua tahu.

"I'm... Pregnant?........."

Aku menutup dan membuka mataku semula. Seolah-olah tidak percaya akan apa yang ku lihat ini.

Ada... Janin yang sedang membesar di dalam rahim ini?....

Dan ia bakal menjadi adik kepada Myza?...

Aku mahu beritahu Luqman. Tetapi mungkin bukan sekarang. Aku mahu memberi kejutan kepadanya. Lantas UPT itu aku simpan di dalam laci almariku. Rasa gembiraku tidak dapat disembunyikan lagi. Terasa hendak sujud syukur sekarang juga.

*

Syad mengemas bajunya dan beberapa barangan lain ke dalam beg sandang yang sederhana besarnya. Dua hari lagi. Dua hari lagi segalanya bakal berakhir.

"I think this is okay...." Syad membelek sepasang baju melayu berwarna putih yang baru dibelinya. Belum dibasuh dan bau kedainya masih melekat. Melekat pun melekatlah. Janji ada.

Syad membelek pula bajunya. Hanya baju kurung yang biasa-biasa. Jarang betul dia hendak memakai baju kurung yang panas ini. Tidak mengapalah, semuanya kerana hari bahagia yang bakal menjelang tiba.

Eh kejap, bahagia sangatkah jika caranya begini?...

"Forgot it. Yang penting, my love. Perempuan tu, lantak dialah." Syad ketawa jahat.

*

Aku menyambut suamiku pulang dari kerja seperti biasa. Hari ini mungkin mood suamiku sudah agak baik, tidak seperti semalam. Dan ada sesuatu yang perlu aku beritahu kepadanya. Sesuatu yang bakal menggembirakan kami berdua.

Luqman terus masuk ke kamar tidur kami. Aku membiarkan sahaja perbuatannya lalu terus sambung kerjaku. Memasak makan malam untuk kami sekeluarga.

*

Luqman menutup pintu bilik tidurnya dan isterinya lalu dengan perlahan-lahan mencabut tali leher yang terikat kemas. Luqman memandang sekeliling. Eh, ke mana ianya pergi?

Ke mana pula koleksi tali leher yang bermacam-macam warna itu... Selalunya ada sahaja di dalam laci ini...

Luqman menyelongkar segala almari dan laci yang berada di dalam bilik itu. Tujuannya hanya satu, demi mencari tali leher yang hilang.

"Sayang!" Solusi yang terakihir. Memanggil isterinya. Mungkin basuh agaknya.. Tetapi Luqman tidak mahu berputus asa, terus diselongkarnya lagi setiap lubuk di bilik itu.

Tiba-tiba....

"Yaay!" Luqman melompat keriangan seperti seorang budak tadika. Di dalam hatinya tidak henti-henti mengucapkan kalimah kesyukuran kepada yang maha kuasa.

Jika benarlah apa yang dijumpainya.....

"Abang? Kenapa?" soal Zureen yang bergegas masuk ke dalam kamar tidur mereka apabila dipanggil suaminya. "Kenapa happy sangat macam Myza ni? Nak jadi bapak orang pun nak melompat macam budak kecil ke?"

"Eh, tak ada apa-apalah... A-Abang naik pangkat... Sebab itulah happy bukan main ni...." Luqman memberi jawapan selamat. Huh, nasib baik. Kalau terkantoi, habis...

"Naik pangkat pun sampai nak melompat? Ish ada-ada je lah awak ni.... Orang bersyukur, bukan melompat macam katak..." balas Zureen sambil memandang suaminya.

"Lompat si katak lompat... Lompatlah tinggi-tinggi.. Cepatlah baby cepat.... Cepatlah bangun pagi-pagi....." Nyanyi Luqman. Seperti yang diketahui, dua sepupu yang bagaikan adik beradik ini tidak boleh sehari tidak menyanyi.

"Baby?" Zureen terkejut dengan perkataan yang dikeluarkan suaminya.

"Eh, tak ada apa-apalah...." Jawapan selamat untuk kali kedua.

"Hmmmm...... Abang nak tahu sesuatu tak...." Zureen mula membuka topik itu. Rasanya mungkin inilah masa yang sesuai untuk memberitahu tentang nyawa yang sedang hidup di rahimnya.

"Mestilah nak... Ni mesti berita baik kan......" teka Luqman.

"Hmmm...."

"Kenapa dari tadi asyik hmmm je...."

"Sebenarnya........... Hmm...."

"Sebenarnya?....."

"Sebenarnya..........."

Belum sempat Zureen menceritakan segalanya, bunyi telefon membingitkan suasana terlebih dahulu. Lagu rock rancak pula tu. Huh.

"Sorry... Abang lupa nak slowkan ringtone....." Luqman keluar dari bilik untuk menjawab panggilan. Kalau ikutkan ingin sahaja di'reject' kerana mengganggu suasana bahagia mereka berdua. Tetapi apabila dilihat nama yang terpapar di skrin....

Terus butang yang berwarna hijau itu ditekan. Haizi nama yang tertera. Harapnya bukan berita buruklah yang ingin disampaikan...

"Assalamualaikum Luqman...."

"Waalaikumussalam... Kenapa?"

"Kau.... Boleh lari tak ke satu tempat.... Supaya Syad tak jumpa kau dan anak bini kau...."

*

"Kau.... Boleh lari tak ke satu tempat.... Supaya Syad tak jumpa kau dan anak bini kau...." pinta Haizi. Mungkin solusi ini kelihatan seperti kurang cerdik, namun jika inilah jalan terakhir, apalah yang dia boleh lakukan....

"Lari? Apa maksud kau?" soal Luqman di dalam talian.

"Kau larilah ke suatu tempat yang Syad takkan jumpa kau dan family... Aku ni bukan apa tapi aku risaukan kau..." ujar Haizi.

"Haizi.... Kau tahu tak.... Isteri aku....."

"Kenapa..." soal Haizi cemas.

"She is..... Hmmmm......."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience