Bab 7

Drama Series 7817

Aku dikejutkan apabila mendengar bunyi azan berkumandang tanda masuknya waktu solat subuh. Aku tertidur di sini semalaman. Di atas sofa di ruang tamu. Aku cuba mencari kelibat seseorang. Di dalam bilik, di dalam bilik Myza, di dapur, di bilik lagi satu dan juga tandas.

Tiada. Masih tiada. Dia masih belum pulang.

Semalam aku tidur agak lewat kerana menunggu suamiku pulang. Namun aku terlelap ketika sedang menunggu. Dengan lampu yang terbukanya, macam manalah aku boleh tidur lena. Selalunya aku tidak boleh tidur dalam suasana yang terang benderang ini. Kalau lampu tidur tak mengapa lagi, inikan pula lampu kalimantang yang menerangi seluruh pelusuk rumah dari pintu masuk hingga ke dapur.

Sehingga sekarang aku masih tidak sedap hati. Aku dapat merasakan sesuatu yang pelik bakal berlaku.... Harapnya bukan begitulah.

"Abang.... Ke mana abang pergi....." rintihku perlahan. Aku cuba melihat telefon pintarku adakah mesej yang aku hantar semalam sudah berbalas namun jawapannya...

Tidak. Hanya satu tanda berwarna kelabu yang kelihatan. Bermakna mesej itu bukan setakat belum dibaca, tetapi belum sampai juga.

"Eh dia ni... Tutup data ke apa...." omelku. Aku cuba bersangka baik walau hati berkata tidak....

"Umi?" Myza memanggilku dalam keadaan yang masih mamai sambil menggosok-gosok matanya. Terkejut aku. Ingatkan apa tadi.... Macam mana lah budak ni boleh terbangun... Selalunya aku yang perlu kejut. Kalau terbangun sendiri pun, pasti sudah pukul 6.30 pagi.

"Eh, macam mana Myza boleh tersedar ni...." soalku kepada anakku.

"Tadi, umi buka pintu bilik Myza pastu Myza dengar umi cakap sorang-sorang... Jadi, Myza bangun jelah." jawabnya jujur. Bukan aku tidak tahu, anakku ini kalau sidah terbangun memang susah hendak tidur balik.

"Oooo.... Umi nak mandi dulu... Myza ok ni... Tak takut sorang-sorang?" soalku. Takut juga untuk meninggalkan anakku yang sudah tersedar ini seorang diri. Nanti dia panjat sana panjat sinilah, boleh jatuh nanti. Biasalah, budak yang baru hendak meneroka dunia kan...

"Tak...."

"Janji dengan umi, jangan nakal-nakal. Jangan panjat-panjat. Umi nak mandi sekejap je." pesanku lalu melangkah ke kamar mandi.

*

Luqman membuka matanya perlahan-lahan. Ianya berat seperti sudah digam. Terasa mengantuk yang amat. Pening kepala pun ada.

Suasana yang gelap gelita. Itu sahaja yang kelihatan. Dia sendiri tidak pasti dimana dirinya berada. Ada sehelai kain tebal diikat bertujuan untuk menutupi mulut dan hidungnya ketat. Rasa sesak nafas.

Hendak dibuka ikatan tersebut namun tidak berdaya kerana tangan dan kakinya juga diikat pada sebuah kerusi. Luqman cuba menggerak-gerakkan badannya dengan berharap ikatan akan terbuka. Tetapi malangnya...

BUK!

Kerusi itu terbalik pula. Aduhai, kasihan...

Sementara itu....

"Wei, bunyi apa tu... Aku takut...." Salah seorang daripada lelaki yang berpakaian serba hitam berkata kepada kawannya.

"Tak tahu... Pergilah tengok... Aku pun takut jugak...." balas kawannya yang seorang lagi. Hish, harap badan je besar, tetapi bunyi macam tu pun takut. Bukannya bunyi pontianak mengilai, bunyi seperti barang jatuh je pun!

"Hish, korang berdua ni tak gentle betullah! Tu pun takut. Mai lah kita check!" ujar lelaki yang ketiga yang merupakan ketua misi mereka.

Mereka bertiga terus menghampiri punca bunyi tersebut. Lampu suluh dinyalakan malap. Tidak mahu pula 'orang' yang tengah tidur itu terganggu. Esok dia hnedak menghadapi detik paling mendebarkan buat kali kedua.

Tiba-tiba mereka terlihat 'orang' otu sudah jatuh dengan kerusi-kerusinya sekali. Masing-masing menepuk dahi.

"Macam mana kau boleh jatuh hah? Orang dah ikat elok-elok kat kerusi tu tiba-tiba boleh terbalik pulak." rungut salah seorang dari tiga lelaki itu.

Luqman ingin bersuara namun mulutnya telah diikat ketat dengan kain. Sampai hendak buka mulut pun payah. Matanya memandang tepat ke arah tiga lelaki itu. Walaupun tidak jelas kelihatan kerana suasana yang gelap gelita, wajah mereka masih jelas kelihatan kerana tidak memakai sebarang penutup muka.

"Kau pandang-pandang ni, apasal? Nak kena?" soal lelaki itu sengaja.

"Wei wei.... Jangan marah dia... Esok kan dia nak ni........." Tidak sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, lampu terlebih dahulu dibuka. Suasana menjadi terang benderang.

Ketiga-tiga daripada mereka mencari siapakah gerangan yang berani membuka lampu disaat begini.

"Cik Syad? Sejak bila cik Syad sampai?" soal tiga lelaki itu.

"Baru je tadi. Ha, tu ha dah kenapa terbalik pulak tu... Korang bertiga ni ada ugut dia ker?" soal Syad apabila melihat bakal suaminya berikat dan diterbalikkan ke lantai.

"Eh... Tak tak... Dia yang jatuh sendiri lah.... Cik Syad minum lah dulu...." pelawa lelaki-lelaki itu.

"Tak mahulah. Dah. Boleh rehat dulu. Dia ni, biar aku yang uruskan." Syad memberi arahan.

"O-Okey..." Lalu mereka bertiga pun berlalu pergi meninggalkan Syad bersama bakal suaminya. Nak kata tunang, tak tunang pun.

Sebelum itu, salah seorang daripada tiga lelaki itu sempat membisikkan sesuatu kepada Luqman; "Malang betul nasib kau....."

Syad menghampiri Luqman lalu membelai pipi lelaki itu dengan lembut. Luqman pasrah. Hendak menepis pun tidak boleh. Kalau tangan dan kakinya tidak berikat, sudah lama ditepisnya tangan yang lembut tidak bertempat itu.

Luqman merenung tajam wanita yang berada di hadapannya. Masih segar di ingatan kenangan lama yang sampai kini masih menghantui diri.

"Kenapa abang nampak sedih? Abang rindu dengan bini abang ke?.." soal Syad sinis. Sengaja hnedak menyalakan api kemarahan sepupunya itu.

Jikalau dirinya boleh bercakap, sudah lama dirinya berkata "Don't call me abang. I'm not your bro or your husband, perempuan jalang!" Namun semua kata-kata itu hanya disimpan di dalam hatinya.

Seketika Luqman teringat kepada Zureen dan Myza. Entah sudah pukul berapalah sekarang ini. Dirinya di mana pun dia tidak tahu. Yang pastinya mereka berempat berada di dalam sebuah villa yang agak besar.

*

Pukul 7.30 pagi. Seperti biasa aku menyiapkan anakku sebelum berangkat ke sekolah tadika. Disebabkan Luqman masih belum pulang sehingga kini, aku sendiri yang perlu menghantar anakku ke tadika.

Seperti biasa, sudah pastilah kami berdua telah mendidik anak kami agar bersalaman dengan orang tua sebelum ke sekolah. Seperti yang kami praktikkan dahulu semasa kecil. Andai itu memori terakhir seorang anak bersama orang tuanya, sekurang-kurangnya mereka pergi dalam keadaan yang memaafkan kita sebagai seorang anak. Tidaklah susah sangat di akhirat nanti.

Selalunya Myza akan bersalaman dengan abinya dahulu sebelumku. Tetapi hari ini apabila melihat abinya batang hidung pun tidak nampak Myza menyalami tanganku dahulu.

"Umi, mana abi?" soal anakku. Persoalan yang sama masih bermain di mindaku. Aku tidak pasti hendak memberikan jawapan yang bagaimana.

"Abi..... Pergi outstation sayang...." jawabku serba salah. Takkan aku mahu beritahu tentang perasaanku yang sebenar kepada anakku yang masih belum faham apa-apa ini.

"Oooo.... Bila abi nak balik? Myza rindu abi....." jujur anakku. Aku semakin berasa serba salah. Aku sendiri pun tidak tahu bilakah suamiku akan pulang.

"Mungkin.... Petang ni kot... Myza pergi sekolah belajar rajin-rajin.... Barulah jadi pandai... Nanti barulah umi dan abi sayang....." Aku cuba mengubah topik perbualan kami. Hati umi pun tidak cukup kental, sayang... Maafkan umi......

"Okeylah. Nanti tak sabar nak tunggu abi balik. Pasal muffin semalam pun tak cerita lagi dekat abah....."

Selepas berbual, kami berdua masuk ke dalam kereta lalu terus menuju ke sekolah tadika Myza. Tadika itu tidak jauh, lebih kurang 300 meter dari rumah kami sahaja.

Setelah tiba di destinasi, aku membenarkan anakku turun dari kereta lalu memimpin tangannya masuk ke dalam kawasan tadika. Bukan aku seorang ibu yang paranoid, tetapi bukanlah sedikit berita tentang kanak-kanak hilang atau dilanggar semasa berjalan ke dalam kawasan tadika sendirian, baik di tanah air sendiri tak kurang jiga di negara luar. Jadi, daripada aku mengambil risiko itu, kan lebih mudah jika aku sendiri yang menghantarnya masuk ke dalam.

*

Luqman dibawa ke sebuah bilik yang agak besar yang dipenuhi dengan perabot klasik dan moden yang tampak mewah. Hanya ikatan kaki yang dibuka sementara tangan dan mulutnya masih terikat.

Bilik itu sudah dihias dengan beberapa buah lilin bateri dan taburan kuntum bunga ros yang membentuk bentuk hati di atas katil yang bersarungkan cadar berwarna putih lagi suci. Keadaannya tidak ubah seperti bilik pengantin pasangan yang baru berkahwin.

"Abang boleh tidur di sini malam ni.... Kalau nak Durra temankan, cakap je... Durra ok je temankan. Lagipun kita kan dah nak kahwin...." ujar Syadurra.

Mendengar perkataan 'kahwin', Luqman menelan liurnya. Kahwin? Dia perlu berkahwin dengan si psiko itu? Tak puas lagikah Durra? Apa sebenarnya yang kau mahu.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience