Bab 43

Drama Series 7817

Dengan sekali lafaz, Aulia dan suaminya telah diijabkabulkan. Comel pula aku melihat suami Aulia mencium dahi Aulia begitu. Aulia pula malu-malu kucing memandangkan ini pengalaman pertama buatnya.

Namun begitu, aku masih tidak dapat melihat dengan jelas wajah si pengantin lelaki. Entah mengapa aku berasa ingin tahu yang teramat.

Kerana aku seperti kenal si dia.

Akhirnya tiba giliran aku, Luqman dan Myza untuk menangkap gambar bersama pengantin. Kali ini barulah hasratku tercapai. Namun pengantin itu...

Firdaus!?

Seriously?...

Berapa lama Aulia mengenali Firdaus?...

Ya, tidak salah lagi. Suami Aulia adalah Firdaus, crush aku semasa zaman sekolah. Aku ketawa kecil. Dalam diam, tidak sangka Aulia simpan hati kepada Firdaus. Namun buat apa aku perlu cemburu, aku sudah ada Luqman.

"Lia..."

"Ye Zureen..." Aulia tersenyum kepadaku.

"Lia dah berapa lama kenal Firdaus?" Soal aku.

"Lia pun tak tahu sebenarnya Firdaus bakal suami Lia... Masa tunang haritu baru dapat tahu, family Lia memang perahsia betul!"

"Maknanya, Lia berkahwin dengan pilihan family lah?" Aku tersenyum melihat kemesraan dua mempelai ini. Firdaus pula memandang aku sambil tersengih. Kami kawan lama semasa zaman persekolahan.

"Ye Zureen..." Jawab Aulia mesra.

"Seronok lah dia, dapat kahwin dengan orang sebaya...." Aku ketawa kecil. Aulia dan Firdaus. Pasangan sejoli. Aku berdoa jodoh mereka berkekalan hingga akhir hayat. Aku masih ingat aku yang pernah membayangkan untuk berkahwin dengan Firdaus, akhir sekali Aulia yang dapat. Indah kan takdir?

Dan aku ada Luqman.

Tetapi, aku langsung tidak nampak kelibat Dilla. Batang hidungnya pun aku tidak nampak. Adakah Dilla masih berdukacita tentang kematian kakaknya?...

Aku tidak tahu.

Setelah bergambar, kami menuju ruangan bufet untuk mengambil makanan. Tiba-tiba ada seorang wanita bersama bayinya melanggar aku.

"Maaf."

Aku memandang wajah wanita itu. Eh!?

"Akak?" Aku cuba menegurnya. Biar betul semua ini? Entah entah aku salah orang agaknya, buat malu sahaja.

"Ye saya?" Wanita itu menoleh ke arahku sambil mendukung bayinya dan tangan sebelahnya lagi memegang pinggan yang berisi nasi minyak.

"Kak...." Ya, tidak salah lagi.

*

Pulang daripada kenduri, kami berjumpa Kak Zehra dan suaminya di sebuah kafeteria untuk berbual. Sumpah, aku benar-benar merindui kakak kandungku ini. Dialah satu-satunya kakak seibu sebapa yang pernah aku ada.

Mungkin kisah silamnya agak pahit, namun bukan alasan untuk terus mengalah. Aku sentiasa doakan kakak dari jauh. Akhirnya doaku makbul, aku dapat bertemu kembali kak Zehra di majlis akad nikah Aulia.

"Adik dah kahwin? Ini anak saudara kakak? Siaap nama? Dah besar rupanya... Berapa tahun?" Bertalu-talu soalan daripada kak Zehra yang perlu dijawab aku satu persatu.

"Ya, ini Myza. Myzadatul Syahirah. 5 tahun, sama dengan usia perkahwinan kami yang hampir mencecah 6 tahun tahun hadapan yang berbaki 2 bulan sahaja lagi. Kakak bila kahwin?"

"Kakak baru kahwin tahun lepas, ini si pipi merah baru enam bulan. Iffah Aleesa Husna namanya. Abang Fateh yang bagi." Kak Zehra menerangkan segalanya.

"Ooo... Siapa yang jemput akak pergi wedding Aulia?" Soalku pula. Takkan Aulia pula...

"Suami Aulia tu, adik hubby akak. Kiranya ipar akak la. Dah Firdaus tu adik abang Han, takkan diaorang taknak jemput pula.." Kak Zehra masih mendodoikan anaknya yang telah tidur.

Kak Zehra sudah bahagia. Tak semestinya kisah silam menghalang segalanya. Namun aku....

Apa perlu aku lakukan untuk kembalikan secebis kasih yang aku cari?...

*

Hari ini aku pulang ke kampung lagi. Terkejut juga kak Zehra apabila mengetahui rumah lama kami tidak lagi diduduki mama sebaliknya aku dan Luqman yang tinggal di situ.

Kak Zehra pula baru tahu mama telah berpindah ke kampung dan sudah berkahwin dengan abah. Terkejut, memang terkejut. Selama enam tahun ini terlalu banyak yang berubah tanpa dia sedari.

Tetapi hari ini, aku pulang bersama kak Zehra. Sudah lama kakakku tidak berjumpa dengan mama. Papa pula? Papa sebenarnya merahsiakan daripada kami. Papa sentiasa ada orang dalam untuk mencari seseorang. Kak Zehra berkahwin pun, atas pujukan papa.

Baru aku tahu, Farhan abang iparku adalah adik Firdaus, suami Aulia. Indah betul takdir ini. Dan aku baru sahaja mengetahui bahawa Firdaus ini anak orang kaya. Patutlah majlis perkahwinan sahaja boleh mencecah RM50,000 harganya.

Itu belum lagi bulan madu. Mereka ingin berbulan madu di Semporna, Sabah bertemankan air laut jernih berwarna biru dan pulau yang indah yang dapat mengabadikan kenangan manis antara suami isteri.

Kalau ikutkan aku teringin juga ingin pergi ke sana dengan Luqman namun apabila aku melihat keadaan kami yang masih tegang, terasa tidak jadi pula. Manalah tahu percutian bulan madu yang dirancang bertukar menjadi percutian huru hara pula. Membazir duit, sahaja.

Akhirnya kami tiba di Kampung Chuar setelah lama menghadap jalan raya. Di belakang kami diikuti oleh kereta Farhan dan kak Zehra. Rupanya abang Farhan sebaya dengan Luqman, tua empat tahun daripada kakakku.

Sesampai sahaja, kami semua keluar daripada kereta lalu memunggah barangan. Kak Zehra kelihatan tertarik dengan kampung ini sama seperti semasa mula-mula aku datang ke sini dahulu.

"Abang, cantik kan tempat ni?" Bisik kakakku kepada abang Farhan.

"Cantik sayang..." Tangan abang Farhan memegang bahu isterinya.

Aku seperti cemburu melihat mereka bermesra. Aku pun mahu, tetapi...

Entahlah.

*

"Adik, kenapa tak layan suami adik tu, kesian dia makan sorang-sorang..." Soal mama kepadaku apabila melihat aku tidak melayan Luqman.

"Yelah-yelah..." Aku menemani suamiku makan sekali. Satu perkataan pun kami tidak ucapkan. Luqman tidak menegur aku, aku juga tidak menegur Luqman. Kedua-dua kami berlaku dingin sesama sendiri.

Tiada sepatah perkataan yang diucapkan. Tiada.

Setelah makan, aku membasuh pingganku lalu naik ke rumah kayu bahagian atas. Aku masuk ke bilik lalu mencapai telefon pintarku. Ada banyak 'miss call' daripada Dilla.

Dilla? Mengapa dia call aku?..

Aku cuba menelefonnya kembali dengan harapan akan dijawab. Tiba-tiba Luqman muncul dari belakang aku.

"Sayang call siapa tu?" Soal suamiku.

"Dilla." Jawabku ringkas.

"Oh, Dilla." Luqman baring di katil sambil menghadap siling. Dia hanya akan bercakap denganku ketika perlu sahaja. Kadangkala perangainya setelah perginya isteri keduanya ini buat aku geram. Kejap ok, kejap tak ok mood Luqman. Itu tandanya apa? Dia masih sayangkan Durra?

Dah. Cukup. Takkan dengan orang yang dalam kubur pun kau nak cemburu, Zureen.

Namun, mengapa sukarnya untuk suamiku move on?....

*

Telefon pintar milik Dilla asyik berbunyi sejak tadi. Dilla sedang dalam perjalanan ke kampung. Ya, sudah pasti yang menelefonnya adalah Zureen. Dilla tahu sahabatnya itu sedang berada di kampung. Pulangnya dia kembali untuk meminta maaf tentang apa yang berlaku.

Iyalah, sampai bila hendak bersedih? Sejujurnya, Dilla juga mahu berkahwin seperti Zureen dan Aulia tetapi masih belum bertemu jodohnya.

Siapa tidak cemburu, melihat kawan-kawan sendiri sudah membina rumahtangga namun dirinya belum lagi?... Itulah realiti yang dihadapi seorang Dilla. Mungkin Dilla pulang ke kampung untuk meminta sokongan daripada keluarga belah ibunya.

Setelah berhenti di lampu isyarat, Dilla menatap gambar skrin telefon pintarnya. Ada gambar mereka berempat. 'Mereka' yang dimaksudkan ialah arwah ibu, arwah ayah, arwah kakaknya dan dirinya sendiri.

Dilla terlalu sayangkan mereka sehingga masih belum boleh move on dengan kematian kakaknya ditambah pula apabila dapat mengetahui kakak Durra membunuh dirinya sendiri hanya kerana tidak dapat mengejar cinta Luqman. Mengapa dan mengapa kakaknya memilih jalan yang dimurkai Allah itu? Bukankah banyak lagi lelaki yang lebih baik untuk menemani Durra hingga ke akhir hayat? Mengapa sanggup kakaknya melakukan sedemikian?..

Pon!

Bunyi hon kenderaan dari belakang mengejutkan Dilla. Dilla segera memandu ke hadapan. Sedar tidak sedar, lampu telahpun bertukar hijau. Dilla leka dengan telefon pintarnya.

*

"Kereta Dilla ke tu?" Aku melihat kereta Perodua Myvi berwarna ungu yang menghampiri kami.

Semakin dekat, barulah aku dapat lihat nombor plat kereta itu. Ya, memang benar kereta Dilla. Rupanya Dilla menelefon aku kerana hendak memberitahu dia ingin pulang ke kampung. Tetapi nasib baik juga, aku memang sedang berada di sini sekarang.

Dilla keluar daripada kereta itu. Aku datang kepada Dilla. Dilla tiba-tiba sahaja memeluk aku, sama seperti tempoh hari.

"Terima kasih jadi kawan aku.... Aku minta maaf sangat dengan apa yang kakak aku dah buat dekat kau..." Aku sedar Dilla mengalirkan air matanya.

"Tak apalah Dilla, aku dah maafkan pun." Balasku. Buat apa perlu aku berdendam. Aku tahu, semuanya telah berakhir walaupun aku dan Luqman masih belum baik. Luqman terkejut, aku seribu kali ganda lebih terkejut.

"Zureen, orang yang bunuh diri tak masuk syurga ke?" Soal Dilla dalam tangisan.

Aku terkedu. Aku tahu, Dilla menyoalku sebegini kerana dia amat sayangkan kakaknya. Dilla mahu satu keluarganya masuk ke syurga. Begitu juga aku yang sentiasa mengharapkan.

"Dilla, aku tiada jawapan untuk itu..." Aku tahu, ramai para Muallimin dan ustaz-ustaz yang berkata membunuh diri akan terus dimasukkan ke dalam neraka. Tetapi, takkan pula aku hendak berkata begitu kepada Dilla? Nanti kecil pula hati sahabatku ini. Aku bukan sesiapa untuk menghakimi orang lain. Aku bukan orang alim, aku bukan ustazah.

"Aku sayangkan kak Durra lebih dari segalanya walaupun kami sempat bertemu sekejap sahaja... Aku hanya ada kak Durra sahaja di dunia ini. Sekarang pula, kak Durra dah tiada... Aku dah tiada sesiapa...." Dilla berkata sambil tersedu-sedan.

Aku memandang wajah sahabatku. Sekurang-kurangnya kau masih mempunyai sahabat yang sentiasa berada ketika susah mahupun senang, Dilla....

*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience