"Beritahu?.... Untuk apa?" soal Luqman sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Baginya, biarlah 'perkahwinan paksa' ini menjadi satu rahsia daripada ibunya dan isterinya. Bukan takut digelar 'TB' atau takut bini, tetapi takut melukai hati dua wanita itu. Wanita itu hatinya lembut kan....
"Untuk masa depan kita....."
"Masa depan?" Luqman berpura-pura tidak faham.
"Saya juga seorang perempuan yang ingin dikasihi dan disayangi......" jujur Durra.
"Ya, saya tahu.... Tapi..... Awak sendiri tahu kan.... Saya bukanlah seorang yang baik dan saya masih belum mampu dari segi kewangan dan giliran.... Jadi....."
Durra masih memandang Luqman dengan seribu harapan.
"Maaf....." Luqman berlalu pergi meninggalkan Durra sendiri. Durra menunduk ke lantai. Rasanya masih belum bersedia untuk melakukan jalan terakhirnya.
"Jika sudah dipujuk pun tak jalan, aku mesti buat cara tu!"
*
Seperti biasa aku menyambut kepulangan suamiku walaupun sudah lewat malam. Sebabnya tidak perlulah aku tanya lagi kerana sudah tahu. Aku sanggup tidur di ruang tamu sementara menunggu suamiku pulang. Myza pula sudah lama tidur.
Luqman memegang kedua tanganku lalu memeluk erat tubuhku secara tiba-tiba. Aku kehairanan. Kot ya pun, bagilah signal dulu...
"Sayang.... Maafkan abang......."
"K-Kenapa?... Sebab apa?" soalku kehairanan.
"T-Takde apalah...." Luqman masih belum melepaskan pelukannya. Aku bersabar sahaja. Sebenarnya jauh di sudut hati pastilah aku suka dipeluk oleh suami tercinta.
Tiba-tiba aku terasa kakiku sudah tidak mencapai lantai simen. Bagaikan terapung di udara. Aku?....
Didukung?....
Macam budak-budak pula. Kalau dukung Myza tidak apa lagi... Ini pula aku yang sudah besar gajah didukungnya.
"Abang?.."
"Mari kita nikmati malam-malam indah ini bersama.... Kita pun tak tahu sampai bila kita akan hidup, sampai bila kita akan terus berpijak di atas bumi ini, sampai bila kita akan ditakdirkan bersama.... Jika salah seorang daripada kita yang dijemput ilahi dahulu, rakamlah segala memori manis ini sebagai kenangan terindah....." ujar Luqman sambil mendukungku hingga ke tingkap sambil melihat pemandangan malam yang diterangi cahaya lampu.
Sungguh, kata-katanya membuatkan aku terharu. Aku berjanji, akan merakam segala memori terindah ini.... Akan aku pastikan aku simpan segalanya tentang kita berdua.....
"Abang tak pernah sesaat pun terdetik untuk tinggalkan sayang.... Tak pernah sekali pun... Cuma, kadang..... Entahlah.... Abang harap sayang takkan tinggalkan abang walau bagaimana pun ujian yang mendatang..... Abang tak sanggup kehilangan sayang...."
Tiba-tiba aku dapat merasakan beberapa butiran jernih membasahi pipiku. Ya, aku menangis kerana terharu. Aku masih di dalam dakapannya. Kehangatannya, nikmatnya, kelembutannya tidak dapat digantikan dengan kata-kata.
Bagi setiap pasangan yang berkahwin, tiada siapa pun yang mengimpikan untuk terputus di tengah jalan. Namun siapalah kita untuk menentukan.... Aku berharap ikatan kami tidak berakhir di situ dan akan kekal hingga ke jannah.
Mangsa penceraian paling teruk pastilah anak-anak. Pasti ada yang cemburu melihat rakan-rakan sebaya sendiri mempunyai ibu bapa yang lengkap. Sedangkan si anak itu? Ibu bapanya masih belum meninggal dunia, cuma agak jarang menghiraukan si anak itu kerana...
Penceraian. Perpisahan orang tua mereka.
"Umi dan abi buat apa tu?..."
Kami dikejutkan dengan suara Myza. Masing-masing segera melepaskan pelukan. Risau sekiranya anak kami terlihat. Habis sudah segala cekerama petang yang diiringi tangisan sebentar tadi.
"Kenapa abi dukung umi? Myza pun nak dukung jugak..." rayu Myza sambil membuat muka gaya muncung itiknya.
Aduhai Luqman, Luqman... Buat malu sahaja kepada Myza tahu tak... Luqman terus mendukung anak kami ke bilik tidurnya diiringi dengan kasih sayang seorang bapa dan anak. Aku tersenyum bahagia melihat mereka berdua. Myza pula anak ayah, pasti lebih manja dengan si abinya.
"Abi abi... Kenapa abi selalu balik lambat....." soal Myza kepada Luqman.
"Se.. Sebab... Abi banyak kerja..... Sebab tu lah abi balik lewat...." jawab Luqman. Aku tersenyum dari jauh.
"Kerja lagi penting dari umi ke?" soal Myza jujur ikhlas dari hati si cilik berusia lima tahun itu. Aku tersentak. Soalan itu memang benar, aku juga tertanya-tanya namun tidak perlulah ditanya sebegitu....
Luqman terdiam membisu tanpa sebarang jawapan. Aku juga diam. Sunyi sepi.
"Abi tahu tak umi menangis tunggu abi balik hari-hari tau!" jujur Myza lagi. Kali pertama aku melihat anakku melenting.
"Ye ke?" Luqman memandangku pula. Aku serba salah. Takkan mahu salahkan Myza pula. Myza masih kecil dan belum tahu apa-apa....
Keadaan kembali bertukar sepi. Aku serba salah untuk memandang suamiku. Pasti aku akan dicop tidak matang. Tidak mengapalah, aku pasrah.
"Sayang... Maafkan abang sebab tak beri perhatian kepada sayang semenjak dua menjak ni... Abang tak tahu pun.... Maafkan abang....." Luqman memelukku erat buat kali kedua disaksikan secara "live" oleh anak kami Myza. Aduhai.... Malunya....
"Tak apa...." jawabku.
"Yaay! Umi dan abi berpeluk!!!" sorak Myza. Wah si kecil ni, kecil kecil cili padi tau.... Pandai betullah... Entah siapa yang ajar pun tidak tahu. Pasti abinya lahtu... Anak ayah katanya....
"Abang dah ambil cuti? Minggu depan kan kita nak pergi kenduri Laura... Kita balik awal sikit... Nanti boleh tolong tolong sikit... Kita keluarga mestilah kena tolong...."
"Dah.... Minggu depan kita pergi tau..."
*
"Mama dah bersedia ke nak kahwin minggu depan ni?" soal Aiman Izzhan kepada ibunya Laura Dania.
"Ish Aiman ni..... Ha, Aiman ok tak dengan abah baru nanti? Dia layan Aiman baik kan...."
"Baik... Baik sangat.... Aiman teringin nak ada babah....." jawab Aiman.
"Hmm... Mama berdebar-debar tau... Semakin hari semakin berdebar-debar...."
Veil yang masih di dalam plastik dibuka dan diletakkan di atas kepalanya. Terasa kembali semula memori lama. Semasa pernikahannya bersama Afiq di Thailand dahulu, tiada semua ini. Tiada veil dan tiara yang menjadi perhiasan kepala, tiada baju pengantin yang dipenuhi manik serta permata, tiada pelamin yang tersergam indah yang menjadi tempat mengabadikan kenangan manis, tiada solekan istimewa yang menyerikan muka si pengantin, dan tiada jurufoto yang akan merakam segala memori yang akan diingati selamanya ini.
Bukan setakat semua itu tiada, tetapi cincin pun tiada. Yang ada cuma wang maskahwin sahaja sebagai hadiah yang wajib. Tempat nikah mereka pun hanya di dalam masjid. Pakaian mereka pada hari itu cuma baju kurung kapas serta selendang dan pengantin lelaki pula baju melayu biru muda.
Kerana hasil perkahwinan yang terpaksa berkongsi itulah lahirnya Aiman Izzhan yang menjadi permata hati Laura sepanjang masa. Apabila melihat wajah si anak, pasti akan teringat kepada arwah bapanya.
Afiq. Tidak mudah untuk melupakanmu.... Mengambil masa bertahun lamanya untuk semua itu pulih dan kembali seperti biasa...
*
Pagi ini aku bangun awal lagi. Alahan semakin berterusan sehingga aku tidak berselera untuk makan. Aku hanya membuat sarapan roti dan jem sahaja untuk suamiku dan anakku. Mudah dan senang.
"Sayang abang... Mai sini...." panggil Luqman.
"Ye ye...." Aku mengahampiri suamiku.
"Tolong pakaikan tie ni.... Abang.... Malassss....." pinta Luqman dengan suara manjanya tidak ubah seperti seorang kanak-kanak. Alahai, mengapa cair pula hatiku ye.... Adakah ini yang dinamakan terjatuh cinta kepada suami sendiri?... Kalau ye pun, apa salahnya kan....
"Ni malas ke... Manja ni....." soalku sambil mengikat tali leher supaya terletak kemas.
"Dua-dua...." jawab Luqman. Ish, memang mahu kena ni...
Bersambung....
***From deena***
Maaf kalau kali ini bab dia pendek sikit.... Harini memang deena agak busy tapi cuba juga untuk menulis sebab dah janji....
Share this novel