Okey, harini aku kena buat checkup bulanan untuk bayiku yang bakal lahir nanti. Baby, tunggu umi ye... Baby duduk dalam perut umi elok-elok tau... Naluri ibuku dapat mengatakan anakku seorang lelaki. Kami juga memang teringinkan anak lelaki selepas Myza si puteri manis.
Walaupun perutku masih tidak kelihatan lagi, aku tetap memakai baju yang agak labuh supaya 'alam rahsia' itu tidak kelihatan. Risau sekiranya orang luar tahu aku sedang hamil tambah-tambah lagi jika aku berjalan dengan suamiku. Memanglah halal tapi...
Pasti ada mata-mata nakal yang akan membayangkan aktiviti yang kami lakukan pada malam hari. Malu!
Kisah semalam, memang semasa suamiku pulang dia kelihatan risau dan resah. Sebab apa, wallahualam... Aku tidak berani untuk bertanya meskipun aku berasa curiga. Dan kerana aku percayakan dia, aku tidak perlu mencurigai lebih-lebih sangat. Nanti tidak pasal-pasal emosiku pula yang tidak stabil.
Kami masuk ke dalam kereta. Walaupun hari ini hari Isnin tetapi tidak mengapalah... Luqman mengambil cuti kerana semalam penat sangat. Penat sebab apa aku tidak tahu. Biarlah. Biasalah tu. Myza pun sudah pergi ke sekolah tadikanya.
*
Durra tersenyum sinis. Kecewa memang kecewa. Tetapi cintanya lebih utama. Sudah dijangka peristiwa semalam akan berlaku. Memang salahnya juga, siapa suruh telan pil pengguguran janin itu!
Tipulah jika Durra tidak merasakan kesakitan yang juga dialami oleh semua ibu. Namun melihat keadaan dia tidak mahu membesarkan seorang anak.
Luqman memang tiada kata semalam. Hendak marah, macam tidak kena tempat. Takut jika emosi Durra lebih tidak stabil. Bukan tidak tahu bayi itu sengaja digugurkan, tetapi tidak sampai hati. Ikutkan Luqman marah jugalah zuriatnya digugurkan namun dia tiada kata. Terjerat dalam perkahwinan ini pun merupakan satu kepahitan.
Luqman dan Syadurra. Suami isteri yang tidak diiktiraf. Terpaksa menerima hakikst yang hakiki walaupun hati meronta tidak mahu. Durra menagih cinta dan kasih sayang daripada Luqman dan Luqman terhimpit antara dua wanita yang bernama Zureen Maisara dan Syadurra. Zureen, cinta pertama dan cinta sejati. Durra, hanya disayang sebagai sepupu.
"Lili, kenapa kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit?" Durra memberanikan dirinya menyoal kepada si isteri yang membantunya semalam.
"Sebab.... Bahagia itu milik Allah. Allah yang mencampakkan rasa bahagia kepada manusia. Allah nak kita cari sendiri kebahagiaan dengan cintakan Allah... Kita kan seorang hamba....." jelas Lili.
Durra terharu mendengar kata-kata Lili. Dia juga seorang isteri yang penyabar dan kuat. Tipulah jika Lili tidak pernah diuji dengan kecundangan dalam membina ikatan selama lebih lima tahun ini. Hasan dan Lili di hadapannya sahaja berbaik namun di belakang, itu adalah tetap menjadi sebuah rahsia yang kekal tersimpan. Tiada siapa perlu tahu kisah pahit di sebalik senyuman wanita itu.
"Lili, salahkah kalau kita hendak mencari bahagia sendiri?"
"Maksud Durra, macam mana tu..."
"Sebenarnya........ Durra... Durra tak pasti hendak mula dari mana..... Tapi sejak tu, Durra hioang semua orang yang Durra sayang. Bagi Durra, Durra dah tak ada siapa-siapa dah kat dunia ni selain Luqman...." jelas Durra.
Lili tersenyum. Di sebalik senyuman itu juga ada maksud yang tersirat. Wanita ini memang penuh misteri.
"Kak Durra...." Lili menggunakan panggilan itu kerana Durra lebih berusia daripadanya.
"Lagi satu, macam mana Lili pertahankan hubungan dengan abang Hasan? Durra bukan nak soal soalan peribadi, cuma Durra nak tahu... Kenapa Lili boleh jadi kuat?"
"Kadang-kadang.. Lili memang rasa down sangat sampai satu hari Lili rasa Lili nak lari dari semua ini. Tapi bila fikir balik, Lili ada Affan dan Adriana yang memerlukan ibu mereka... Melihat wajah anak-anak ini pun sudah membuatkan kita tenang..."
"Anak? Apa yang istimewa sangat dengan anak ni?"
"Sebab anak ialah penyejuk hati ibu dan ayah... Durra patut bersyukur, Durra dilahirkan dengan ibu bapa yang lengkap. Ada orang, ibunya mengandung luar nikah, dan... Banyak lagilah sebab."
Durra tertunduk. Rasa bersalah muncul sekali lagi. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Mula membayangkan tentang keindahan hidup dengan hadirnya insan kecil yang bernama 'anak'. Meskipun pada awalnya akan susah sedikit, satu hari nanti anak-anak soleh dan solehah tersebutlah yang akan mendoakan kita.
"Lili....." Durra menggenggam tangan Lili seperti ada sesuatu yang ingin diberitahu........
.....
*
Masuk hari ini usia kandunganku sudah masuk tiga bulan. Aku masih mengamalkan aktiviti sihat yang aku amalkan semasa mengandungkan Myza lima tahun lepas. Baca surah Maryam, surah Al-Mulk, dan banyak lagilah.
Dan sekali sekala aku ada juga bercakap dengan bakal anakku. Aku seolah-olah sedang berbual dengannya. Benarlah kehamilan merupakan elemen terindah bagi seorang wanita. Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan seorang zuriat. Melihat wajah bayi yang comel ini saja boleh membuatkan kita tenang dan gembira, apatah lagi jika anak sendiri yang dikandungkan selama 9 bulan dan dilahirkan dengan susah payah.
Bayangkan apabila melahirkan seorang anak dalam kesakitan, tiba-tiba melihat wajah si bayi yang baru lahir sahaja dapat menghilangkan segala kesakitan yang ada. Nikmat itu tersangatlah istimewa.
Aku terfikir sejenak, "Kalau baby ni baby boy, nak namakan apa ye...."
"Baby Faris...." jawab Luqman yang datang secara tiba-tiba.
"Faris? Apa maksudnya?..." soalku. Sedap nama. Tapi hendak tahu juga maksudnya...
"Dalam buku ni, dia tulis..... Seorang yang alim dan menunggang kuda putih....."
Aku ketawa kecil. Teringat zaman sekolah dahulu. Kami berbincang tentang 'nama anak'. Memang aku yang mencadangkan nama Faris untuk bakal anakku di masa hadapan. Semasa itu dengan siapa aku bakal berkahwin pun aku tidak tahu lagi. Aulia pula mahukan nama Adni dan Dilla mahukan nama Hafiz. Rindunya semasa zaman sekolah dahulu....
"Sayang... Abang nak keluar kejap...."
"Nak pergi mana?"
"Pergi..... A... Adalah...."
"Kenapa abang nak berahsia ni...." Aku membuat wajah muncung itik. Bukan tanda merajuk tetapi sengaja dibuat untuk menarik perhatian Luqman.
Luqman diam tanpa jawapan. Aku terkedu. Mungkin aku tersilap masa untuk bermanja.
"Nanti abang baliklah.... Ok?" Luqman terus keluar dari rumah. Biarlah.
Tetapi aku pelik, mengapa Luqman macam terlalu banyak berahsia dari aku?... Dulu tak ada pun macam ini... Mungkin perasaanku agaknya....
*
"Durra... Awak okey ke tak ni... Saya minta maaf sebab melawat awak sekejap je semalam..." Luqman menyentuh tangan Durra. Terpaksa merelakan diri untuk berbuat sedemikian.
"Awak......... Awak pernah rasa mengandung? Awak pernah rasa keguguran? Awak permah rasa sakitnya hati saya bila sering diabaikan? Awak pernah rasa cemburu saya tengok awak sentiasa bermesra dengan isteri pertama awak? Awak pernah rasa saya terkilan bila saya dah macam ni pun awak masih mengabaikan saya? Awak pernah rasa macam tu? Awak lupa, saya juga isteri awak walaupun yang kedua! Saya bukan nak menĂ gih kasih awak tapi.... Cukup-cukuplah!" kali ini air mata Nur Syadurra mengalir. Lepaskanlah sahaja semua perasaan itu......
Luqman terkedu sebentar. Ada benarnya apa yang dikatakan Durra. Dia terlalu melebihkan isteri pertamanya berbanding Durra. Memang perkahwinan ini bukan rancangannya namun wanita ini hatinya lembut, ada dua hati yang perlu dijaga.
"Kalau awak tak mampu lagi, biarlah saya yang mengundurkan diri.........." Kata-kata itu terhenti di situ. Durra tersenyum pahit. Jika ini takdir, dia terima.
"Tak, jangan Durra.... Jangan...." pujuk Luqman. Dia tidak rela melukai hati kedua-dua wanita itu biarpun bagaimana yang terjadi. Wanita itu diciptakan untuk dikasihi dan disayangi. Bukan untuk disakiti.
"...."
"Saya....... Maafkan saya kalau sebelum ni tak mampu untuk adil... Saya.... Akan cuba pertahankan awak... Dan isteri pertama saya... Saya tak akan melebihkan sesiapa pun...." sambung Luqman. Kata-kata itu berat untuk dilafazkan namun ini sahaja jalan yang ada.
Walaupun dia tidak mencintai wanita itu, percayalah....
Sinar bahagia akan sentiasa ada....
Durra cuba menahan dirinya dari tersenyum. Air mata yang bersisa diseka oleh Luqman. Durra tersenyum dalam pembaringannya.
"Durra........ You are my wife.... Saya... Minta maaf.." Perkataan itu diulang lagi berkali-kali.
Cinta itu suci untuk dipermainkan, Luqman..........
*
Aku menunggu kepulangan suamiku di sofa. Sudahlah pergi ke mana tidak beritahu, pulang lewat pun tidak beritahu. Kadang aku rasa sunyi tanpa Luqman. Begitu juga Myza. Pasti sunyi tanpa abinya.
Aku masuk ke dalam bilik anakku lalu duduk di meja belajarnya. Walaupun lambat lagi, biarlah kami beli awal-awal. Lagipun mejanya tidak tinggi sangat. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 tahun.
Kertas yang aku kutip tempoh hari masih ada di atas meja ini. Keluarga bahagia. Abi, umi dan Myza. Masing-masing berpegangan tangan.
Bersambung..........
Sorry tadi hangpa ada dapat noty ka... Deena ada part yang tertinggal tadi, lekas² unpublish bab 27 ni... Nak tanyo ni... Ada ke yang masih baca sehingga kini... kalau ada, toksah la malu habaq kat kita kat komen tu ^_^
Share this novel