SIGN
2011
Kelihatan seorang remaja lelaki berpakaian seragam sekolah menengah kerajaan di kejarkan ke bilik kecemasan. Darah memancur keluar daripada kepalanya seolah-olah tidak akan berhenti.
Remaja lelaki itu ialah Aliman. Aliman masih lagi tidak menyedarkan diri biarpun sudah dibawa masuk ke bilik kecemasan.
Kesan darah dibersihkan daripada kepala Aliman. Doktor yang mengetuai pembedahan itu mengeluarkan serpihan besi daripada luka di kepala Aliman.
"Tekanan darah pesakit rendah, doktor," umum jururawat yang bertugas bersama pada waktu itu.
"Pergi dapatkannya daripada bank darah hospital," arah doktor tersebut.
Salah seorang jururawat keluar. Tetapi kembali dengan tangan kosong tidak lama selepas itu.
"Mana?" tanya doktor itu.
"Maaf doktor. Tapi, darah yang sama jenis dengan pesakit dah tak ada," kata jururawat.
"Kita tak boleh teruskan pembedahan kalau macam ni," kata doktor itu.
"Doktor! Ada yang ada darah jenis sama dengan pesakit dan nak dermakannya. Perlu ke saya uruskannya sekarang?" tanya jururawat itu.
"Uruskannya. Kita akan teruskan pembedahan," kata doktor itu.
~
2015
"Qay?!" Qayreena mencelikkan matanya. Dia masih melutut di atas lantai biliknya.
Qayreena melepaskan tangannya yang meramas rambutnya ketika dia mendapat bayangan tadi. Dia memandang ke hadapannya.
"Abang?" tanya Qayreena hairan. Bila masa abangnya masuk ke biliknya?
"Qay buat apa kat bawah ni?" tanya Qausar.
"Bila masa abang masuk?" tanya Qayreena.
"Baru je," jawab Qausar. "Sakit kepala lagi?"
"Tadi ya. Sekarang dah tak," kata Qayreena.
~
2011
"Macam mana keadaan dia, Doktor?" tanya Qausar.
"Saya dah buat pemeriksaan lanjut. Tapi, tak ada apa-apa keabnormalan pada bahagian kepalanya. Dari saraf, otot dan lain-lain. Semuanya normal," kata Doktor Zulaikha.
"Habis tu. Kenapa semalam dia mengerang sakit?" tanya Qausar.
"Itu yang saya pelik. Pemindahan organ yang kami jalankan ialah pemindahan jantung. Kalau ada apa-apa kesulitan, sepatutnya ia berkaitan dengan pernafasan dan peredaran darah dia," kata Doktor Zulaikha.
"Peredaran darah dia. Macam mana?" tanya Qausar.
"Ia lancar dan normal. Tak ada apa-apa petanda yang boleh menyebabkan dia sakit kepala. Cuma..."
"Cuma apa, doktor?" tanya Qausar tidak sabar.
"Denyutan nadi dan degupan jantung dia selepas dia mengerang sakit, adalah sama seperti orang yang mendapat mimpi buruk," kata Doktor Zulaikha.
"Mimpi buruk?" tanya Qausar.
"Saya tak dapat terangkan apa-apa. Mungkin Qayreena boleh refer pada pakar psikatri hospital ni," kata Doktor Zulaikha.
"Doktor nak cakap yang adik saya mental apa?" tanya Qausar.
"Berjumpa dengan pakar psikatri tak bermakna seseorang tu perlu gila dulu," kata Doktor Zulaikha. "Saya minta Qayreena refer ke sana untuk elakkan perkara tu daripada berlaku,"
"Qay ada potensi untuk mental ke?" tanya Qausar.
"Semua orang ada potensi," kata Doktor Zulaikha. "Cuma, Qayreena dah menunjukkan tanda-tandanya,"
"Adik saya akan jadi gila ke?" tanya Qausar.
"Kalau ditangani dengan segera. Mungkin tak," kata Doktor Zulaikha. "Apa yang saya takut ialah, dia tak mampu untuk mengatasinya,"
"Mengatasi apa?" tanya Qausar.
"Berdasarkan pemeriksaan lanjutan yang saya jalankan ke atas dia, Qayreena mendapat bayangan yang dia sendiri tak nak. Macam halusinasi. Sebab dia nak menghalau bayangan tu, dia berperang dengan mindanya membuatkan dia sakit kepala. Itu apa yang saya dapat. Kita perlu rujuk kepada pakar dalam hal ni," kata Doktor Zulaikha.
~
2015
"Qay nak minum air kejap," kata Qayreena lalu bangun. Qausar tersedar dari lamunanya.
"Pergilah," kata Qausar. Qausar mengekori adiknya keluar.
"Abang tak tidur lagi?" tanya Qayreena.
"Abang dah tidur kejap tadi. Masa abang tersedar tadi, nampak Qay kat lantai bilik. Tu pasal abang tegur," kata Qausar.
"Oh," kata Qayreena. "Abang nak tidur balik ke lepas ni?"
"Kenapa?" tanya Qausar.
"Qay nak main benda tu," Qayreena menunjuk ke arah piano yang diletakkan di satu ruang berdekatan dengan tangga.
"Oh," Qausar mengerti. "Main je lah. Abang nak buat kerja,"
"Tak ganggu ke?" tanya Qayreena.
"Tak lah. Abang buat kerja kat bilik bacaan," kata Qausar.
"Okeylah kalau macam tu," kata Qayreena. Langkah diatur turun lalu terus ke dapur.
Qayreena meneguk air mineral yang disimpannya di dalam peti sejuk. Qayreena mengusap dada kirinya.
"Qee. Qay tak tahu nak buat apa ni. Mimpi tu asyik datang," kata Qayreena. "Qee mesti rasa Qay menyusahkan sebab tak jaga baik jantung ni, kan? Macam mana Qay nak jaga kalau setiap malam Qay dapat mimpi tu?"
Qausar berdiri di sebelah dinding yang memisahkan dapur dengan ruang makan.
"Mimpi?"
"Qay akan mainkan piano, eah? Kita kena lupakannya," kata Qayreena sendirian.
Qayreena kelihatan melangkah pantas ke arah piano. Qausar melangkah ke bilik bacaan yang terletak di tingkat 3 rumah itu.
Tidak lama kemudian, kedengaran Qayreena memainkan Alla Turca daripada Mozart. Mereka bernasib baik kerana rumah mereka terletak agak jauh daripada jiran yang lain. Jika tidak, pastinya mereka akan terganggu dengan permainan piano Qayreena.
Kata pakar yang menjalankan pemeriksaan ke atas Qayreena, Qayreena hanya akan tenang dengan muzik. Qausar sudah hairan apabila diberitahu akan hal tersebut.
Qayreena bukanlah seorang pemuzik. Bahkan, Qayreena kurang gemar dengannya. Yalah. Qayreena menghidap lemah jantung dari lahir. Kadang kala, apabila Qeerana memainkan piano, akan membawakan melodi mengejut dan boleh membuatkan Qayreena tidak menyedarkan diri.
Setelah kemalangan tersebut, Qayreena dengan sendirinya mempunyai kebolehan memainkan piano. Kebolehan yang ada pada Qeerana.
Apabila ditanya bagaimana ia boleh berkaku, pakar yang memeriksa Qayreena menyatakan bahawa Qayreena telah tidak menyedarkan diri untuk masa yang lama. Lebih daripada sebulan. Oleh itu; ada beberapa saraf yang tidak terangsang sebelum ini bangun serentak dengan sedarnya Qayreena daripada komanya.
Qausar tidak yakin dengan hal itu. Walaupun dia seorang polis, dan dia perlu mempunyai otak sains, bukan sastera, dia tetap dengan jalan fikirannya.
Pekerjaannya memerlukan dia menyatakan bukti saintifik yang boleh difahami dan nyata untuk menyangkal apa-apa ketidakbenaran. Tapi, Qausar seorang yang lebih mengikut kata hati berbanding berpegang teguh dengan kesantifikan.
Dalam kes Qayreena pula, ia seolah-olah Qeerana masih di sini. Menunjukkan yang dia masih belum boleh pergi. Caranya, dengan membuatkan Qayreena boleh memainkan apa yang dia mainkan sebelum ini. Piano.
Muzik sesuatu yang amat dianti oleh Qayreena sebelum kemalangan tetapi menjadi sesuatu yang amat diperlukan sekarang. Terapi untuk membuatkannya tenang. Atau, membuat Qeerana tenang?
Qausar terus ke bilik bacaan. Pintu ditutupnya.
"Kembali berkerja," kata Qausar sendirian.
Qausar mengambil fail yang mengandungi maklumat berkenaan dengan Hamizi. Suspek kes 4 tahun yang lalu. Qausar membeleknya.
Maklumat terkini yang dinaik taraf oleh kumpulan yang ditubuhkannya ialah Hamizi akan mengadakan persembahan beberapa hari akan datang.
Dan menurut mereka, Hamizi masih lagi mempercayai yang teman wanitanya masih lagi hidup. Buktinya, dia menyatakan ucapan terima kasih kepada Nurdhiya pada album yang baru dirilis beberapa minggu yang lalu.
"Dia tu betul-betul gila atau apa?" tanya Qausar. "Macam tak,"
Qausar terfikir. Mungkin roh Nurdhiya masih tidak pergi. Mungkin masih bersamanya. Dan apa yang Qayreena beritahu kepadanya ketika baru sedar daripada koma. Yang ada yang melindungi Hamizi pada waktu itu. Oleh sebab itu, Hamizi tidak berada di biliknya.
Dan, ada yang memerhatikan Hamizi selain pihak polis. Mungkin ia pembunuh yang mahu membunuhnya. Atau mungkin juga roh kekasihnya yang sedang memerhatikannya. Memastikan dia akan sentiasa selamat.
Qausar menutup kembali fail tersebut. Matanya terpandang akan kertas bersaiz A3 yang terlipat di atas meja kerjanya. Kertas itu dibukanya.
Potret suspek baharu kes 4 tahun yang lalu. Potret gadis yang mirip dengan Qayreena. Amat mirip.
"Tapi, dia memang tak akan boleh buat hal tu," kata Qausar sendirian. Dia amat yakin yang bukan Qayreena melakukannya.
Mana mungkin Qayreena yang terlantar kaku di katil hospital mampu membunuh orang? Jika benarpun Qayreena melakukannya, bagaimana bisa?
Qayreena menghidap lemah jantung dan boleh rebah bila-bila masa sahaja apabila ada sesuatu yang mengejutkannya. Apatah lagi untuk memegang pistol. Sekali tembak, dia pasti akan terus tumbang. Apatah lagi untuk menembak 11 orang.
"Mati bangun balik baru dia boleh buat," kata Qausar sendirian. Qausar mencapai fail kes terbaharunya.
Kes kedua terakhir dibeleknya. Bahan bukti yang dipegang oleh mangsa ialah jam poket berbentuk bulat dengan rantai. Mangsa merupakan seorang pakar bedah.
"Macam tak kena. Siapa yang selalu pegang ni?" tanya Qausar sendirian. "Pakar psikatri?"
Qausar membelek ke kes terakhir. Buku kelendar itu menarik minatnya. Beberapa tarikh yang ditandakan ada kaitan dengan kes-kes yang sedang disiasatnya.
Apatah lagi kes 4 tahun lepas juga ditandakan. Qausar terperasan akan sesuatu.
"030201. 10 orang mati dengan pisau kes pertama," kata Qausar membandingkan kes tersebut.
Qausar meleraikan muka bahan bukti kes tersebut dengan fail 030201. Qausar membelek ke kes kedua.
"Kes 060606. Pistol 6 orang mati termasuk pembunuh. Pukul 6.06 petang, 6 saat pembunuh bunuh diri. Kes 110112, 11 orang terbunuh, sepatutnya, 12. Seorang selamat sebab tak berada di biliknya,"
Muka bahan bukti dileraikan lalu diletak diantara fail kes 060606 dan kes 110112. Qausar teringat akan seauatu.
"060606, pembunuh call. Call polis. 110112 pun pembunuh call. Call reception minta room service," kata Qausar.
Qausar memandang ke arah gambar jam poket itu.
"Kes 030201 dan 110112. Tiada pergelutan. Mangsa serah diri. Pukau?" tanya Qausar sendirian.
Share this novel