BYE
2015
Langkah yang diaturnya terhenti apabila terasa seperti ada yang mengekorinya dari belakang. Aliman menoleh. Tiada sesiapa. Tapi, dia yakin. Memang ada yang berada di belakangnya tika itu.
"Keluar sekarang," arah Aliman. Tiada sahutan. "Keluar sekarang atau aku langsung tak kan layan sampai bila-bila,"
Tiba-tiba, satu sosok muncul. Sosok wanita berdiri di hadapannya. Nurdhiya.
"Apa kau nak?" tanya Aliman malas melayan.
"Ucapkan selamat tinggal," kata Nurdhiya.
"Selamat tinggal?" tanya Aliman mahukan penjelasan.
"Masalah aku kat sini dah selesai. Aku boleh balik sekarang dan tak kan ganggu kau lagi," kata Nurdhiya.
"Maksudnya, teman lelaki kau tu dah boleh terima lah yang kau dah mati?" tanya Aliman.
"Macam tu lah nampaknya," kata Nurdhiya. "Dan terima kasih untuk Qay,"
"Kiranya, dia selesaikan kes ni sorang-sorang. Tanpa bantuan aku?" tanya Aliman.
"Memang sebenarnya hanya Qay yang perlu untuk selesaikan masalah Hamizi. Sebab ia dah ditakdirkan," kata Nurdhiya.
"Aku pula? Kenapa dia minta bantuan daripad aku kalau sebenarnya hanya dia yang boleh selesaikan masalah pianist tu. Aku kuli dia je ke?" tanya Aliman.
"Bukan. Ia juga sebab ia dah ditakdirkan," kata Nurdhiya. "Kejadian pada hari kau mendapat kemalangan tu membuatkan kau jadi diri kau yang sekarang,"
"Apa maksud kau?" tanya Aliman.
"Kadang kala, ada satu-satu masa kita harap yang kita tak berjumpa dengan sesetengah orang. Atau menghadapi sesetengah hari mahu pun kejadian. Sebab apa? Ia mungkin permulaan kepada kekeliruan pada masa yang akan datang," kata Nurdhiya. "Sesetengah orang akan mengucapkan 'gembira berjumpa dengan awak' pada pertemuan pertama. Tapi, bila dia tahu apa yang akan jadi lepas tu, dia akan menyesal jika dia sebutkannya. Ucapan gembira tu, tak patut diucapkan pada pertemuan pertama,"
"Apa maksu kau cakap benda macam tu? Aku tak faham," kata Aliman.
"Ada sesetengah orang pula, mengucapkan ucapan maaf pada pertemuan pertama. Ia lebih baik begitu jika akhirnya kesulitan akan berlaku," kata Nurdhiya.
"Tak payah lah nak berpuitis sangat. Aku bukannya orang sastera. Aku tak faham sikit habuk pun apa yang kau cakap," kata Aliman.
"Kau akan faham nanti," kata Nurdhiya. "Dan satu aku nak minta dari kau,"
"Apa?"
"Lupakan perasaan kau terhadap Qay," kata Nurdhiya.
"What?!" Aliman kurang mengerti. "Apahal kau suruh aku lupakan pula? Ia bukannya sesatu yang bahaya pun,"
"Memang bukan. Tapi, aatu hari kau akan rasa ia perkara sia-sia untuk ada perasaan pada dia. Sebab dia tak kan balasnya," kata Nurdhiya.
"Tunggu! Aku tahu. Kau suruh aku lupakan perasaan aku pada Qay sebab teman lelaki kau sukakan Qay, kan? Kau nak pastika yang Qay dengan teman lelaki kau," kata Aliman. "Kau tak nak teman lelaki kau bersendirian sebab kau dah nak pergi. Jadi, kau nak pastikan Qay yanh berada di samping dia,"
"Kau boleh anggap macam tu kalau kau fikir macam tu," kata Nurdhiya.
"Malangnya, aku tak kan lupakan perasaan aku pada Qay. Sebab apa? Tiada sesiapa yang boleh halang sesiapa untuk ada perasaan terhadap sesiapa. Itu termasuk, kau tak boleh halang aku untuk ada perasaan terhadap Qay," kata Aliman.
"Macam aku cakap tadi, kau boleh fikir macam tu kalau kau nak," kata Nurdhiya. "Macam yang kau tahu, Qay boleh nampak masa hadapan. Dia tahu yang kau bukan ditakdirkan dengan dia. Dan, percayalah. Ada yang menunggu kau. Yang ditakdirkan untuk kau,"
"Siapa?" tanya Aliman.
"Esok, Universiti Selatan akan menjadi penaja lokasi kejohanan catur sekolah menengah. Kau akan dapat petunjuknya kat sana. Itu pun, kalau kau nak tahu," kata Nurdhiya. "Aku pergi dulu. Untuk kali ni. Aku mungkin akan kembali,"
"Untuk apa kau nak kembali?" tanya Aliman hairan.
"Untuk menghantui kau," kata Nurdhiya bernada serius. Aliman menelan liur. Tidak berani meluahkan apa-apa. Nurdhiya tiba-tiba ketawa.
"Pahal ketawa?!" marah Aliman.
"Muka kau. Priceless," kata Nurdhiya. "Aku gurau je lah. Bukannya aku ada apa-apa dendam pada kau masa aku hidup. Kalau ya pun aku akan kembali menghantui orang, orang tu yang pastinya bukan kau lah. Jangan risau,"
~
Aliman melangkah ke dewan yang diberitahu menjadi tempat kejohanan tersebut diadakan. Dia tertanya-tanya dengan apa yabg diberitahu oleh Nurdhiya. Dia mahu mencari tahu tentangnya.
Ketika berada di situ, dia memandang sekeliling. Apa agaknya yang dimaksudkan oleh Nurdhiya.
Matanya terpaku pada satu tempat. Kelihatan ada Qayreena dan Aliyah sedang berbual di situ. Adakah petunjuk yang dimaksudkan ialah mereka?
Aliman melangkah ke arah mereka berdua. Perlukah diq bertanya? Setahunya nama Qayreena mahu pun Aliyah tiada dalam senarai pengurus acara.
"Qay?" panggil Aliman dari belakang. Mereka berdua menoleh.
"Oh. Liman," tegur Aliyah.
"Korang buat apa kat sini?" tanya Aliman hairan dengan kehadiran Qayreena dan Aliyah.
"Datang tengok-tengok. Awak pula?" tanya Aliyah.
"Saya... Ada hal sikit," kata Aliman. Dia hairan dengan cara Aliyah bercakap dengannya hari itu. Ia berbeza.
"Okeylah kalau macam tu, saya nak ke sana sekejap," Aliyah menunding ke arah salah seorang rakan sekuliahnya yang menjadi pengurus acara di situ.
Aliman perasan sesuatu yang berbeza. Aliyah seolah-olah mahu menghindar daripadanya. Selalunya, dialah orang pertama yang akan melaung namanya dan mahu bersama-sama dengannya ke mana-mana sahaja. Hari ini, lain.
Belum sempat Aliman bertanya apa-apa tentang keanehan kelakuan Aliyah hari itu, Aliman melihat Qayreena memandang ke satu arah. Aliman memandang ke tempat yang dipandang oleh Qayreena. Seseorang melangkah menghampirinya.
"Hai. Jumpa lagi nampaknya," kata Qayreena kepada budak lelaki itu. Salah seorang peserta mungkin. "Peserta?"
Aliman membaca nama yang tertulis pada tag nama yang tergantung di lehernya. Rayyan.
"Tak. Saya QM je," jawab Rayyan.
"Tak sangka kita jumpa lagi kat sini, kan?" tanya Qayreena.
Jumpa lagi? Mereka pernah berjumpa sebelum ini? Aliman tidak tahu kenapa. Tapi, dia merasakan aura di situ agak berbeza. Adakah aura ini juga yang membuatkan Aliyah berbeza kelakuannya?
"Akak tak rasa ke, kita jumpa hari ni adalah satu ketentuan. Bukan kebetulan. Ketentuan untuk hal seterusnya yang akan kita hadapi. Permulaan kepada sesuatu yang akan terjadi. Dan mungkin juga penyelesaian kepada kesulitan yang membelit kepala otak kita," kata Rayyan.
Aliman pasti yang dia pernah mendengar ayat ini di mana-mana. Seperti... Matanya membuntang. Ia kata-kata Nurdhiya kepadanya semalam. Walau ia tidak sama, ia kedengaran serupa.
Adakah kata-kata itu diambil dari mana-mana buku atau artikel? Aliman pasti ada sumbernya.
"Ya. Mungkin juga. Gembira berjumpa dengan awak," kata Qayreena.
'Gembira berjumpa dengan awak'? Ucapan yang tak patut diucapkan.
"Awak akan gembira hanya untuk hari ni. Bila awak tahu, pertemua kitalah punca segala-galanya, awak akan menyesal dan harap kita tak kan pernah berjumpa," tambah Rayyan lagi.
Untuk sebab yang tidak diketahui, Aliman tergerak untuk menoleh ke kanannya. Di mana cermin terletak. Hampir terhenti nafasnya melihat apa yabg dilihatnya tika itu.
"Eh?" Qayreena hairan mendengarnya. Aliman tergamam dengan apa yang dilihatnya. Dia memandang ke arah Rayyan, Qayreena dan cermin itu bergantian. Berulang kali.
~
"Maaf, encik. Kami hanya ada maklumat setakat ni sahaja," kata Doktor Surani.
"Kenapa hanya ni sahaja?" tanya Foo Lim.
"Sebab doktor yang merawat Puan Jamilah sebenarnya hanya sementara di hospital ni semasa hospital ni baru sahaja dibuka. Dan ketika Puan Jamilah didaftarkan ke sini, hanya doktor tu pakar psikatri yang ada. Dan, tak lama kemudian, dia kembali ke hospital asalnya. Puan Jamilah menyambung sesi perubatannya dengan doktor tu kat sana," kata Doktor Surani.
"Boleh bagi tahu hospital mana?" tanya Foo Lim.
~
Qausar berdiri di satu sudut. Dia memerhatikan Rayyan sejak dia tiba di universiti itu.
"Ada apa-apa yang tak kena ke?" tanya Qausar apabila melihat Zura terjenguk-jenguk di situ.
"Saya nampak adik Tuan," kata Zura.
"Siapa? Qay?" tanya Qausar. "Mana?" Zura menunjuk ke satu arah. Kelihatan Qayreena melangkah masuk ke dalam dewan itu bersama seorang pelajar perempuan.
"Dia pun pengurus kejohanan ni ke?" tanya Zura.
"Saya tak tahu," kata Qausar. Dia terus memerhati. Kemudian, kelihatan seorang pelajar lelaki menghampiri Qayreena dan rakannya. Aliman. Rakan Qayreena kelihatan berlalu meninggalkan Qayreena dan Aliman.
"Tuan," panggil Nazri. Qausar menoleh. Nazri menunjuk ke arah satu tempat. Qausar memandang ke tempat itu. Kelihatan Rayyan kini melangkah ke arah Qayreena dan Aliman.
"Dia... Qay?" Kelihatan Qayreena berbual dengan Rayyan sementara Aliman kelihatan terkejut. Qausar mencari-cari apa yang membuatkannya terkejut. Dia kelihatan memandang ke arah Rayyan, Qayreena dan satu tempat secara bergantian. Daripada riaknya, kelihatan seperti dia melihat sesuatu yang sukar untuk dia percaya.
"Siapa lelaki sorang lagi tu?" tanya Nazri.
"Anak saudara ipar Tuan Izrul," kata Zura. "Apa yang dia buat kat sini?"
"Dan kenapa dia jadi macam tu?" tambah Nazri.
"Jadi macam mana?" tanya Zura.
"Dia macam..."
"Tak percaya dengan apa yang dia nampak," kata Qausar menyambung kata-kata Nazri. Mereka berdua menoleh. "Tentang apa yang dia nampak, itu kita perlu cari tahu,"
Share this novel